
pilihan tudung pengantin
3 days ago












tadi aku ngan roommates pergi layan movie kat *** macam tak percaya je tadi tak de barisan panjang pun kat gsc *** huhu. selama ni orang punyalah ramai yang amat menonton wayang kat situ, tetiba hari ni sunyi sepi. kemana kah semua orang? sudah balik kampung kah? ;p tujuan kami pergi menonton wayang [eceh, ada tujuan tu] adalah untuk lupa kejap pasal assignment. so kami pilih untuk tengok the spy next door. seriously, movie ni sangat best! kami ketawa non-stop, dan maybe ketawa paling kuat kot dalam cinema tadi. haha.



baru tengok cerita ni kat cinema hari tu. not bad lah. mula-mula aku pandang poster sherlock holmes [bukan yang ini], aku ingatkan lead actor dia adalah hugh jackman. rupanya bukan. adeh. lebih kurang je muka dengan mamat ni [sekali pandang jelah, dua kali pandang tak sama pun haha].
ni water filter kat bilik kami. hari tu pakat share beli ni sebab tak tahan dah duk minum air berkeladak hari-hari. lihat betapa berbezanya air sebelum dan selepas ditapis. yang sebelum tu yellowish gila. padahal hari-hari kami basuh benda bulat putih tu. erk. lagi satu, kalau air tu setakat ada karat je boleh tahan lagi. tapi kalau ada karbon macam mana? scary ok.



darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei