Jan 25, 2009

No theme

23 comment(s)
Tadi ku menceroboh buka Aliff punye external hard disk. Then ku jumpa satu gambar ni. Berzaman dah gambar tu. Haha. Tersenyum sekejap. Mase awal2 perkenalan kami, dia mintak gambar ku. Dan ku bagi sekeping gmbr kt dia. Dalam gmbr tu, mmg obvious muka ku innocent sangatttt dan siap berbaju kurung bagai. hahahaha. Ku pikir2, mesti waktu tu ku rasa gambar tu paling cun ayu kot ;p

Sekarang tengah layan Korean movie, tak tau movie ni dah lama ke tak. Tajuknya "The Art of seduction". Sooo funny!! Comel sangat Son-ye jin tu. Adeih. Dia ni memang pandai berlakon. Kalau dalam "A moment to remember", dia mampu buatkanku menangis duabelas dua baldi, cerita ni pulak dia boleh buatkanku gelak sampai tergolek2. Gosh.

Photobucket

Sebelum ni ku teringin sangat nak makan makaroni bakar buatan sendiri. Pernah belajar ngan kawan masa kat Malaysia. Then excited punya pasal, pakat dengan abah nak masak makaroni bakar. Dengan confidentnya, kami startla masak. Kemudian, baru sedar, yang cheese tak dibeli. Gosh. So, nak play safe, terhasillah makaroni goreng. Frust2. Haha. Dan masa kat Auckland, barulah tertunai impian tu. Yippiii!!

Jan 23, 2009

Souvenir - -

27 comment(s)
Alhamdulillah test Phonology dah lepas. Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Test kali ini adalah oral test dimana ku di uji samada pronunciation tu betul atau tak. Yelah, ada sesetengah orang, bagus dalam menulis dalam Bahasa Inggeris, tapi agak slow bila nak bercakap. dan sebaliknya. But still ada yang bagus dalam kedua2nya.

Semalam dan hari ini ku call rumah. Wish birthday budak dua orang tu. Ku pesan kat birthday boy dan birthday girl ni, hadiah akan ku beri time ku balik Malaysia nanti. Yup, ku akan pulang ke tanah air tercinta ni hujung tahun ini, insyaAllah. Memandangkan ku akan balik for good tak lama lagi dah, ku dah mula berkira2 dan juga tengah buat list untuk souvenirs yang akan dibeli nanti.

Photobucket

Umi dah pesan pinggan mangkuk. Orang perempuan memang mcm ni kot. Itu yang dia pesan dulu. Tapi setahu ku, kat Auckland ni, tak banyak sangat retail stores yang jual benda2 macam tu. Nampaknya ku kena lah terbang sekali lagi ke Melbourne untuk menunaikan impian umi ini. Ku dah belikan Aleeya Barbie dan jugak baju2. Utk Abah, Helmi, Nadiah dan Hajar, ku tengah usha something untuk diorang.

Saudara mara yang tak pernah tanya khabar sepanjang ku berada di New Zealand ni, jangan harap anda dapat apa2 okeh! Biar korang putih mata! hahaha gelak jahat. (Pic credit to: Flickr.com)

Jan 22, 2009

Nobody but you

18 comment(s)
Entry tiada kaitan dengan tajuk. Harap maklum ;p Result interview hari itu ku taktau sampai sekarang.Takde rezeki kot. Takpe2. Boleh cari kerja lain. Cuma ape yang bermain di fikiranku sekarang, kenapa ku tak diterima bekerja? Maybe ada kelemahan ku yang ku tak perasan, maybe ku takde whatever it takes. Tapi, kalau ku tak di approve semata2 kerana "I'm a muslim and i'm wearing tudung", ku memang tak boleh terima. Terlalu bersifat diskriminatif.

Nak lupakan pasal tu. Fullstop. Hari ini hari lahir Helmi, adikku. Happy birthday to you! Ingat nak call dia tadi, tapi lupa pula yang waktu di Auckland dan Malaysia tak sama. Sekarang dah daylight saving. So perbezaan waktu adalah 5 jam. So, jangan hairanlah kalau ku terus meng-komen entry2 korang even korang tulis pada pukul 4 atau 5 pagi waktu Malaysia. (^_^)

25 hari bulan ni pula adikku yang kedua last, Nadiah akan sambut birthdaynye. Happy birthday to you too! Actually ku jarang cerita pasal Nadiah dalam blog ni. Dia ahli keluargaku yang paling pendiam dan selalu kena buli dengan cik mek aleeya. Bila dia besar nanti, my family hrpkn dia dpt jadi seorang doktor. (^_^) Since ku dah tolak untuk ambil medic, so dia la kena ganti tempatku.

Esok ku ada test untuk Phonology. Alhamdulillah untuk first test pada Jumaat lepas, ku dapat keputusan yang sangat menggembirakan. Tak sia2 usaha lecturer2 IPBA. hehe. Hopefully, this year ku dapat perbaiki lagi my academic performance, insyaAllah.

Jan 21, 2009

Shades, sunglasses

15 comment(s)
Tadi ku main game Family Feud. Ala2 gameshow camtu. Jawapan yang disediakan adalah berdasarkan survey 100 people. (tak taula betul ke tak). Then ku tertarik dengan satu soalan ni: Kenapa orang pakai sunglasses? Ok, check it out;

1. To protect their eyes - Ya, betul. Sinaran matahari yang terik menyebabkan orang nak pakai shades atau sunglasses. Kalau tak, mata akan berkerut2 menahan terik matahari tu. nanti cepat kedut. Sebelum ni ku ingat orang kaya yang nak bergaya atau artis je pakai shades. LOL. Bila datang Auckland, especially time summer ni, tak kira nenek tua, pakcik tua, adik kecik semua pakai sunglasses.

Photobucket

2. Disguise - Hrm. Agak betul jugakla. Biasanya secret agent ke ape ke perlu la pakai sunglasses kan. Nanti tak jadi nampak macam "secret" agent pula.

3. Crying - Haha. yang ni macam comel je. Pakai sunglasses sebab nak cover muka, takut orang nampak dia tengah menangis. Biasanya kita akan nampak dalam drama2 Melayu.

4. To look cool - Pakai sunglasses sebab nak bergaya. Especially kalau ada sunglasses yang branded. hoho. Tak salah pun. Buat lah apa2, asalkan bahagia :)

5. Malas mekap - Yang ni ku tambah sendiri.Biasanya kalau macam artis ke sesiapa saja yang malas mekap, tapi mereka2 ni nak keluar somewhere, cara paling senang adalah dengan memakai sunglasses. Tak payah nak mekap mata. Grab and go.

Ada orang pernah cakap, orang yang kurang lawa kalau pakai sunglasses akan nampak lawa. Hahaha. Betul ke?? LOL. (picture credit to Soompi forum)

Jan 19, 2009

Juara lagu 08

16 comment(s)
Ku baru je lepas menonton Anugerah Juara Lagu ke-23 kat youtube. Nasib baiklah ada insan yang sudi nak mengupload. Huhu. Kalau tak, ku tak berpeluang la nak menengoknye. Biasanya dapat tengok live, but this time tak dpt. Orang Malaysia tengah bising2 tengok AJL, ku kat Auckland ni dah nyenyak tidur dah pun waktu tu. Haha. Kalau ku ada kat Malaysia ni,memang akan tengok AJL dengan family. Pastu mulut pun akan non-stop duk mengkritik semua persembahan. Haha. By the way, berbalik kepada cerita AJL semalam, rasanya dah ramai yang tulis pasal ni. Tapi tak kira, nak comment jugak. Haha!

Bangun2 pagi tu terus bukak internet, sebab nak tahu sape menang. Sebelum sempat google tu, ternampak entri yonna: Meet Uncle Hussain Juara Lagu 2008. Hoho. Mase mula2 memang tak puas hati sebab nak Faizal Tahir menang. Tapi bila dah selesai tengok AJL tu barulah boleh terima keputusan tu. hehehe. Meet Uncle Hussain memang patut menang. Persembahan diorang memang bagus.

Persembahan Faizal Tahir? OMG! Best gila. Suka sangat dengan opening lagu CUBA tu. Sebelum ni tak pernah dengar pun lagu tu. Haha. Dan Sampai Syurga memang layak dapat persembahan terbaik. Unik sangat. Macam dalam video klip pulak. Boleh disimpulkan bahawa AJL kali ni memang meriah la walaupun takde Datuk Siti mahupun Mawi. At least, takdela industri hiburan kat Malaysia ni bergantung pada 2 nama besar tu je. Artis2 lain pun hebat juga. (^_^)

Jan 16, 2009

Kerja oh kerja

27 comment(s)
Penatnya. Ku baru je balik dari interview kerja. Penat sebabnya ku berlari2 kesana tadi. Haha. Almaklumlah dah terlambat. Isk3. Sampai kesana, terus dipanggil interview dan interview tu tak sampai 5 minit pun. huhu. Rasa2nya ni adelah interview paling singkat dalam hidupku. Tapi tak sure lagi dapat ke tak. Al-maklumlah rasanya masa cuti macam ni memang ramai students nak buat part-time job. Hopefully, nasib ku baik, insyaAllah.

Actually dari tahun lepas ku mencari kerja sambilan. Penah kerja sekali sebagai housekeeper. Housekeper rumah orang. Hoho. Tak pernah2 ku kerja housekeeper sebelum ni. Bos mase tu orang Malaysia, bini dia minah saleh. Tapi ku kerja kat situ tak lama, sebab jadual kelasku yang sampai ke petang tak mengizinkan ku teruskan kerja tu. Isk isk. Sekarang ni, masih memburu kerja. (aih.. macam memburu cinta pulak.opsss.haha)

Bercakap pasal kerja ni, ku ada banyak pengalaman jugakla kerja part-time ni. Hoho. (takla banyak sangat sebenarnya). First time kerja adalah sebagai shop assisstant kat koop sekolah. Macam2 jugakla kena buat. Tapi enjoy la. sebab ramai budak2 sekolah tu yang kukenal. Kadang2 rasa nak marah, kadang2 rasa kelakar pun ada.

Student A: Kak, saya nak fotostat boleh? Tapi kak jangan marah pulak.
Farah: Boleh, memang boleh.hehe. Nape nak marah pulak.Tapi, mana kertas nye?
Student A: Saya nak fotostat tapak tangan saya ni. Teringin la kak.
Farah: Wahahahaha. Gila ape. Tak kisahla, janji bayar. 20sen!!
Student A: No problem. Hahaha. *Gelak bersama geng2 dia, psycho betul*

Farah: Ni nak ape pulak ni? waktu rehat dah habis lah. Pergi masuk kelas.

Student B: Taknak. Akak cium saya dulu baru saya masuk kelas.

Farah: (OMG, pervert gila budak ni. nak kena terajang ke ape?)
Cikgu: Eh eh awak, ape lepak2 kat sini ni. Takde kelas ke? (Cikgu ni sebenarnya ayahku.hikhik)
Student B: Nak masuk kelas la ni cikgu.
(Padan muka budak ni.haha!)

Kemudian, masa kat IPBA, ku pernah kerja kat fast-food restaurant kat Midvalley. Ade sape2 pernah pergi Long John Silvers? Sebelah sushi king rasanya. hihi. Kerja kat situ oklah, tapi taklah hari2. Kecuali cuti seminggu atau lebih, memang muka ku yang menjaga kaunter/cashier dari pagi sampai petang. Tapi taktahan penat la. Sebab kena berdiri lama. Hadui.. Tapi, mana ada kerja tak penat kan? hehe. Kalau ada, tolong recommend =p

Jan 9, 2009

Hey, baby lovers!

30 comment(s)
Tak dinafikan, baby adalah sangat comel. Sangat adorable. Tapi frankly, I'm not a baby-lover. Basically my friends memang tak percaya. Sebabnya, diorang cakap muka ku ni ada ciri2 keibuan. Haha. Poyo okeh. Sejak dari dulu lagi ku memang tak berapa ngam dengan baby. Er, tak suka tak bermakna benci ya. Tapi tak suka maknanya ku tak berapa nak offer2 pegang baby ke, atau main cak3 dengan baby. hehe. Pendek kata kalau nak kena jadi baby-sitter anak orang mmg fail-lah. hahaha.

Kalau kawan2 umi datang ke rumah esp yang ada anak2 kecik, agak susahlah untuk melihat muka ni nak offer dukung ke, nak main2 dengan baby tu ke. Kejam okeh. But what to do. Bukannya ku tak cuba. Tapi dah memang takde chemistry dgn baby. hoho. Sampai satu masa tu umi pun perasan yang ku kurang sukakan budak2 ni. Dia ada cakap, yang ku ni jenis xlayan anak orang lain kecuali adik beradik sendiri. Macam dengan si Aleeya tu, pandai la pulak ku melayannya. Haha. Nama dah family sendiri kan??

Masa first date dengan Mr Tunang tu dia ada ujiku. Dia suruh ku pergi tegur budak kecik umur lebih kurang 9 bulan. Adui, ku dah lemah dah masa tu. Tapi, pergi jugak. But OMG!! Mmg FAKE gile okeh! Kemudian tak lama lepa tu, ku berterus terang jelah pasal tak suka baby tu. Haha! *Jujurnya!!* Then dia bgtau, ku tak perlu risau sebab bila ku sendiri dah ada anak nanti, perasaan tu akan automatically hilang. Sebabnya nilai2 keibuan itu akan tersemai dalam diri ini. Wuhuuuu!~

Err.. rasanya ramai yang bukan satu spesies denganku. Biasanya perempuan ni suke baby/kanak2. Hehe~ By the way, sekarang ku tgh berusaha untuk memupuk perasaan sayang terhadap baby/kanak2. Boleh berjaya tak agaknya?? Hehehe.

Note: Kagum dengan adikku, Hajar yang macam ada "ikatan" dengan semua baby/kanak2. Bagilah anak sape pun, dia leh handle. Dasyat seh!

Jan 8, 2009

Gelagat Aleeya

23 comment(s)
Actually rindu sangat kat budak kecik ni. Macam mana la agaknya sekarang. Bila ku call rumah, dialah orang paling sebok nak bercakap dengan ku. Pastu bodek2 sebab nak ku belikan hadiah untuk dia. Haha. Lawak betul la Aleeya ni. Dan satu lagi, oleh kerana saya ni "ore kelate", maka kalau call rumah cakap dengan family mestila guna dialek "kelate". Tapi yang kelakarnya, tiba je giliran untuk bercakap dengan budak Aleeya ni, tiba2 ku tukar cakap KL. Haha. Sebab si Aleeya ni cakap KL okeh! Ni pengaruh drama TV punye pasal la. haha.

Kakak: Hello Aleeya. Makan dah?
Aleeya: Hello Kakak. Kakak, adik sayang kakak. I love you.
Kakak: I love you too. Hehe. Aleeya rindu kakak tak?
Aleeya: Rinduuu sangat. Adik tengah makan roti coklat ni.
Kakak: Yeke. Urm..sedapnya! Nak sikit. Nak la. Nak la.
Aleeya: Mana boleh. Kakak kan kat New zealand.
Kakak: Haha. Pandai adik kakak.
Aleeya: Kakak, kakak... Adik nak cakap benda ni.
Kakak: Haha. Ape dia?
Aleeya: Kakak cantik, kakak comel, kakak berseri...
Kakak: Hahahahahahahahahaha. Tak leh blah!
Aleeya: Adik nak anak patung Barbie boleh? Please la..
Kakak: Haaa! Dah agak dah =p

Jan 7, 2009

Happy Anniversary Farah & Aliff

33 comment(s)
Tadi ku belek2 gambar2 lama. Then tertengok satu folder yang tertulis "My engagement". Barulah teringat yang sudah genap setahun rupanya pertunanganku dengan Mr. Aliff. Alhamdulillah. Happy anniversary untuk diri sendiri! Wahahaha! Jangan tanya lagi bila kami nak kahwin. Dah sampai masanya, kami akan jemput. Hehe. Sape yang duk kat Pasir Puteh tu bolehlah datang tolong2 apa2 yang patut ya. Haha. JK.

Teringat pasal majlis ni, kelakar jugaklah. Dalam keluarga belah umi, ku cucu pertama yang bertunang. Ngeh3. So, my parents pun tak reti sangatla nak handle benda2 ni. Sebulan majlis pertunangan tu, macam2 benda bermain dalam kepala otakku ni. Yelah, mana pernah bertunang sebelum ni kan. huhu.
Farah: Umi, nanti majlis pertunangan tu sape nak jadi tukang berpantun? Abah ke? *innocent*
Umi: Hahahaha. Farah. Mana de pantun2 dah zaman sekarang ni. *gelak tahap tak ingat dunia*
Farah: Aik, bukan ade pantun2 ke. Farah tengok dalam TV tu ada....
Umi: Benda ni bergantung pada kita nak buat ke tak. Tak kisahlah, kalau Farah nak, nanti kita suruh abah berpantun. *gelak lagi*
Farah: Hahaha.
Abah: ????!
Farah: Abah, nanti mase bertunang tu kena duk bersimpuh ke duduk macam tahiyat awal tu?
Abah: Haha. Abah pun taktau la Farah. *Menoleh pada umi* Umi, masa kita bertunang dulu umi duduk macam mana. Haha. (Note: Alalala.. menyingkap kenangan diorang la pulak. kihkih)
Umi: Hah. Umi pun tak ingat. Duduk la macam mana pun. Ikut keselesaan.
Farah: Kalau gitu Farah duk bersila la. Haha!

Pada hari pertunangan tu nasib baik ada mak saudara dan kawan umi yang arif bab2 camni. Tukang mekapku masa tu sepupuku sendiri. Sebab malas nak bayar mekap artist ha3! Bertunang je pun, tak payahla cantik2 sangat. Keh3. Thanks Kak Ida! Yang geramnya, baju tunang tu baju sewa. Ku try baju tu 3 bulan sebelum majlis tu. Mmg muat. Tapi majlisnya lepas raya haji. Paham2la, badan dah naik seinci dua! Hahaha. Kali kedua pakai baju tunang tu adelah waktu tunang tu sendiri. HOH! Kain dah ketat. Cuak gila. Nasib baik baju okeh. Redha jelah time tu.

Pastu rombongan pihak lelaki sampai. Si Mr. Aliff dan abang sulungnya pakai baju sama. Aduhai. Lawak sangat. Ada sedara mara dan jiran2 yang tak kenal lagi Mr. Aliff ni. Lagipun, masa tu ada 3 teruna. So masing2 sibuk duk meneka mana satu bakal tunangku. Diorang baru dapat tau bila sesi ambik gambar. Hahaha!

Uih. panjang pulak entri kali ni. Stop2. (^_^) So warning kepada yg bakal bertunang ke kahwin ke, try dulu baju 2 3 hari sebelum majlis. Jangan konfiden sangat. Nanti tak muat. Hahahaha~!

Jan 6, 2009

Yeay!

22 comment(s)
Dah seminggu lebih ku dapat card to call ni. Memandangkan minggu lepas cuti tahun baru, post office tutup. Then, tadi baru pergi ambil parcel. Siapa yang bagi parcel untukku ni?

Photobucket

Haa! Ini dia.. Sape penghantarnye ek? Then ku notis ini:-

Photobucket

Yippiii... dari UK. Bukan Ulu Kelang, tapi United Kingdom. ngeh3. Inila parcel yang ditunggu2 selama ni.LOL. Btw apa kat dalamnye?

Photobucket

Sepuntung (betul ke penjodoh bilangan ni?) lipstick M.A.C. dan sekeping London nye poskad. Suka! Thanks Unique Daisy! Muah3! Dah lama mengidam lipstick M.A.C. ni tapi kat Malaysia mahal sangat T_T

Photobucket

Close up. ngeh3. Actually kalernye lain sket. Tak merah mcm dalam gambar ni. Gila ape ku nak pakai merah2 makngah ni. LOL. Gembiranya saya. Aduhai. (^_^) Unique Daisy, nanti tunggu hadiah dari saya pulak bulan Feb ni okeh!

Photobucket

Ni hadiah dari Mr.Aliff. Dapat headset best. Thanky thanky!

Photobucket

Ni pulak hadiah untuk diri sendiri. Kuang3. Perfume ni baunya manis sangat. Rasa macam nak makan pun ada. Hehe. Tapi tak kisahlah. Perfume yang fresh dah ada, yang bau floral dah ada tinggal yang manis je belum ada. so, nk cukupkan korum grab jelah yang ini.*since ini juga agak affordable ;p

Photobucket

New Moon. Hadiah untuk diri sendiri jugak. Haih. Banyak benor hadiah untuk diri sendiri. hahaha!


Quote of the day: Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is God's gift, that's why we call it the present (Joan Rivers)

Jan 4, 2009

Current hobbies

22 comment(s)
Memandangkan sekarang adalah summer holidays, dan cutinya adalah sangat panjang, "terpaksa" la ku mencari bahan2 untuk dijadikan hobi. Haha. Poyo je. Buat masa sekarang ni ku layan benda2 ni:-

Photobucket

Spa Q 2. Nasib baik boleh tengok online. Hehe. Suka sangat cerita ni. Sape yang tak suka tu senyap2 sudahla ye. hoho.

Photobucket

DBSK. Album baru ni memang sangat best. 5 bintang yuhuuu!


Photobucket

America's Next top model cycle 10. Walaupun dah tau pemenangnya, tapi nak tengok juga kat tv3. hehe.

Photobucket

Mystery Legends Sleepy Hollow. Suka game ni. Sebabnya, ku suka main game cari barang tersembunyi. ^_^

Photobucket

Jojo's fashion Show. Game budak2. haha. tapi ok la kalau rasa nak release tension ;p


Photobucket

We got married. (Korean TV show) Tapi sekarang ni banyak best couple dah keluar. Sobsob T_T

**pictures credit to: www.gua.com.my, www.tv3.co.nz, http://dbskarchives.blogspot.com/, soompi forum,

Jan 3, 2009

Holiday 5: Sydney

21 comment(s)
Last destinasi semasa percutian ke Australia yang lepas adalah Sydney ^^ Kat sini kami basically jalan2 kat city saja. Sebab badan dah start penat dan juga kawan2 kat Sydney tengah ada exam. And, kami pergi ke 2 pantai yang famous kat Sydney ni iaitu Bondi beach ngan Manly Wharf.

Photobucket
Bondi beach. Ehem2. anda nampak sesuatu? ;p
Photobucket
Bondi beach
Photobucket
Skodeng2.. haha! Ni adalah Manly wharf
Photobucket
Tempat yg mesti pergi kalau kat Sydney. Sydney Opera House. hehe
Photobucket
Ashwin ngan Anis belanja kami makan. Tiada dalam gambar: of coz la saya! Ngeh3
Photobucket
Saya suka makan ini. nyum2!

Jan 1, 2009

Selamat datang 2009

22 comment(s)
Hampir 2 jam yang lepas, ku di Auckland ni dah pukul 12 malam, menandakan telah tibanya tahun 2009. Actually ku takpernah sambut tahun baru dan tak teringin nak sambut pun. Tapi kali ni agak excited sebab nak tengok fireworks. Hehe. First time dapat tengok firework kat Auckland ni, LIVE dan sangat clear.

Kedudukan apartment baru ku ni betul2 menghadap Auckland Sky tower. hehe. Suka! Start pukul 11 lebih tadi, dah dengar bunyi bising2. Tapi ku malas nak keluar ke koridor lagi. Sejuk. Tunggu 11.30malam baru nak tinjau suasana orang2 kat sini sambut tahun baru.

Then, ku keluar. Siap dengan tripod lagi. kuang3. semangat betul. Makin ramai orang berpusu2 ke Queen Street. Apa diorang buat pun entahlah. Kereta pun banyak jugak kat jalan raya. Tepat pukul 12malam, ada yang bersorak riang, ada yang hon kereta secara berjemaah. wahaha. macam2 la diorang.

Okeh, ni nak share gambar2 yang ku amik tadi. Kiranya fresh lagi ni. hehe...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei