Jun 24, 2009

serius taktau nak letak tajuk apa

30 comment(s)
Bila aku tinggal di asrama, aku kena bangun awal sebab memang kena ikut peraturan. Bila aku di rumah, aku tetap kena bangun awal, sebab anak dara memang tak patut bangun lambat. Bila aku tinggal sorang-sorang, aku boleh bangun lambat. Ataupun, bangun sekejap dan tido balik selama mana aku nak. Tapi, walaupun sekarang aku boleh bangun lewat, aku tetap rindukan Aleeya, sebab dia adalah tukang kejut aku paling setia. Sebelum aku ke Auckland, hanya aku, umi dan Aleeya yang ada kat rumah. Yang lain awal-awal dah ke sekolah. Si Aleeya suka bangun awal. Dia kejutkan aku supaya ada orang temankan dia. Memandangkan itu musim aku cuti, umi tak halang aku bangun lewat, cuma si Aleeya je yang membebel sebab kakak dia tak bangun-bangun. Yang paling comel, selepas berhempas pulas dia cuba kejut tapi tetap tak berjaya, dia akan tertidur sebelah aku sebab dah letih sangat. OH, aku rindu saat itu.

Jun 15, 2009

bye bye everyone

15 comment(s)
.......................


Aku tiada di sini untuk seminggu. Sayonara!

pic : glitter graphics

Jun 1, 2009

aku tulis ape yang aku nak tulis

1. sejuk. temperature kat auckland ni dah drop sampai 10 degree. [aku tau tempat lain lagi sejuk, so shut up]. aku malas nak keluarkan heater yang tengah bermastautin dalam kotak. basically, barang-barang kat rumah aku memang banyak dalam kotak. konon-konon dah get ready nak balik Malaysia ;p

2. hari apa entah, ada class outing. kami pergi makan-makan kat malaysian restaurant, makan aiskrim satu scoop sorang dan menonton French movie, "the class". Gambar kat bawah ni adalah gambar koordinator kami Sheryll dengan anaknya. Mereka berada di Malaysia sekarang. So sape-sape ternampak beliau, sila say hi. pasti beliau bangga sebab ada orang kenal. ahaha.


3. Kalau seseorang ada DSLR, does it mean she needs to take pictures like a professional photographer? aku rasa tak payah. tapi aku rasa banyak manusia yang fikir macam ni: bila ada dslr, gambar mesti perfect. ah. aku rasa memiliki slr macam satu beban. damn.
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei