Mar 29, 2010

s.s.s

stress stress stress

sampai dah datang balik dah migrain aku. &^%$#@!

google

gong-gyeog

duk usha facebook page nadia-ady. adalah conversation dia dan member dia pasal google translate.(ish, farah ni baca perbualan orang pulak dussssh). lepas tu aku saja-saja la kan nak try, sebab tak pernah guna pun google translator tu. macam-macam aku translate. mostly from malay language to korean. haha. antaranya:

farah = pala (apasal buruk benor bunyinya ni??)
serabut = seom-yu
sakit hati = gong-gyeog
banyak assignments = manh-eun gwajeleul

bila aku retype dalam full sentence "farah serabut dan sakit hati sebab banyak assignments", ia jadi pala seom-yuwa jeoggaesim ttaemun-e manh-eun gwaje.

entah betul entah tidak benda translate ni. sebab bila aku taip "bengong", ia keluar neuseunhan gyeolmal. tapi bila aku taip neuseunhan gyeolmal tak keluar la pulak translation untuk dia. haha. cipan

*penulis tengah weng. harap maklum*

Mar 28, 2010

sesi mengkomplen

kuota internet akan direnew esok. tapi kami punya masih ada baki berbelas belas gig. banyak seh. tapi w1max ni jahat. asal tiba je waktu macam ni (hujung bulan) mesti internet akan slow gila tahap siput babee. at least laju lah sikit. bagi can la orang nak perabis saki baki internet tu. dahlah bayar mahal setiap bulan. servis macam hampeh.

petang tadi cari materials untuk microteaching next week. aku beli lah manila card. yang standard punya. hambik, rm2 sekeping dah sekarang. nipis pulak tu. kualiti entah apa-apa. sebab takde pilihan, aku beli jugak. ^&$@!%$

lif hostel ni dah tak nak direpair langsung ke? kesianlah kat kami ni. kalau setakat pergi kelas balik kelas aku tak heranlah kalau nak panjat tangga tu. at least boleh exercise. tapi bila dah lepas dua kali pusing midvalley dan berjalan dari gate ke bilik, dengan barang banyak kat tangan, terasa juga lah perlunya lif. haish.

Mar 26, 2010

gambar-gambar

dah lama tak transfer gambar dari handphone ke laptop. sebabnya usb cable aku hilang. dah usha kat lowyat hari tu. harganya seketul dalam RM35. kalau sepuluh ringgit aku dah beli dah. nasib baik cik ainul ada handphone baru, nokia jugak. so pinjam dia punya cable. thank you babe. geledah folder pictures rupanya banyak gila gambar. ada gambar tu aku taktau pun kewujudannya. gambar bawah ni adalah dipilih secara random.

helmi's artwork. dia pun layan you are beautiful ok :p


off task waktu kursus kahwin hari tu. so main snap-snap


aku order kiwi juice aku dapat kiwi puree. errrk


seorang budak yang tengah bahagia sebab kakaknya telah belikan pensel warna. dia ni pandai je, dia nak pensel warna yang di design untuk budak-budak kidal [sebab dia memang kidal]. bila tanya, mana adik tau? dia cakap kat tv ada tunjuk. ceh, pengaruh iklan. haha

no idea


asal tiba je birthday lelaki-lelaki penting dalam hidup aku, aku memang kekeringan idea nak beli hadiah apa. asyik-asyik benda sama. bosan dah. aku yang bosan, bukan mereka. haha. aku, kalau bagi hadiah kat orang, biar betul-betul puas hati. puas hati aku dan puas hati dia. baru berbaloi. kalau tak, baik tak payah bagi langsung. kang dia buang dalam tong sampah dan aku dapat tahu, confirm kecewa makan paruparu.

eh, birthday mereka lambat lagi. saja nak beli awal-awal sebab tengah mega sale. HAHA ;p

pic: glitter graphics

Mar 25, 2010

sweet potato


we got married: yonghwa ♥ seohyun

i really really really like this couple!!! sangat comel. secara jujur, aku tak pernah suka seohyun ni. sebab apa entah. dalam show ni baru nampak karakter dia macam mana. memang comel, innocent dan tak fake. dan yonghwa, cool siot. apa-apa yang dia buat dan cakap pada seohyun sangatlah adorable. seohyun dahlah first time dating ni kan, hissh boleh jadi nanti dia betul-betul fall in love pada hyooong :p

setakat ni episod 4 untuk couple ini adalah episod favourite aku. from a to z.




credit to NulSaRangHaeS5 and Facebook

Mar 24, 2010

cadbury dairy milk roast almond

aku lega. bukan lega sebab baru keluar toilet tapi lega sebab dah hantar draft ltp kat ma'am. at least aku dah siap lah 70% sebab dah kena push dengan lecturer. kalau setakat nak harapkan intrinsic motivation, berzaman lah nak tunggu aku siapkan.


semalam aku pesan kat cik daisy sebongkah coklat cadbury. punyalah bertahun aku tak beli coklat tu kat malaysia, so i wasnt really aware of the price. ingatkan masih lagi harga serupa dengan tiga tahun lepas. kalau naik harga pun sikit-sikit je. rupanya sekarang dah dua belas ringgit? whattttttt? nampaknya aku takkan makan coklat dah lepas ni [which is good for me] haha.

tetiba rindu foodtown kat auckland.




to nadia-ady


sama kan dengan your facebook primary picture? fyi, ini adalah sticker taekyung yang telah ditampal pada my laptop. haha :p

apple is a

dah tukar nama blog. no more taromilktea. dah muak dah. jahat kan jahat kan. susah betul nak setia. nasib baiklah aku masih setia pada sidia. masih setia dan akan setia selamanya, insyaallah. ok dah lari topik, my heartbeat. gedik kan? haha. taulah tengah gila 2PM. tapi takpelah, bukannya selalu pun tukar nama blog. seingat aku beberapa kali je aku tukar, all my life, darlingfarah dan farah loves cute things. [eh, macam banyak je?]

cakap pasal kpop, asal balik cuti je aku mesti layan kpop dengan adik-adik. tengok kat laptop beramai-ramai. ada satu hari tu, umi nampak. umi kata mana jaejoong nye. lepas tu aku kata aku dah kurang sikit dengan dbsk [curang!]. umi kata, mana boleh macam tu, kenalah setia. dengan muka serius pulak tu. hahaha gila tergolek-golek gelak dengar umi cakap gitu. nampak sangat umi yang rindu dengan dbsk hahaha.

teringat adik-adik kat rumah. teringat aleeya. dia bagi aku surat ni. dia suruh aku jaga baik-baik. haha comel. tak tahannya, dia suruh nadiah yang tulis aleeya sayang kakak sebab dia tak reti. dia baru pandai tulis dan eja nama dia. yang lain-lain masih in progress. cuba tengok "a" kecik dia. kelasss. HAHA.

Mar 23, 2010

ricci ricci


google

usha blog cik daisy. ternampak gambar give me liberty collection dari mac cosmetics. awh sangat comel lah packaging dia (lihat gambar atas). tapi tak ada yang aku nak beli pun. my makeup collection dah beranak pinak, so i have to stop buying makeups. kalau tak nanti kena sekeh dengan umi ;p

masa shopping-shopping itu hari, aku tersangkut dengan satu perfume ni. padahal my paris hilton belum habis lagi. tapi memang dah separuh botol pun. mana la tak habis cepat, sekali sembur macam sembur febreeze. lol. kiranya yang ini adalah my fourth perfume untuk tahun ini. oh, aku harus berjimat. harus!

ricci ricci from nina ricci. ricci ricci tu nama dia. kira macam anak-beranak ricci lah. (bukan macam, tapi memang) ada satu lagi yang botolnya design epal merah, namanya nina. masa tu memang aku confuse mana satu nak pilih. encik a cakap dia suka ricci ricci so terus proceed. btw aku tetap dapat sample nina. dua-dua wangi, sukaaaa!




tengok epal merah ni teringat g-dragon. sesiapa tak kenal g-dragon, boleh lihat avatar aku kat sebelah ni.

listen to my heartbeat

ok, this is my current obsession: jam dua petang. lol. motif nak obes obsess dengan 2 petang? because it's 2PM! oho. betullah, tak kenal maka tak cinta. tapi aku takdelah sampai tahap cinta-cinta kat diorang ni. suka itu adalah :p

sebelum ni aku pernah dengar lagu again and again dan tengok diorang punya parody you are beautiful, etc tapi setakat tu je lah. then lepas dengar lagu tired of waiting dan tengok video clip performance diorang, perghh memang mantap siot 2PM ni. sekarang ni pula aku tengah suka lagu heartbeat ♥♥♥♥♥


aku suka semua members 2PM. tapi aku paling suka wooyoung dan junsu.

credit to youtube, google

introducing mawar ungu


aku suka blog dia. cara penulisan blog yang comel. tapi masa tu berapa kerat sangat dia update. tup tup sekarang dia dah ada blog baru, mawar ungu untuk kekasih. perh, tajuk tak tahan. blog ni pasal persediaan untuk majlis perkahwinan dia. alhamdulillah, dah nak kahwin dah. penulisnya, tak lain tak bukan, my tiny little roommate, yana farinna (bukan nama sebenar hahaha). ah sudah, kalau dia tiny, aku giant lah nampaknya :p

so sesiapa yang rasa nak baca boleh klik link ini: mawar ungu untuk kekasih. sesiapa yang ada pengalaman pasal wedding tu maybe boleh share ideas. erh memang betullah, nak kahwin bukannya senang. macam-macam kena handle. pheww

note: selamat pengantin baru kepada nadia basri dan pasangannya serta ore dan pasangannya. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. insyaallah.

pic: google

Mar 22, 2010

teman baru

aku ada teman baru. namanya cik kip. aku jumpa dengan cik kip petang tadi, kat carrefour. aku dah bawa dia balik bilik. aku decide nak kawan dengan dia sebab dia best. kalau aku tak kawan dengan dia, nanti aku stress. asal malam je aku stress sebab panas. sikit-sikit terjaga sebab panas. panas panas panas. jadi aku decide untuk cari cik kip kat carrefour and i found it! o yeah.

baru ambil gambar cik kip. tapi tak jadi nak upload sebab kalau ada warden google "budak i*** simpan cik kip dalam bilik" naya aku nanti. tak pasal aku kena berpisah dengan beliau. kuang kuang kuang.

kalau tak faham, sudah :p

erh, macam tulis esei untuk upsr. rasanya budak darjah enam pun lebih hebat daripada aku.

Mar 21, 2010

surat untuk helmi


dear mohamad helmi aminuddin,

tahniah atas pencapaian cemerlang anda dalam spm. im so proud of you! semoga dapat sambung belajar kat tempat yang helmi nak, insyaallah. nanti tolong belajar rajin-rajin, dapat kerja gempak, gaji gempak nanti boleh belanja kakak shopping *evil laugh*. yang penting, bila dah berjaya jangan lupa abah umi dan family. [ceh sesi ceramah la pulak].

kakak masih tak ada idea hadiah apa nak bagi kat helmi :p belanja makan hari tu pun kira ok lah ye?

yours truthfully, kakak

Mar 5, 2010

lipstickkke


lipstick ada banyak jenis. satu, moisturizing lipsticks. bila pakai lipstick jenis ini, tak payah nak sapu lip balm dah aku rasa. sebab dia memang ada pelembap. sesuai untuk orang yang mempunyai bibir agak kering. aku pernah beli lipstick jenis ni dulu-dulu. tapi aku tak suka. entah, tak best je.

dua, lipstick jenis matte. oh ini adalah my ultimate favourite. lipstick jenis matte adalah tidak berkilau. kalau pakai, kemas je kat bibir kita. tak senang tanggal. umi aku pun sangat suka lipstick jenis ini. mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi [tetiba].

tiga, jenis satin/sheer. memang glossy dan berkilau-kilau. eceh. memang nampak cantik kat bibir tapi aku tak berapa suka sebab rasa macam bibir berminyak je. haha. lagi satu, ianya cepat pudar/hilang. tapi kalau orang yang suka touch up sentiasa tak kan ada masalah pun untuk pakai lipstick jenis ni :p

ada banyak lagi contohnya frosted, cream etc etc. tapi aku tak pernah cuba lagi. [pic: koleksi peribadi :p]

politeness

sejak balik malaysia ni, to be exact, sejak balik ipba, mulut aku hari-hari komplen. hari-hari tak puas hati itu ini. hari-hari pms. bukan aku sajalah, roommates aku pun sama. haha. susah jugak kalau pergi oversea ni. manusia cenderung nak compare and contrast pasal sesuatu. tapi, we cant help it. contoh isu;

politeness.

susah sangat nak jumpa manusia yang betul-betul polite kat malaysia ni. masa aku kecik-kecik dulu aku pernah terbaca la pasal orang luar/omputeh suka datang ke malaysia kerana rakyat malaysia bersopan santun dan berbudi bahasa. huh what? nak menangis aku baca statement tu. because it is not true. yes, tak semua yang rude. ada je yang baik dan bersopan santun, contohnya aku. tapi populasi manusia-manusia kurang ajar ni dah berlebihan kat malaysia [aku rasa].

Mar 2, 2010

na o mei comei


ok, aku dah start layan na-o-mei. padanlah ramai yang follow drama ni. boleh tahan juga ceritanya. walaupun kadang-kadang ceritanya macam lembab suka repeat scenes tapi tak kisah lah. aku suka watak na-o-mei tu. comel.

.
.
.
.
.

ni tengah tunggu video episod 24 habis buffer :p [pic: budiey.com]


 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei