Jul 24, 2011

BAD review: bridal boutique

22 comment(s)
aku telah menggunakan khidmat az** bridal, one of the bridal boutiques in kubang kerian, kelantan, untuk persiapan pelamin, hiasan bilik pengantin, set baju pengantin (reception), arch, dan meja beradap. dan apa yang aku boleh katakan, mereka sangat teruk dan teruk. they ruined my big day! 

aku dah book tarikh dan bayar deposit seawal bulan disember last year. sepanjang enam bulan tu, i kept reminding them about everything; design pelamin, warna bunga, jenis bunga dan gubahan, apa yang aku nak, apa yang aku taknak dan segalanya lah. dan mereka nampak sangat memahami dan sporting (pada waktu itu).

pelamin
design pelamin, gubahan dan warna bunga yang totally lain daripada yang aku bincangkan dengan mereka. yang paling aku bengang, mereka datang pada pukul 6.30 petang pada hari majlis akad nikah. majlis aku bermula 9.00 malam tu dan berlatar belakangkan pelamin yang tak siap dengan barang bersepah-sepah. oh nice! dan bunga-bunga hiasan adalah sangat damn huduh gila. nampak sangat cheap, tambah pula dengan gubahan yang separuh siap, dengan span bunga yang masih nampak pembalut newspaper. great. 

baju pengantin
tiga pasang baju yang dia bawa, satuuu pun aku tak pakai. macam mana nak pakai, kalau size aku lain tp dia bagi size s? they were seriously crazy. dari bulan disember lagi aku fitting baju dan hari-hari sms akak tu pasal baju aku. dia kata okay, no problem, baju saiz aku tu dia dah beli. bila aku pergi butik dia untuk tengok, dia kata baju tiada di butik, banyak alasanlah. masa tu, aku tak terfikir langsung dia tu menipu. sebab dia nampak baik damn it. nasib baiklah aku ada backup plan, so aku pakai baju yang disewa untuk outdoor photoshoot. 

hiasan bilik
tema wedding adalah putih pink tapi aku nak more white than pink. paling tak boleh blah, dia pasang cadar pengantin warna kuning diraja sedangkan aku minta cadar warna putih/krim. whatthe*&^%$??! lepas tu dia siap cakap, aku yang minta warna tu. haih? siapalah yang nak cadar kuning kalau temanya dah putih pink. aku suruh dia refer pada buku catatan, dan guess what? obviously lah aku yang betul. terus senyap pakcik tu.

pintu gerbang dan hiasan meja makan pengantin
masa tu dah 2 pagi, mereka baru nak mula hias pintu gerbang dan meja pengantin. they looked extremely tired dan buat kerja ala kadar. pukul 3 pagi mereka dah balik dan tinggalkan pintu gerbang dan meja pengantin tak siap. boleh dia cakap bunga dah tak cukup untuk hias arch, jadi dia buat mana ada. can you imagine macam mana stressnya aku? 3 pagi aku belum tidur, dan esoknya memang nampaklah segala dark circles.

malam tu memang aku dah bertukar jadi super bridezilla. sampaikan masa majlis akad nikah, aku tak sempat nak feeling-feeling syahdu macam pengantin lain. sebab dalam kepala, duk terfikir 1001 masalah dengan butik pengantin ni. sedih, tapi what to do. aku bengang sebab mereka datang lewat sangat. abah dah telefon empat lima puluh kali pun diorang selamba jawab "on the way". on the way laaa sangat. pasal hiasan-hiasan tu, nasib baiklah orang canopy tu kenalan abah. pukul 3 pagi abah called dia, mintak dia tolong tambah apa yang dia termampu. dan, bagusnya dia memang tolong kami. alhamdulillah. 

selepas beberapa hari, team butik pengantin datang nak collect barang-barang dia. masa nak bayar tu, aku memang dah tunjuk muka. paling best, jumlah yang aku perlu bayar bertambah dalam RM400. damn, mereka dah rosakkan majlis aku, ada hati nak charge lebih? aku memang taknak bayar penuh. dia cakap kesianlah kat dia kalau aku tak bayar penuh. masa tu darah aku dah mendidih, terus aku mengamuk dan tengking dia. perasaan masa tu macam nak tumbuk je pakcik tu. tapi aku sabar sebab abah ada sekali. lastly, aku bayar je ikut suka hati aku.

aku anak sulung, jadi kami sekeluarga memang tidak ada pengalaman handle benda-benda macam ni. jadi, senang  ditipu. tapi kami dah serik sangat. 

Jul 23, 2011

gorgeous veil untuk dijual

17 comment(s)
semasa hari akad nikah, aku banyak lupa banyak benda. aku lupa keluarkan favours untuk tetamu yang datang malam tu, aku lupa mana aku letak kad pengenalan, dan aku lupa mana aku letak veil yang aku beli dari KK collection. ini semua gara-gara &^%$#@! (aku akan cerita kemudian). so malam tu, aku hanya pakai veil putih biasa. masa tu dah tak peduli, asal ada veil pun jadilah.

jadi, aku berhasrat nak jual veil cantik ini. veil ni berwarna putih beserta white pearls. 

jj

brand new, never worn, in an excellent condition, worths RM250 but i will sell cheaper than the retail price. the price includes the veil, inner and purdah. materials are french lace and bridal net. if you are interested, please email me owenfara@yahoo.com

156678_174115565953883_148776878487752_419019_4577693_n-tile
pictures credit to KK collection

gambar diatas adalah contoh pemakaian veil, dan korang boleh decide sama ada nak pakai purdah tu atau tidak. 

Jul 17, 2011

review: baju akad nikah

7 comment(s)
selepas kejadian aku tak puas hati dengan baju sanding aku yang ditempah dengan seorang tailor, aku telah hantar kain baju nikah kepada tailor lain. dan the result? sama juga. i hate it. aku ni tembam dan sememangnya tidak kurus, jadi tailor perlulah pandai untuk jahitkan sejenis baju yang boleh merampingkan aku. tak ramping banyak, sedikit pun jadilah. apa yang terjadi baju-baju yang ditempah tu menampakkan  aku lebih pendek dan lebar dari biasa, what the hell. 

IMG_1708

dua minggu sebelum majlis, aku tekadkan hati, aku nak cari baju kurung moden siap warna putih no matter what. kalau that time ditakdirkan aku dapat baju yang huduh jugak, aku akan redha sajalah. 

last sekali aku jumpa di satu kedai online. bila dah siap order dan bayar, peniaga tu called, katanya baju tu rupanya telah sold out. jadi dia offer aku pattern lain yang merupakan stok baru sampai, dan gambarnya belum diupload kat facebook dia. kalau aku taknak, dia akan refund. tapi aku malas nak fikir banyak, terus setuju walaupun aku tak tahu pun macam mana rupa baju tu. sangat risky kan???


IMG_1720

bila dah sampai dan tengok baju tu, aku terus jatuh cinta! then aku cuba pakai, memang padan dan tak perlu alter apa-apa. alhamdulillah. aku puas hati sangat!

Jul 11, 2011

review: tudung pengantin

7 comment(s)
aku seorang pengtidakgemar tudung awning, jadi aku pakai shawl sebagai tudung pengantin untuk ketiga-tiga majlis. shawl aku sangat simple, kain dari jenis chiffon jojet dan ada sedikit diamond biasa. sila lihat previous entry untuk melihat gambar tudung. sebenarnya, aku ada beli shawl benazer/pakistan untuk dipakai semasa reception. tapi bila last minute keduanya aku tak guna sebab susah nak pakai. 

kebetulan seminggu sebelum majlis aku ke KL. kononnya nak pergi shanghai silk store di jalan tar, dengarnya kat situ ada banyak shawl manik sesuai untuk pengantin. sedihnya aku tak jumpa pun kedai tu. last sekali terjumpa satu kedai ni, ada sangat banyak shawl jojet (plain) berdiamond. oh aku suka! pilihan warna pun pelbagai, dan paling penting boleh dapat harga super best. 

kelebihan pakai shawl jenis ni, sangat selesa, kainnya sedap dipakai dan senang dibentuk. cuma kena praktis lilit shawl sendiri, mungkin ada mua yang belum biasa pakaikan shawl pada pengantin. as for inner tudung, aku tak guna inner cotton biasa, ia panas dan menampakkan garisan pada tudung yang mungkin akan mencacatkan gambar. jadi aku guna custom made inner bermaterialkan cotton spandex dari fizza-closet. sangat best!

source: fizza closet

aku akui, pengantin yang bertudung awning akan nampak lebih kemas. tapi apakan daya, i look older bila pakai tudung jenis tu. haih. 

Jul 9, 2011

review: contact lense

9 comment(s)
aku pernah review pasal contact lense dari korea sebelum ni. tapi semua majlis (akad nikah, reception, bertandang) aku tak guna contact lense korea. instead, aku guna freshlook. masa tu tengah sale di focus point. harga sekotak tak sampai rm40. so aku beli sterling gray, true saphire, pure hazel dan gray. aku bagi pure hazel pada hajar dan selebihnya aku pakai.

DSC00333-horz

gambar bertudung purple ni adalah semasa majlis bertandang di pekan. plan asalnya nak pakai true saphire, tapi pergh warna dia sangat biru. jadi aku pakai warna gray

DSC00279 modified-horz

untuk reception, akad nikah dan outdoor di pasir puteh aku pakai sterling gray. daripada apa yang aku perhatikan, sterling gray ni warna dia berubah mengikut warna baju yang kita pakai, lighting, dan mekap. contohnya masa malam akad nikah, warnanya nampak grey kebiruan (you cant really see it from the picture, sorry). dan masa outdoor, aku pakai baju warna silver dan hasilnya agak berbeza.

so far aku memang puas hati dengan contact lens dari freshlook. it is highly recommended. mengenai pemilihan warna, it's up to you. but if you want to look natural, i think gray or hazel maybe the best colour. dan bagi sesiapa yang tidak biasa pakai, jangan lupa sediakan eyemo. sebab mata akan merah dan berair kalau silap pakai. 

oh yes, jangan lupa pakai contact lense tu awal-awal. aku dah kena dua kali; semasa mekap akad nikah dan reception. masa tu makeup artist dah siap pakaikan foundation dan concealer, then baru aku teringat contact lense belum dipakai. nak tak nak, aku tebalkanlah muka minta mua berhenti sekejap sebab nak pakai contact lense. mula lah kelam kabut. yang selama ni boleh pakai dalam masa tak sampai dua minit, bila dah panik, terus ambil masa sepuluh minit nak siap pakai. aduhai. nasib baik mua jenis cool. 

Jul 7, 2011

this is not a wedding review

8 comment(s)
ini entri selingan. yours truly tengah berehat sekejap menulis wedding review. 

alhamdulillah sudah genap sebulan dua hari bergelar isteri orang. masih dalam fasa menyesuaikan diri sebagai seorang isteri. dulu masa single dan tinggal sendiri, tak perlu fikir pasal nak kemas rumah, bersih tandas, masak dan et cetera. aku hanya akan buat bila datang kemahuan untuk buat. nak online 24/7 pun tak ada orang  kisah. tapi sekarang tak boleh begitu. tak boleh, tak boleh, tak boleh! aku taknak jadi isteri pemalas, because pemalas is not my husband. you got me? 

google

oh yes, dah tengok dah city hunter? sangat-sangat best! aku suka sebab jalan ceritanya agak berbeza dari tipikal k-drama, dan of course kerana ada lee min ho! dan juga paling seronok sebab suami temankan aku sekali layan drama ni. dia pun suka city hunter. so korang, jom 393!

Jul 4, 2011

review: wedding cake

9 comment(s)
selepas aku publish entri mengenai wedding cake, aku dapat beberapa komen kurang positif pasal fondant cake. then kebetulan seminggu sebelum my wedding adalah wedding sepupu, dan wedding cake dia adalah fondant cake. so lidah aku mengatakan bahawa kek fondant adalah kurang enak sedikit. so i decided to order the normal icing cake.

dua hari sebelum wedding, aku tempah kek di nurnis cake house di pasir puteh. alhamdulillah dia masih terima order. kedai dia macam tersorok sikit. paling penting, owner dan pekerja kat situ sangat friendly, dan harganya sangaaatlah affordable!

DSC_0510

kek yang aku tempah ni kek vanila. keknya biasa, tapi rasanya sangat sedap! designnya (heart-shaped, two tiers) pun bagi aku dah sangat-sangat lovely, berpatutanlah dengan harga yang dia minta, dan padanlah dengan wedding aku yang serba sederhana. 

248762_10150206643639133_650199132_6759122_7954001_n

so far aku memang recommend kalau bride-to-be dari pasir puteh nak tempah kek kat sini. tak perlu susah-susah nak tempah kat kota bharu. if you need the owner's contact number, please inform me. 

Jul 3, 2011

review: henna

5 comment(s)
see my henna below. sangat tak merah kan? kalau dari jauh nampak ok, bila dah close up inai nampak kurang berseri. actually aku dah touchup banyak kali tapi kurang menjadi. tapi aku tak kisah pun, ada adik dan best buddy nak tolong pakaikan pun dah rasa happy sangat. aku rasa inai kotak hijau ni kurang cantik, so aku tak recommend pada bride-to-be. 
DSC_0060

01072011005
not recommended
sebaliknya, inai suami adalah lebih merah dan cantik! dia cakap dia pakai inai tiub yang kotak merah ni. dan dia telah beli untuk aku pakai masa majlis bertandang. hasilnya, inai tu memang sangat cantik!

DSC_0107

01072011004
recommended
mungkin pada brides yang lain, lain pula hasilnya. so mungkin korang perlu beli dua tiga jenis dan try dulu seminggu dua sebelum majlis. inai tiub (kotak merah) yang aku pakai ni tahan agak lama. so sesiapa yang sukar nak dapatkan inai daun dan opt untuk inai tiub, why not cuba inai kotak merah ni okay. 

Jul 2, 2011

review: wedding favours

5 comment(s)
P1000208
P1000174

semuanya dibeli di era nona. kecuali sticker tu, aku pernah buat entri pasal thank you tag sebelum ni. actually ada satu lagi item yang aku letak sekali dalam paper bag tu iaitu gula-gula dalam bekas bawah ni

02072011016

untuk rombongan pengantin lelaki, saudara-mara terdekat dan besties, mereka dapat bunga telur jugak. tapi entah mana gambar bunga telur ni. nanti aku upload semula. 

Jul 1, 2011

review: catering

2 comment(s)
no. aku tak tempah any catering. sekadar masak-masak dirumah. tok ma adalah head chef, dibantu saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan (termasuk kawan-kawan hajar). aku tau, memang memenatkan masak sendiri ni. tapi seriously, rasa meriah sangat! lauk pauk adalah sangat sedap okay, dan alhamdulillah tetamu-tetamu pun tak putus-putus cakap makanan sedap.

P1000621
P1000630

cuma paling kesian adalah umi, abah dan adik-adik. lepas majlis mereka paling banyak duk menyimpan, mengemas dan lain-lain. terima kasih kepada semua yang membantu!

aih, aku duk belek-belek dvd yang fotografer bagi, takde pun gambar makanan yang dihidangkan. so aku letak dua gambar ini sajalah ok.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei