May 30, 2010

karaoke di redbox

finally sampai juga ke redbox. gian sangat nak karaoke. kami pergi redbox the gardens. nice place and well decorated. kami diberi masa tiga jam untuk karaoke, tapi masih tak cukup. sebabnya awal-awal tu sibuk duk explore macam mana nak guna set karaoke tu, macam mana nak select lagu, etc. dahlah ni first time aku masuk tempat karaoke, haruslah jakun. haha.

sorry, bad pictures. ini lunch meal aku. pasta meatball apa entah.

my partner's food. chicken pizza kot.

my mango juice, receipt and ... microphones? [itu pun nak bagitahu. hahaha]


okay pasal rate, kalau nak masuk dari pukul 11 pagi sampai 2 petang, you have to pay RM18 per person. if you are a member and you show your student card, you only need to pay RM12++. kalau ada student card, tapi bukan member redbox tak guna jugak, masih kena bayar RM18 [err actually bila dah tambah tax, it becomes RM21]. untuk pakej ni, korang ada tiga jam untuk karaoke dan dapat pilih satu minuman dan lunch meal. untuk evening session aku tak sure rates dia.

ugh nak karaoke lagi!

May 28, 2010

internet

internet kuota ada 40gb untuk diguna oleh empat orang. nampaknya this week sebelum cuti sem kena jalankan aktiviti mendownload secara habis-habisan. kalau tak guna, buat rugi je bayar.

cakap pasal internet, so far guna w1max ni okaylah performance dia. hari tu kitorang guna sampai dah habis limit. tinggal 0GB, tapi aku masih boleh download lagu, video dan tengok drama online. boleh tahan laju jugaklah. walla!

nantiiii bila dah kena posted ke rural area kang ada internet tak agaknya? macam mana aku nak update blog. isk TT

hey dastan!

google.com

hari ni pagi pagi buta dah bangun. taklah pagi sangat pun, tapi kira luar biasa lah sebab kalau tak, sampai ke tengah hari aku membuta. bangun awal sikit sebab excited nak tengok prince of persia. sebelum ni kalau pergi tengok wayang, jarang dapat seat best. selalu dapat second or third row sampai kena dongakkan kepala. tapi tadi dapat seat tengah yeay!

the movie? awesome and impressive. puas hati tengok. walaupun ceritanya agak mengarut, tapi seronok untuk dilayan. dan two thumbs up untuk cinematography dan special effect dalam movie ni.

oh, aku nak dagger tu boleh?

moist choc cake yang tak sedap


dari kelmarin duk craving chocolate cake. so tadi nampak secret recipe pergilah beli moist choc cake. first time kot beli choc cake kat situ. dah lama dah aim, sebab nampak macam sedap je. tapiii, tak sedap pun! argh! selama aku makan choc cake, aku rasa ni first time aku complaint pasal choc cake. sebelum ni, tak kira lah kek coklat tu bantat ke, hangus sikit ke, macam-mana pun aku tetap akan makan choc cake tu. tapi, rasa choc cake yang ini memang serba tak kena kat tekak aku. dahlah ada caramel kat tengah-tengah. aku pulak pembenci caramel. sangaatlah ngam kan.

adeh. lepas ni tak nak beli dah.


rindu choc cake umi TT

May 26, 2010

ecotools brushes

parispresents.com


Ini adalah Ecotools Bamboo Brush Set. aku baca review kat makeupalley memang rata-rata pengguna cakap ecotools brushes best gila. 90percent kata akan repurchase brush set ni. fyi, ecotools brushes boleh dibeli kat shins, midvalley dan mana-mana branch shins yang lain. atau, nak beli secara online pun boleh. tekan sini. harga satu set rm95. fuh, aku beli dua brushes kat the body shop pun dah seratus lebih. kira sangat affordable lah harga ecotools untuk 4 jenis berus.

oh ya, satu set ni ada baby kabuki, mineral powder brush, concealer brush dan eye shading brush. (ikut susunan seperti dalam gambar).

ok, nak pergi kira berapa barang dah ada dalam wishlist ni. haha :p

top five lagu korea dalam playlist aku

1. bigbang's tell me goodbye. dah jadi ringtone aku dah pun.

2. cnblue's love. best. lagu ni comel dan catchy. tak rugi dengar :p

3. 4 minute's creating love. salah satu ost dalam personal taste. aku tak suka 4 minute dulu, tapi sekarang sangat suka. tambah-tambah bila dengar lagu ni. lain daripada hot issue dan muzik. ini adalah 4 minute;



4. wonder girl's two different tears. dah pernah ada entri pasal ni.

5. t-ara's im really hurt. syok jugak lagu ni.


*aku dah sertakan link, sila klik pada nama lagu tu okay. jom layan kpop! [pics: facebook, google]

handbag lisa surihani dalam adamaya

malam sabtu lepas, tido lewat gila sebab duk bersembang dengan umi. macam-macam cerita keluar. salah satunya pasal handbag. umi tanya, perasan tak beg lisa surihani dalam drama adamaya? omg, aku ingat aku sorang je selama ni duk aim handbag lisa surihani tu. haha! umi kata dia berkenan, aku pun berkenan jugak. wah sama taste ni :p

tadi dengan rajinnya aku google pasal handbag tu. rupanya dia pakai coach dari poppy collection. cantik siot handbag tu. tapi bila tengok harga pun dah rmseribulebih *gulp!*, takde harapan lah nak dapat beg tu sekarang. ini dia coach poppy sparkle leather pocket hobo [mak aih panjangnya nama];

google.com

sebenarnya aku tak sure handbag ni cantik sebab handbag ni itself, atau sebab lisa surihani yang pakai membuatkan handbag ni nampak lawa. tapi tak kira, nak masukkan dalam wishlist jugak! :p

May 25, 2010

kanak-kanak riang

haaa si aleeya ni dari dulu lagi teringin nak pegang aku punya mesin tangkap gambar dslr ni tapi aku takmau bagi. jatuh kang naya je. takde bajet dah nak repair-repair ni. masa jumpa hari tu aku kesian lah pulak tengok muka budak yang suka nak cuba semua benda ni, so bagi chance lah kat dia. heh. dia senyum sampai ke telinga okay!

lens cap tak bukak pula. lupa. patutlah dia duk bising, "kakak, tak nampak apa-apa pun." haha

May 24, 2010

family outing

seperti mana yang aku bagitahu sebelum ni, my family datang kl hari sabtu. so hari tu abah datang ambik kat ipba. kitorang pergi rumah kakja dan abg mi kat area wangsa maju. then diorang bawak kami pergi jalan-jalan kat wangsa walk. first time aku ke sana. ada jugak ternampak restoran cheng ho amy search.


ini kanak-kanak riang yang excited dapat pergi jalan-jalan. baju hijau tu abby, adik sepupu aku. dan little boy dalam gambar bawah ni adalah akil darius, adik kepada abby.


then kami ke danau kota, abang mi belanja makan kat mali's corner. char kuay teow dia, pergh sangat sedap!! harga pun affordable. lepas dah makan-makan, terus ke kajang rumah adik abah. abah dah penat sebab dah drive lebih sepuluh jam, so kena kasi beliau rehat.

swatches




eh tak payah genyeh mata. ni bukan entri yang sama dengan ini. haha.

sekarang aku dah sangat-sangat in love dengan oat eye shadow. my hg eye shadow i would say! from the second picture, maybe korang tak nampak sangat warna oat tu (poor lighting, bad camera). tapi in fact it is a lovely colour. natural dan cantik. sangat sesuai kalau nak pakai pergi mengajar nanti. tak nampak over sangat. takkan nak pakai purple eye shadow pulak pergi sekolah. boleh je kalau nak, tapi i wont do it :p

gambar ketiga adalah lipstick swatches. ballet pink dan kitten nampak sangat nude on me. dan azalea, yang nampak sangat menakutkan dalam pan (refer first gambar) tu actually taklah se-dark mana pun warnanya. unless, korang sapu more than one layer. it is a nice colour, tapi kena pandai matching. so far untuk kategori lipstick, i would say i prefer mac lipstick than bobbi brown's. heh.

uitm puncak alam - registration day


pagi tadi pergi hantar adik aku helmi ke uitm puncak alam. gosh, jauh gila tempat tu. nak menyampai ke puncak alam tu satu hal, nak pergi ke kolej kediaman tu pun satu hal. kolej kediaman diorang kat atas bukit. pergh, memang puncak alam sungguh! paling tak boleh blah, jalan jam gila. dahlah panas terik masa tu. agaknya beribu kot kenderaan dalam kawasan uitm tadi. hish, berjam jugaklah ambil masa dari gate uitm ke kawasan bangunan fakulti. padahal kalau tak sesak, sepuluh minit dah sampai. ni sape yang sakit perut time tengah jam tadi mesti terseksa gila sebab on the way tu bukannya ada tandas pun, dan there's no way untuk keluar dari queue kereta yang panjang tu. gila.

lepas tu, dari tempat parking ke kolej kediaman tu kena naik bas la pulak. adeh. dahlah ramai gila manusia. hostel dia sangat best okay. baru lagi. dua orang sebilik. jealous nya aku!! mesti sejuk je tidur malam-malam, sebab atas bukit kan. heh.

aku dah membebel-bebel compare hostel helmi dengan hostel aku. umi cakap, adil lah. tempat aku (think: ipba) walaupun dah usang tapi dekat dengan midvalley etc. tempat helmi walaupun baru, tapi jauh di pedalaman nun. susah nak keluar ke bandar. haha. ye jugak eh :p

May 22, 2010

unbiased review

akhirnya sampai juga ke seoul garden. woah excited gila. since kat auckland lagi teringin nak masuk korean bbq restaurant atau yang sewaktu dengannya tapi tak halal. jadi pergi seoul garden pun okay lah kan. kitorang pergi untuk dinner.

first round. ni first time aku masuk restaurant yang kena masak sendiri. jakun, i know.


ni segala lauk untuk di-grill. aku ambik beef, chicken dan patin. ada yang chilli, teriyaki, blackpepper, etc. memang well-seasoned. semuanya aku try, dan semuanya sangat sangat sedap! satu je aku tak makan semalam, keli.


second round. hahaha. aku dah surrender masa ni. tapi puas hatilah, pilihan lauk dan sayur memang sangat banyak. macam-macam ada.


my companion's last round. katanya nak makan sayur-sayur je untuk last round sebab nak buang rasa muak makan lauk-lauk tadi.

harga kat sini agak pricey untuk dinner. kalau nak murah sikit pergi untuk lunch. tapi i bet untuk lunch tak banyak sangat variety. so far aku puas hati dengan food kat situ, kecuali drinks dengan aiskrim. drinks tak banyak pilihan, dan aiskrim dia kurang sedap. itu aje. adios.

pelakon korea nampak lawa sebab dot dot dot

from google

ter-rajin check keyword kat google analytics tadi. ada keyword "nape pelakon korea nampak lawa". ceh rajin dia google panjang-panjang eh. daripada hasil pembacaan aku sebelum ni, ada orang mention pelakon korea ni banyak undergo surgery. macam-macam jenis surgery, yang buat eyelid pun ada. that's why kot diorang nampak cantik.

itu satu hal. lagi satu, ada orang cakap disebabkan penggunaan bb cream. bb cream tu adalah blemish balm cream, yang bertujuan untuk tutup pores ke apa-apa jelah. muka pun nampak flawless je. aku tak pernah guna bb cream ni. setahu aku, etude house ada jual bb cream, elianto pun ada. so depends lah mana satu sesuai. jangan beli suka hati je. silap pilih kang, dapat jerawat free.

selebihnya boleh baca artikel ni. aku dah ngantuk. bye.

vroooom


rasa macam power ranger hitam pulak pakai helmet cam gini.

bertahun dah tak naik motor. sejak kat auckland sampailah dah balik malaysia, tak naik-naik dah motor. sampailah tadi, baru tergerak hati nak naik. masa naik tadi i was like, wuhuuuuu! seronok! dahlah first time naik motor kat kl. sengal, i know.

cerita lain. my family is coming tomorrow!!!! yeay. tak sabar nak jumpa semua orang. rindu sangat-sangat. lama gila tak balik kampung. cuma yang sedihnya, hajar tak dapat ikut sebab dia ada exam so takdapat lah nak jumpa dia esok. haish. takpe ja, lagi dua minggu kakak balik okay!

abaikan peace yang buruk itu.

May 21, 2010

aku rindukan nasik


uwaaaaa sedapnya nasik!! ni last nasi yang aku makan, nama dia mongolian chicken chop rice. delicious i tell you. tapi buat masa sekarang aku tak boleh makan nasi, dan segala mak nenek karbohidrat. kena cut down carb intake. and so far selama seminggu ni alhamdulillah, sudah ada pengurangan inci. yihaaa!

bila lah nak kembali ke bentuk asal ni. stress aku tengok gambar zaman muda-muda dulu. taklah sebesar sekarang. grrrrrr

no more sweet dreams

glitter-graphics.com


okay. nak cerita pasal mimpi semalam. horror gila okay. mimpi ada orang potong-potong kepala la, bunuh-bunuh, dengan darah yang banyak, omg it was so scary. btw nasib baik bukan aku yang psycho potong kepala orang tu. watak aku dalam mimpi tu adalah heroin. eceh tak boleh blah. yang tak faham nya, masa part aku ada, semuanya indah belaka. tak faham apa kaitan dengan benda-benda yang menakutkan tu.

lagi satu, ini paling gila, aku mimpi benda ni dua kali pada malam yang sama. satu korean version, satu english version. &*^%$#@!

sah semalam tido tak baca doa.

May 20, 2010

zooey vs katy perry

semalam layan movie yesman kat laptop. kelakar gila. tapi aku tengok separuh je sebab ngantuk sangat. tak larat nak sambung. dalam movie tu, adalah heroin ni kan. muka dia sebijik macam katy perry. masa tu aku dah agak tu bukan katy perry, cuma pelakon lain yang resembles dia. i was so curious, then aku googled. nampaknya bukan aku jelah yang fikir macam tu. rupanya memang dah lama dah orang kata mereka berdua ni seiras. aku je tak tahu. sebab aku bukan layan sangat pelakon-pelakon mat saleh ni :p


tengok gambar macam tak nampak sangat. kalau tengok zooey dalam movie memang ketara kot muka dia iras katy perry. atau katy perry yang iras dia. either one. haha.

pic: google.com

May 19, 2010

two different tears

first time and second time dengar macam kurang sedap je lagu ni kalau nak dibandingkan dengan lagu-lagu wonder girls sebelum ni. masa dengar kali ke-tiga, macam best la pulak. hahaha. yang penting min sun ye tetap hot seperti biasa.



poyo lah jyp dalam video ni.

bobbi brown's antigua palette

my antigua palette. paling suka blusher dan caviar eye shadow. satu je masalah aku, aku tak reti nak apply lipstick dia. sebab selama ni kan pakai lipstick dari tube. bila guna brush, rasa kekok pulak. nampak colour tu tak even. tengoklah, nanti kena practice lagi. sorry takde swatch. malas. lain kali kalau aku rajin aku buat okay.

yeah. minggu ni tak sepenat minggu lepas. i like!

May 18, 2010

big bangggg



big bang's tell me goodbye. a great music video i can tell. plus, everyone is looking good in this vid. ♥ big bang!

benefit cosmetics

masa jalan-jalan kat metrojaya, gatal la nak singgah benefit cosmetics. sebab tak pernah try products dia, sajalah nak usya. bukan nak beli pun. sa kat situ rajin sangat kot, dia siap tenyeh muka aku dengan segala star products dia. aku pun macam tau-tau je ada orang nak tenyeh muka, masa bersiap tadi mekap ala kadar je, takde ber-eyeliner ke apa. kan dah tak pasal dapat makeover free. tapi yang tak boleh blahnya dia touch up sebelah muka je. hahaha.

imo, products dia not bad. dalam banyak-banyak yang dia sapu kat aku tu, aku paling tertarik dengan benetint. love it. sangat sweet. benda ni macam air ros. dah lah wangi, bila sapu kat cheek, warna dia natural sangat. macam warna pipi aku time tengah blushing. hahaha. cool lah untuk everyday use. okay, dah masuk dalam senarai wishlist.

aku suka jugak "that gal" brightening face primer. sangat wangi. tekstur halus. senang nak apply. tapi yang ni tak masuk dalam wishlist eh :p


sa tu ada sapu dandelion, bo-ing, concealer, dr.feelgood (balm) kat muka aku. not bad lah. tapi aku dah ada products lain yang better than that. bagi pendapat aku, packaging benefit ni sangat-sangat comel dan semuanya wangi. sesetengah kosmetik tu kan bau dia macam pelik sikit, so yang ni memang best lah bau dia. macam spray perfume kat muka. tengoklah kalau ada rezeki nanti, aku nak grab benetint tu. oh im so tempted!

encik robin hood

google.com

pergi midvalley tadi taktau nak layan movie apa, so tengoklah robin hood. movie ni pasal asal usul robin sebelum legenda robin hood bermula. okaylah, not bad. time lawan-lawan pedang tu, macam scary jugaklah. adalah dua tiga kali aku terjerit. orang lain senyap je. haha.

dah beli benda yang aku nak dalam entri another wishlist tu. yeay. later aku update.

rosak rosak


dah terkeluar urat wayar dah nampaknya si earphone ni. memang nak kena ganti baru ni. heh. masa pergi time square hari tu, ada ternampak earphone yang comel-comel. bentuk pil ada, macam-macam lah. harganya rm25.90. tengoklah nanti nak pergi sambar satu, bila earphone sebelah kiri pulak yang rosak. hehe :p

May 17, 2010

another wishlist

antigua palette by bobbi brown


satu palette ni ada tiga eye shadows, satu blusher/bronzer dan tiga creamy lipcolours. gorgeous. argh nak nak nak nak!! [picture: bobbibrown.co.uk]

catatan hari sabtu

eceh, dah pandai main catatan-catatan pulak dah. seriously, sekarang aku tak reti nak letak tajuk untuk entri-entri aku. aku rasa bloggers lain pun ada problem yang sama kan. okaylah, nak cerita aktiviti aku dan roommates pada hari sabtu lepas. pagi-pagi buta kami pergi photoshoot sorang member ni kat taman. ala-ala birthday photoshoot lah. sorang je main photographer, yang lain tu ikut meneman je. kami kan mana boleh dipisahkan. haha!



dah habis photoshoot semua dah penat, singgah makan kat uncle chilli's. yayy dee belanja makan. thanks dee! overall, puas hati lah sebab gambar-gambar photoshoot yang cik ainul tangkap semua cun melecun. tapi aku tak boleh nak upload kat sini sebab tak minta izin model nya lagi.

masa untuk balik tido zzzzz

May 16, 2010

cheese cake hancur



first time aku makan black forest cheesecake ni. selalu baca kat blog-blog orang, semua duk memuji kesedapan benda ni. so alang-alang roommate aku ada singgah secret recipe, aku tumpanglah beli sekali. bila sampai bilik cheesecake tu dah hancur dah. haha. ganas betul si pembawa kotak kek tu kan [aku lah tu]. lepas dah makan, aku rasa black forest cheesecake bukan taste aku. boleh je telan, tapi lain kali aku dah tak beli kot.


lihat gambar di atas. ada empat bungkus cheese cake secret recipe. asalnya sorang saja nak beli, last last end up semua penghuni 403BE beli cheese cake. haha. peer pressure :p

happy teacher's day

gambar masa kat auckland, newzie. see? cikgu aliff adalah cikgu yang rajin. siap duk tolong budak kat belakang tu. cikgu farah tau nak tangkap gambar je kerjanya. [masa tu aku dengan aliff ada dalam kelas yang sama]

hari guru tahun depan, bolehlah aku celebrate hari guru kat sekolah. nyanyi lagu Kami Guru Malaysia bersama cikgu-cikgu lain. selama ni tengok cikgu aku yang perform, tahun depan turn aku pulak join sekali yeayyy. baiklah, selamat hari guru kepada semua guru! ♥

May 15, 2010

etude house

etude house ni makeup store yang paling comel aku pernah pergi. wuhuu comel sangat lah. rasa nak buat photoshoot kat situ. haha. semalam ada grab dua benda. brush dan cleansing foam. brush dia sangat murah ok. siap ada 50 percent diskaun untuk brushes. sukaaa. kualiti pun not bad. kalau nak yang high performance and high quality, sila lah aim mac brushes ye. aku beli angled brush untuk define eye liner. beli ni sebab tak tau nak guna berus apa untuk mac paint pot [black] aku. so far aku puas hati dengan brush ni.


close up

yogurt peel cleansing foam jenis black food. seronok je pakai tadi. tekstur dia lebih halus daripada scrub. kalau scrub kang kita tak leh apply hari-hari sebab bijiknya kasar, tapi yang ni memang direka untuk everyday use.


catatan hari semalam

hari semalam adalah hari jumaat.

satu. gotong-royong perdana. kalau tak buat, nanti lecturer ambik nama [??!]. so untuk hari ni bilik kami berbau harum, kipas pun dah bersih dan dapat berpusing dengan lebih laju. serta siling dah clear dari sebarang sawang. [sawang tu apa sebenarnya?]


dua. lepas je siap bersihkan bilik, terus takde air. okay okay. mati mood nak keluar berjalan-jalan. yelah takkan nak keluar dengan badan yang baru je bermandi debu. haish. dengan sedihnya pergi mandi kat surau dimana aku perlu naik turun tangga dulu baru sampai. lepas dah mandi dan dah sampai bilik, badan dah berpeluh balik. macam takde maknanya aku mandi tadi.

tiga. hujan. okaylah fine. redha sajalah. dah petang-petang sikit baru lah cerah balik. so kitorang bersiap jugaklah untuk keluar. semangat gila nak pergi karaoke nak release tension.

empat. dah sampai tempat karaoke, diberi layanan paling teruk di abad ini. oh ini pompuan yang duduk depan kaunter tu memang kurang ajar gila. so sila jangan pergi neway karaoke kat times square sebab layanan memang menyakitkan hati.

lima. dah tak dapat nak berkaraoke, kitorang pergi makan kfc. coleslaw kat kfc time square sangat tak sedap.


enam. dah sampai hostel, air masih takde. kering kontang. nak cuci kaki pun tak lepas, apatah lagi nak cuci mekap. lepas tu boleh pulak baldi aku hilang. cepat cakap, siapa ambik hah?

May 12, 2010

awesome

google

sambungan entri tadi.

aku baru je lepas tengok ip man 2. omg, it was sooooo good! isk, i should've watched ip man 2 kat panggung wayang. mesti lagi gempak dan saspen sebab sound system lebih mantap. aku suka tengok scenes lawan-lawan tu. heh. semangat gila. sakit hati betul masa orang jahat tu bila dah hampir kalah, terus disallow kicking. okay taknak cerita lebih-lebih sebab ada yang belum layan movie ni kan. nanti spoil pulak :p

overall, 5 stars!

intel, ip man, macbeth

aku bosan. dah habis exam tapi kena siapkan project untuk intel whatsoever. frankly aku takde mood pun nak buat benda-benda ni. tapi apakan daya, it's payback time katanya. haish, aku nak remind diri aku supaya tak banyak mengeluh. be positive, farah!

sambil-sambil tu aku nak layan ip man 2 kejap. layan kat laptop sudah. haha :p

google.com

malam ni juniors perform macbeth. tetiba teringat lak macbeth yang kami cohort 4 perform beberapa tahun lepas. ecey. ehm, nak pergi tengok ke tak malam ni? *thinking*

May 11, 2010

killing me softly

tahun ni aku layan rancangan mentor tv3. mentor dan protege ramai yang hebat-hebat. baca reviews pun ramai yang kata protege season ni mantap, so teringin lah nak tengok. sadly kat sini takde tv kat bilik jadi layan mentor kat tv3 online.

imo, untuk episod pengenalan aku rasa takde yang outstanding pun. faham la kan, mereka baru lagi. ila damiaa [protege joe flizzow] tu pun macam pelik sikit bila dia perform unfaithful. tapi untuk second episode, aku rasa ila sangat best. macam professional okay bila dia duet dengan joe untuk lagu killing me softly. heh. aku ada baca komen kat forum, katanya tone suara ila tu biasa-biasa saja. stok suara budak karaoke. i was like ???! bagi aku dah sedap dah dia nyanyi. hmph, we'll see.


May 10, 2010

to infinity and beyond!!!

last saturday, pergi teman roommate buat makeover kat stage. phew. gambar kat stage nanti aku upload later kalau ada kesempatan. lepas tu, dah tak tau nak lepak kat mana so kitorang decided nak tengok wayang. dah sampai depan gsc tu fuh panjang gila queue. sekali ada announcement cakap tiket untuk movies seperti blablabla boleh beli kat kaunter gold class. pergh, apa lagi kitorang terus ke sana lah kan. malas nak beratur. dan akhirnya pilih untuk layan toy story 3D version.

satu tiket untuk toy story 1 dan toy story 2. double feature. roommate aku cakap movies ni dah lama dah. tapi tak kisahlah, sebab aku tak pernah tengok pun. sekali dapat seat tiga dari depan dowh. sakit kepala aku dongak ke skrin. tapi layan jelah. then ada 10 minutes break sebelum toy story 2 start. overall, toy story ni menghiburkan. walaupun aku ngantuk tahap jusa [sebab malam sebelum tu tak cukup tido], aku dapat tahan sebab ada scenes yang kelakar gila. kalau toy story 3 keluar nanti maybe aku tak tengok kat cinema kot. download sudah. haha!


pic: google.com

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei