debaran exam [tajuk ala-ala debaran sehati berdansa]

nak tengok movie 2012. tapi sabtu dan isnin ni ada exam. haish. sabar farah, utamakan yang penting dulu.

hmm masa karang entri ni, aku terperasan yang rumah aku ni macam takde beza pun waktu sebelum dan selepas ship barang ke malaysia. muahaha. aku malasssssss nak kemas. nak tunggu next week sebelum pindah rumah baru nak kemas. banyak juga barang yang aku tak hantar balik. contohnya blender, toaster, pinggan mangkuk, etc etc. tengoklah kalau aku bermurah hati, aku bagi je kat sape-sape yang masih ada kat auckland ni.

aku mungkin tak aktif berblogging sepanjang minggu ni hingga habis exam. kot. [haha, ada juga kot tu]. aku ni bukan boleh percaya sangat. kata tak nak update, alih-alih korang nampak juga taromilktea, 2 minutes ago kat blog list korang tsk tsk tsk.

baiklah aku nak main game sekarang. eh tidak tidak. aku nak pergi study ♥

lelaki berkumis nipis

tadi aku tertengok video dato' siti nurhaliza dan suaminya komen pasal misai. dato' k cakap misai tu melambangkan kelelakian dan ketegasan eceh. sama dengan abah aku, beliau bermisai, memang nampak tegas. abah pernah sekali shaved misai dia. gila shock aku. yelah bertahun-tahun tengok abah dengan misai, sekali, dia pergi shaved daaa. hahaha. terus aku warning abah suruh simpan balik misai dia. abah lebih hensem kalau bermisai. fiwit.

bagi aku, aku suka lelaki yang berkumis nipis dan berjanggut sejemput. errrhh, ni macam description encik a aje. muahaha. dia pernah cukur misai, atas alasan kebersihan di tempat kerja part time dia tu. bila first time aku tengok muka dia yang dah clean tu, terus aku menjerit. pelik. rasa macam tengok orang lain je. adeh.

ade sesiapa yang taste lelaki bermisai lebat? hahaha.

gambar hiasan ;p [patrick dempsey, pic: flickr]