Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Apr 21, 2010

jamaican yellow


heh. tak pernah-pernah aku minat warna kuning/ jamaican yellow ni. tapi kalau diberi pilihan, aku nak samsung corby warna kuning tu. pelik kan? haha. sebabnya satu je, wooyoung 2PM adalah model untuk warna ni. phew. btw entri ni just for fun ok. bukan aku nak beli pun. aku masih sayangkan nokiaku walaupun dah terhempas ke lantai beberapa kali dah. haha. hmm tapi lately asyik hang je. oh please jangan rosak sekarang. aku takde bajet nak repair atau beli baru :p

okeh nak layan lagu ni kejap (samsung corby cf), my color by 2PM.

pics: google.com

Nov 6, 2009

enam november dua ribu sembilan

17 comment(s)
satu. cuaca hari ini agak panas terik. takpe, at least aku tak terkejut sangat dengan perubahan cuaca bila balik malaysia nanti.

dua. aku demam. agak stress kebelakangan ni. banyak benda yang tak settle-settle lagi.

tiga. minuman di easyway hanya dijual tiga dollars segelas. harga asal lima-enam dollars. promosi sehingga sebelas november.

empat. sila lawat website maxx.co.nz kalau nak free tickets ke gulf harbour. aku dah dapat tiket tu tadi.

lima. ipod touch ku sudah bertukar wajah. phewww.

IMG_3159-horz

Mar 9, 2009

Engkau milikku

27 comment(s)
Photobucket

Smlm saya pergi menonton play The Tempest [sape2 minat Shakespeare mesti tahu cerita ni]. Not bad la. Siapa yang tak suka, confirm tidur. Penonton boleh pilih samada nak duk kat grandstand/menonton sambil berpiknik. Menarik betul. Yg tak tahan tu, ada yang menonton sambil meniarap. HAHAHA. Sempoi. Oh ye, saya suka props nye. Simple, tak serabut.

Photobucket

Skrg saya ada job baru. Selain job yang saya ceritakan sebelum ni, saya juga telah menjadi PA kepada someone. Lumayan jugalah salary-nya. Alhamdulillah, rezeki anak-anak Hellooo bila pulak ada anak ni? Dah ada simpanan sikit, finally dapatlah juga saya memiliki benda dibawah ini. Wuhuuuuu!! Seronoknya main tekan-tekan [childish siott] ;p Opss..Ini ipod touch ok, bukan iphone (^_^)

Photobucket

Note: Pada mulanya mmg nak iphone. Tp memandangkan saya ni jenis suka campak handphone, tapi tak suka campak benda lain, jadi saya pilih ipod YEAY ;p

Note: Auckland dah semakin sejuk. Padahal baru nak masuk musim autumn, bukan winter lagi ni -_-'

Feb 18, 2009

Sentuhan??

20 comment(s)
Saya sangat berkenan dengan ipod touch ni. Memang menyimpan hasrat nak memilikinya. Cuma belum ada rezeki. Hari tu dah sambar DSLR. Haruslah bertambah kaya broke kan. HAHAHA. By the way, best tak Ipod touch ni? Saya belum penah pegang pun lagi benda alah ni. hehe. Kalau saya beli, berbaloi tak agaknya? Hrmm. Tapi sangat suka la design ni. Cantik!!

Photobucket

Oh, by the way, saya terjumpa tool Stopwatch ni kat blog Cik Mira. Cubalah timbang blog korang. Sesiapa yang ada blog yang amat berat tu bolehlah improve apa-apa yang patut. Blog saya ni beratnya 11.23 saat. Kelakar pulak. Blog pun ada berat kan. HEHEHE. Actually blog ni 8 saat je loading, tapi bertambah saatnya lepas saya tambah 2 3 widgets. (^_^)

Picture: flickr.com

Nov 3, 2008

Digital SLR

29 comment(s)
Aduhai.. lately ni semua benda ku nak. Habisla.Haha. Firstly simpan angan2 nak beli handphone baru. Padahal baru je tulis kat entry sebelum ni taknak tukar handphone. Sekali nampak N95. Cair... Wahaha. Ok, itu baru satu. Kemudian, lepas laptop buat hal, terus rasa nak tukar laptop. Nak beli Sony VAIO kononnya. Ok, itu yang kedua. Kemudian, jalan2 kat kedai PC rasa mcam nak beli desktop HP pulak. Screen besar gile. Puas hati kalau nak tengok movie ke nak buat assignment ke.. *cewah* Ok, itu yang ke3. Sekarang ni, SONY VAIO, HP, N95 tu semua tu ku letak tepi. Ada benda lain mencuri perhatianku sekarang...




Digital SLR!!!

Nak jugak. Tak kira. Nak beli esok jugak. Haha.


Masalahnya sekarang ni, ku taktau SLR jenis & brand mana yang elok. Nikon kah? Canon kah? Olympus kah? Kamera sekarang ni ku pakai NIKON coolpix S50. Memang cantik. Tapi ngada2 nak SLR pulak. LOL.

Hurm. Ada sesiapa terer bab2 kamera n SLR ni tak?? Tolong!Tolong!

Oct 29, 2008

Laptop buruk

22 comment(s)
pic credit to www.geekzone.co.nz

Laptopku rosak. Huwaa.Dah 2 hari ianya rosak. Dahla last assignment ku ada tersimpan dalam tu, dan ku tak buat apa2 backup copy. T_T memang stress gila kelmarin. Nak tak nak, dalam masa 2 jam ku siapkan assignment Lingustics tu dengan kelajuan tahap maksima. Adus. Due pukul 4ptg.Nasib baik sempat berkejar ke Fisher Building (tempat yang biasa kitorang kena submit assignment).

Dan sekarang ni ku tengah menggunakan laptop Mr. Aliff. Laptop sekarang tengah tersadai menunggu masa untuk direpair. Hopefully ianya still boleh direpair. Ku sayang laptop Acer tu sangat3. Walaupun tak canggih, dan tak ada intel pentium duo/ dual core atau apa2 je mendenya (sebab ku tak reti pasal laptop ni), laptop ni tetap menjadi pujaan hatiku. Ada kisah sedih disebalik laptop tu. yang perlu kuiingat sampai bila2 dan menjadikan alasan untuk kuterus menghargainya.Tapi takperlulah diceritakan disini apa reason tu ;)

Apa2pun nasib baiklah terdetik hatiku sebelum ni untuk beli external hard disk tu. Fuh. Lega sangat2. At least semua gambar2 ku dapat diselamatkan, kecuali last assignment tu ;(
Oho. Actually ku tak berniat nak jadikan ni satu entry yang panjang. Sebab bagiku lagi selesa mengupdate blog pakai laptop sendiri. ehe. Tapi terpanjang jugak entry ni kutaip. Tamat.
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei