Showing posts with label complaint. Show all posts
Showing posts with label complaint. Show all posts

May 24, 2010

uitm puncak alam - registration day


pagi tadi pergi hantar adik aku helmi ke uitm puncak alam. gosh, jauh gila tempat tu. nak menyampai ke puncak alam tu satu hal, nak pergi ke kolej kediaman tu pun satu hal. kolej kediaman diorang kat atas bukit. pergh, memang puncak alam sungguh! paling tak boleh blah, jalan jam gila. dahlah panas terik masa tu. agaknya beribu kot kenderaan dalam kawasan uitm tadi. hish, berjam jugaklah ambil masa dari gate uitm ke kawasan bangunan fakulti. padahal kalau tak sesak, sepuluh minit dah sampai. ni sape yang sakit perut time tengah jam tadi mesti terseksa gila sebab on the way tu bukannya ada tandas pun, dan there's no way untuk keluar dari queue kereta yang panjang tu. gila.

lepas tu, dari tempat parking ke kolej kediaman tu kena naik bas la pulak. adeh. dahlah ramai gila manusia. hostel dia sangat best okay. baru lagi. dua orang sebilik. jealous nya aku!! mesti sejuk je tidur malam-malam, sebab atas bukit kan. heh.

aku dah membebel-bebel compare hostel helmi dengan hostel aku. umi cakap, adil lah. tempat aku (think: ipba) walaupun dah usang tapi dekat dengan midvalley etc. tempat helmi walaupun baru, tapi jauh di pedalaman nun. susah nak keluar ke bandar. haha. ye jugak eh :p

May 15, 2010

catatan hari semalam

hari semalam adalah hari jumaat.

satu. gotong-royong perdana. kalau tak buat, nanti lecturer ambik nama [??!]. so untuk hari ni bilik kami berbau harum, kipas pun dah bersih dan dapat berpusing dengan lebih laju. serta siling dah clear dari sebarang sawang. [sawang tu apa sebenarnya?]


dua. lepas je siap bersihkan bilik, terus takde air. okay okay. mati mood nak keluar berjalan-jalan. yelah takkan nak keluar dengan badan yang baru je bermandi debu. haish. dengan sedihnya pergi mandi kat surau dimana aku perlu naik turun tangga dulu baru sampai. lepas dah mandi dan dah sampai bilik, badan dah berpeluh balik. macam takde maknanya aku mandi tadi.

tiga. hujan. okaylah fine. redha sajalah. dah petang-petang sikit baru lah cerah balik. so kitorang bersiap jugaklah untuk keluar. semangat gila nak pergi karaoke nak release tension.

empat. dah sampai tempat karaoke, diberi layanan paling teruk di abad ini. oh ini pompuan yang duduk depan kaunter tu memang kurang ajar gila. so sila jangan pergi neway karaoke kat times square sebab layanan memang menyakitkan hati.

lima. dah tak dapat nak berkaraoke, kitorang pergi makan kfc. coleslaw kat kfc time square sangat tak sedap.


enam. dah sampai hostel, air masih takde. kering kontang. nak cuci kaki pun tak lepas, apatah lagi nak cuci mekap. lepas tu boleh pulak baldi aku hilang. cepat cakap, siapa ambik hah?

May 3, 2010

suka dan duka

adik aku helmi dah dapat surat tawaran buat asasi kejuruteraan kat uitm puncak alam selangor whatever. so dekat lah dengan tempat aku study ni. phew, masa yang ditunggu-tunggu. bolehlah beliau pulak belanja aku pergi tengok wayang nanti. heh. belum apa-apa lagi dah demand si kakak ni. haha. sabar jelah.

lusa last paper untuk b.ed tesl. wuhuuuu. aku sukaaaa! tapi kena bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. maknanya, kena study berhempas pulas dulu baru kita boleh berparti sakan. roommates dearie, mana mau celebrate? [exam belum habis lagi dah fikir nak reward apa. hampeh]. haish nanti tahun depan dah posting dan start mengajar mesti akan rindu-rinduan zaman-zaman study ni. takpelah, itu tahun depan punya cerita.

hari ni punya cerita, ada suka ada duka. eceh. suka sebab paper cs sudah berakhir. duka sebab ada pekerja-pekerja lelaki yang nak buat wiring tu masuk rumah. si warden bukannya nak ketuk pintu bagitahu yang ada lelaki nak masuk, tapi ketuk pintu nak tanya something. bila aku keluar bilik dengan serabai nya, tertengok pakcik-pakcik tu dah tercegat kat situ. aiyooo, prihatin la sikit wahai warden. ni nasib baik aku yang tak berapa sexxxyy ni keluar, kalau yang lagi hot daripada aku tu macam mana? tak tidur malam kang pakcik-pakcik tu. muahaha. ok aku dah merapu. adios.

Apr 20, 2010

asam laksa paling tak sedap yang pernah aku jumpa

hari tu pergi makan kat laksa shack. teringin nak makan asam laksa punya pasal. takkan nak suruh umi poskan dari kelantan kot. haha. ok, then masa order sampai, first thing aku check adalah kuahnya. dan bila tengok kuah tu, terus mati selera aku. sebab isi ikan tu tak diblend habis. berketul-ketul. memang pesen dia macam tu ke? kalau ye, goodbye lah takmau makan asam laksa kat situ dah. oh lagi satu, asam laksa kat laksa shack mempunyai kuah yang manis dan masam seperti ice lemon tea. dan aku takkan recommend this dish at all. sekian.

gambar hiasan diambil dari tourmalaysia.com

Apr 5, 2010

aku hampa

keluar lepas kelas tadi dengan tiga tujuan.

satu. nak pos baju kurung. umi dah mintak baju kurung aku sebab kain-kain yang dia beli untuk aku dah nak dihantar ke tailor. so daripada aku buang duit beli tiket flight balik rumah, baik aku pos je baju tu. duaringgitlimapuluhsen je pun. tahun ni raya awal kan? orang pun dah sibuk google pasal baju raya. (aku check kat stats)

dua. nak buka akaun kat maybank. punya lah aku excited tadi pergi ambil borang segala, last-last pakcik bank tu suruh aku balik. sebab dia kata orang ramai sangat, so tak sempat nak layan. aigoo. macam hampeh. terus mati niat aku.

tiga. nak singgah mac beli dua benda. tapi malangnya dua-dua tu takde kat situ. satu dah sold out, satu lagi takde jual pun kat malaysia. nasib baik s.a yang layan aku tu baik. kalau tak bertambah-tambah marah aku. haha but still, hampa siot. oleh kerana terlalu hampa sampai sakit-sakit perut aku tadi. muka pun moody tak boleh blah. haha.

tiga tujuan, tapi satu je tercapai. hampa!

glitter-graphics

Mar 28, 2010

sesi mengkomplen

kuota internet akan direnew esok. tapi kami punya masih ada baki berbelas belas gig. banyak seh. tapi w1max ni jahat. asal tiba je waktu macam ni (hujung bulan) mesti internet akan slow gila tahap siput babee. at least laju lah sikit. bagi can la orang nak perabis saki baki internet tu. dahlah bayar mahal setiap bulan. servis macam hampeh.

petang tadi cari materials untuk microteaching next week. aku beli lah manila card. yang standard punya. hambik, rm2 sekeping dah sekarang. nipis pulak tu. kualiti entah apa-apa. sebab takde pilihan, aku beli jugak. ^&$@!%$

lif hostel ni dah tak nak direpair langsung ke? kesianlah kat kami ni. kalau setakat pergi kelas balik kelas aku tak heranlah kalau nak panjat tangga tu. at least boleh exercise. tapi bila dah lepas dua kali pusing midvalley dan berjalan dari gate ke bilik, dengan barang banyak kat tangan, terasa juga lah perlunya lif. haish.

Mar 5, 2010

politeness

sejak balik malaysia ni, to be exact, sejak balik ipba, mulut aku hari-hari komplen. hari-hari tak puas hati itu ini. hari-hari pms. bukan aku sajalah, roommates aku pun sama. haha. susah jugak kalau pergi oversea ni. manusia cenderung nak compare and contrast pasal sesuatu. tapi, we cant help it. contoh isu;

politeness.

susah sangat nak jumpa manusia yang betul-betul polite kat malaysia ni. masa aku kecik-kecik dulu aku pernah terbaca la pasal orang luar/omputeh suka datang ke malaysia kerana rakyat malaysia bersopan santun dan berbudi bahasa. huh what? nak menangis aku baca statement tu. because it is not true. yes, tak semua yang rude. ada je yang baik dan bersopan santun, contohnya aku. tapi populasi manusia-manusia kurang ajar ni dah berlebihan kat malaysia [aku rasa].

Feb 9, 2010

not important

ahad yang kritikal sudah berlalu. isnin pun dah nak habis. esok selasa. rabu, khamis. then balik kampung yeay! tengah tunggu masa untuk melakukan aktiviti shopping sebelum balik kelantan. tapi dua tiga hari ni jadual sangat penuh. adeh. i really miss university of auckland. sebab my classes hanya on tuesday and wednesday. pheww. tapi tak mengapalah, dah balik malaysia, kena lah ikut rules kat sini pulak kan [macam terpaksa je bunyinya haha].

aku cuma bengang sikit lah. time orang lain buat jahat ,elok je mereka terlepas. time aku buat jahat sekali je, terus kantoi. selalu macam tu. cis.

oh ok, air takde. aku nak mandi!

Feb 5, 2010

see the difference

ni water filter kat bilik kami. hari tu pakat share beli ni sebab tak tahan dah duk minum air berkeladak hari-hari. lihat betapa berbezanya air sebelum dan selepas ditapis. yang sebelum tu yellowish gila. padahal hari-hari kami basuh benda bulat putih tu. erk. lagi satu, kalau air tu setakat ada karat je boleh tahan lagi. tapi kalau ada karbon macam mana? scary ok.

Jan 30, 2010

hot and cold


di auckland, bila mandi air panas rasa syok gila. tiap kali mandi tak nak keluar bilik air. sebab kat luar sejuk gila.

di malaysia, bila mandi air sejuk rasa syok gila. tiap kali mandi taknak keluar bilik air. sebab kat luar panas gila.

sama, tapi tak serupa. haha :p (pic: www.urbanmusicdaily.net)

Jan 15, 2010

pitih oh pitih

semenjak balik ke malaysia, apa yang aku masih tak boleh adapt adalah perkara berkaitan dengan duit. sebagai contoh, aku biasa beli sport shoes adidas kat new zealand. harga kat sana bila ada sale boleh dapat dalam NZD80-NZD100++ yes, if i convert to malaysian ringgit, the price will be more or less the same. masalahnya, angka yang kecil buatkan aku rasa benda tu agak murah (psychologically) dan bila di malaysia, aku rasa macam payah je nak beli kasut tu sebab harga dia RM200 ke atas. you got what i mean kan?

lagi-lagi aku ni jenis yang takkan perabis pitih untuk kasut. memang lah akan "berkira". haha :p

Nov 25, 2009

hotel motel montel

adooiii bengang aku. aku ada book a room kat salah satu hotel kat kuala lumpur, tapi sampai sekarang tak bagi confirmation. email dah berlambak-lambak hantar, tapi tiada balasan. tolonglah jangan nak confirmkan last minute. kalau tak available, cakap jelah tak. boleh aku cari hotel lain. grrrrr.

ini first time aku berurusan dengan hotel/ accommodation kat malaysia. benda simple pun jadi susah. bukan nak compare, tapi kalau kat sini even backpackers pun dapat reply dengan cepat kalau kita hantar email/book a room. apatah lagi hotel. [eh, ni macam comparing je ;p]. entahlah. mungkin hotel ini saja kot yang bermasalah. baiklah, aku taknak buat generalisation.

oh btw aku ada blog policy [eceh] yang baru. tapi tak payah la reveal. apa yang korang nampak dalam blog ni, itulah dia. kalau tak nampak juga, buat tak tahu sudah. btw ini temporary sahaja. tengoklah bila aku dah bosan, aku akan kembali kepada yang asal.


 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei