Apr 29, 2010

nak tengok iron man!

mesti sangat ramai orang nak tengok iron man 2, sampai aku nak reserve tickets kat gsc online pun bermasalah gila. tak cukup dengan gsc, tgv pun sama. nasib baiklah aku ni gigih orangnya (poyo). berpuluh kali aku try. sampai pukul 2.20 pagi tadi baru dapat reserve kan tiket. 5 seats ok. haha. roommates, mari kita enjoyyy!!! [lepas tu kita stay up study for exam eh :p]

google.com

Apr 28, 2010

5 beauty and makeup sites

ini antara yang aku rajin masuk. first, makeupalley. banyak reviews untuk pelbagai jenis products.


second, temptalia. aku suka tengok lipstick swatches dia. dan juga tutorial vid.


third, makeupforlife. ada tutorial, swatches and etc. erh, tuan punya site ni cun lah. eheh.


next, makeup and beauty blog.


last but not least, my women stuff.


adios.

selamat hari lahir yang keduapuluhtiga

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday happy birthday
happy birthday to you

happy birthday aliff!


[lepas ni aku paksa dia baca entri ni walaupun entri simple je. haha]

Apr 27, 2010

crayon contour



pencarian eyeliner sudah berakhir. ini my new eyeliner from shu. this is called black drawing pencil (aku rasa macam aku beli pensel warna pulak haha). aku dah pakai dua kali. so far i think the eyeliner is really long-lasting. tadi aku tido tak remove makeup. dan bila bangun, eyeliner tu masih cantik terletak, tak smudge pun. amazing! other than that, eyeliner ni senang nak dipakai dan it's creamy. love it.

italiannies

sempena meraikan assignment terakhir yang sudah dihantar [ceyyy], kitorang pergi mereward diri sendiri kat italiannies. fuhh. lepak, makan, minum, bergambar dan gossiping. ber-jam jugaklah lepak kat situ. padahal masing-masing masih tak cukup tidur sebab stay up semalam. heh. tapi, reward lebih penting dari tidur. haha.

awesome food, great companion. love.

1. benda first yang dia serve. roti apa entah. dicicah dengan benda dalam gambar kat bawah ni. aku tak sure apa benda tu. tapi rasa dia masam gila. roti was not bad, tapi kitorang makan dua tiga ketul je.


2. untuk appetizer, aku order yang atas ni. pizza caprese. dihidangkan atas chopping board. muahaha. macam kelakar. sedap. crusty.

3. atas ni adalah main course yang aku order. roasted chicken with balsamic glaze. aku tak makan pun sos tu. masam. ayam, brokoli dan wedges sangat sedap. worth it.

4. unique daisy punya appetizer. apa entah nama dia. yang penting, banyak tomato. hehe.

5. unique daisy's main course. shrimp linguine. aku ada try sikit. sedap.

6. ainul's main course. dengki. nak yang ni jugak. haha. grilled chicken milanese.


7. fiza's penne bolognaise.

masing-masing take away makanan sebab portion dia besar sangat. boleh pengsan woo kalau nak habiskan time tu jugak. ok the end. pictures: ainul farina & fdragon

Apr 26, 2010

shopping tanda tekanan jiwa?


emosi selalu tak stabil lah bila aku kat sini. sometimes aku dah cuba untuk buat tak tau je pasal apa yang berlaku, tapi serius tak boleh buat macam tu. memang akan marah dan stress jugak akhirnya. hish. tak sabar nak cuti sem, at least kalau duk rumah takdelah stress macam ni. tadi dah hantar assignment terakhir. tinggal lagi dua paper untuk exam next week. tapi bukannya boleh balik terus lepas tu, ada aktiviti lain.

aku memang ada baca dalam majalah yang orang suka shopping ni sebenarnya orang yang selalu stress.
aku termasuk sekali lah.

**someone's birthday is coming. nak bawa dia makan kat mana eh? :p

sweeeet

tadi someone belanja aiskrim sebab nak bagi semangat kat aku untuk siapkan assignment cepat-cepat. heh. thank youuuuuuu!!



grrrr teruknya kualiti gambar kamera handphone ni. oklah, tak sabar nak habiskan assignment terakhir ni. fighting!

Apr 25, 2010

virtual makeover




masa duk off task dari buat assignment semalam, aku terjumpa satu website ni. virtual makeover. kita boleh makeup kan model-model yang ada kat situ. boleh pilih warna apa yang kita nak. konon macam kita jadi makeup artist. tapi virtual la. haha. seronok sebab kita boleh pilih brand kosmetik apa yang kita nak guna etc. lagi satu, contohnya kalau kita pilih satu warna yang kita berkenan untuk lipstick, kat bawah tu ada tulis recommended products (yang real) yang sama dengan warna yang kita pilih tu.

ok jom main virtual makeover! here's the link taaz.com

bukan sekadar nasi ayam

busy. busy. busy. tapi ada masa lagi nak update. biasalah, farah dan procrastination tak dapat dipisahkan. haha.

hmm tiba-tiba teringin nak lepak-lepak minum coffee secawan sambil borak dengan member. sekarang masa tidak mengizinkan. tak lama lagi farah. sabar. sabar.


another thing, nanti aku nak makan kat chicken rice shop. dulu sebelum fly, aku memang tak suka langsung makan kat situ. nasi ayam dia tak sedap %$#@^&! tapi bila balik malaysia ni, pernah lah masuk makan kat sana. rasa macam sedap la pulak. adakah aku saja yang berperasaan macam tu? atau memang diorang ada improve kualiti makanan kat situ?



ok lah. got to go. have a nice weekend.

Apr 24, 2010

smashed chicken


parti ayam penyet. hehe. jarang lah kalau aku dan roommate kalau keluar makan, beli makanan yang sama kecuali tadi. haha. kat kedai ayam penyet tu ada promotion untuk late lunch, RM6.80 je. biasanya kalau aku beli kat the garden sampai sepuluh ringgit.

ok, mahu taip lesson plan ni. semoga berjumpa lagi.

Apr 23, 2010

si kasut hitam


tanda-tanda off task semasa kuliah selain tidur ialah snap gambar secara random ataupun main game. haha. aku jarang tidur masa kuliah, kalau setakat terrrpejam mata tu adalah. sebab aku hanya boleh lena atas katil. ceyy

fyi ini adalah gambar masa bulan januari. cuba bayangkan kasut hitam tu dah jadi macam mana. [point kat sini, aku nak kasut baru!]

ok. selamat malam.

Apr 22, 2010

makcik? noooo!

kalau jalan-jalan kat shopping mall, pandang kiri nampak baby dalam stroller, pandang kanan nampak orang dukung baby. sampai encik a tanya aku, nak baby ke tak? hello, kahwin pun belum lagi okay. tapi, serious dalam hati memang ada terdetik jugak nak ada baby. haha!

sekarang aku manjakan gila-gila la si aleeya tu. anak sendiri belum ada lagi kan. adik bongsu la jadi mangsa. dia pun satu, tiap kali family outing dia mesti nak jalan pimpin tangan dengan aku. dia taknak jalan langsung dengan umi sampai umi merajuk. haha. aleeya ni poyo ah. tengok gambar bawah ni, ini lah budak manja tu, malas nak jalan punya pasal sanggup duk dalam troli. padahal berat dah lebih daripada yang ditetapkan ;p


cakap pasal baby dan aleeya, aku teringat conversation aku dengan adik-adik aku. lebih kurang macam nilah;

kakak: nanti korang dah ada anak, jangan bagi anak korang panggil kakak "makcik". tak boleh!
nadiah: hahaha. nak panggil apa?
kakak: auntie farah.
hajar: panggil maklong la. hahaha.
kakak: cisssss. taknak!!!!!
kakak: kalau gitu, anak kakak panggil hajar, makngah. nadiah, makcik yah dan aleeya, maksu ya.
aleeya: taknak!!! (sambil marah dan tarik muncung panjang)
kakak: habis tu aleeya nak suruh panggil auntie leeya ke?
aleeya: taknak jugak. macam tua sangat (mata dah berair nak nangis)
kakak: habis tu?
aleeya: panggil aleeya dahlah.
kakak: &^%$#!

passion fruit lip butter

dulu masa muda remaja (sekarang i'm a young adult ok) aku tak pernah peduli pasal bibir kering ke, bibir pecah ke. memang tak prihatin langsung. nak pakai lip balm pun malas dan tak suka, sebab greasy. resultnya, bibir kering yang amat. lepas dah kering tahap jusa tu, mula lah kopekkan kulit kering tu sampai berdarah. ewww. buruk betul perangai. haha. sekarang, bila usia dah meningkat ni, baru ada kesedaran nak jaga kesihatan bibir.

aku pernah cerita pasal lip butter yang aku beli kat the body shop tu, dan sekarang memang aku guna benda tu. it works! tapi kena rajin apply. kalau malas, tak dapat nak tolong :p



Apr 21, 2010

favourite scenes


haa sudah. aku dah gila lee min ho semula. jang geun suk, tumpang lalu. sangat suka kat karakter jin ho (lee min ho) dalam personal taste. best acting dia. memang worth watching :p

ini antara favourite scenes aku dalam episod 6 Personal Taste.

satu. jin ho pergi beli p** untuk kae-in yang tengah period. paling tak boleh blah, masa jin ho nak ambil benda tu, ada tiga orang budak perempuan tengah usya dia. so dia buat-buatlah nak beli razor. dan terbeli jugaklah razor tu sebab nak cover malu kan. masa dia jumpa kae-in dia hulur p** sekali dengan razor. kae-in's expression was like "ko nak suruh aku cukur buat apa dengan razor ni?" aku gelak gila-gila masa tengok part ni. haha

dua. kae-in period pain. jin ho tak senang duduk nak cari ubat untuk kae-in. mula-mula dia google "menstrual pain relief" ke apa entah. lepas tu bersusah payah pergi cari pain killer untuk kae-in. then kae-in siap mintak urut perut lagi sebab dia kan bajet jin ho tu gay (padahal tak gay pun). jin ho pun sanggup oh picitkan. how sweet

tiga. part photoshoot. jin ho dan kae-in kena paksa jadi model. diorang kena berlakon ala-ala keluarga bahagia. comel siot. suka suka!


pic: facebook

jamaican yellow


heh. tak pernah-pernah aku minat warna kuning/ jamaican yellow ni. tapi kalau diberi pilihan, aku nak samsung corby warna kuning tu. pelik kan? haha. sebabnya satu je, wooyoung 2PM adalah model untuk warna ni. phew. btw entri ni just for fun ok. bukan aku nak beli pun. aku masih sayangkan nokiaku walaupun dah terhempas ke lantai beberapa kali dah. haha. hmm tapi lately asyik hang je. oh please jangan rosak sekarang. aku takde bajet nak repair atau beli baru :p

okeh nak layan lagu ni kejap (samsung corby cf), my color by 2PM.

pics: google.com

Apr 20, 2010

i will not yell in class i promise


tadi masa pd lecture, (professional development course) dr lawrence tunjuk video beliau mengajar masa dua puluh tahun lepas. pendapat aku, style dia sama saja dari dulu sampai sekarang. yang bezanya, physical features je kot. hahaha. tadi suka je gelakkan dr lawrence, nanti dua puluh tahun akan datang entah-entah students aku pulak gelakkan aku kalau aku pasang video microteaching hari tu. horror :s

aku dah dapat tau sekolah mana aku dan team members aku kena pergi untuk praktikum nanti. woah. kelasss la sekolah tu. sekolah anak orang kaya. phew. tapi, bila lagi nak merasa kena hantar ke sekolah macam tu kan. tahun depan dah nak kena mengajar kat sekolah pedalaman. haish. chaiyuk farah chaiyuk!!

aku taknak mengajar satu sekolah dengan abah. malu! HAHA

pic: google.com

asam laksa paling tak sedap yang pernah aku jumpa

hari tu pergi makan kat laksa shack. teringin nak makan asam laksa punya pasal. takkan nak suruh umi poskan dari kelantan kot. haha. ok, then masa order sampai, first thing aku check adalah kuahnya. dan bila tengok kuah tu, terus mati selera aku. sebab isi ikan tu tak diblend habis. berketul-ketul. memang pesen dia macam tu ke? kalau ye, goodbye lah takmau makan asam laksa kat situ dah. oh lagi satu, asam laksa kat laksa shack mempunyai kuah yang manis dan masam seperti ice lemon tea. dan aku takkan recommend this dish at all. sekian.

gambar hiasan diambil dari tourmalaysia.com

Apr 19, 2010

grumpy but gorgeous

satu. ada sorang budak tengah makan buah oren, tetiba dia jumpa biji buah oren tu dan mintak kakak dia tolong buangkan sambil berkata,

"kakak, tolong buang tulang ni"

dua. budak yang sama nak cerita pasal cerita "rapunzel" kat kakak dia. tapi dia tak ingat nama "rapunzel" tu. so dia tanya kakak dia,

"kakak, sape dah nama orang yang rambut dia panjaaaaang dan duduk kat istani tu"


heh. i miss you aleeya.


muka grumpy tak leh blah. macam aku jugak.

saya nak yang purple tu


shu uemura limited edition cleansing oil. packaging sangat comel. tapi takde kat malaysia. tak sure belum sampai atau memang takkan sampai-sampai. kalau ada pun, macam lah aku nak beli. haha. cuma suka tengok botol comel-comel macam ni. geram!

pernah tak korang beli something hanya sebab packaging dia cantik? [jawab dalam hati ok]

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

haip. hari ni bangun awal. sebab ingat ada lecture pukul 8. cet. takde rupanya. tak pasal-pasal hari ni aku dan roommates siap breakfast lagi. ok, dah 8.30, jom pergi kelas!

pic: google.com

main tembak-tembak


tengah usha game apa nak di download. dah bosan dah dengan game sedia ada. zuma deluxe tu aku dah main selama empat bulan lebih, setiap hari ok. tapi sampai sekarang tak menang-menang. masih duk level 9 (final) jugak. yang paling mendukacitakan, adik aku nadiah main (selepas terliur tengok aku duk main zuma) tak sampai dua hari pun dah menang. haish. tercalar reputasi aku. haha.

masa duk usha tadi, aku notice sangat banyak game hidden objects tu. cuma tukar nama dan storyline je. muak aku tengok. hmm sampai sekarang tak download lagi game baru. agaknya nak suruh aku stop main game dan buat assignment. ye ye. nak buat assigment la ni.

pic: google.com

Apr 18, 2010

eyelash curler


one of shu uemura's top sellers. dah lama aku beli ni. at first rasa risau jugak nak beli, sebab harganya sangat pricey untuk tool macam ni. however ianya memang worth the price mainly untuk orang yang bulu mata tak panjang dan tak lentik macam aku. [kalau orang yang dah ada long eyelashes, bertambah-tambah la cantiknya kan]. tool ni sangat practical dan tak perlukan extra effort pun nak kasi eyelash melentik. plus, ianya tak pinch kulit kita, so takkan rasa sakit. tapi benda ni kena ikut shape mata jugak, sebab ada shape yang tak berapa nak ngam dengan curler ni. so kalau nak beli, baik cuba dulu kat counter ok.

adios.

coleslaw vs mashed potato


sape menang? tengok gambar pun dah tau. haha ;p

actually dua-dua aku suka. tapi entah macam mana tadi cekau mashed potato dulu. kalau dalam family biasanya abah dan aku yang habiskan coleslaw sebab orang lain tak berapa suka.

hmm dah lama tak mengidam kfc. tapi tadi alang-alang encik a nak belikan, mintak sajalah snack plate. ni kira reward selepas penat mengemas rumah dan bilik. penat sungguh ok. padahal baru minggu lepas aku kemas. this time penat dia lain macam sebab beserta dengan perasaan sakit hati. ingatkan this week nak berehat-rehat after banyak gila assignments kena buat. tup-tup ada notice nak spot check pulak. paling tak boleh blah bantal boleh ada satu sahaja. haha. rule paling comel pernah aku dengar. huh whatever. ok, dari cerita coleslaw dan mashed potato dah lari ke topik lain. aku stop dulu. adios.

eyeshadowwewiiitt




aku lebih prefer lancome
ombre daripada stage eyeshadow sebab dia lagi pigmented dan bila pakai, tak comot. stage eyeshadows taklah teruk sangat tapi kena sapu eye primer dulu. baru okay sikit. fyi, ini adalah favourite colours aku this year, purple, pink dan mauve. selalunya aku lebih suka warna-warna macam dark brown untuk eyeshadow tapi this time berubah taste sikit [tetiba teringat drama personal taste eheh].

oh facial cleanser dah habis. should i get one from shu uemura's? :p

Apr 17, 2010

10 out of 10

aku tengok video clip bawah ni dah berpuluh kali.10 out of 10 [special clip for fans] by 2PM. lebih prefer video ni daripada the official one.


dua tiga hari lagi diorang akan release new single


oh i cant waitttt!!!!



credit: youtube, facebook

Apr 16, 2010

kembar dato' siti nurhaliza


aku baca one of the comments dari peminat dato' siti nurhaliza katanya katie steven (peserta american idol) ada iras-iras dato' siti. so aku dengan curiousnya pergi google gambar katie steven. pendapat aku, sekali pandang mereka berdua ni memang seiras, especially part smile tu kot. empat kali pandang rasa macam tak sama sangat. eheh. nak tengok gambar lain, sila google ok.

pic: google.com

saya anak cikgu maths


hooray. item analysis dah siap. it was very very complicated and leceh. tapi aku belajar banyak benda from it. fuh. nak jadi cikgu nowadays bukannya senang. kena ada banyak skills ok. masa buat analysis tadi tu tetiba feeling orang yang kerja statistik. heh. aku suka numbers, aku suka kira-kira matematik tapi bab reporting tu haish, lemah sikit lah.

cakap pasal matematik, abah aku cikgu matematik. no wonder la aku dan adik-adik aku memang jenis gila matematik. it runs in the family lah kononnya. abah mesti bangga dengan kita orang [tetiba]. haha. cuma aku pun pelik kenapa aku tak pilih course matematik dan terjebak dengan tesl course ni. hish, maybe dah jodoh.

oh itu saja. saya tengah happy sekarang. tapi lusa maybe dah start grumpy balik sebab ada assignment worth 70percents of the total marks yang perlu dihantar next thursday. pheww. wish me luck, people!

pic: google.com

geram!

bukan geram nak marah orang ke apa, tapi geram tengok tokidoki kabuki brush ni. comel gila!!


picture courtesy of makeupandbeautyblog.com

Apr 15, 2010

if i let you go


lipstick etude house aku dah bagi someone else. bukan orang lain pun, bagi kat adik aku, hajar. suka sangat dia. sampai melompat-lompat. feeling-feeling park shin hye lah dia. haha. bukan apa, lepas dua tiga kali pakai aku rasa produk korea ni tak berapa nak sesuai dengan aku. nampak diorang pakai memanglah nampak cun tapi kat aku tak berapa nak ngam. so, let go sajalah :p

etude house dah ada model baru, 2NE1 (source: allkpop.com)

pictures: facebook

Apr 14, 2010

megi vs nasi minyak

okay sudah siap satu assignment. two assignments to go. pening kepala belum habis lagi sebab stay up gila-gila semalam. haiyoh. [warning: ini adalah bad habit, dont follow ok haha]. sepatutnya aku kena tidur masa ni tapi tak mengantuk lah pulak. tadi masa belum siap essay tu bukan main lagi mengantuknya. cet.

ni baru lepas layan mamee kari berapi whatever semangkuk. see the picture, nampak tak sedap kan. memang tak sedap pun. air berlebih la pulak. fail lah bila masak megi. tetiba teringat megi hajar masak. sedap woo. megi kari dia ada rasa macam laksa penang. pergh, magik.

ah megi tak sedap! nak yang bawah nak yang bawah ni!

nasi minyak pasar malam kerinci. sangat sedap. tapi kena tunggu hari jumaat ni. kalau nak tunggu nasi minyak aku, tahun depan ye. haha :p

Apr 12, 2010

teacher farah nak cakap sikit

aku baru lepas menulis surat rasmi dalam bahasa melayu. dah bertahun-tahun tak buat, so rasa a bit awkward. kenapa tetiba kena tulis surat pula ye?biarlah rahsia :p tapi sah sahla bukan surat cinta ok, sebab surat cinta perlu ditulis menggunakan format surat tidak rasmi. dengar tu adik-adik. HAHA.

oh another hectic week. minggu ni banyak benda kena siapkan. harap-harap migrain jangan datang lagi.

kebelakangan ni ada dua tiga lectures dan talk yang duk cakap pasal situasi yang bakal kami hadapi bila dah betul-betul start mengajar nanti. dan basically apa yang mereka tunjuk dan explain itu adalah bad things. rasa macam menakutkan pulak nak involve dalam teaching profession ni. students bunuh cikgu lah, etc. tapi what to do? perjuangan harus diteruskan. eceh.

oklah, jumpa di lain waktu.

mac haul






1. purchased two lipsticks from mac yesterday. hooray. kononnya nak ganti lipstick patah tu lah. hahaha. btw kat mac midvalley dah sold out lama dah. haish selalu macam ni. time orang nak, sold out. tapi time aku tak intend pun nak beli, benda tu wujud depan mata. okay, siapa masih teringin nak beli any stuffs dari give me liberty of london collection, boleh cari kat mac pavilion.

2. comel kan packaging dia.

3. everhip. nampak macam oren, tapi actually warnanya lebih kepada pinky coral. tak gelap sangat, tak terang sangat. just nice. harganya mahal rm3 dari lipstick biasa.

4. fanfare. actually i was looking for modesty, tapi out of stock. bila fikir balik, muka aku ni tak sesuai sangat pakai nude lipsticks. dalam gambar nampak pucat gila. kecualilah mekap mata smokey eyes ke apa. so kesimpulannya aku kena ambik warna yang a bit darker. and i chose fanfare.

5. swatches. dua-dua lipstick ni jenis cremesheen. creamy and well-pigmented. tapi tetap kena re-apply jugak.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei