May 29, 2009

menara pelangi

38 comment(s)
Masa tengah sedap-sedap makan kuih kacang tadi aku ternampak auckland skytower ni bertukar-tukar warna. Comel gila. Selama ni duk mengadap skytower yang dull. hari ni baru nampak ceria. Selain gambar-gambar bawah ni, ada satu gambar aku upload kat Flickr. Linknya: farahdanflickr

Note: Rempah-rempah kari, kerutuk, etc yang umi pos dari Malaysia dah sampai. Terkejut sioott tengok rempah yang berpeket2 tu. Banyak gila, macam aku nak bukak restoran pulak. kalau bukan restoran, aku boleh bukak kedai runcit yang jual barang-barang import dari Malaysia. AHAHA.

May 28, 2009

my bubble

17 comment(s)
Previous laptop sudah punah ranah hancur berkecai. Lepas tu aku guna PC untuk berinternet dan ber-assignment. Tapi PC bukan taste aku. Tak boleh diriba-riba seperti laptop. Tak user-friendly. Dalam aku marah2kan PC tu PC tu merajuk pulak. Dia buat hal jugak. Cari spare part tak jumpa. Akibatnya, hampir seminggu aku tak berkomputer. Banyak urusan aku terdelay. Bengang gila, kenapa la benda-benda ni nak rosak dalam tahun ni jugak?? T___T

...................................................................

Then, 22 haribulan Mei lepas, ada seorang hamba Allah hadiahkan aku laptop baru. Terharu. Terima kasih. [You know who you are]. Dan dengan itu, perkenalkan teman baruku, nama saintifik beliau HP Pavilion dv6 entertainment notebook pc. Panjang sangat, jadi aku panggil dia bubble.


Note: Aku start berblogging pada bulan Mei tahun lepas. dah genap setahun. Happy anniversary utk diri sendiri.

Pics: HP, darlingfarah

May 27, 2009

cerita aku dan dia

17 comment(s)
Aku baru je check result assignment tadi. Alhamdulillah, aku rasa berbaloi dengan usaha aku. Memang happy. Aku tolong check result Aliff sekali. Sebijik sama result kami. What a couple. Muahaha. Memang selalunya result assignment kami sama. Kalau tak sama pun, samada aku lebih satu point atau aku kurang satu point. Kalau exam atau test pun macam tu jugak. Walhal aku tak tiru dia, dia tak tiru aku. Aku jenis yang buat assignment last minute. Tapi aku akan baca sebanyak-banyaknya additional readings sebelum buat assignment tu. Berbeza dengan Aliff, dia jenis taip je essay tanpa baca apa-apa readings atau artikel. Sebab kepala otak dia dah bagus. Aku memang respect gila dengan beliau.

malam malam di muzium

18 comment(s)
Dua tiga hari lepas Aliff berbaik hati [hari-hari dia baik hati sebenarnya] nak belanja aku menonton Night at the Museum 2. Since aku memang fan Night at the Museum 1, aku rasa nak pergi tengok sequelnya. Jadi, kami decide untuk tengok wayang kat Sylvia Park, selepas aku shopping kat sana ;p

First time aku masuk panggung wayang kat situ, seat memang A+++ Yang menonton filem tu hanya aku dan Aliff, sepasang couple Korea dan omputeh sekeluarga. Gila betul. Padahal hari tu adalah tayangan premier. Kalau kat GSC Midvalley aku rasa cinema dah penuh sangat dah ni. Muahaha. Omputeh kat sini agaknya lebih prefer night party/clubbing daripada layan movie kat cinema :D


Aku suka gila filem ni. Best. Simbolik. Funny. Ada values. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat.



Note: Aku tak suka English movie yang terlalu seram ganas atau yang terlalu bersifat romantik. Kalau yang romantik ni aku layan filem/drama Korea je. Comel dan tak over [walaupun stereotype ;p ]

Pic: thecia.com

May 26, 2009

digital makeup

23 comment(s)
............................


Tadi masa duk layan you-tube, terjumpa video pasal digital make-up nih. Interesting. [bagi orang yg takde photoshop skill macam aku ni, haruslah tertarik dengan video ni ;p ] Lepas ni, tak payah beli barang mekap dah. Lepas tangkap gambar, boleh terus ber-photoshop. HAHAHA. Cuma, kalau tak expert, memang nampak fake. Here's the link;

DIGITAL MAKEUP



Note: Agaknya sebab adanya teknologi macam ni lah orang mudah kena tipu. Beware people!

Pic: flickr.com

May 18, 2009

i am yours and you are mine

25 comment(s)
.........................................................................


Ini entry duet bersama diya. AHAHA. as, diya, farah taktahu pulak dalam blog pun bleh berduet gitu ;p Rasa-rasanya ramai yang sukakan lagu Jason Mraz. "Im yours" Kan??? Lagu ni sempoi dan catchy. Comel je. Seminggu dua ni pulak orang sibuk duk bercerita pasal kehebatan Akim AF7 yang menyampaikan lagu ni. Tapi bagi saya, rendition penyanyi asal lagi best. No offense (^_^)v

Al-kisahnya, 3 minggu lepas, untuk assignment Language Teaching kami kena buat group teaching. Pastu lepas berdiskusi dua tiga kali, semua setuju nak buat topik holiday. Lecturer cadangkan kitorang guna video Mr Bean's holiday untuk introduction. Tapi dalam kepala otak saya masa tu dah terbayang Jason Mraz. kihkihkih.

Video clip Jason Mraz - I'm yours tu ada elemen-elemen holiday kan? Jadik, saya usulkan kepada group members dan mereka setuju guna vc tu. [nasib baik setuju, kalau tak, aku nak paksa korang setuju muahaha] Selepas mengajar, feedback daripada students mengatakan mereka suka dan enjoy that video part. Heee ;)

Pic credit to www.associatedcontent.com

i dropped a tear in the ocean

24 comment(s)
Baru lepas calling-calling. Rindu nak dengar suara adik-adik, suara umi, suara abah.Seperti biasa, telephonist kat rumah of course lah si aleeya gebu. ahahaha. First, saya tanya dia, Aleeya tengah buat apa. Dia jawab dengan suara comel dia, "Adik tengah tengok-tengok gambar kakak ni." Terharu. Sebak sekejap.

Then sambung cakap dengan umi. Mintak tolong umi kirimkan tudung-tudung cantik dari Malaysia. Nak buat stok time winter holiday ni. ahahaha. Umi kata dia dah belikan, dah siap packing dah pun. Macam-macam jenis tudung ada, tudung syria lah, tudung oman lah, tudung chiffon lah, tudung cotton lah. Thanks umi :D

Turn saya cakap dengan Hajar. Adik perempuan saya yang baru 15 tahun, tapi memang matang betul. Rasanya dia lebih matang dari saya. ahahaha. Dia ni jenis pemberontak. Kalau tak suka something, memang nampak obvious ;p Biasanya, kalau kami borak, macam-macam cerita la keluar.

Hajar
: Kakak, Hajar dah tak sabar nak dapat anak sedara. Me: Anak sedara?? What?! Hajar: Yelah, kawan-kawan Hajar semua sibuk duk bercerita pasal anak sedara diorang. Me: Diorang tu ade kakak/abang yang dah tua. Kakak muda lagi okeh!!!!!

Hajar
: Ada cikgu English baru kat kelas Hajar. Muka sebijik macam kakak. Comel macam kakak, pastu cara pakai tudung, baju, sebijik macam kakak. Huaaa!!! Me: Yeke? Sama sebijik ke? Tak pecaye. Hajar: Betuuuuul. Cuma kakak lagi putih. Tapi yg lain2 tu semua sama. Sampai Hajar tak boleh nak concentrate masa dia mengajar. Terbayang2 kakak depan mata. Me: HAHAHAHAHA *rasa kelakar + sebak at the same time*

Kakak pun rindukan kalian semua. Cuma kakak tak cakap. Kakak segan. T___T

Note: I dropped a tear in the ocean, the day you find it is the day I will stop missing you.

May 17, 2009

Demam Akademi Fantasia 7

18 comment(s)

...............................................

Nampaknya pemenang Akademi Fantasia musim ketujuh sudah pun kite tahu. Ada yang tak tahu ke? Hehe. Meh saya bagitau. Adik Hafiz yang menang semalam. For me, konsert final ni agak membosankan kalau nak dibandingkan dengan konsert-konsert mingguan [walaupun saya tak follow every week]. Tiada yang outstanding semalam. No offense. Mungkin pemilihan lagu yang salah ataupun students tak dapat perform kerana penat sangat. -_-"

Entry ni bukan bertujuan untuk review keseluruhan konsert. Tapi untuk menyatakan perasaan gembira saya kerana AF ni dah habis. Segala hasad dengki, caci-maki, umpat-mengumpat, pergaduhan antara fans hopefully akan berakhir lah. Next time, tak perlulah nak kutuk2 peserta bukan favourite anda. [hrm...dah lumrah manusia kot] Menyokong secara berhemah, be professional la beb!

Pihak production jugaaaak yang untung kan kan?? :D [ke tak untung? :o]

Note: Tahniah Hafiz (^_____^) Pic credit to badrulaftersix

May 16, 2009

omputeh makan budu

31 comment(s)
...........................................................


Masa saya tengah makan nasi kerabu nasi beberapa hari lepas, saya teringat satu kisah ni. Sebelum saya ke Auckland, saya tolong pakcik kat kedai makan dia di Great Eastern Mall. Basically menu kat kedai dia ni nasi kerabu, nasi dagang dan lauk-pauk lain. Since saya je yang faham dan boleh cakap English kat situ, pakcik suruh jaga front counter.

Al-kisahnya, ada la sorang minah saleh ni. Cun dan jelita. Dia cakap dia vegetarian dan dia tanya menu apa yg sesuai utk dia sebab dia tak pernah makan masakan melayu ni. Apa lagi, nasi kerabu lah kan, banyak ulam gitu (^_^) Lepas dah isikan nasi dan ulam-ulaman dalam pinggan, dia nampak sejenis sos ni. Dia tanya, "What's that? Looks nice."

Belum sempat saya jawab dia dah suruh saya letakkan kat pinggan dia. Saya fikir, biarlah dia rasa budu tu, so takpayah explain. Then saya terkejut sebab dia mintak saya letak lagi. Ada la dalam dua tiga senduk budu macam tu. Apekah??? Dia ingat orang makan budu sebagai kuah kot?? Saya kat situ dah nak tergelak dah.

Hopefully dia tak pengsan la selepas memakan 3 senduk budu itu -_-'

Note: Marilah sama-sama kita mempromote budu ke peringkat international ;p [pic: glitter-graphics.com]

sensei arigato!

21 comment(s)
"A good teacher is like a candle - it consumes itself to light the way for others."


Selamat Hari Guru/Happy Teacher's day kepada semua guru di seluruh dunia especially guru kesayangan saya, Encik Aminuddin bin Ismail. Encik Aminuddin? Macam familiar je nama tu. hahaha. Ye, ye, he's my beloved abah. Saya nak buat statement yg agak bias [lol]; Abah saya antara guru terhebat yang pernah mengajar saya! (^___^) Reasons;

First, abah saya cikgu Matematik dan pernah mengajar Maths masa saya form 3 (oleh sbb itu saya minat Maths sampai sekarang). Second, abahlah ustaz saya, dia sendiri mengajar saya mengaji dan bertilawah sejak saya kecik. Alhamdulillah, sebab abah sendiri yang ajar, saya tak banyak main sebab saya respect abah ^.^ Third, abahlah guru masakan saya. Fourth, dia cikgu art saya. Fifth, masa teacher's day next year baru saya cerita HAHA.

[Eh eh, macam entri hari bapa pulak]

Si A tu kerja apa? Cikgu. Cikgu jeee? Aih. penah dengar tak statement menghina macam ni. Memang gila annoying. Mengajar nampak macam senang. Tapi tak senang pun. Serius. Tu baru mengajar, belum masuk lagi fasa mendidik ke apa. Sila refer artikel ni Mu'allim, Murabbi, Mu'addib dan Mudarris. [special thanks to As] Jadi apa yg saya nk bgtau kt sini, tanpa guru, mungkin kita tak berjaya seperti sekarang. So, sesiapa yang masih narrow-minded pasal profession perguruan ni, please think twice before you say something.

Akhir kata, TERIMA KASIH, CIKGU!

Note: Gulp! Saya pun bakal guru. Taknak wish kah???

May 13, 2009

Main tumse pyar karta hoon

11 comment(s)

Menaip entri dengan hati yang panas. Sepatutnya tgh basuh baju skrg. Tapi washing machine ni buat hal pulak. Padan muka kau waching machine, kan dah kena sepak tadi. Dahlah aku tengah bengang dengan Jetstar Airways yg mmg gila tipu duit orang tapi takmo ngaku T__T, masalah lain pulak datang.
Psl Jetstar Airways tu, dah 3 minggu saya tunggu prob ni settle, tapi tak settle2 jugak. Saya book ticket online, total seribu dollars, malangnya bookings itu lesap entah kemana, duit yg saya bayar pun entah kemana. T___T

Selama 3 minggu ni, saya dan Aliff dah hantar semua dokumen yang diorang mintak, tapi tetap kata tak terima payment tu. GOSHHHHHHH. Mereka ingat saya ni takde assignments nak kena buat?? Hari2 runsing kena pikir pasal ni. Now, tak pasal2 selama 3 minggu ni farah yang baik ni dah menjadi seorang yang bengis! nooooooooooo!!
!

[..................................Pause.................................]

Ehm *Clear throat* Feeling better now. Entry baru ni tak sepatutnya jadi tempat saya lepaskan geram sebenarnya. Tapi tak tahan sangat. Please forgive me. T___T


Masa Mother's Day, saya ada tempah kek dengan website Love.com.my utk umi tersayang [UMI, I LOVE U]. Delivery the next day. Menda2 mcm ni mmg sesuai untuk yang jauh dimata, dekat dihati. Ececeh. Bagi sesiapa kt Malaysia tu, mybe harganya agak mahal la kot. Hari sebelum delivery, saya ada call umi. Saya cakap kat umi, Mother's day thn ni takde hadiah ;p Esoknye tetiba je dapat mocha cake dari anak tersayang. Surpriseeeeeee....!!!!!!!!!

May 8, 2009

Cuti-cuti Newzie - -

28 comment(s)

Trip ke
Northland: First, main mini golf kat action world. Serius comel game ni. First time saya pegang kayu golf, walaupun ianya fake semata-mata. HAHA. Oleh kerana banyak sangat route, kitorang main ngelat, aci tak? Second, singgah di pantai-pantai yang menawan. Third, pergi Cape Reinga. Sepanjang perjalanan, bnyk jumpa sheep beraneka warna, dan jugak lembu New Zealand. Sape2 yg minum susu import dari NZ tu, baka dia ade kat sini la ;p


Tengok gambar bawah ni. Ada desert kat NZ! Haha. Bukan bukan bukan. Sebenarnya tu sand dune. Aliff, Hisyam dengan Dzeti je yang ber-sandboarding. Not me ;p Yelah, kalau semua ber-sandboarding, sape yg nak tangkap gambar pulak. Ceh! Alasan. HAHA.


Bawah ni gmbr2 mase easter show kat Greenlane. Aliff je yg naik Kamikaze tu. Dah serik la naik Superman ride dan Scooby Doo kat Gold Coast. T.T Then Aliff nak dapatkan saya teddy bear colourful tu. Kami kena bayar $5 utk 2 turn jatuhkan 3 botol. Nampak macam senang gila sebab ingtkan tu botol plastik, rupanya botol besi. Siot. Last2 main game yang senang sikit dan dapat la katak comel tersebut. (^_^)


May 4, 2009

Checkered fashion - -

25 comment(s)

Dulu saya rasa square pattern ni hanya sesuai untuk table cloth. Kejam, kejam! Hahaha. Tapi sekarang, saya rasa checkered clothing ni sebenarnya cantik jugak. Sukaaaa sangat ;p



Pictures: Polyvore.com, img.hottopic.com

Reminder: Sesiapa yang linknya takde dalam blog list saya tu tolong inform kat saya. Sebab banyak link hilang lepas tukar template. Terima kasih.

Apa itu indah? - -

28 comment(s)
Gambar-gambar ni kebanyakannya saya snap dari dalam kereta masa roadtrip ke Northland waktu cuti Easter lepas. Masa tengok langit dan awan-awan ni, seriously saya terkejut! Macam tak percaya apa yg saya nampak. Langit dan awan tu seolah-olah lukisan padahal memang real. Indaaah sangat...Subhanallah...


Skies and clouds kt New Zealand ni memang unpredictable. Interesting betul lah. Kat tempat lain maybe sama jugak, cuma saya je yang tak notice kot. Hehe.


Notakaki tak de kaitan: Tahniah Aliff sebab dah naik pangkat jadik shift manager (^_^)

May 3, 2009

Birthday boy - -

21 comment(s)
Selasa lepas adalah hari ulangtahun kelahiran Mr.Aliff yang ke22. Yuhuuuuuuuu! Serius, tahun ni ialah tahun paling tak surprise. Walaupun gigih saya rahsiakan pasal secret celebration tu, saya boleh nampak riak muka dia yang macam dah tau saya rancang something. Apakah??? Saya tak cukup pandai berlakon ke this year?? Ehm. Maybe sebab idea-idea surprise tu dah basi kot. haha. Takpe,takpe, cuba lagi next time, Farah -_-'


Kitorang celebrate kat Nando's. Nak masak, tak larat sbb esoknya ada assessment untuk group teaching. Paling senang, keluarkan kad EFTPOS, swipe je kat mana restaurant yang anda mau. [warning: pastikan duit dalam akaun tu cukup dan jugak restaurant tu halal. HAHA] Pastu, dengan kudrat yang ada ni, saya pegi cari birthday cake. This time saya beli icecream cake. Orang kat Malaysia sibuk duk promote icecream cake, saya pun nak try jugak! eh, eh, ni birthday sape ni???

Lepas makan2 kat Nandos, saya bawak Aliff pegi cari hadiah. Kebetulan Kathmandu tgh sale, and Aliff pun dah berkenan dgn backpack kat situ, so settle lah. Nasib baik ada sale tahap kaw-kaw punya , kalau tak, menggigil jugakla ;p Untuk Aliff, happy belated birthday dan semoga dipanjang umur serta dimurahkan rezeki. InsyaAllah (^_^)

May 2, 2009

Suara RM1Juta!!!- -

33 comment(s)

OMG!!! Tomok menang!! Asal-asalnya nak update benda lain ni. Alih-alih keluar cerita pasal One In A million yang baru habis beberapa minit tadi. Haha. I watched it on 8tv.com.my. Tak sangka pula ada live streaming. For me, ketiga-tiga peserta tu ada kelebihan masing-masing. Tapi adat pertandingan la kan, sorang je boleh jadi juara. Kalau ada dua juara kang, sorang dapat RM500 ribu jelah ;p

Rezeki Tomok malam ni (^_^) Mesti gigih habis peminat-peminat Tomok vote dia. Hehehe. Tapi papepun, performance dia mmg dpt pujian positif dari Syafinaz dan Paul Moss. Tahniah.

Pic: Gua.com.my
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei