Showing posts with label butik pengantin. Show all posts
Showing posts with label butik pengantin. Show all posts

Jul 24, 2011

BAD review: bridal boutique

22 comment(s)
aku telah menggunakan khidmat az** bridal, one of the bridal boutiques in kubang kerian, kelantan, untuk persiapan pelamin, hiasan bilik pengantin, set baju pengantin (reception), arch, dan meja beradap. dan apa yang aku boleh katakan, mereka sangat teruk dan teruk. they ruined my big day! 

aku dah book tarikh dan bayar deposit seawal bulan disember last year. sepanjang enam bulan tu, i kept reminding them about everything; design pelamin, warna bunga, jenis bunga dan gubahan, apa yang aku nak, apa yang aku taknak dan segalanya lah. dan mereka nampak sangat memahami dan sporting (pada waktu itu).

pelamin
design pelamin, gubahan dan warna bunga yang totally lain daripada yang aku bincangkan dengan mereka. yang paling aku bengang, mereka datang pada pukul 6.30 petang pada hari majlis akad nikah. majlis aku bermula 9.00 malam tu dan berlatar belakangkan pelamin yang tak siap dengan barang bersepah-sepah. oh nice! dan bunga-bunga hiasan adalah sangat damn huduh gila. nampak sangat cheap, tambah pula dengan gubahan yang separuh siap, dengan span bunga yang masih nampak pembalut newspaper. great. 

baju pengantin
tiga pasang baju yang dia bawa, satuuu pun aku tak pakai. macam mana nak pakai, kalau size aku lain tp dia bagi size s? they were seriously crazy. dari bulan disember lagi aku fitting baju dan hari-hari sms akak tu pasal baju aku. dia kata okay, no problem, baju saiz aku tu dia dah beli. bila aku pergi butik dia untuk tengok, dia kata baju tiada di butik, banyak alasanlah. masa tu, aku tak terfikir langsung dia tu menipu. sebab dia nampak baik damn it. nasib baiklah aku ada backup plan, so aku pakai baju yang disewa untuk outdoor photoshoot. 

hiasan bilik
tema wedding adalah putih pink tapi aku nak more white than pink. paling tak boleh blah, dia pasang cadar pengantin warna kuning diraja sedangkan aku minta cadar warna putih/krim. whatthe*&^%$??! lepas tu dia siap cakap, aku yang minta warna tu. haih? siapalah yang nak cadar kuning kalau temanya dah putih pink. aku suruh dia refer pada buku catatan, dan guess what? obviously lah aku yang betul. terus senyap pakcik tu.

pintu gerbang dan hiasan meja makan pengantin
masa tu dah 2 pagi, mereka baru nak mula hias pintu gerbang dan meja pengantin. they looked extremely tired dan buat kerja ala kadar. pukul 3 pagi mereka dah balik dan tinggalkan pintu gerbang dan meja pengantin tak siap. boleh dia cakap bunga dah tak cukup untuk hias arch, jadi dia buat mana ada. can you imagine macam mana stressnya aku? 3 pagi aku belum tidur, dan esoknya memang nampaklah segala dark circles.

malam tu memang aku dah bertukar jadi super bridezilla. sampaikan masa majlis akad nikah, aku tak sempat nak feeling-feeling syahdu macam pengantin lain. sebab dalam kepala, duk terfikir 1001 masalah dengan butik pengantin ni. sedih, tapi what to do. aku bengang sebab mereka datang lewat sangat. abah dah telefon empat lima puluh kali pun diorang selamba jawab "on the way". on the way laaa sangat. pasal hiasan-hiasan tu, nasib baiklah orang canopy tu kenalan abah. pukul 3 pagi abah called dia, mintak dia tolong tambah apa yang dia termampu. dan, bagusnya dia memang tolong kami. alhamdulillah. 

selepas beberapa hari, team butik pengantin datang nak collect barang-barang dia. masa nak bayar tu, aku memang dah tunjuk muka. paling best, jumlah yang aku perlu bayar bertambah dalam RM400. damn, mereka dah rosakkan majlis aku, ada hati nak charge lebih? aku memang taknak bayar penuh. dia cakap kesianlah kat dia kalau aku tak bayar penuh. masa tu darah aku dah mendidih, terus aku mengamuk dan tengking dia. perasaan masa tu macam nak tumbuk je pakcik tu. tapi aku sabar sebab abah ada sekali. lastly, aku bayar je ikut suka hati aku.

aku anak sulung, jadi kami sekeluarga memang tidak ada pengalaman handle benda-benda macam ni. jadi, senang  ditipu. tapi kami dah serik sangat. 

Apr 25, 2011

butik pengantin di kelantan v.3

9 comment(s)
kepada bride to be dari kelantan, ini aku letak sedebuk terus lah link facebook butik-butik pengantin yang ada sekitar kelantan. tak larat nak review satu-satu. kebanyakannya beroperasi di kota bharu, kalau yang selain tu aku akan mention kat bawah. 




desa permai wedding planner (fb lyana yaakub) machang







jasliee bridal (wakaf baru)











Jan 13, 2011

butik pengantin di kelantan v.2

0 comment(s)
okay, sekarang butik kedua aku nak share ialah intan bridal. pelamin dia nice, dan jangan risau sebab korang boleh mintak owner dia, kak intan, untuk ubahsuai design tu. pilihan baju banyak dan cantik, aku dah pergi sendiri tempat ni. cuma sayangnya, takde rezeki nak tempah pakej perkahwinan sebab dah fully booked. so, untuk mengubat hati yang luka, aku book jugaklah sepasang baju pengantin lelaki dan perempuan dari intan bridal untuk outdoor photoshoot. baju utama aku tempah sendiri, sebab warna idaman aku ni susah nak cari. aduss.

ok, kalau nak cari butik intan bridal ni. pergi ke jalan telipot kota bharu, cari simpang empat ada satu bangunan warna oren dua tingkat (bangunan tu tak besar sangat). kat bahagian bawah adalah workshop 4x4 dan intan bridal adalah di tingkat atas tu. susah sikit lah nak cari sebab masa aku pergi tu dia belum ada signboard lagi.(maybe dah ada kot sekarang).
  
credit to intan bridal
 
sesiapa berminat, ni website/facebook dia;

lagi satu, her husband adalah fotografer. so kalau malas nak fikir banyak, boleh amik pakej sekali ngan fotografi. kat sini ada jugak sediakan pakej kanopi, kiranya one stop center lah.

Jan 10, 2011

butik pengantin di kelantan v.1

0 comment(s)
butik pengantin pertama yang aku nak share ni adalah harharah bridal. butik ni actually pilihan pertama aku sebab aku berkenan sangat dengan salah satu pelamin dia dan juga mekap lawa. sayangnya, masa aku tanya owner dia, kak jai, dia cakap tarikh aku tu orang dah booked. haish, memang sape nak ambil pakej dengan harharah kena book setahun lebih awal kot :p

taken from kak jai's fb

gambar hiasan: credit to harharah bridal

dia display barang-barang pengantin ni kat rumah dia kat kota bharu. oh yes, selama aku duk berurusan dengan kak jai ni, dia memang jenis baik. busy pun dia tetap layan. kalau berminat nak survey boleh ke;

http://harharahbridal.fotopages.com/ (alamat, contact number ada kat sini)
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei