May 25, 2011

menghitung hari

3 comment(s)
aku telah dengan rasminya bercuti. akan meninggalkan tempat ini (sekolah) sebagai orang bujang, dan akan kembali semula sebagai isteri orang. ow yeah. 

mungkin dah kurang update dari blog ini selepas hari ini. semoga apa yang dirancang berjalan dengan sempurna, insyaallah. jumpa lagi di lain waktu. daaa!


May 22, 2011

online shopping

6 comment(s)
selaku bride to be yang sibuk dan takde transport sendiri untuk ulang-alik ke kedai, maka online shopping adalah salah satu cara untuk aku jimatkan masa dan tenaga. banyak yang aku tempah online. memang berisiko, contohnya kalau terjadi tak muat ke, tak puas hati dan sebagainya. tapi, perlu beranilah. so jangan shopping last minute, kalau nak tukar atau refund memang tak sempat. at least kalau beli awal-awal, bolehlah kita berbuat sesuatu.

veil. veil aku tempah online. sekarang veil dah siap, dan telah diposkan pagi tadi. sangat tak sabar nak tengok. 

korset muslimah. aku dah beli, tapi bukan dengan peniaga yang aku iklankan sebelum ini. sebab mereka tiada ready stock. so aku beli di sini. RM65 including postage, agak mahal. tapi who cares. aku nak cepat. customer service pun elok. barang aku dah dapat lama dah. korset tu best, sedap pakai.

sticker (thank you). aku dah bagi link beliau sebelum ni di sini. aku suka sticker tu, comel. design boleh bincang dengan beliau. dan aku dapat 35 pcs sticker yang ada doily paper sebagai free gift.

kad kahwin. kad kahwin aku biasa-biasa, tak wangi. sesiapa yang sentap aku tak bagi kad tu, henti-hentikanlah. kad aku bukannya something that you can die for. in fact, setem pun lebih mahal dari kad aku ok. aku tak kisah kalau orang nak kutuk ke apa, it's up to you, yang penting aku suka kad aku. oh yes, aku tempah disini kad kahwin grazine. servis bagus, kualiti kad pun bagus untuk harga yang ditawarkan. overall, aku memang puas hati. 

kasut sanding. ini nanti aku nak tulis special entry. 

May 18, 2011

cincin kahwin

7 comment(s)
for him and for me

cincin kahwin untuk kedua-dua belah pihak sudah settle. semalam masa cuti wesak memang paksa diri untuk settlekan sebanyak boleh barang-barang yang belum dibeli. so far, untuk hantaran cuma tinggal kek, sireh junjung dan coklat. coklat nanti import dari langkawi, sepupu aku sponsor. yeay (thanks kakda!)

cincin aku dan cincin bakal suami adalah biasa-biasa saja. sebab kami kan orang biasa :)

May 16, 2011

kedai barangan kahwin

4 comment(s)
barang dah banyak beli. hampir penuh satu bilik. tapi kerja-kerja packing, siapkan gubahan hantaran masih belum mula. aku hanya boleh balik waktu weekend, dan masa tu saja yang ada kalau nak buat apa-apa pun. masalahnya waktu weekend tu lah macam-macam kerja lain nak kena buat, macam-macam program nak kena sertai. 

sebelum ni aku janji nak cakap pasal satu lagi kedai barang kahwin kat area kota bharu kan. kedai yang aku maksudkan ialah ws handicraft. dia ada dua cawangan kalau tak silap, tapi yang aku beli murah tu kat area sebelah kb mall. mula-mula macam malas jugak nak masuk kedai tu sebab deco dia macam lawa, aku risau lah kot-kot harga pun mahal. rupanya lebih murah dari era nona ok. kalau ada member card, lagi banyak diskaun. 

ni website dia: wshandicraft

IMG_1447

oh yes, to all teachers in the world, i wish you HAPPY TEACHER'S DAY!

May 11, 2011

atas atau bawah?

5 comment(s)
dulu masa muda-muda remaja, aku suka pakai eyeliner bahagian upper eyelid. lepas tu macam sangat tak suka untuk pakai bawah mata. nampak scary dan tak sesuai. maybe masa tu masih muda kot. tak boleh nak dramatik sangat.

upper eyelid
sekarang, kalau tak garis bahagian bawah mata memang tak sah! hari-hari pergi sekolah pun pakai eyeliner bawah mata ok. nak bagi effect garang. 

bottom

so far, dah macammacam jenis eyeliner aku guna. dari yang mahal sampailah ke murah. akhirnya, aku jatuh cinta pada eyeliner yang paling murah, iaitu elianto. kalau time sales dapat dalam rm13++ sahaja. jenis mechanical, bukan pensel biasa tu. dia ada dua jenis, satu yang biasa, satu yang jenis serong. aku suka yang serong. senang nak pakai. boleh buat garis tebal dan garis nipis. warna hitam dia pun cantik. 

actually benda-benda cantik ni depends pada orang juga. tak semua barang mekap yang cantik pada someone akan cantik pada kita juga kan?

May 10, 2011

a, saya rindu awak

0 comment(s)
a for auckland.

IMG_0342
comot dan tembun :(((

sangat sangat jeles tengok gambar member-member yang attend konvo kat auckland *sobbbs. aliff, jom kita pergi new zealand! nak pergi sekarang jugak! HAHA. gilo, dahlah sepuluh jam atas flight, sakit habis urat punggung aku. actually kalau tak disebabkan majlis kahwin aku bulan jun ni, memang aku ada bercadang nak bawa umi dan abah pergi auckland masa aku konvo. tapi, aku kena utamakan dulu apa yang perlu diutamakan iaitu wedding aku. so, plan untuk ke sana telah dibatalkan. 

takpelah, pergi konvo kat kuala lumpur pun jaaaadilah. 

May 9, 2011

kenangan masa e-day

6 comment(s)
satu. jerawat batu tumbuh atas hidung. betul-betul atas hidung. sakit hati aku okay, tak pasal-pasal hidung aku mancung pada hari kejadian.

dua. skirt satin yang dipakai adalah ketat. last time fitting adalah sebelum raya puasa. aku bertunang lepas raya haji. and i gained a few kilos. dua kali raya kot! siapa yang tak gain weight? AHAHA. 

tiga. bila skirt dah ketat tu, aku tak boleh duduk bersimpuh. so aku duduk macam duduk tahiyat awal. lepas tu ada makcik tanya, kenapa duduk macam ni? umi cepaaat je jawab, oh, dia sakit kaki. (padahal kain ketat). i love you, umi. 

empat, aku tak ambil peduli langsung pasal hantaran ke, gubahan ke, baju ke. semua umi yang uruskan. aku balik dari KL semua sudah tersedia. i love you, umi. masa aku bertunang dulu, takde nya mini pelamin ke apa. duduk atas karpet sudah. orang bertunang sekarang, pelamin cantik yang amat. jeleeessss! 

oh yes, bagi pembaca baru, fyi aku bertunang tahun 2008. pada 1 haribulan 1 2008. masa tahun 2008 aku masih tak matured lagi ok. masih dalam fasa kanak-kanak riang. sebab tu segala benda umi settlekan. serius, memang lama kami bertunang. tapi alhamdulillah, bulan jun dah tak sampai sebulan lagi. 


IMG_0030
bakal menantu yang ganas. lihat sajalah cara dia pegang future mil

IMG_0273
muka matured lepas mekap

wedding cake

10 comment(s)
aku nak tanya, fondant cake tu sedap kah? dari segi kecantikan, memang dia menanglah. tapi bab rasa tu aku tak tahu. untuk majlis nanti, aku kena tempah tiga biji kek. satu sebagai hantaran perempuan, satu hantaran lelaki, dan satu lagi untuk acara potong kek. sekarang tengah pening nak tempah kat mana. aku tak suka kedai kek kat pasir puteh tu sebab kek dia tak sedap. kalau kat kota bahru pula agak jauh la nak pergi pick-up. sekarang ni tengah cari kedai kek yang ada delivery service. 

semalam masa kat sekolah, ada lah someone datang jual kek sempena hari ibu. ada satu kek tu namanya fair lady (chocolate cake dan ada krim). sangat sedap ok! then aku sms tokei kedai tanya pasal delivery. memang dia ada hantar ke pasir puteh dan sekarang ni kedai dia tengah ada harga promosi untuk sesiapa yang tempah untuk majlis perkahwinan. untuk kek hantaran, aku rasa tak ada masalah nak tempah. cuma untuk kek dua tingkat kalau boleh aku nak yang lawa sikit. so maybe khamis ni singgah kedai dia (kat bachok) tengok pilihan kek yang ada. 

source: google

aku ni pembenci icing. kalau boleh takmau kek icing yang rasa macam berminyak pelik tu. gulp!

May 7, 2011

kelantan wedding photographers

4 comment(s)
kat sini aku nak share beberapa fotografer untuk wedding yang based di kelantan. yang dah famous macam photoaura tu aku tak letak ok, sebab mesti korang dah sedia maklum. so ini antara wedding photographer yang korang boleh cuba usha:

muein mahadi

ayie nazri

akok puqo

riedzman md nor

shamabd gegeypixart

sekarang tak susah dah nak cari fotografer di kelantan. lagipun ramai yang freelances. cuma depends pada bajet korang lah kan. aku dah book photographer untuk malam nikah dan majlis sanding. and he is one of the photographers above. aku belum decide lagi nak buat custom album atau macam mana. tengoklah nanti.

May 6, 2011

bilik pengantin in progress

3 comment(s)
aku baru sampai hostel. tadi ikut my parents menjemput orang datang majlis aku nanti. kami bermula dengan saudara mara dulu. ramai rupanya relatives yang aku tak kenal. sebenarnya aku tak nak ikut pun, segan. tapi alang-alang abah dan on the way ke kota bharu boleh hantar aku ke hostel terus. so tak pasal-pasal aku ikut sekali. ini semua sebab esok ada sekolah ganti, kalau tak, takde maknanya aku nak pergi.

bab bilik pengantin, bilik air dan tandas baru dah siap. cat bilik dah siap (bilik tu dah transfer jadi pink ok). langsir baru dah hantar ke tukang jahit langsir. semalam aku pergi jenguk kat kedai perabot. nampak set katil warna putih terus aku rembat. harga boleh tahan *sweating* tapi sebab nak matching tema punya pasal sanggup beli tuuu.

pesen macam nilah lebih kurang. cuma tambah almari empat pintu
source: google

banyak barang dah setel secara perlahan-lahan. untuk part wedding favours, sweets je belum dibeli. masih mencari-cari kedai borong. bila dah setel sweets nanti, dah boleh start packing favours. taknak buat kerja last minute, nanti akan nampak penat gila masa majlis. tak mahu!

May 5, 2011

childhood photos revealed!

5 comment(s)
tajuk ala-ala headlines kat allkpop.com. bajet macam artis korea pulak. hahahampeh

aku

helmi dan hajar. diorang beza dua tahun sahaja

nadiah

aku (baju merah tengah khusyuk baca doa) dan sepupu-sepupu

masa kecik gigi aku rongak ok! never mind, sekarang tidak lagi. hahaha

helmi dan tok ayah

aku dan helmi. beza umur kami lima tahun. dalam gambar konon caring haha
padahal selalu bertumbuk.

aku baru jumpa scanner, so duk sibuk lah scan gambar-gambar lama. lepas tu datang si aleeya bawak gambar dia, sibuk nak suruh aku scan jugak. haiya budak, gambar dia tu tak payah scan pun takpe sebab memang dah ada soft copy. masa dia lahir kamera semua jenis yang boleh transfer ke laptop. tak perlu nak scan-scan bagai. bila aku cakap kat dia macam tu, terus dia membebel-bebel, lari keluar dan merajuk. haha sabar jelah. 

May 2, 2011

shopping barang kahwin dan makan-makan

5 comment(s)
hari sabtu lepas aku pergi shopping barang kahwin sampai lebam. tapi taktau kenapa kaki aku kuat semacam, biasanya kalau seharian shopping memang aku akan rasa lenguh kaki, asal jumpa kerusi je nak duduk. that day memang aku tak berebut-rebut nak duduk pun (kecuali dalam kereta dan masa makan lah haha). sebelum start shopping, belanja family makan besar dulu.

siakap tiga rasa. sekarang aku dah start suka pada ikan!
kangkung goreng belacan
ada juga tomyam campur, cendawan goreng tepung, daging goreng, etc
paling tak boleh blah, black pepper belut. helmi la ni mengidam
budak ini makan chicken chop
lepas dah kenyang-kenyang, pergi pilih lampu
then ke kedai barang kahwin. dua flower boys kena paksa pegang bunga

abah, nadiah dan aleeya balik rumah dulu sebab abah ada kerja. then lepas shopping wedding favours, penuh gila kereta, sampai beriba bagai. penat sangat, tapi suka sebab dah banyak benda dah settle. alhamdulillah. nanti aku review satu lagi kedai barang kahwin harga murah kat kota bharu. tunggu next entri ok.

diy flower crown

3 comment(s)

ini sepupu aku, nanti masa wedding dia dan aleeya akan jadi flower girls. dia tengah practise macam mana nak jadi flower girl tu agaknya, siap dengan bakul bagai. ahaha. oh yes, flower crown untuk flower girls aku sudah siap. hasil tangan aku, umi, hajar dan aliff. many hands make light work oyeah. 

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei