Sep 30, 2009

layan lagu sedih tak bermakna aku tengah gaduh dengan beliau ok?

20 comment(s)
gila. dah kena sindrom tulis tajuk panjang-panjang T_T

btw jom join aku karaoke lagu ni

andainya aku pergi dulu sebelum mu janganlah kau bersedih hati. andainya aku tiada lagi disisimu janganlah kau memencil diri. bayangkanlah masa-masa bahagia semasa engkau dan aku bermesra di langit biru di waktu kasih berpadu. di pohon cemara ku ukirkan kata cinta, bulan tersenyum dan bersinar. berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu meraikan suasana indah.... bla bla bla [alleycat].


emm dalam lagu melayu especially yang jiwang-jiwang mesti ada mention pohon cemara. haish serius aku tak kenal. yang aku tahu nye pokok-pokok kat farmville je. HAHAHA!



flickr

Sep 28, 2009

assignment dah submitted, so sekarang aku update blog

16 comment(s)
perghhhh lega siot dah hantar assignment. assignment kali ni cam heavy metal sikit sebab kena tulis sampai 3K. haa, setiap kali lepas hantar assignment, aku mesti celebrate. padahal assignments lain berlambak-lambak lagi cesss! eh, lama juga tak update blog ni. actually aku selalu je update blog, tapi kat blog satu lagi.

aku takde apa yang nak di-update pasal raya hari tu. semuanya biasa-biasa saja. tapi at least ada lah juga mood raya tu. thanks kepada yang datang makan-makan dan menjenguk aku di teratak buruk ni :p cuma rumah aku takde kuih raya. lepas budak berdua tu promote mrs higgins cookies kat aku, officially nye mrs higgins tu dah jadi kuih raya aku. minggu ni asyik makan menda tu je. sampai overload tsk tsk tsk pokai aku kalau macam ni.



dan. tahun ni. aku masih dapat duit raya. yihaaaa! [pic: flickr]

Sep 21, 2009

masak masak raya

25 comment(s)
fuhhhh puas hati aku masak. dari tengah hari semalam sampai pagi tadi. tak pasal-pasal dapat mata beruang panda secara percuma. haish. mari kita menengok gambar.

IMG_2471
menggoreng kacang tanah. krem tangan aku duk menggoreng benda ni

IMG_2480
kuah kacang yang dah siap masak

IMG_2484
ayam masak merah menyala

IMG_2489
rendang dendeng [first time aku masak ni]

IMG_2494
sate ayam sebelum dibakar dalam oven. masak sate ni paling mencabar kesabaran aku


ehhhhh baru aku perasan, apasal banyak sangat aku masak ni???? -_-'


okeh. dah penat. mahu tido. zzzz

Sep 19, 2009

korang beraya kami berpuasa yay

20 comment(s)
dah confirm dah confirm. tarikh raya untuk new zealand adalah pada hari isnin, 21 september 2009. means, kami akan berpuasa untuk hari ke-30 esok. alhamdulillah. apa-apa pun, selamat berhari raya untuk kaum keluarga, sahabat handai dan semua kenalan di malaysia. korang bergembira esok jangan lupa aku disini T______T

nasib baik belum masak lagi. kalau dah masak tadi, harus aku organise iftar sekali lagi instead of open house. hahaha. aku dah agak satu shawal jatuh pada hari isnin. hoyeh. selamat bersahur dan berpuasa buat muslimin muslimat new zealand ♥ ♥

Sep 18, 2009

aku nak bergembira juga

♥♥♥♥♥♥

selamat hari raya aidilfitri
, maaf zahir dan batin




.
.
.
.

simple betul ucapan raya. darn. im not really good at words. [pic: flickr]

Sep 13, 2009

bersabarlah sayang

25 comment(s)
"semua insan sedang gembira di hari ini sayang....." [bersabarlah sayang, sanisah huri]

haish.

nak pasang lagu raya.

tapi takde kekuatan.

risau nanti akan T____________T

susah.

nanti siapa nak pujuk :(

Sep 12, 2009

kek coklat purnama merindu

26 comment(s)
hahaha. overrrr siot. tetiba teringat rancangan masak-masak dato' siti, kalau tak silap aku, ada satu resepi dia namanya labu masak lemak usah diragui. hahaha. comel okeh. [asal siti je puji, bias la farah]



tadi aku baked sebijik chocolate cake. baked dalam bm maknanya membakar kan? memang membakar sungguh lah. sampai rentung kek aku. hampeh lepas ni aku malas ah baking baking ni semua. tapi nasib baik rentung surface je. selebihnya okay, masih enak kuang kuang kuang. oven kat rumah ni memang tak boleh pakai ah. button timer dengan temperature rosak, tapi sebab aku nak buat jugak, itulah hasilnya.

nasib baik tadi fire alam tak berbunyi. kalau tak, segerombolan bomba akan datang menjenguk. isk kat nz ni, bunyi fire alarm sikit pun dah riuh sekampung T_T [pic: flickr]

Sep 11, 2009

i *heart* datuk siti nurhaliza

21 comment(s)
cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama, tak perlu dipaksa, tak perlu dicari, kerna ku yakin ada jawabnya [bukan cinta biasa, siti farah nurhaliza]

aku baru lepas layan konsert satu datuk siti nurhaliza. alahaaaai sedap sungguh suara beliau. ni buat aku nak obsess balik dengan beliau ni. sebelum ni aku stop kejap minat beliau. reasonnya aku tak tahu. tapi sekarang aku sukaaa!

lagu-lagu hits datuk siti yang lama-lama tu memang best sangat ah. memang melekat dalam memori aku sampai sekarang. mana boleh lupa purnama merindu, biarlah rahsia, kau kekasihku, balqis, bukan cinta biasa dan banyak lagi lah.



kalau tak minat, sudah. tak perlu nak kutuk-kutuk okeh XD [pic takde kaitan dengan konsert satu, credit to flickr]

Sep 6, 2009

i hate this feeling

25 comment(s)
now. aku rasa aku taknak apa-apa. no more cravings. taknak kuih. taknak semua. taknak taknak. semua yang sedap nampak tak sedap. semua adalah tasteless. tekak aku sakit, pedih. blocked nose. runny nose. badan lemah. sakit kepala. tension. dengan blog ni sekali aku rasa nak delete. %&%$#

murtabak comel orang bujang

24 comment(s)
eh eh tak bujang tak bujang

semalam aku bermuram durja seharian. sampai menangis-nangis. takde orang sakitkan hati aku, tapi sebab aku tak dapat makan kuih. [ni pengaruh baca blog orang la ni] hahahaha apakah???? kalau kat malaysia, bila berbuka puasa dengan family, mesti ada kuih-muih. lauk pauk aku tak kisah, sebab aku boleh masak sendiri. tapi kuih??? siapa nak tolong buat??? T_T

aku called parents aku. mengadu domba. merengek-rengek macam budak kecik. macam sepuluh tahun tak jumpa kuih. iskkkk faraaaahh faraaaah. abah dan umi macam dah kesian gila kat aku. mengidam tahap kronik. then abah bagi beberapa resipi, insyaallah kalau aku jumpa bahan aku buat walaupun tak pandai. haih.

someone nak gembirakan aku dan buatkan murtabak sebagai pengganti kuih. yeay. jadi semalam aku dah merasa murtabak. thank you kamu! [note: aku tukang potong murtabak je ;p]

IMG_2348

Sep 5, 2009

they call me farah and i like it

18 comment(s)
kat christchurch, masa aku tengah tunggu someone belikan makanan untuk berbuka, datang seorang sis omputeh. dia senyum-senyum. pada mulanya aku ingat dia senyum kat orang lain so aku buat dekk je. then dia bagi salam, wished aku happy fasting dan bagitahu dia pun berpuasa. rupanya dia adalah kiwi muslim. dah tujuh tahun masuk islam. alhamdulillah. ini first time aku jumpa omputeh newzealand yang muslim.

sis tu bagitahu nama dia jamila. siap bagi maksud nama dia lagi. dia cakap jamila means beautiful. ehe. suka betul dia dengan nama sendiri. eh
aku pun suka nama aku. farah means happiness (^_^)


pic: flickr

Sep 4, 2009

kerana seketul kebab

16 comment(s)
eh? seketul ke sebijik ya? aaah forget it. first day kat queenstown, kami mencari kedai makanan halal untuk berbuka puasa. dan kami jumpa turkish kebab. jam enam petang aku dah tercongok kat situ. then ada sepasang turkish couple ni pandang2 aku. maybe sebab aku bertudung. orang bertudung ni agak jarang dijumpai di situ [tetiba aku rasa aku ni special ;p]

tak lama lepas tu turkish couple tersebut datang jemput kami berbuka puasa bersama dengan familinya. rupanya beliau dengan pemilik kedai turkish kebab tu bersaudara. ya allah segannyaaa. tetiba je orang tak kenal jemput makan bersama dengan big family dia. haish. rasa macam nak run for your life. tapi macam kurang elok pula kalau blah.

first dish adalah sup barli. omg!!! aku ni anti-barli sejak kecik. tak boleh telan langsung benda alah tu. sebab hormatkan mereka, aku telan juga. dalam hati dah menangis-nangis. pandang kiri, kanan, semua orang dah habis makan, siap bertambah sup barli tu. barli dalam pinggan aku luak 10% je T_T then, wife kepada brother yang jemput kami tu perasan yang aku dari tadi tak habis makan. thank god dia bagi aku second dish. second dish tu memang sedap, rasa macam dumpling. alhamdulillah aku dapat habiskan, kalau tak malu gilaaa -.-

IMG_1508

aliff tanya perempuan yang pakai tudung merah baju hitam [gambar di bawah], "is this your family?" kemudian beliau cakap "yes, yes, we are one big family, including you guys" awwh T_T

IMG_1509

bawah ini adalah couple yang jemput kami tu. si wife tu sakit, dan dia bakal undergone surgery. hopefully selamat semuanya, insyaAllah. si lelaki tu cakap dia pernah datang ke malaysia. banyak dia puji pasal negaraku malaysia yang dicintai [tetiba patriotik :p] bangga bangga.

IMG_1510

then lewat malam the next day kami singgah nak beli kebab, dan kami dapat satu free meal. alhamdulillah, rezeki jangan ditolak ^^

Sep 3, 2009

waking up in queenstown

35 comment(s)
my wish has been granted! aku dah lama berhasrat nak ke queenstown. akhirnya sampai juga ke sana. walaupun berpuasa, aku tak rasa lapar sangat. mungkin sebab cuaca sejuk. jadi, tiada masalah untuk sightseeing.

ada beberapa aktiviti yang dibatalkan sebab hujan lebat dan kabus tebal. means, no paraflight, no deer safari, no helicopter trip walaupun aku dah booked. nasib baik bayaran boleh di-refund. alhamdulillah. satu aktiviti yang aku dapat buat ialah ke milford sound [attraction paling famous di new zealand]

queenstown in the morning

pagi di queenstown. waktu ni tengah tunggu taxi datang pickup sebelum bertolak ke milford sound. milford sound sangat jauh dari bandar queenstown. dalam lima jam perjalanan pergi, dan lima jam balik. tapi aku tak rasa lama sangat sebab dah biasa naik bas lapan jam kl-kelantan ahaha :p

avalanche

nasib baik jalan ke milford sound tak tutup. pakcik tourist guide bagitahu yang dua tiga hari sebelum tu, jalan tutup sebab avalanche [runtuhan salji] yang dahsyat. scary.

te anau was snowing

tetiba snow turun

the scenic cruise

ini adalah scenic cruise yang aku naik. masa ni cuaca masih elok, cerah lagi. ok selebihnya i will let the pictures do the talking :D

i love milford sound 1

i love milford sound 2

rainbow

queenstown is indeed such a nice and beautiful place to visit. gambar kat town pun banyak tapi aku dah tak larat nak upload. emm kalau ada rezeki lebih, aku bercadang nak pergi sekali lagi :p

quick update

aku sudah pulang. yuhuu. gembira sebab dah balik rumah sendiri. home sweet home. eceh. blogwalking lepas terawih ya. sekarang aku nak masak. dalam dua jam lagi masuk waktu berbuka. bercadang nak masak simple simple je. simple is better than megi. kalau umi tau aku makan megi, habis ah -_-' cakap pasal megi, aku teringat yang omputehs sini suka benar dengan indomie mee goreng tu. aliff yang bagitahu sebab dia pernah part time kat convenience store. mereka akan frust menonggeng kalau megi goreng tu dah habis stok. comel ah mereka ni ;p


Sep 1, 2009

nak meroyan boleh tak??!

20 comment(s)
sedih sedih nak nangis. jauh aku datang, tapi heli trip dicancelkan last minute sebab tetiba hujan lebat yang amat sangat. nak naik heliiiii T___T isk isk isk redha farah redha -_-'


note: esok aku balik auckland. [pic: flickr]
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei