Nov 30, 2009

jom makan nasi kandar

punyalah lepas tengok papadom, terasa nak makan papadom. tak sempat-sempat nak tunggu balik malaysia :p lepas pergi tengok santa parade semalam, aku singgah angies kitchen. ada menu baru, nasi kandar. a bit pricey, tapi ada aku peduli? haha. ini dia;

IMG_4112

papadom sedappp!! oh btw, kalau nak cuba, sila jangan takeaway nasi kandar itu. makan je kat sana. encik a kata kalau tapau rasa dia macam lain sikit. ok choww [pic courtesy of encik aliff sobri]

Nov 29, 2009

kfc, mcdonalds dan naruto

hahahahahahahaha!! belum cerita apa-apa lagi dah gelak. actually aku terjumpa video ni. colonel sanders [kfc] versus mcdonalds. diorang lawan macam dalam game king of fighter tu. lawak gilaaaa. memandai je sape yang reka game ni. banyak lagi video yang lain. ada yang versi mugen ke ape entah. btw dulu aku memang suka main game lawan-lawan ni esp k.o.f. dan street fighter. sebab karakter-karakter dia tak kira jahat ke baik, memang hensem ;p


oh fyi, sekarang aku dah mula terjebak dalam kancah naruto shippuden. thank you encik a.


Nov 28, 2009

ho ho ho tamat


akhirnya habis juga drama bersiri nur kasih ni. aku baruuuu je lepas tengok. disebabkan aku dah tahu macam mana jalan cerita dia [sebab aku baca spoiler tu haha], aku tak berapa rasa sedih pun bila adam jumpa nur kat dalam train ;p

masa part akhir drama tu aku sedang melantak nasik. tengah-tengah makan tu, tetiba keluar
scene adam, aidil ngan bapak dia haji hassan. terus aku menangis siap teresak-esak bagai. cuba bayangkan aku menangis dengan mulut yang penuh dengan nasik. macam kelakar. last scene tu memang paling mensebakkan aku untuk episod terakhir ni. sebabnya aku teringatkan episod awal-awal dulu, dimana si adam tu memang kurang ajar ngan bapak dia. bapak dia strict sebab nak adam jadi orang baik.

itulah, ada masa kita tergelincir, tapi kita boleh naik balik kan, insyaallah.
[pic: tv3]

spot the similarity

hola. sekarang semorang mesti tengah kenyang perut senang hati makan daging lembu hari ini. aku kat sini raya esok. tapi rasa macam takde celebration pun. takpelah, esok pergi beli lamb kebab pun jadilah.


motif gambar ini??? cuba tengok gambar kat previous entri. spot the difference. eh no. spot the similarity. hoyeah. lebih kurang kan baju aku ngan aleeya. citarasa sama gitu. kata umi, kami memang banyak persamaan pun. perangai sama, selera sama, rupa seiras etc etc. malas nak elaborate. aku dengan adik-adik lain pun actually lebih kurang sama jugak, tapi dengan si aleeya, lebih lagi.


cuma perbezaannya [ni apa yang orang cakap lah], muka aleeya lebih manis, muka aku masam sikit. masam how? masam macam mempelam? oren? durian? cetttt. apa-apa jelah.


Nov 27, 2009

hari ini aku buat kerja gila

saat ini aku memang rindukan budak ini. dan juga family aku. kalau aku ada superpower, aku nak balik rumah sekarang! balik rumah jumpa family tersayang saja. orang lain aku tak mahu jumpa.


aku memang tengah stress tahap tertinggi. majlis bertemakan retro-retro yang once in a lifetime [tengah berlangsung sekarang] tu pun aku tak attend. lantak ah. aku tak kisah pun. orang lain lagi lah tak kisah punya.

tersalah mimpi

eh ehhhh ehhhhhh ehhhhhhhhhhhh

aku baru mimpi aku tengah buat persiapan untuk balik ke auckland. patutnya aku balik ke malaysia. apsal jalan cerita mimpi aku ni ditwist pulak. hahaha

btw selamat hari raya aidiladha everyone!

♥ ♥ ♥ ♥


Nov 26, 2009

satu bulan, dua adam, tiga botak

satu. adik aku tanya best tak new moon. aku cakap best, tapi tak sesuai untuk kanak-kanak. dia tanya balik, sebab seram sangat ke. aku senyap. bukan sebab tu, tapi ada sebab lain budak tak boleh tengok movie tu. u got what i mean. eheh. actually takde apa-apa yang melampau pun. saja je taknak bagi adik-adik tengok ha ha ha.

dua. aku minat gila kat adam lambert terutamanya waktu dia dalam american idol tu. bila dia kalah pada kris allen, aku antara orang yang bengang gila. bila dia admit dia gay, aku ok lagi. tapi lepas aku tengok performance dia yang ini, aku rasa persembahan dia disgusting lah. ewww tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur macam aku [boleh blah haha].

tiga. lepas aku tengok movie my fake fiance, aku rasa macam botak itu hot. erhh. m*w* tak masuk dalam senarai ok. haha. pelakon filem tu, joseph lawrence, bagi aku memang lebih hensem kalau dia botak. so encik a, sila pergi botakkan kepala sekarang! eh tak payaaaah [kang tak pasal dia pergi botakkan betul-betul].

lai lai lai lai (dah ketandusan tajuk)

tak habis-habis lagi cerita pasal souvenir. aku pun dah naik muak. haha. bulan ni dah empat lima belas kali aku masuk kedai souvenir. sampai peniaga-peniaga tu dah cam dah. hmmm sekarang nampaknya aktiviti shopping souvenirs dah hampir selesai. tinggal nak beli untuk ma [my grandma] dan maklong. untuk orang lain, semua dah dibeli. haish. apasal la payah sangat nak beli untuk mereka berdua ni. aku kalau boleh nak beli something yang elok sikit untuk mereka, sebab kami memang rapat. hari tu nak beli purse kat strandbag, tapi purse tu macam senget pulak. lagi satu, kalau aku beli juga, rupanya sejibik macam yang dijual kat pasar malam. grrrr.

erm. sebelum ni beli barbie untuk aleeya. tapi entah macam mana aku tak perasan dan pergi letak barbie dalam kotak shipping. grrrr. maknanya lambat lagi lah si aleeya dapat main mende tu. sebelum ni janji dengan dia, bila sampai je malaysia nak bagi terus. adeh rasa bersalah punya pasal, aku beli yang baru T_T


Nov 25, 2009

hotel motel montel

adooiii bengang aku. aku ada book a room kat salah satu hotel kat kuala lumpur, tapi sampai sekarang tak bagi confirmation. email dah berlambak-lambak hantar, tapi tiada balasan. tolonglah jangan nak confirmkan last minute. kalau tak available, cakap jelah tak. boleh aku cari hotel lain. grrrrr.

ini first time aku berurusan dengan hotel/ accommodation kat malaysia. benda simple pun jadi susah. bukan nak compare, tapi kalau kat sini even backpackers pun dapat reply dengan cepat kalau kita hantar email/book a room. apatah lagi hotel. [eh, ni macam comparing je ;p]. entahlah. mungkin hotel ini saja kot yang bermasalah. baiklah, aku taknak buat generalisation.

oh btw aku ada blog policy [eceh] yang baru. tapi tak payah la reveal. apa yang korang nampak dalam blog ni, itulah dia. kalau tak nampak juga, buat tak tahu sudah. btw ini temporary sahaja. tengoklah bila aku dah bosan, aku akan kembali kepada yang asal.


bollywood fever

kami kat plurk duk sibuk berbincang pasal edward cullen, new moon, twilight dan juga bollywood. tetiba aku teringat lagu-lagu bollywood yang lama. in case korang dah lama tak dengar, so boleh layan videos ni. hamara dil aapke pass hai. aummmm ;p






credit: youtube

maniac

senarai movie yang aku mahu tonton. tonton di laptop sudah. takde bajet nak pergi cinema. duit dalam poket sudah kering, apetah lagi duit dalam bank. baiklah. ini listnya.

satu. pisau cukur. kena tunggu balik malaysia baru dapat tengok ni T_T


dua. avatar. tengok trailer macam best. hopefully tak seperti indah khabar dari rupa lah.


tiga. cloudy with a chance of meatballs.


empat. the princess and the frog. kisah fairy tale dulu-dulu. tapi jalan ceritanya telah ditwist. hehe



pictures: google image

Nov 22, 2009

turning 22 on 22

23 comment(s)
saya [hari ni nak guna saya haha] agak down hari ni. actually start dari semalam. entah kenapa. perubahan hormon kot ;p rasa macam tak bersedia untuk semakin tua. btw ni kad daripada diya. comel. dahla warnanya antara warna fav. i like!


sekalung penghargaan [eceh] kepada nadia-ady, diya, yana dan kaknoi sebab buat entri khas untuk saya. thank youuu soooooo muchhhh!! ya allah terharunya T_T to nadia-ady, farah baruuuu saja terdetik nak quit blogging soon, tapi bila baca entri nadia, farah padamkan hasrat tu. to diya, ayat-ayat pada kad diya design tu sangat mensebakkan T_T to kaknoi, saya memang pengkomen entri yang tegar. haha.

btw thanks kepada semua yang wish kat fb, unique daisy, yana, yonna, noha, kak amy, zatil, etc. dan thanks juga kepada sesiapa yang wish dalam hati.
thank you thank you.

Nov 20, 2009

new moon

15 comment(s)
hajat mahu menonton new moon sudah tercapai. memang worth watching. aku sukaaaaa sangat. dalam twilight aku tak suka sangat jacob [errhhh bukan biskut jacob], tapi dalam movie yang ni, dia comel ah ;p kalau tanya aku yang mana aku suka, aku pilih new moon. ok taknak cerita lebih-lebih. kalau anda minat, sila pergi ke pawagam berdekatan anda.


[pics courtesy of flickr]

Nov 19, 2009

miss umbrella

15 comment(s)
lama tak dengar lagu baru dari minah rihanna nih [suka-suka je panggil dia minah kan, tapi nasib baik aku tak panggil dia mek. ahaha]. tadi dengar kat radio, ada satu lagu. hari ni saja dah tiga empat kali berkumandang. suara penyanyi tu macam suara rihanna. aku taktahu itu lagu apa, sebab radio station tu macam takde dj pun T_T erhhh then aku terus google. ok, beliau memang ada lagu baru. russian roulette. nice.

peminat rihanna boleh check this out. petidakminat rihanna, boleh buat tak tahu.


dekat tiga puluh minit aku duk mencari gambar rihanna. yang tidak sexy. muahaha. oh ye, aku baru tau russian roulette tu sejenis game. best ke??

pic: flickr

Nov 18, 2009

selamat tinggal ku mengundurkan diri

20 comment(s)
aku sudah pindah apartment. yuuhuuuuu. happy. tapiii lepas sepuluh minit stay kat bilik baru, dah mula rasa rindu yang amat sangat kat apartment lama. lebih kurang seperti pungguk rindukan bulan eceh. hampir setahun tinggal kat situ. walaupun rumah tu banyak masalah, tapi rasa dah serasi sangat dengan aku. orang cakap benci tapi sayang.

IMG_3201

selamat tinggal 502. bye bye bye

urghhh ni baru say goodbye kat apartment lama, dah overrr camni. kalau say goodbye kat auckland, aku taktau lah macam mana T_T

pic: darlingfarah

Nov 16, 2009

sehati berdansa seiring bersama

10 comment(s)
baru lepas menonton rancangan sehati berdansa. sukanya aku tengok pasangan sazzy dan nazril. comel sangat. sein dan nana pun comel, yang lain juga not bad. previous season aku tak layan pun sehati berdansa. tahun ni layan sb sebab orang cakap ramai pasangan yang best menari. memang betul lah.


pic courtesy of budiey.com

die die die

8 comment(s)
exam sudah habis. plan malam tadi, kalau dah habis exam linguistics nak jerit 'yahooooooo im freeeee!' tapi tak jadi. tak rasa happy pun. masih gundah gulana dengan jawapan exam tadi. section a, aku agak confident. section b? awalnya confident juga. tapi lama lepas tu agak confused. kalau aku silap pilih country, maknanya the whole essay tu akan terkena tempiasnya. grrrrr. hopefully aku tak silap. tawakal sajalah.


masih berdukacita sekarang. someone, please hiburkan hati aku T_T



okeh, mau kemas rumah. esok nak pindah.


Nov 14, 2009

happy birthday mekya

17 comment(s)
posing cara apakah ini? &^%$#@


satu paper sudah selesai tinggal lagi satu, isnin ni. phewww. baiklah ini update ringkas saja. hari ini hari lahir aleeya. haih dah besar dah budak ni. ruginya tak dapat tengok dia membesar depan mata. huwaaaa. mau aleeya yang keciksedapnakcubit dulu!!! hahaha boleh tak ;p

selamat hari lahir shayangku, siti nur aleeya syaheerah binti aminuddin ♥ [pemilik nama terpanjang dalam sejarah keluarga aku]


Nov 11, 2009

debaran exam [tajuk ala-ala debaran sehati berdansa]

23 comment(s)
nak tengok movie 2012. tapi sabtu dan isnin ni ada exam. haish. sabar farah, utamakan yang penting dulu.

hmm masa karang entri ni, aku terperasan yang rumah aku ni macam takde beza pun waktu sebelum dan selepas ship barang ke malaysia. muahaha. aku malasssssss nak kemas. nak tunggu next week sebelum pindah rumah baru nak kemas. banyak juga barang yang aku tak hantar balik. contohnya blender, toaster, pinggan mangkuk, etc etc. tengoklah kalau aku bermurah hati, aku bagi je kat sape-sape yang masih ada kat auckland ni.

aku mungkin tak aktif berblogging sepanjang minggu ni hingga habis exam. kot. [haha, ada juga kot tu]. aku ni bukan boleh percaya sangat. kata tak nak update, alih-alih korang nampak juga taromilktea, 2 minutes ago kat blog list korang tsk tsk tsk.

baiklah aku nak main game sekarang. eh tidak tidak. aku nak pergi study ♥

Nov 10, 2009

lelaki berkumis nipis

23 comment(s)
tadi aku tertengok video dato' siti nurhaliza dan suaminya komen pasal misai. dato' k cakap misai tu melambangkan kelelakian dan ketegasan eceh. sama dengan abah aku, beliau bermisai, memang nampak tegas. abah pernah sekali shaved misai dia. gila shock aku. yelah bertahun-tahun tengok abah dengan misai, sekali, dia pergi shaved daaa. hahaha. terus aku warning abah suruh simpan balik misai dia. abah lebih hensem kalau bermisai. fiwit.

bagi aku, aku suka lelaki yang berkumis nipis dan berjanggut sejemput. errrhh, ni macam description encik a aje. muahaha. dia pernah cukur misai, atas alasan kebersihan di tempat kerja part time dia tu. bila first time aku tengok muka dia yang dah clean tu, terus aku menjerit. pelik. rasa macam tengok orang lain je. adeh.

ade sesiapa yang taste lelaki bermisai lebat? hahaha.

gambar hiasan ;p [patrick dempsey, pic: flickr]

ulat buku ulat bulu

9 comment(s)
erhh aku bukan ulat buku, apetah lagi ulat bulu. tapi ni haaa game bookworm adventures ni memang menarik minat aku betullah. lama sungguh tak main pc game. mana taknya, selama ni duk sibuk layan mafia wars kat facebook. cakap pasal mafia wars, aku pun taktau kenapa ramai orang termasuk aku suka main mafia wars. pencipta game tu letak dadah agaknya T_T

hmm novel new moon ku dah hilang entah ke mana. time orang takmau tersengih-sengih je depan mata, bila orang nak baca, dia main hide and seek pula. ingatkan nak baca lagi sekali sebelum premiere new moon 19 november ni. haih kalau ada alat pengesan barang kan senang.


Nov 9, 2009

taknak dan nak

aku rasa kalau aku pakai kasut macam ni, harus kaki aku bengkak 40 hari 40 malam



dah lama aku cari sneakers yang ada tapak tinggi. lebih kurang macam ni. tapi yang marc jacobs ini mahal gila wooo T_T tak sanggup aku nak invest duit banyak2 untuk kasut T_T tunggu lah aku kaya nanti.




pics courtesy of polyvore

Nov 8, 2009

manusia semakin malas

16 comment(s)
ads ni maybe dah lama dan korang maybe dah pernah lihat. tapi aku baru tengok kat tv, tapi kat tv dah potong beberapa scenes. aku cari kat youtube dan jumpa yang full version. kelakar gila. tergolek-golek aku gelak masa first time tengok iklan ni. ada juga manusia macam tu ye. pemalas tahap &^%$#@ bukannya tak boleh nak panjat tangga escalator tu sendiri. ni siap jerit-jerit mintak tolong lagi. siot ah T_T




teknologi membuatkan manusia semakin malas.


rrrrrandommmm

20 comment(s)
aku sejujurnya belum kemas apa-apa lagi. orang shipping tu dah nak collect kotak-kotak shipping hari isnin pagi. esok nampaknya kena marathon packing barang lah. ada enam kotak semuanya. banyak seh barang aku. adoii, lepas shipping ni apa sajelah yang tinggal untuk aku guna.

cerita lain. erm, seminggu dua ni asal pergi shopping je, encik a ajak masuk kedai jade. haha. dah gila jade sekarang, kalah aku. salesperson tu beria-ia promote jade itu jade ini kat aku sebab ingat aku yang nak beli, padahal encik a T_T aku rasa sebab dia adalah separuh chinese, jadi minat pada jade tu ada. cakap pasal mix. dulu-dulu, aku pernah lah berangan nak someone yang mixed-blood. ingatkan tak jadi kenyataan. tapi akhirnya my dream comes true ehem ehem haha ;p



Nov 7, 2009

sa-u-na

13 comment(s)
tengah stress. i wish i could take a sauna.

kelebihan sauna: dapat membantu reduce pain, stress relief, dan juga weight loss [bonus ni ;p]

pic courtesy of flickr

kasut pelik

17 comment(s)
entah apa-apa. tergelak-gelak aku tengok "kasut" ni. ahahaha. comel. comel. i mean comel lah designers kasut ni [aminaka wilmont]. mana lah dapat idea design mende ni T_T menurut artikel yang aku baca tu katanya beauty hurts, so siapa sanggup pakai?

more pictures here [credit to http://awomanandhershoes.com/]

Nov 6, 2009

enam november dua ribu sembilan

17 comment(s)
satu. cuaca hari ini agak panas terik. takpe, at least aku tak terkejut sangat dengan perubahan cuaca bila balik malaysia nanti.

dua. aku demam. agak stress kebelakangan ni. banyak benda yang tak settle-settle lagi.

tiga. minuman di easyway hanya dijual tiga dollars segelas. harga asal lima-enam dollars. promosi sehingga sebelas november.

empat. sila lawat website maxx.co.nz kalau nak free tickets ke gulf harbour. aku dah dapat tiket tu tadi.

lima. ipod touch ku sudah bertukar wajah. phewww.

IMG_3159-horz

Nov 4, 2009

tiada hujan emas di auckland, harap maklum

17 comment(s)
kat sini...
1. aku belajar macam mana nak habiskan duit pakai credit card. dan aku belajar macam mana susahnya hidup setiap hujung bulan sebab kena bayar credit card tu. haha.

2. aku dah mula belajar makan ikan. aku taktau kenapa kat malaysia aku lemah sangat dengan ikan. datang sini, tengok ikan rasa nakkkk! cuma satu jelah, aku masih tak dapat terima mcdonalds filet-o-fish. even bau dia pun aku tak boleh tahan &^%$#@.

3. aku belajar hidup berdikari ayam. eh tidak tidak.

4. aku belajar macam mana nak plan something contohnya vacation. tempat mana yang nak dituju, bagaimana nak handle kalau ada problem dengan flight company, backpackers mana yang murah, etc.

5. aku dapat kenalpasti siapa kawan waktu susah senang aku.

P7010249

pasal akademik, sudah tentu banyak sangat ilmu yang aku dapat. alhamdulillah. dan semoga susah senang life aku disini dapat bantu aku bila aku dewasa nanti [aku masih muda belia, belum dewasa lagi okay. haha].

aku sayangkan auckland. tapi bak kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. baik lagi negeri sendiri. [kat auckland ni takde pun hujan emas, hujan batu ade la. kalau ada hujan emas dah lama aku kaya ;p]

emo

17 comment(s)
tiga empat hari ni asyik pergi survey souvenir je. tapi souvenir nye masih belum dibeli lagi. tsk tsk. tadi aku pergi victoria park market. [dah bertahun kat sini, tapi sebulan sebelum balik malaysia baru nak jejak kaki ke sana. haha]. malangnya indah khabar dari rupa. tengok kat website dia tempat shopping ni nampak begitu gah sekali. bila sampai sana, hanya beberapa kedai yang beroperasi. memang beyond my expectation.

btw souvenirs kat sana menarik juga lah. tapi sebab nak beli untuk orang lain kan, so selalu terfikir, sesuai ke tak untuk orang ni, sesuai tak untuk orang tu. setakat bagi keychain, bukannya orang pandang sangat pun. iye, memang ada yang akan cakap "it's the thought that counts". tapi masalahnya bukan semua orang boleh fikir macam tu. ada sesetengah makhluk yang aku kenal ni mulutnya macam ^#@$Y*#@ tahu nak menyindir je. damn.

eh emo pulak tetiba T_T

Nov 3, 2009

myspace dan vodafone

11 comment(s)
dah bertahun aku lenyap dari dunia myspace. aku tak delete, tapi aku biar bodoh je account myspace tu. friend requests pun entah sape-sape je aku approved. ada lah yang aku kenal, cuma populasi strangers tu lagi besar ah. recently dua adik kesayangan aku roger minta add diorang kat myspace. isk budak-budak ni, facebook ada, friendster ada, myspace ada, semua benda nak try. sama macam aku zaman muda-muda dulu. haha. hmmm tapi blog tak nak buat pulak -.-"

Untitled-1

kawan-kawan sekalian, dengan rasminya aku mengumumkan no. fon vodafone aku sudah tiada dalam perkhidmatan akibat tidak top-up selama setahun. yeay. jadi sesiapa nak contact aku, sila email atau ym. thanks.

aku nak undergo liposuction boleh?

*tajuk adalah berkaitan dengan point nombor lima

1. ok, dah dapat tonton episod terakhir sumpah bunian. aku tengok muka buruk adam lebih menakutkan daripada muka hawa yang melecur tu. dan seriously aku memang tak kesian langsung kat adam. puas hati aku tengok ending cerita ni.

2. barang-barang yang aku shopping secara online tu aku dah ambil kat post shop. sadis la apartment aku ni takde reception. tak pasal-pasal setiap kali dapat parcel kena relocate ke custom st post shop. melambatkan masa betul.

3. tadi dah pergi survey souvenir kat dua tiga kedai kat queen street. so far aku takde berkenan apa pun. cuma untuk umi, aku dah beli sheepskin rugs yang berbau sheep yang segar dari ladang T_T untuk orang lain haiya, no idea lah nak beli apa.

4. dua tiga hari ni duk melayan online movie. dah taktau nak buat apa. latest, aku tengok movie my fake fiance lakonan joseph lawrence dan melissa joan hart. not bad. aku suka.

5. tadi pindahkan 25GB gambar ke external hard drive. sambil tu melayan gambar-gambar lama. dan juga gambar mula-mula datang auckland sampai sekarang. bila dah tengok tu, boleh nampak lah akan pembesaran diri ini yang sangat ketara. menyampah okay. ni buat aku malas nak tengok gambar lama ni grrrrr.

6. aku rasa lima dah cukup. bye.

Nov 1, 2009

my all time favourite dish

22 comment(s)
IMG_3135

spicy tom yum

makan tomyam, minum tomyam, tido tomyam -_-'

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei