Feb 26, 2011

paper bags

0 comment(s)
semalam bawak umi pergi era nona. nak survey-survey barang kat situ. last-last umi kata dia nak beli paper bag dulu. sebab dia dah berkenan plus harga lebih murah daripada tempat lain yang kami dah survey sebelum ni. so rembatlah 60 paket. lepas tu aku register sebagai member, so dapat lagi diskaun 10%. membership seumur hidup, bayar RM10 sahaja. next time adik-adik aku, anak-anak aku nak kahwin, shopping situ pakai member kad aku jelah. haha. 

sebelum ni aku cakap paper bag tu nak beli 100 pcs sahaja untuk vip. tapi umi cakap, belilah untuk semua orang (yes, everyone is a vip!). mula-mula aku berkenan nak beli takeout box warna putih dan diy sendiri, tapi bila fikir masalah masa dan tenaga, cancelled. yang beli semalam tu dah cukup ok dah bagi aku dan family. cuma sekarang tengah bincang nak letak apa dalam tu. (takpe, lambat lagi)


ok so status sekarang: paper bags: checked

Feb 24, 2011

wedding videographer

0 comment(s)
sangat suka tengok video-video perkahwinan beliau. ni rasa macam nak hire wedding videographer untuk majlis aku ni. haha. tapi fikir-fikir balik, orang slim lawa la masuk video, orang tembam? (..........) video masa bertunang a few years back pun aku dah tak tengok sampai sekarang, maluuuu. lols

tengoklah nanti, kalau rasa dah kurus sikit, aku hire ;p

taken from here



Feb 21, 2011

okay okay dah tak lama dah

0 comment(s)
aku tak pernah reveal lagi tarikh majlis aku kan (kecuali kat twitter). nikah dan reception hari berlainan. majlis nikah akan dibuat sehari sebelum reception iaitu pada 4 jun 2011 insyaallah. dan 5 jun adalah tarikh reception kat pasir puteh (save the date please!)

yes, 104 days left. dah gabra sangat dah. banyak lagi persiapan perlu buat ni. catering apa cerita lah. cuak cuak. susah betul bila dah sibuk bekerja (now i know how the working life is. pffft). tu pun nasib baik lah masa duk goyang kaki kat rumah sebulan dua sebelum ni aku dah setelkan sesetengah benda. jika tak, harus makin stress.

sekarang ni, nak cuba invite kat facebook dulu. memang kena tau siapa yang boleh attend, esp kalau aku nak amik catering. kang tak cukup atau berlebih sangat. takmau lah jadi macam tu kan. so kawan-kawan, wait for my invitation!

Feb 20, 2011

belajar jahit manik

0 comment(s)
aku teringin nak belajar jahit manik. biasanya kalau pergi butik pakaian, baju kurung nye simple saja tapi manik sangat wow cantek! harga pun terus jadi melambung-lambung dek kerana kewujudan manik-manik tersebut. kalau boleh jahit sendiri kan jimat. tapi, macamlah aku ni banyak sangat masa free nak jahit manik bagai. lols

for the beginning, aku nak cuba jahit manik tabur. ada tutorial kat sini. tapi taktaulah mampu ke tak ni. jangan hangat-hangat kuih akok sudah. 

credit to cheq-sue.com

Feb 18, 2011

era nona

0 comment(s)
miss farah terlalu sibuk recently. preparation kahwin pun tak banyak sangat yang dapat aku update since aku dah pindah tumpat. baju nikah dah hantar ke tailor, tapi design dah jadi lain sikit daripada gambar dalam previous entri. sebabnya, masa aku nak print gambar tu, printer buat hal. dapat print gambar kepala zahnita je apa kes? lol. so aku guna daya imaginasi sendiri la masa bincang dengan tailor. hopefully menjadilah. kalau tak, menangis air mata darah la jawabnya haha

status sekarang:

veil baju sanding: belum jumpa kain net yang boleh matching. payahnya. kena cari kat jakel kot nanti
veil baju nikah: sewa dengan butik pengantin
baju pengapit: masih belum jumpa yang ready made
hantaran: belum start apa-apa lagi
doorgift: masih dalam perbincangan
canopy: mana nak cari ni???
catering: belum decide, maybe amik catering, maybe gotong royong masak sendiri (tapi aku prefer catering sebab nak menyenangkan kerja my family)

bagi sesiapa kat area kelantan ni nak cari barang-barang/alat perkahwinan, boleh la try survey kat era nona.  branch yang aku dah pergi ialah kat sebelah tesco. satu lagi ada kat bandar kb, jalan dato' pati kot. macam-macam ada kat situ. bunga telur, paperbag, doorgift, bekas hantaran etc boleh didapati dengan harga yang affordable. 

Feb 11, 2011

update

0 comment(s)
setelah beberapa hari, akhirnya aku baru dapat online. fyi, alhamdulillah aku dan aliff both dapat mengajar kat sekolah di tumpat, kelantan. sekolah kami lain-lain, tapi masih dalam area yang sama. yang bestnya dekat dengan kota bharu, so boleh pergi shopping! yippiiii (duit gaji bukannya dapat lagi haha). nanti aku akan stay kat asrama, insyaallah akan pindah sana dalam minggu ni. dan lepas kami dah kahwin barulah cari rumah sewa kat area situ. hmm sedar tak sedar ni dah nak masuk pertengahan bulan 2, lagi 4 bulan majlis aku. huwaaaaaaa. belum ready ok. kain baju nikah pun belum hantar tailor lagi. sekarang masih tak sempat derr. aku sekarang tengah cari baju untuk majlis kahwin sepupu aku. majlis dia bulan tiga ni. tak sabar nak tengok. at least boleh belajar lah apa-apa yang patut. 

oh yes, untuk baju nikah nanti, aku dah beli plain white chiffon sebagai lining dan skirt. memang chiffon tu jarang, tapi apa susah, inner kan ada :p insyaallah kalau tailor boleh jahit, aku nak design ni:

source: google

Feb 5, 2011

sekitar kenduri kesyukuran

0 comment(s)
semalam ada kenduri kesyukuran sempena aku dapat kelantan sebagai negeri posting. alhamdulillah.

acar nenas. yummy!

kena korbankan tangan kejap nak buat sambal belacan pedas

semasa majlis
kurma ayam dll (oh yes tak sempat snap gambar pulut kuning)

kanak kanak ribena

baju aleeya tu patutnya pakai masa malam nikah aku. tapi dia da rasmi daa

1 malaysia? motifff?? lols

Feb 2, 2011

jom lipat kad kahwin

0 comment(s)
kad kahwin 1000 keping telah siap dilipat. sampai luka-luka jari ni. takpe, yang penting puas hati. nasib baik ada adik-adik yang rajin dan excited menolong. thanks girls! fyi, kad kahwin aku ni memang sangat affordable dan menjimatkan. memang awal-awal dulu aku bajet sikit saja untuk kad. sebab banyak benda lagi nak kena pakai duit kan. lagipun gaji entah tiga empat bulan lagi baru dapat. anyway walaupun kad ni biasa-biasa saja (i mean tak glossy bagai), alhamdulillah design dan kualiti dia tak mengecewakan. 

1000 pcs kad yang belum dilipat

budak ni paling rajin :p

tak percaya ada kad kahwin sendiri! *faint*

Feb 1, 2011

apa kes?

0 comment(s)
satu.
seharian aku duk depan pintu rumah sebab nak tunggu parcel. skynet ni pelik lah, apasal tak hantar je ke pintu rumah aku. aku bayar postage mahal-mahal. alih-alih diorang call suruh amik kat office. cisss. dah banyak kali kena macam ni. baik guna poslaju je, dapat terus. oh ya, parcel apa yang aku tunggu? kad kahwin aku! dah siap yuhuu. awal gila kan. lols. tapi entah lah macam mana rupanya. petang ni baru abah pergi amik. nanti aku update lagi okay. 

dua. 
aku baru lepas baca status-status coursemates kat facebook. sesiapa yang dapat johor dah dapat tau sekolah masing-masing. yang jpn kelantan ni, usahkan nak bagitau sekolah, daerah mana pun diorang tak nak bagitau. ish  sabaaaar jelah. 


satus sekarang: 

kad kahwin: checked.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei