Jan 31, 2010

dua perkara tentang aku

aku suka taip dan menulis guna semua lower case. means, i hate upper case/capital letters. kalau anda perasan, dalam entri-entri aku memang jarang sekali ada upper case. semoga habit aku ini tidak mempengaruhi aku masa mengajar di sekolah nanti. habislah aku kena rotan ngan pengetua sebab ngajar budak tulis kata nama khas guna semua huruf kecik. hahaha.

aku suka warna yang terang. kalau pilih barang, minat aku cenderung pada warna terang. warna hitam dan grey itu lain cerita sebab itu memang antara my favs. im talking about other colours. contohnya pink ka, biru ka, hijau ka, memang jarang la aku pilih yang pucat dan lembut. even warna krim pun warna krim yang garang ok. haha. itu adalah hint dimana kalau nak beli hadiah untuk aku belilah warna-warna terang dan garang ye. [bajet ada orang nak bagi hadiah :p]

yeay shopping!

phew. penat seh. hari ni pergi menjejakkan kaki ke tiga shopping complex. orang memang ramai wa cakap lu. nasib baik jumpa ngan mak sedara aku tadi. tumpang kereta dia. at least tak payahlah bersesak-sesak dalam lrt. hari ini, barang dalam wishlist aku semua dah dibeli o yeah.

lipstick warna pink dengan maskara. yeay finally!! shop assistant m.a.c kat klcc tu boleh tahan lah baiknya. maskara yang aku beli tu new arrival. aku orang pertama yang beli maskara tu kat situ [katanya] eceh. maskara ni memang serius best. tak bergumpal.


purse. walaupun aku tak pernah survey billabong punya purse, aku pilih purse tu tak sampai seminit dan aku bayar tak sampai dua minit. overall, proses membeli purse berlangsung selama tiga minit. sorilah, gambar kat bawah ni adalah purse yang masih berbalut-balut lagi. malas punya pasal :p


bedsheet dengan comforter. sila lihat background gambar di atas. itulah dia. aku beli yang kids punya. haha [tak habis-habis taste macam kanak-kanak]

tissue. perlukah tissue masuk dalam wishlist? haha.

thanks to cik daisy, pertama kali dalam sejarah aku masuk butik louis vuitton, coach, calvin klein, dkny, etc etc. haha [jakun ok] tapi yang takleh blah tu kat butik c****, shop assistant tu pandang jenama beg kitorang dulu baru dia cakap hi. nasib baik lah kawan ni pakai LV :s

Jan 30, 2010

doremifasolatido

aku pernah review movie doremifasolasido [korean] kat my lala-land. cerita ni memang sangat sedih T_T hmm masa tengok tu aku tak peduli sangat pasal lead actors movie tu. sekarang baru perasan, rupanya, main actor adalah jang geun suk [you're beautiful]. o.m.g! haha. masa tu dia budak-budak lagi. muka agak lain ok. lagi satu, dalam movie tu pun dia penyanyi. check it out;




aku suka lagu ketiga yang jgs nyanyi. kalau tak silap tajuk dia full of sunshine

hot and cold


di auckland, bila mandi air panas rasa syok gila. tiap kali mandi tak nak keluar bilik air. sebab kat luar sejuk gila.

di malaysia, bila mandi air sejuk rasa syok gila. tiap kali mandi taknak keluar bilik air. sebab kat luar panas gila.

sama, tapi tak serupa. haha :p (pic: www.urbanmusicdaily.net)

Jan 29, 2010

hah?

tadi duk melilau-lilau kat facebook. aku ternampak lah primary pic seorang hamba allah ni. dia pakai avatar jang geun suk. aku ingat adik aku hajar, sebab dia pun tengah gila jang geun suk. ye, memang orang tu adik aku. tapi bukan hajar, it's helmi! my brother. haha. macam tak percaya je mamat ni pun layan you're beautiful. *gonyoh-gonyoh mata*

satu lagi. adik aku text aku tadi. dia cakap abah aku pun dah pandai nyanyi lagu i want nobody nobody but you. hahaha. sangat tak sangka ok. selama ni kami adik beradik duk pasang lagu korea pong pang pong pang, sikit pun dia tak layan. sekali, dah hafal daa lagu nobody tu :p

wonder girls. aku tak tau betul ke tak ini adalah mereka, sebab aku memang tak cam sorang-sorang. pic: google.com

ku mencari


aku punye roxy purse dah buruk. yes, i should buy a new one. tapi taktau mana nak cari. aku dah survey online, roxy wallet yang terbaru basically design-nya kurang menarik. adeh. tapi tak tahu lah kalau kat kedai dia ada yang lebih cun kan. hmm kalau boleh aku nak wallet/purse yang funky dan comel. macam taste budak budak haha. mana nak cari eh?

[pic: polyvore.com]


cokelat koko

ingat lagi aku pernah tulis pasal coklat whittaker's? coklat yang made in new zealand tu. maaflah kawan-kawan, aku tak dapat nak bagi satu sorang. sebab masa balik hari tu memang tak muat luggage. aku sendiri pun tak sempat beli untuk diri sendiri. cuma family terdekat je dapat rasa.

last week, aku pergi lah satu kedai coklat ni. round punya round. ternampak coklat whittaker. omg. sangat excited ok. yelah, ingatkan tak dapat jumpa dalam malaysia ni. masa tu aku ingat nak borong banyak-banyak. aku tak perasan pun harga coklat tu. sebab aku ni jenis yang biasanya beli barang makanan kurang cenderung nak tengok harga. nasib baiklah, dalam duk memilih coklat tu, aku terpandang harga. it was RM20. darn! terkejut ok. sekeping range dia dalam Rm18-RM20. cit. terus tak jadi beli. al-mahal sangat. haish.

google

Jan 28, 2010

membebel lagi

hari ni aku baca dua blog yang selalu aku layan. dua-dua owner blog tu cakap mereka pregnant. alhamdulillah! tapi mula-mula memang aku gila terkejut. sebab tak expect langsung. tup-tup dah pregnant. btw tahniah kepada kedua-dua bakal ibu tersebut. you know who you are. hehe.

skrin laptop aku dah crystal clear sekarang. dah lama sungguh tak bersihkan. actually niat nak membersihkan skrin lcd tu ada, tapi takde screen cleaner. hmm padanlah selama ni aku tengok blog aku macam kelabu asap je. ingatkan mata aku yang makin rosak dan blur, rupanya skrin ni yang kotor tak dicuci [sila gelak berjemaah].

note: just for sharing. aku jumpa blog ini. dia ada jual kissing star (necklace) dalam boys over flowers tu. so sesiapa peminat b.o.f boleh lah tempah kat situ ye. jangan lupa beli satu untuk aku (banyak cantek!) haha.

pic: hellomiss.net

Jan 27, 2010

wednesday january 27

tengah bersengkang mata nak siapkan weekly scheme of work. actually aku masih blur lagi ni. rasa macam tengah mengarang lesson plan pun ada. haish. sape yang tak faham tu maaflah ye, biasalah kalau dah teacher trainee tu memang benda-benda macam ni lah yang nak dibebelkan ;p

aku taktau nak update apa dah sebenarnya. kalau ikutkan hati hari-hari aku tampal gambar budak-budak dalam entri bawah ni kat blog aku. tapi apa pula kata korang encik a kan. kang tak pasal-pasal makan hati masak sambal berulam jantung pulak. haha

ok lah mau tido. esok ada kelas. semoga berjumpa lagi. *haish baju belum iron lagi. aku lebih rela basuh baju secara handwash daripada gosok baju daaa :p

Jan 25, 2010

aku sukaaaaaa!

nampaknya carta top five artis korea lelaki favourite aku telah berubah. haha. jom ushar. ada sama ngan korang tak? :p

satu. jang geun suk. lead actor dalam you're beautiful. sila lihat gambar di bawah. cuteness overload!

dua. lee min ho. watak utama boys over flowers. dulu nombor satu dalam carta. sekarang dah jatuh satu anak tangga hahaha :p


tiga. kim jae joong. penyanyi kumpulan dbsk. sekarang dah berlakon dalam heaven's postman. [aku belum tengok lagi]. fyi, esok birthday beliau. happy birthday jaejoong!


aku pikir pikir rupanya tak ada yang ke empat dan ke lima. means, hanya ada top three sajalah. hahaha

ho ho ho balik kampung

baru je dapat merebahkan badan atas katil. phew. penat. tapi tak sepenat naik bas lapan jam eheh. badan ni dah manja, gelenya, takmau naik bas. sila sekeh sikit kepala aku. aih, badan yang ngada-ngada, kepala jadi mangsa? nasib kaulah. seronok gila dapat balik rumah. sebab:

satu, dapat berehat di rumah dengan tenang dan selesa. dua, dapat jumpa family tersayang muah muah muah. tiga, dapat raikan hari lahir helmi dan nadiah. empat, dapat tengok drama you're beautiful dengan hajar dan nadiah. lima, berjaya pengaruhi [baaaaad influence] hajar supaya gilakan tae kyung haha. enam, dapat makan masakan umi dan abah. etc.

tak sabar nak balik lagi. hmmm.

Jan 21, 2010

segalanya first time

hari ini adalah first time aku sakit sejak balik malaysia. pagi tadi elok je, cuma ada lah terbersin sikit-sikit. bila dah balik dari kelas tadi, makin menjadi-jadi selesema aku. dah nak habis dah satu pack besar my mini hankies (tissue) ni. adeh, hopefully taklah melarat sakit ni. esok dahlah aku nak naik flight T_T

hari ini adalah first time pada tahun ini aku hantar borang hijau. haha. green form minta pelepasan kuliah untuk hari sabtu. diorang nak luluskan atau tak, aku tak peduli. oh kamonlah, aku dah beli tiket tu ages ago. tapi aku di-inform pasal replacement class tu hari isnin lepas. no way lah kalau nak suruh aku burn tiket.

hari ini adalah first time aku beli m.a.c. cosmetic. haha. sebelum ni lipstik m.a.c. tu pun ehsan dari cik daisy my roommate. tapi hari ni [walaupun tengah sakit] sempat kirim paint pot black-grey dengan cik daisy. nanti nak beli colour delft dan greenstroke pulak :p

pic: ecx.images-amazon.com

Jan 20, 2010

handsome and dandy

aku beli perfume lagi. entah datang dari mana angin gila-gila aku. aku macam tak puas hati pulak dengan perfume yang aku cerita dua tiga hari lepas tu. borsalino tu memang wangi. cuma nak pakai jarang-jarang oklah, kalau hari-hari tak tahan sebabnya hmm bau musky tu macam menyengat hidung sangat haha. sooo dengan sengajanya aku beli yang lain. o yeah.

asalnya nak beli dior addict. encik a kata bau macam mangga. oh??! nak beli yang satu tu, dia kata macam bau chewing gum. akhirnya aku beli paris hilton perfume. yang ini memang aku puas hati. nice. dah dah. cukup ah beli perfume.


gambar kurang berkualiti. haish. [sila abaikan barang-barang yang bersepah dalam background gambar di atas]

note: tajuk itu sebenarnya takde kaitan ngan entri, hanya berkaitan jang geun suk. hahaha. tuan rumah kan tengah gila jgs sekarang, sabar jelah ye :p

ring ding dong

aku, sangat payah dan malas nak tukar ringtone untuk handphone. kalau aku tukar tu, maknanya memang aku suka sangat lah lagu tu. sekarang, ringtone message dengan call dua-dua aku amik dari ost you're beautiful. masa gilakan b.o.f (boys over flower) dulu pun tak sampai tukar ringtone. maybe sebab ost nye bukan lee min ho sendiri yang nyanyi. haha. berbeza la kesnya dengan y.a.b. oh sedap sangat suara jang geun suk ok!

buat masa sekarang lee min ho letak tepi dulu eh. bagi laluan kat jgs. tumpang lalu .... [TRIPLE LOL]



Jan 17, 2010

si kening berkerut

bagi sesiapa yang dah layan you're beautiful, mesti perasan kan hwang tae kyung tu ada banyak hairstyle. tapi kat sini aku letak tiga gambar dahlah :p mana satu yang korang suka? [korang jawab dalam hati sudah]. gambar pertama adalah fav aku. rambut yang ada tiga tocang. o yeah




pictures taken from jang geun suk fan page, facebook


ini entri clarification

dimana aku sekarang?
actually, aku tengah sambung belajar untuk tahun keempat b.ed tesl di kl. aku ada satu semester untuk lectures dan kemudiannya akan ada praktikum. means, aku belum start bekerja lagi. next year baru start posting ke sekolah, insyaallah.

dimana aku stay?
di hostel kolej kediaman pantai puri. awh, gah gitu namanya. alamat rumah adalah ___ (sila figure out sendiri kahkahkah). bilik aku ada empat orang penghuni. perkenalkan roommates aku: nadhia, fieza dan ainul.

kenapa aku disable comment kat blog?
kerana blog ini adalah stress-free zone. aku nak readers baca for fun. bukannya masuk blog aku semata-mata hanya untuk drop comment. dan juga, sesiapa yang baca tu pun tak payah nak serabut-serabut otak fikir nak komen apa.

kenapa aku gilakan drama korea?
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (tak berkenaan, tak perlu jawab)

Jan 16, 2010

perfume


hari ini adalah hari membeli perfume. perfume chloe aku itu sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. so tadi pergi cari kat perfume shop. mereka tidak jual chloe. *sigh. actually memang aku dah google dah, hanya kat pavilion kl je ada. tapi tak kuasa la nak pergi sana. lagipun aku tak suka ah masuk kedai mahal-mahal ni. shop assistant kat sini bukannya ramai yang "bermuka manis" pun. muka sorang-sorang macam nak telan orang.

then aku decided nak cuba yang lain lah. hmm seriously, aku tak reti nak pilih perfume. boleh jadi pening wooo. hidu itu, hidu ini. haish. last-last aku beli yang borsalino pour elle. mula-mula perfume ni yang paling aku tak suka. tapi lama-lama, bila bau dia dah blend dengan kulit, ia jadi sangat wangi o yeah.


pictures courtesy of sfilate

** rindukan dslr ku. tak boleh nak letak gambar sendiri sebab tiada kamera T_T

hari ini aku rajin (sikit)

phewww. dah hampir dua minggu balik hostel, tapi aku tak repack pun lagi barang aku. takde mood dowh. hari ni berjaya jugak re-arrange katil dan kemas bilik. member aku cakap hari ni aku all-out. ceh perli aku pulak. haha. hmm tiket flight sudah dibeli, hanya tinggal menghitung hari untuk pulang ke rumah, yeay! fyi aku tak bawa pun dslr ke sini, jadi agak susahlah untuk menayang gambar dalam blog ni. nak harapkan kamera handphone macam &^%$#@

semalam aku dapat contact number kawan lama aku dari seorang member di facebook. lama gila tak contact dia. kali terakhir jumpa dia masa darjah lima. woo woo dah sebelas tahun ok. then aku cuba la text dia. alhamdulillah dia ingat aku lagi, full name aku pun dia masih ingat. mantap. yang paling best, dia bagitahu dia dah sebulan bersalin. omg!!! tak sabar nak tengok anak dia. mesti cantik macam ibunya.

thats it for today. mau pi layan a.n.jell :p

Jan 15, 2010

awak cantik

sudah beberapa hari kami (aku dan roommates) menjadi pengguna w1max. so far so good. walaupun kelajuan internet adalah tidak laju berdesup, tapi at least dapatlah juga aku melayan youtube o yeah. sebelum ni ada je internet connection kat hostel ni. tapi ada web filteration la pulak. segala mak nenek cucu cicit yang berkaitan dengan video, download thingy memang akan disekat.

oleh kerana sudah ada internet connection yang agak stable, aku pun mau lah berjinak-jinak dengan drama-yang-ramai-orang-kata-best iaitu you're beautiful. punyalah gigih semalam aku streaming video episod satu kat mysoju. alih-alih, bila dah ready nak tengok, hanya audio saja yang keluar. gambarnya tak keluar-keluar. *sigh. tak boleh jadi ni. aku naaaak sangat tengok T_T

mula-mula aku ingatkan heroin drama ni adalah sama dengan heroin coffee prince, eun hye tu. rupanya tak :p

google

pitih oh pitih

semenjak balik ke malaysia, apa yang aku masih tak boleh adapt adalah perkara berkaitan dengan duit. sebagai contoh, aku biasa beli sport shoes adidas kat new zealand. harga kat sana bila ada sale boleh dapat dalam NZD80-NZD100++ yes, if i convert to malaysian ringgit, the price will be more or less the same. masalahnya, angka yang kecil buatkan aku rasa benda tu agak murah (psychologically) dan bila di malaysia, aku rasa macam payah je nak beli kasut tu sebab harga dia RM200 ke atas. you got what i mean kan?

lagi-lagi aku ni jenis yang takkan perabis pitih untuk kasut. memang lah akan "berkira". haha :p

Jan 11, 2010

jan di [bukan jan da]

walaupun orang cakap ..... stop stop, kita tengok gambar dulu [pics courtesy of goo hye sun, facebook]

walaupun ramai jugak orang cakap goo hye sun [pelakon drama bersiri b.o.f] ni tak berapa comel lah, ada pelakon lain yang lebih layak pegang watak jan di lah, dan bla bla bla, bagi aku beliau tetap sangat comel dan layak untuk watak jan di okeh!

itu je aku nak bagitahu. haha

Jan 10, 2010

oo ey oo ey oo

personas for firefox sekarang dah banyak design yang cun melecun. latest aku pakai yang turquoise butterfly. memang taste aku la design macam ini. eheh. tetiba teringat pulak cerita avatar yang baru tengok tadi. graphic sangat cantik. dan juga colorful. hoyeh. nak tengok avatar sekali lagi lah kalau ada rezeki. tadi masa scene kritikal dimana si jake sully nak lawan dragon tu, alarm dalam cinema tetiba berbunyi non stop so aku tak boleh fokus sangat. spoil betul. grrrrrrrrrrrrr

dah lama tak upload gambar kat blog. nampak macam tak ceria je blog ni ;p

pic: mozilla firefox

Jan 3, 2010

hari pertama

aleeya akan mula ke tadika esok. macam tak percaya je. mungkin sebab dia anak bongsu, my family rasa dia masih terlalu kecil untuk pergi tadika. budak ni dahlah manja tahap *&^%$#, dia tau bagi arahan pada orang je, nak itu nak ini. haha. lagi satu, dia ni jenis mudah baik dengan orang. risau jugak nanti dia ikut orang-orang yang tak dikenali. hmm hopefully semuanya ok. eh baru perasan, masa aku taip entri ni, umi tengah bagi ceramah kat aleeya. hahaha.

to adik, please please please kamu jangan nakal! :p


Jan 1, 2010

azam tahun baru

malam ni umi abah nak buat majlis makan-makan dan solat hajat. hanya jemput saudara terdekat. aku ingat nak baking kek. secara tepatnya ciskek. hmm malangnya aku cari cream cheese kat supermarket sini, tak jumpa satu pun. tak jadi lah nak buat nampaknya. takpelah, ada sebab cream cheese tu taknak memunculkan diri. sebab taknak merosakkan diet aku. hahaha. tahun baru ni, aku memang nak tunaikan azam aku iaitu mengurangkan berat badan sebanyak __ kati [sila isi tempat kosong].

note: selamat ulangtahun pertunangan kepada diri sendiri. sampai masa aku kahwin la ok :p


bahagia!

best sungguh duk di rumah. walaupun tak banyak sangat benda yang aku buat sejak aku balik ni, tapi home sweet home orang kata [eceh]. sekarang adik-adik aku dah besar-besar. aku sudah tidak dominan dalam rumah. dan, aku juga tak berpeluang nak menang kalau main apa-apa. haha. main congkak kalah, main carrom kalah, main teka-teka pun markah aku yang tercorot. cet.

alhamdulillah, adik-adik aku semua boleh harap. sangat seronok bila ada adik yang ikut je aku nak pergi mana, ada adik yang boleh share masalah dengan aku, ada adik-adik yang boleh buat aku ketawa, ada adik yang boleh massage aku bila-bila masa aku nak. ada umi dan abah yang masak sedap gila. nasib baik aku on diet, kalau tak, limablas pinggan nasi pun aku mampu habiskan [overrrrrr]. haha.

sebagai penutup, selamat tahun baru 2010. jumpa di sanaaaaa!!! [jumpa sape entah]


 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei