tajuk adalah rojak kerana ada macam-macam cerita.
satu. semalam keluar makan dengan aliff. aliff cakap dia nak bawa aku makan satu restoran ni, kiranya first time lah. aku kalau kedai makan yang takde pintu ni memang payah sikit, mulalah mata melilau ada kucing ke tak (ok aku takut kucing). sampai-sampai je, kami duduk (obviously) dan si waiter pun datang. ayat first yang aliff tanya budak waiter tu, "kat sini ada kucing tak?" then you know what, muka budak tu memang tak boleh blah, mesti dia ingat kitorang nak order kucing goreng paprik. HAHA.
actually aliff tanya tu sebab dia nak tahu kat situ ada banyak kucing suka kacau orang makan ke tak sebab ehem, tunangnya ini takut gila dengan kucing.
dua. dalam rumah sudah bertukar warna. haruslah kena ikut tema wedding aku. susah payah umi abah adik-adik aku gotong-royong mengecat. thanks korang. tak sabar nak balik rumah! (tengah countdown berapa jam lagi nak sampai hari khamis)
tiga. cuti seminggu yang lepas aku dah pergi butik pengantin. the one yang aku ambil adalah di kubang kerian. butik itu takde fb, mahupun blog so aku tak dapat nak bagi link. aku tak tahu macam mana hasil kerja diorang tapi hopefully semua berjalan lancarlah insyaallah. so far semua dah finalized, kecuali warna-warna bunga untuk dais. akan jumpa mereka sekali lagi dalam pertengahan bulan april untuk fitting dan finalize warna bunga.