Jun 19, 2010

ku bahagia

satu. hari ini internet berkeadaan agak baik. good.

dua. cuti kat rumah ni bukan banyak sangat aktiviti pun, rutin yang sama je hari-hari. tapi aku tetap bahagia. weehoo

tiga. cuti ada lagi seminggu. aku taknak balik, boleh?

empat. aku sekarang jadi cikgu tak rasmi kepada aleeya. ajar dia english, ajar dia mathematics. seronok. she is a fast learner. good. dan tak sangka aku ada bakat mengajar budak kecik. haha

lima. bila bercuti kat rumah jangan mimpilah nak berdiet bagai. hahahaha


Jun 12, 2010

bbq night

semalam ada bbq kat rumah. start lepas maghrib. ajak family terdekat saja. semua ada kecuali helmi dan kak da. huhu. semua orang take turn bakar ayam dan ikan, dari orang tua sampai kanak-kanak. haha

yang dibulatkan tu bahagian ayam yang aku aim nak nak makan lepas dah masak. tapi akhirnya dirembat orang lain. huwaaa!

kek batik hajar dan agar-agar santan umi. laku laku.

chicken ball oleh yours truly. bila bakar lebih sedap.

bihun oleh tok ma. pergh, kalau ada sotong bakar mesti lebih menjilat jari. aku bukan makan sangat ikan.

kesimpulannya, sangat seronok ber-bbq ramai-ramai. heh. tapi ada soalan tak boleh blah dari aleeya. dia tanya, "kakak, boleh ke kita makan barbecue?". aku jawab boleh lah, kenapa tak boleh pulak kan. dia replied "bukan ada babi ke dalam barbecue? [read:babikiu]. aku gelak tergolek-golek.

Jun 10, 2010

makan masak makan

dah lama tak masak. duk hostel bukan boleh masak. setakat masak air dan masak megi tu bolehlah. dah balik rumah ni baru ada chance nak memasak. actually bagus jugak kat hostel tak dibenarkan masak, kalau tidak 24 jam lah aku tak berhenti makan :p

ni antara yang aku masak sejak balik cuti.

mee kari cincau cincai


sup ayam


paru goreng


chicken ball masak merah. masa tu lauk dalam peti sudah kehabisan, abah takde kat rumah, so aku masak jelah apa yang ada.


lompat tikam. haha what a name! yang ni bukan aku buat. aku tukang ngap je

Jun 7, 2010

selamat pengantin baru choc!


semalam ke majlis kahwin choc kat pasir mas. huhu lewat gila sampai, tak jumpa cari rumah choc. sebabnya aku misplaced kad kahwin dia, so takde map ke rumah pengantin. haha

gambar ada satu saja yang boleh upload. tak dapat nak tunjuk gambar pengantin dengan her gorgeous wedding dress. internet kat sini hampeh. nak tulis entri ni pun makan masa dua hari.

okay, selamat pengantin baru ain (choc) dan yusri!

Jun 3, 2010

kasi can la kucing ni interframe

walaupun aku ni takut kucing tahap maksima, bila aku tengok puss dalam shrek forever after tu, rasa macam nak cubit-cubit je perut dia. comel siot. dan favourite part adalah waktu dia buat macam ni;

google.com

sesiapa yang dah tengok movie tu mesti ingat scene dia buat muka comel dan kesian ni kan. emm seingat aku, takde kot gambar kucing dalam blog ni. fobia punya pasal. kira hebatlah si puss ni sebab dapat masuk blog aku. hahaha.

errr katakan kalau si puss ni datang kat aku, still aku akan lari. macam mana comel pun, ia tetap kucing. sekian.

Jun 2, 2010

mesin cheque

alhamdulillah cheque nuffnang aku dah di-clearkan. btw dalam entri ni aku bukannya nak cerita pasal earning, trafik, dan bla bla bla. aku nak cerita pasal kemudahan untuk clearkan cheque bagi sesiapa yang ada akaun cimb. sebelum ni aku biasanya clearkan cheque kat bank, tak tahu pulak cimb dah ada mesin khas untuk terima cheque. aku baru balik malaysia, so aku memang tak tahu.

hari tu disebabkan malas nak beratur panjang kat bank, aku dan aliff usya la mesin tu. risau jugak sebab first time nak cuba kan. kang salah buat, tak pasal terbang gitu je duit aku. lepas baca a few instructions, baru yakin sikit. senang je sebenarnya. huhu, jakun :p

yang penting kena simpan resit dan borang salinan tu in case ada apa-apa berlaku. ok. adios

seigi no mikata

dua tiga hari ni aku macam takde mood sangat nak update blog, sebab sibuk duk melayan semua movie dan drama yang aku ambik dari roommate hari tu. semalam dah habis tengok satu drama ni, tajuknya seigi no mikata.

ceritanya pasal dua orang adik beradik perempuan yang berbeza karakter. si kakak ni jenis banyak gila makan. berkira pulak tu. kalau meatball dalam pinggan orang ada empat dan dia hanya dapat tiga, sah-sah kena complaint. tapi, walaupun banyak makan, body tetap maintain slim okay. lepas tu dia suka perintah si adik buat macam-macam. kalau tengok, rasa macam nak hempuk je si kakak ni. gila kejam. tapi in a funny way lah. haha.

sepanjang aku tengok drama ni, memang tak henti-henti gelak. lawak gila. so peminat j-drama yang tengah cari drama apa untuk dilayan, bolehlah consider seigi no mikata okay.

google.com

oh ya, mukai osamu yang berlakon dalam atashinchi no danshi dan mei-chan no shitsuji tu pun berlakon dalam drama ni.


 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei