aku pernah review pasal contact lense dari korea sebelum ni. tapi semua majlis (akad nikah, reception, bertandang) aku tak guna contact lense korea. instead, aku guna freshlook. masa tu tengah sale di focus point. harga sekotak tak sampai rm40. so aku beli sterling gray, true saphire, pure hazel dan gray. aku bagi pure hazel pada hajar dan selebihnya aku pakai.
gambar bertudung purple ni adalah semasa majlis bertandang di pekan. plan asalnya nak pakai true saphire, tapi pergh warna dia sangat biru. jadi aku pakai warna gray.
untuk reception, akad nikah dan outdoor di pasir puteh aku pakai sterling gray. daripada apa yang aku perhatikan, sterling gray ni warna dia berubah mengikut warna baju yang kita pakai, lighting, dan mekap. contohnya masa malam akad nikah, warnanya nampak grey kebiruan (you cant really see it from the picture, sorry). dan masa outdoor, aku pakai baju warna silver dan hasilnya agak berbeza.
so far aku memang puas hati dengan contact lens dari freshlook. it is highly recommended. mengenai pemilihan warna, it's up to you. but if you want to look natural, i think gray or hazel maybe the best colour. dan bagi sesiapa yang tidak biasa pakai, jangan lupa sediakan eyemo. sebab mata akan merah dan berair kalau silap pakai.
oh yes, jangan lupa pakai contact lense tu awal-awal. aku dah kena dua kali; semasa mekap akad nikah dan reception. masa tu makeup artist dah siap pakaikan foundation dan concealer, then baru aku teringat contact lense belum dipakai. nak tak nak, aku tebalkanlah muka minta mua berhenti sekejap sebab nak pakai contact lense. mula lah kelam kabut. yang selama ni boleh pakai dalam masa tak sampai dua minit, bila dah panik, terus ambil masa sepuluh minit nak siap pakai. aduhai. nasib baik mua jenis cool.