Nov 23, 2010

1, 2, 3 tarikh

0 comment(s)
13 november

aku balik rumah. naik firefly. first time naik, kecik je flight nya. tapi not bad lah. sampai je airport, abah ambik dan terus pergi tok bali sebab aleeya kena perform untuk majlis tadika kemas. see the pictures below, aleeya yang pakai baju hitam. takleh blah sungguh cikgu dia lukis kening aleeya tebal-tebal. haha

IMG_8738
IMG_8750
IMG_8809

14 november

birthday aleeya. my family sekalikan celebration birthday aku dan aleeya, sebab time 22 november aku ada kat kl. ade choc cake, mee goreng abah, dan bebola ayam hajar. yummmyy. thanks umi, abah, hajar, aleeya, nadiah, helmi untuk hadiah-hadiah tu. hadiah dari cik daisy pun ada sekali dalam gambar. thank you daisy!

IMG_8834
IMG_8860
IMG_8871

17 november

raya haji. pakai baju raya seminit je. (tipu, actually dalam setengah jam) lepas tu tukar baju tido sebab nak siang daging korban. haha. first time aku involve dalam kerja-kerja menyiang dan mencuci daging. serius bau lembu. lol. tapi memang seronok. makan pun sedap, daging fresh!!

IMG_8994
IMG_8995

Nov 13, 2010

i love megamind!

0 comment(s)

i loveeeeeeeeee this movie. first time aku ketawa sampai nangis masa tengok movie. my friends pun sama. kitorang gelak habis-habisan tadi. movie ni best. sangat seronok menontonnya. cerita ni pasal megamind (yang blue head tu), seorang penjahat yang suka buat jahat kat metrocity. dia ni jadi jahat sebab masa kecik-kecik takde orang nak kawan ngan dia. semua orang nak kawan dengan metroman (baju putih) je. megamind ni kurang pandai english. dia selalu salah sebut; revenge jadi revange, quick dia sebut quic, etc. nak tau seterusnya korang pergi tengok ok.

highly recommended. sepuluh bintang. sangat sangat menghiburkan.

google.com

Nov 10, 2010

farewell 403

0 comment(s)
ada beberapa hari lagi to say goodbye to my buddies (minus the fact that we will come back to ipba for spp interview, lols).so sebelum blah dari ipba, we had our "last" lunch together at italiannies. food (italian clams soup, chicken parmagiana and shrimp linguine) adalah dikongsi tiga, sharing is caring right? layans!

IMG_8616
IMG_8627
IMG_8641
IMG_8645
IMG_8648
IMG_8661
IMG_8664

Nov 8, 2010

i-city, bandar i

0 comment(s)
fizah dan her partner ajak ke i-city semalam. padahal dah penat shopping-shopping kat sunway pyramid dan oneutama. tapi sebab memang jenis suka berjalan tapi malas exercise terus setuju nak pergi. lepas maghrib dah siap-siap, rasa cuak jugaklah sebab hujan dah mula turun. tapi tak kira, nak pergi jugak. penat je mekap kan. lols

IMG_8484

jalan jem. manusia adalah ramai. what u expect kan, malam minggu kot. dah sampai i-city lepas tu ada orang tahan suruh bayar sepuluh ringgit untuk satu kereta, kira macam entrance ticket lah.

IMG_8497

jauh jugaklah kena berjalan dari tempat parking ke atas tu. hala pergi tak rasa penat sebab tengah excited kan. hala balik??

IMG_8487

ok ni dia kalau lihat dari dekat. boleh nampak lah led led yang berkelipan. masa ni hujan masih rintik-rintik.

IMG_8514
IMG_8515
IMG_8526

rasa macam berada kat dunia lain, dunia apa? dunia magika. lols. tapi macam krismas pun ada jugak.

IMG_8568

lepas hujan dah makin lebat, semua pakat nak masuk cold room. since kitorang dah bayar rm10 tadi, coupon tu boleh guna untuk masuk cold room ni for free (max 5 orang). sesiapa yang takde coupon tu, kena bayar lain.

overall, tempat ni menarik jugaklah. maybe sebab semalam hujan, takde mood sangat nak pusing semua ceruk. my honest opinion, next time aku tak pergi dah kot. sebab kurang entertainment, hanya ada lampu-lampu ni. macam bosan la sikit so buat apa nak pergi banyak kali kan. ok, now gambar penutup entri;

IMG_8602

nasi kandar kat original kayu, pj. masa makan-makan tu ada sorang pakcik cina ni datang kat aku tetiba pastu dia borak apa entah. semua orang pandang. omg aku blur gila masa tu. siapakah makhluk ni? apakah dia nak? aliff kata maybe pakcik tu "kurang sihat" dan dia tertarik dengan tudung aku yang sangat colourful itu, sebab tu dia datang kat aku. haha yelah tu :p

Nov 7, 2010

jalan-jalan sabtu

0 comment(s)
hari ini seharian keluar berjalan. pergi sunway, konon nak shopping baju sehelai dua dan handbag murah. ok, i got my black cardigan. finally dapat yang betul-betul macam aku nak. aku dah banyak beli cardigan, mostly beli online masa kat auckland. tapi semua hampeh. ada yang besar kat situ, kecik kat sini. ada yang kecik kat situ tapi besar kat sini. pendek kata, semua tak kena. nilah nasib orang kurang kurus, sobbsss.

masa nak membayar tu, gigil-gigil tangan hulur duit. masa tu masih terfikir nak beli ke tak. sampai cashier tanya nak plastik bag pun aku cakap taknak. tak sedar punya pasal. aku plan nak beli yang murah-murah je. tapi terpaksa la beli jugak, sebab lepas ni mesti susah dah nak jumpa yang kena dengan cutting aku. lepas tu, jalan lagi mencari handbag murah. and yes, i found the RM20 handbag and i love it.

so untuk lunch kami pergi makan kat wendy's. teringin nak masuk wendy's masa kat auckland lagi tapi takhalal so terpaksa lupakan. tup tup kat malaysia pun ada, so apa lagi trylah sekali. beef burger dia sangat enak dan mengenyangkan. dan kalau ke wendy's jangan lupa order jr.chilli. aku taktau apa benda tu, tapi it looks/tastes like kuah pasta. sedap, not bad. tapi bagi penggemar kuah pasta macam aku, kalau boleh nak tambah gula sikit kasi ada flavour (dasar orang kelantan!!!) lols. takdelah, aku tak suka lauk manis. jangan generalize semua orang kelantan kalau masak mesti manis ok. takde maknanya.

balik bilik, lepas maghrib sambung berjalan lagi. nanti aku cerita dalam next entri. nak pergi transfer gambar kejap.

Nov 6, 2010

antara dua

0 comment(s)
Kepala tengah pusing. dah berpuluh kali keluar masuk website air asia dan fireflyz. tak tahu nak pilih yang mana. harga tiket lebih kurang, tapi tengah fikir mana lagi menyenangkan orang yang nak hantar aku ke airport nanti. aku dah biasa dengan air asia dan lcct, tapi fireflyz na na na. fikir-fikir punya fikir tadi, aku buat keputusan nak naik fireflyz balik kelate lepas interview spp nanti. ye, nanti ada interview spp. thank you hep kerana menyenangkan hidup aku (bukan perli eh, betul-betul ni).

lepas tu, tinggal nak proceed je dengan tiket fireflyz. tetiba aku terfikir, hujung bulan 11 hingga ke disember biasanya musim hujan. well, sekarang pun dah start hujan, banjir etc i know. tapi masa tu nanti lagi worse lah kot. ni aku risau ni. nak beli tiket flight ke tak. bas pun sama je. lagi scary kot travel dengan bas jalan licin danlainlain. isk aku yang banyak fikir sangat ke. hopefully semuanya oklah, insyaallah.

tengah fikir alternatif lain. train? errr.

rapu-rapuan

0 comment(s)
raya haji
bosan. orang lain dah balik kampung. aku je terkebil-kebil sorang-sorang kat bilik. oh nope, im not alone. ada fizah yang menemani. dan aliff jugak (cuma dia kat bilik lain lah ehemmm). tak sabar nak balik, nak beraya. dah lama tak raya haji. dah lama tak jumpa lembu, selalu jumpa dagingnya sahaja. lols.

strong heart
ok, semalam dah download beberapa episodes strong heart. seronok layan strong heart. lawak gila. kalau tak pecah perut tak sah. kesian perut aku. oh fyi strong heart tu one of the korean tv shows.

yahoo messenger
aku rasa skill ym aku bertambah-tambah semenjak seminggu lepas. semakin competent nampaknya menggunakan ym. betul lah apa yang fizah cakap. haha. nak tau kenapa? sebab pagi petang siang malam kerjanya ym saja. bukannya dengan orang jauh pun, orang dekat je. kuang kuang kuang.


ok dah habis merapu. bye.
ada shawls baru kat blogshop aku. abaikan muka model yang dah diblurkan tu. haha

Nov 2, 2010

viva glam

0 comment(s)
serius cakap, mac lipgloss adalah terbaik! aku ada lancome's dan the body shop's juga, tapi i dont like it. ini viva glam cyndi dan viva glam vi;

IMG_8397



viva glam vi sangat-sangatlah cantik bila ia bersama bobbi brown lipstick warna sandwash pink. i love it soooooo much. viva glam cyndi pulak boleh pakai on its own. dah mmg sedia ada lawa. kalau nak tengok lip swatch boleh pergi sini karla sugar viva glam cyndi.

sekarang tengah berkenan florabundance dan pink lemonade (see the last picture). ada rezeki, tahun depan aku rembat. sebab apa tahun depan? sebab tahun depan baru start kerja T.T

pics: karla sugar (best website ni, banyak gila swatches)

Nov 1, 2010

super smasher

0 comment(s)
yeay dah habis main game ni. syok gila main super smasher, tambah-tambah kalau tengah marah. leh tembak-tembak belon, clown dan main lempar cake kat muka. yeah aku suka. dah lama tak main game sebenarnya. seminggu dua ni je baru start balik, sebab bosan yang amat. taktau nak buat apa kat hostel ;p

gigih kan, siap print screen lepas dah habis main. lols

Untitled

vocabs for today;

smash = to cause something to move with great force against something hard, usually causing damage.
smasher = someone who is very attractive? huh?
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei