Dec 13, 2009

baca sampai pengsan

dah lebih seminggu aku di malaysia. dan selama itulah aku bertapa di rumah. hanya jumpa saudara mara terdekat. yang jauh-jauh belum lagi. macam-macamlah orang cakap bila jumpa aku. ada kata aku bertambah saiz, bertambah tinggi, bertambah putih dan etc etc. yang penting semua bertambah. takde yang berkurang. damn. bengang ada, kelakar pun ada. saudara mara dan keluarga macam pelik. orang bila balik oversea craving macam-macam benda. siap buat list lagi. aku tak. bila aku pandang umi abah, adik-adik, aku rasa kenyang. haha. sindrom apakah? si aleeya, beliau tengah diet sekarang [budak umur 5 tahun pun pandai dah nak diet bagai]. aleeya ni makin banyak cakap. dah besar sangat dah. semua benda dah pandai. cepat gila masa berlalu. helmi dah habis spm, merdeka dah. hajar tengah tunggu result pmr, dan nadiah makin pandai mengurut. ni mesti sebab praktis mengurut bertahun-tahun. haha. birthday umi khamis lepas. aku belanja family makan lunch kat secret recipe tesco. masih tak jejakkan kaki ke kb mall. masih terbayangkan kemalangan hari tu. isk. aku masih mengikuti perkembangan blog korang. cuma setiap kali aku tekan post comment, setiap kali tu internet putus. damn. baiklah, memandangkan internet kat sini macam hidup segan mati tak mahu. aku mahu chow dulu. nak layan drama korea dengan hajar.


Dec 3, 2009

bukan awan dania

aku sekarang tengah terbang tinggi di awan.

bye bye auckland


hi malaysia!


T_T

[ambiguous ni, nangis sebab tinggal auckland, atau nangis sebab nak pulang ke tanahair. haha]

pics: flickr

Dec 2, 2009

time zone

hari tu masa tunggu flight dari christchurch ke auckland, kami pergi menghabiskan duit kat time zone. eheh nak kill time punya pasal [sampai airport awal sangat]. aliff cuba lah main mende alah yang tangkap soft toys tu. banyak kali cuba, tapi failed ;p THEN masa birthday aku itu hari, kami masuk time zone sekali lagi. akhirnya;

dapat jugak!! mereka adalah characters dalam movie g-force. suka suka. haish sebelum ni punyalah payah nak menang, hari tu senang-senang je dapat. maybe sebab birthday aku agaknya haha. masa main game tu, ada budak-budak comel datang kerumun kitorang. excited betul mereka.

oh ya, secara rasminya dua soft toys tu menambahkan koleksi hadiah birthday dari beliau. p/s *kaknoi, itulah hamster saya. fake pun jadilah. nak bela yang real kang tak tertanggung pulak :p [pics: my collection and entertainment wallpaper]


team jacob vs team edward

aku dapat hadiah ini dari encik aliff [see picture below]. cooooooool! i love it! yang tak tahan tu team jacob, bukan team edward. new moon punya pasal. kalau tengah demam twilight, harus lah team edward kan ;p tadi aku ingat nak snap gambar t-shirt tu, tapi rupanya tshirt tu ada kat dalam luggage yang dah dipack. susah pulak nak keluarkan balik. btw terima kasih ♥
Justify Full

pic taken from www.reelcollectibles.co.nz

Dec 1, 2009

masa aku kat sini, dia tak nak datang sobsss

baca twitter tyra banks, dia cakap next antm cycle 14 nak buat kat new zealand. dussss time aku ada taknak la pulak datang. kalau aku ada kat sini lagi, bolehlah tengok tyra banks live gitu. *macamlah aku tahu dia nak gi nz ni celah mana haha.

btw ini beberapa gambar masa birthday aku hari tu. satu. my fav chocolate cake. yum yum. kenapa first birthday?? aliff cakap first tu represents first time sambut birthday dengan dia. selama empat tahun ni, kami tak pernah sambut birthday aku sama-sama. sebabnya, hari lahir aku jatuh pada bulan november. bulan november biasanya holiday, sorang di pekan, sorang di pasir puteh. last year pula, aku kat australia. tahun ni baru berkesempatan.

IMG_3268

dua. aliff belanja makan nasi padang. sedapppp! tapi beliau tapau aje sebab pada awalnya aku cakap taknak sambut birthday [tak nak konon]

IMG_3279

aliff booked satu cinema untuk aku sempena my birthday. hahaha. tak, tak, kebetulan je tu :p gambar tak clear. macam scary pulak bila cinema sunyi sangat.

PB220074

ok entri bersambung. nak keluar kejap. choww

takut tak takut tak

omggggg hari ini dah first of decemberrrrrrrrrr!!!! lusa dah nak balik malaysia. huwaaaa. banyak benda lagi aku nak buat ni. sobsss. modem akan dihantar esok. so maybe aku takdapat nak berinternet sehari dua ni. sampailah aku balik malaysia. how sad.

motif utama entri ini adalah nak cakap yang aku sekarang gila anime. tadi aku layan ga-rei zero. sampai habis semua episod dia aku tengok. tak banyak mana, dua belas aje pun. kalau real drama/movie jangan harap aku gigih nak melayan cerita pasal exorcists, supernatural etc. disebabkan ianya anime, hantu nampak tak menakutkan pun, so beranilah tengok hahaha.

baiklah mahu tidur dah. selamat malam semua :)

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei