Oct 31, 2009

you are beautiful

14 comment(s)
baru seminggu takde kelas, aku dah rasa boring tahap &%#@%! takkan hari-hari nak pergi shopping, kopak aku. btw hari ini pergi parnell. ada parnell festival of roses. dan dalam banyak-banyak bunga ros kat sana, ini ros yang paling aku suka. apa entah nama dia. tapi memang cantiklah warnanya.

IMG_3058

jom naik bas!

IMG_3093

kalau ikutkan hati aku nak bawak balik semua ros kat situ tapi apakan daya T_T

Oct 30, 2009

sumpah bunian

17 comment(s)
semalam duk chatting dengan adik. tanya dia, layan sumpah bunian tak? dia cakap bukan dia je, dengan abah umi sekali terlopong depan tv setiap petang tengok cerita tu. episod-episod yang recent ni memang membuatkan aku selalu sentap, emo lebih-lebih bila tengok. overrr okay. sampai ke blog emo-nya -_-'

watak zira tu (elly mazlein) awal-awalnya gedik comel dan kelakar, tapi lepas dia berkahwin dengan adam (ryzal) dah jadi jahat nak mampus T_T btw aku sangat suka tengok nora danish dalam drama ni. sangat cantiklah beliau bertudung. layak la untuk watak puteri bunian tu.

flickr

teh susu berperisa taro

11 comment(s)
ada beberapa member kat malaysia tanya pasal taro milk tea. aku pun tak pasti kat mana ada jual. tapi kalau lihat gambar bawah ni, nampaknya easyway dah ada cawangan kat malaysia. so sila cari di kedai berhampiran anda. tapi, kalau bukan easyway pun, tempat lain pun ada jual kot.

IMG_2963


♥♥

Oct 29, 2009

to the left to the left

8 comment(s)
aku rasa otak kiri aku lebih mantap berbanding otak kanan aku. perit jugaklah kadang-kadang kalau diberi task berkaitan dengan literature. apatah lagi b.ed tesol ni memang bermain dengan language. insyaallah boleh buat, cuma it takes time. thats why aku memang tak berminat tulis puisi ke apa. haha. tapi. allah s.w.t. tu maha adil kan. walaupun aku lemah bab tu, tapi allah kurniakan aku someone yang otak kanannya sangat mantap. so boleh ah tolong aku eheh :p

artikel: left brain vs right brain



flickr

crossbody bag vs shoulder bag

16 comment(s)


sometimes aku teringin jugak nak pakai shoulder bags. tengok orang pakai nampak macam best, nampak feminin, nampak lawa. aku pernah beli, dan pernah dapat hadiah dari member beberapa shoulder bags. tapi sampai sekarang jadi koleksi aje. balik-balik aku akan cari crossbody bags atau sling bag jugak -_-"

pictures courtesy of coach

memories in black and blue

16 comment(s)
semalam ada farewell party yang dianjurkan oleh juniors kami, bertempat di bings restaurant. temanya black and blue. aku dan encik a sampai lambat sedikit. sebab tak jumpa cari restaurant. haish. anyway food adalah sangat sedap. thank you juniors. seniors dah nak balik malaysia dah T_T

IMG_2855

satu encik a punya, satu aku punya.

previous gambar aku dah remove sebab panjang sangat. tak sesuai dengan layout blog. haha

robots are not allowed to read this entry

12 comment(s)
lepas submit assignment terakhir, dan selesainya presentation sbe ingat nak pergi skycity cinema. nak layan movie sebijik dua. tapi encik a kata dia perut dia dah penuh dengan ayam nandos so tak jadi lah pergi semalam. kami pergi hari ni. kat queen street ni tak banyak movies pun yang dia tayang. hmph %$*&5@. finally kami pilih untuk tengok surrogates lakonan bruce willis. [kalau kat malaysia jangan haraplah aku nak tengok kalau watak utama tu hero tua. statement jahat muahaha]

aku suka ini movie. bagi aku sangat best. kisah pasal surrogates yang menguasai populasi dunia. cuba bayangkan dunia ini penuh dengan surrogates dan manusia sebenar hanya duk kat rumah sebab segala benda dibuat oleh surrogates masing-masing. memang memudahkan kerja, tapi hidup sebagai seorang manusia macam dah takde nilai.



http://www.iwatchstuff.com/

Oct 25, 2009

oops i did it again!

10 comment(s)

tadi, masuk maxshop.com. asalnya nak cuci mata saja. yelah kalau aku nak membeli baik pergi tempat dia kat queen street. jalan kaki lima minit dah sampai. tapi............ click punya click terbeli pulak. kononnya janji nak puasa dari online shopping, tapi tak dapat nak tunaikan janji tu dush dush dush [tumbuk muka sendiri]. encik a, maafkan saya :(

baru perasan model ni rupanya first runner up new zealand top model. patut ah macam pernah nampak.

pic: maxshop.com

caraku dan caramu berbeza

10 comment(s)
bila aku layan mana-mana drama bersiri atau movie, aku selalunya takkan merungut pada ketidaklogikan cerita tu. ada sesetengah orang, setiap kali tengok drama ada saja benda tak kena yang dia nak kondem. tak salah pun perbuatan tu. suka hati kau lah kan. cuma itu bukan perangai aku. kau bagi la aku tengok cerita yang paling haprak dalam dunia pun, tapi kalau aku suka means aku suka lah.

mana ada benda yang perfect dalam dunia ni. setakat benda-benda remeh dan tak logik yang ada dalam drama/movie tu akanku lupakan saja. btw ini salah satu cerita mengarut yang menjadi fav aku, meichan no shitsuji [pic courtesy of flickr] ;



off topic: hmm, dinner tadi plan asalnya nak masak kailan ikan masin, tapi hanya ada kailan. nak masak kangkung goreng belacan, kangkungnya tiada. akhirnya terhasillah kailan goreng belacan.

Oct 24, 2009

nur kasihan

19 comment(s)
semalam layan nur kasih latest episod. biasalah, selagi tak keluar kat tv3 online selagi tu aku tak tidur. gigih sungguh tunggu nur kasih. hmm kesian la tengok nur. dia selalu mengalah untuk kebahagiaan orang lain. luka di hati, sendiri yang tanggung. aduhai.

actually sebelum ni aku kurang suka watak nur amina. aku tak tau kenapa. tapi aku memang tak admire dia gila-gila la. tapi dua episod kebelakangan ni, aku sangat suka beliau. maybe sebab dia sanggup terima katrina sebagai madu dia dan layan katrina dengan sangat baik walaupun pernah kena maki. memang menjadi lah tiz bawa watak nur amina.

lagi satu, pandai sungguh sarah tu menghasut kan. kadang-kadang rasa nak marah jugak kat aliya tu, sebab cepat sangat percaya kat sarah. kalaulah aku ada kat sana, nak je aku bagitahu si aliya tu jangan dengar cakap sarah. tapi tak boleh salahkan aliya juga, mesti rasa sedikit tergugat bila orang selalu sebut pasal nur je.


aku cakap macamlah mereka ni duk sebelah rumah aku ;p

Oct 23, 2009

kamu, i am sorry

macam nak terkeluar bijik mata aku siapkan dua assignments semalam. pergh. penat gila. sepatutnya aku tengah qada tido sekarang tapi tak mengantuk pulak.

btw aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang tegur aku masa submit assignments tadi tapi aku tak respond. actually thats so not me. otak aku tak berapa nak berfungsi. masa korang tegur tu aku antara dengar dan tak dengar, sedar tak sedar. aku tengah serabut pasal assignments. maaf sangat-sangat.

tadi layan american next top model. kat sini baru tayang cycle 11. orang dah boleh layan cycle 13 kat youtube. haha. tapi aku tetap nak tengok. sebab tengok kat tv lebih best :D


mckey [pic:flickr]

Oct 22, 2009

sleeping position

14 comment(s)
aku planned nak tido kejap tadi tapi tak jadi. masa aku paksa diri untuk lelapkan mata tu, aku perasan yang posisi aku tido adalah fetal position. biasanya setiap kali nak tido memang aku dah cuba tido ikut sunnah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan bawah pipi. tapi alih-alih kembali pada fetal position tu juga -_-"

memang kebanyakan dari kita tidur dalam posisi tu kan? sebab aku baca somewhere katanya the most common sleeping position is the fetal position. walaupun kita akan bertukar-tukar posisi tidur pada satu malam, kita tetap ada satu preferred position. hmm actually sebelum aku datang kat auckland, aku tak tido macam tu pun. maybe sebab sini cuaca sangat sejuk. ditambah dengan sikap malas aku nak on heater. cet.

lagi satu unconscious habit aku, masa tido mesti kepal tangan kuat-kuat. kalau time kuku aku panjang sikit, mesti berbekas la tangan aku sebab genggam kuat sangat. haish macam-macam ah.

apa yang penting, aku tak tido buas ok. perlu ke statement ni haha [pic: flickr]

Oct 21, 2009

menghitung hari detik demi detik

20 comment(s)
updates:

1. elaun terakhir di auckland sudah pun masuk. alhamdulillah. terima kasih. hati riang untuk lima minit. sebab gembira duit dah masuk. lepas lima minit kemudian jadi sedih balik sebab dah bayar rent rumah untuk november. lepas tu nak bayar shipping. lepas tu nak beli souvenir untuk saudara mara dan kawan-kawan. berapa posen jelah tinggal untuk aku. takpe takpe. bersyukur farah bersyukur.

2. ada dua assignments [educ paper] kena submit hari jumaat. dan hari selasa depan kena submit language teaching paper dan hari yang sama juga ada presentation untuk school practicum. berusaha!

3. check stats tadi. tergolek-golek aku baca satu keyword ni. memang banyak entri aku pasal lagu, tapi aku tak pernah ooo tulis pasal "lagu taik". ha ha ha ;p

keywords

Oct 20, 2009

the song that made me cry

11 comment(s)
aku baru je dengar lagu ni beberapa minit yang lepas. walaupun first time dengar, i ended up crying. liriknya betul-betul buat aku terpukul. [lirik pun pandai pukul orang tsk tsk tsk]. sila dengar time anda tengah emo pada pasangan anda. lepas tu anda mesti tak emo dah. ha ha ha. [aku tak kata aku tengah emo. mana ada mana ada]

flaws and all by beyonce




note: hargailah orang yang tersayang. eceh :p

Oct 19, 2009

has the internet taken over your life?

12 comment(s)
aku pun ketagih internet juga. tapi kalau tak jumpa internet seminggu, tiada masalah pun. minah dalam vid ni lagi dasyatlah. masa mandi pun dia ber-internet lagi -_-" ada part dalam vid ni yang budak tu dicabar untuk cari kawan tanpa menggunakan internet. dalam internet, senang sangat nak berkawan kan, hanya perlu klik butang "add friend". tapi kat real life, mesti rasa awkward kalau kita nak pergi kat someone yang kita tak kenal langsung dan cakap kat dia "nak kawan dengan kita tak?" atau "eh, jom kawan dengan kita". ianya possible, tapi menjanggalkan.




note: siapa yang tak boleh hidup tanpa internet sila senyum.

Oct 18, 2009

alangkah indahnya hidup ini

11 comment(s)
aku sebenarnya memang taknak update. tapi lepas dengar lagu ni, aku rasa nak share dengan semua orang. sebak sangat. aliff kata lagu ni raihan pernah nyanyi. tapi ni versi dato' siti nurhaliza. tajuknya ya rasulullah. dari album tahajjud cinta. cuba lah dengar. sedap sangat masyaallah. liriknya pun menyentuh hati. selawat pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.




note: sila beli yang original. hehe :p

Oct 15, 2009

sometimes aku lupa dia ada dua nama

23 comment(s)
dah dapat kotak-kotak shipping ke malaysia. means aku dah kena start packing-packing semua barang dan jual apa-apa saja yang boleh dijual. dah tak lama dah nak balik malaysia. gembira. tapi dalam masa yang sama rasa macam tak nak tinggalkan auckland lagi sob sob sob sobri.

sobri? itu bukan lelaki lain dalam hidup aku. sobri yang aku tulis tu adalah aliff sobri. aliff sobri pun kau tak kenal jugak? sudah ah. T_T

aku busy minggu ni sampai minggu depan. kalau ada masa free aku update. kalau tak, see you guys next week. daa



Oct 13, 2009

green apple

16 comment(s)

tadi jadi kutu embun kejap. keluar malam, balik lewat. tapi bukan pegi clubbing, jangan risau. saja keluar menghirup udara segar ewaahhh. oleh sebab public bus kat auckland dalam seminggu dua ni sudah diberhentikan servisnya untuk seketika, jadi keluar berjalan lah. dari wakefield st. turun ke downtown, kemudian ke foodtown, lalu symonds st. kemudian balik semula ke wakefield st. jauh seh. ala-ala bersenam pun ada. bersenam malam-malam buta. ceh.

tapi disebabkan aku singgah hulucat, terus dah tak boleh dikatakan bersenam lah. muahaha. btw tadi pekena green apple slushy. first time cuba. not bad. tapi sebab cuaca sejuk yang amat, pilih pulak seat yang dekat dengan tingkap, tak enjoy sangat minum tu. sebab rasa macam berada dalam ice world. wuhuu. it's freaaaaaaking cold. tulah degil, orang lain time sejuk-sejuk pekena kopi panas secawan dua, aku pulak gigih mem-bedal slushy T_T

tengok slushy tu teringat rambut Marge Simpson.

Oct 9, 2009

khoobsoorat itu cantik

18 comment(s)

flickr

aku baru lepas baca blog someone. someone yang aku kenal. tapi aku rasa dia tak tahu pun aku baca blog dia. maybe dia tahu kot. entah. apa yang aku nak sampaikan ialah pada pandangan mata aku, beliau sangat manis, cantik. aku sangat suka tengok gambar orang yang ada natural beauty ni. walaupun tak berbedak, tak bergincu tebal-tebal, tangkap gambar dari mana-mana sudut pun pasti nampak cantik. candid macam mana pun, mesti nampak lawa.

serius aku jeles hahaha T_T

haaa kau, kau dan kau. jangan perasan eh? :p :p

weirdo

15 comment(s)
aku ada satu tabiat pelik. taktahu lah benda ni boleh dikategorikan sebagai tabiat ke tak. aku tak berapa suka tengok odd numbers. contohnya kalau aku login blogger.com lepas tu aku terpandang jumlah posts aku yang merupakan nombor ganjil, aku rasa tak senang. thats why kadang-kadang ada dua entri satu hari, sebab aku nak jadikan ianya nombor genap. contohnya kalau aku nampak 187 posts, aku nak make it 188.

sama jugak dengan nombor apa-apa sekalipun. nombor akaun dalam bank ke apa. aku mesti letak jumlah duit dalam nombor genap. time main game pun sama, aku takkan stop kat level 13 ke 17 ke. harus 12, 14, 16 etc. cuba tengok tarikh lahir aku, 22/11/1987. kalau aku ada superpower, aku nak tukarkan ia jadi 22/12/1988 boleh?

haish. aku sorang sajakah ada perangai gini?


Oct 8, 2009

rumah yang bersih jangan disangka tiada lipas

aku dah banyak kali jumpa orang yang baik kat depan, tapi kat belakang mak aih pijak gajah pun boleh mati [exaggerate gila haha]. aku pun jahat, tapi sejahat-jahat aku, aku tak berdendam sampai nak memusnahkan hidup seseorang. sejahat-jahat aku, aku tak mengumpat orang, memburukkan orang macam theres no tomorrow. damn la kan.

aku memang susah sikit nak bagi seratus peratus kepercayaan kepada orang lain. aku pernah tengok sendiri bagaimana best friend umi aku khianati umi dan buat sial dengan keluarga aku. memang tak disangka. ini buat aku fikir, sebaik mana kita dengan seseorang, harus lah simpan sikit trust tu untuk diri sendiri. jangan bagi semua.

hey si gadis yang manis!

25 comment(s)
adik aku hajar amik pmr tahun ni. dan birthday dia serentak dengan exam. nampaknya hajar kena celebrate bersama buku-buku, yeay! haha. hajar ni anak ketiga dalam family. kecik molek orangnya. tapi dah dua tahun aku tak jumpa dia. maybe dah tinggi kot XD

aku rindu serindu rindunya kat dia! masa aku kat malaysia, bila balik rumah kat kelantan [since aku belajar kat kl], dialah teman baik aku. kenangan paling takleh blah, setiap kali sebelum tido, dia mesti mintak aku nyanyi lagu sebarang dua, eh eh kadang-kadang sampai sepuluh ok. aku apa lagi, nyanyi sepenuh hati la nak bagi dia tido. [sepenuh hati = siap dengan falsetto, vibrato, etc etc hahaha]


to hajar ♥ : selamat hari lahir yang ke-lima belas. semoga aja panjang umur dan dapat result pmr yang cemerlang insyaallah. hadiah coming soon ok! btw jawab prekso molek-molek deh. kakak tau aja buleh buat. haish, dop saba bedooh nok jupo aja T___T


Oct 7, 2009

nama baru blog bukan nama blog baru

15 comment(s)
haaa itu dia tajuk baru blog aku. taromilktea gitu ha ha ha. actually aku baru perasan yang kaler blog ini rupanya sebijik macam kaler taro milk tea. sooooo apa lagi. kita minum dulu :p

btw easyway sudah sampai ke auckland, yeay!

dapat extension untuk assignment linguistics, double yeay!


cerita tambahan: aliff bagitau aku, kalau setiap kali aku cakap mesti takde objek. contohnya "tolong ambikkan saya nak buat". ambik apa? buat apa? hahaha! nasib baiklah dia jenis boleh baca whats going on in my head XD


Oct 6, 2009

harimau mati meninggalkan nama, manusia mati meninggalkan belang

20 comment(s)
warning: sila abaikan tajuk entri. aku nak cerita benda lain.

aku kan. selalunya kalau nak beli barang, akan survey sampai seminggu, survey punya survey sampai pening. last-last bila pergi kedai, yang aku tak pernah survey tulah yang selalunya aku checked out. sebabnya aku ni cepat percaya dengan salesperson. dan susah nak say no. aish. tapi lepas balik rumah, mesti marah diri sendiri. sebab beli something yang entah apa-apa. lepas tu, end up aku tak puas hati, dan nak beli yang lain. gila. someone tolong katok kepala aku, boleh? katok-katok manja cukup ah :p

tengah buat assignment linguistics. kena buat report pasal english dialect. aku pilih canadian english. dari tadi duk mendengar canadian punye speech. pening seh.

kalau kena tulis pasal perbezaan dialek kelantan dengan dialek terengganu kan best -.-'


Oct 5, 2009

orang duludulu takde facebook pun boleh hidup

30 comment(s)
sebelum aku deactivate facebook aku, ada someone add aku kat facebook. aku check la friend request tu. pastu, tengok nama macam familiar yang amat sangat. aku genyeh genyeh mata yang tak gatal, tampar-tampar pipi sampai sakit. biar betul???? masin mulut encik aliff. dia pernah kata, kalau "beliau" ni add aku kat facebook, apa aku nak buat. aku kata aku berani cakap beliau takkan create account fb. takkan nye lah. haish. rupanya, betul sungguh. abah ada fb account i tell you. hahahaha. terkejut manusia aku ok!

lepas seminggu, aku called abah. tanya betul ke dia yang add. atau adik aku yang buatkan. abah kata abah la yang buat. tapi dia sampai pening-pening sebab taktau guna. yang paling comel, abah kata dia dah lupa password fb dan sampai sekarang tak masuk-masuk dah. hahahaha.

aku bagitau yang abah boleh dapatkan balik password tu. aku explained la potpetpotpet kat beliau. dia emmm emmm kan aje. last sekali dia kata, fb tu susah. untuk orang-orang muda bolehlah. katanya otak dia dah tua. abahhhh abahhhh XD

note: aku delete bukan sebab abah eh. sebab benda-benda lain. btw kenapalah facebook ni tak boleh didelete selama-lamanyaaaa?? setakat deactivate saja. hampeh.
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei