Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Jun 19, 2010

ku bahagia

satu. hari ini internet berkeadaan agak baik. good.

dua. cuti kat rumah ni bukan banyak sangat aktiviti pun, rutin yang sama je hari-hari. tapi aku tetap bahagia. weehoo

tiga. cuti ada lagi seminggu. aku taknak balik, boleh?

empat. aku sekarang jadi cikgu tak rasmi kepada aleeya. ajar dia english, ajar dia mathematics. seronok. she is a fast learner. good. dan tak sangka aku ada bakat mengajar budak kecik. haha

lima. bila bercuti kat rumah jangan mimpilah nak berdiet bagai. hahahaha


Feb 24, 2010

cny holidays




satu. sekali dua bawa family pergi main bowling. abah lah yang paling terer sebab dia paling banyak strikes weehoo. aku? erh, tak merasa la nak menang. paling kuat pun 5 6 pin je jatuh. haha.

dua. aktiviti makan-makan. haha itu wajib ok. menjamu dan dijamu. pergi rumah maklong layan mee goreng sedap [bukan sedap mee goreng yang jenama megi tu haha]. lepas tu kat rumah aku, umi masak laksa penang kawwww. sedap gila. so far aku tak pernah jumpa laksa penang orang lain yang boleh challenge umi punya :p

tiga. shopping-shopping. tapi balik cuti hari tu sekali pun tak jejak kaki ke pasar malam/pasar minggu. tak tahan panas woo. kena pergi tempat ber-aircond je. cis.

empat. layan kpop dengan adik-adik. rupanya adik-adik aku lebih advance dari aku. aku baru je start layan bigbang, snsd etc tapi diorang dah berzaman dah start. diorang tak bagitahu aku pun. reason, bimbang nanti aku kecik hati sebab aku masa tu minat dbsk je. comel la adik-adik aku ni. haha.

Jan 25, 2010

ho ho ho balik kampung

baru je dapat merebahkan badan atas katil. phew. penat. tapi tak sepenat naik bas lapan jam eheh. badan ni dah manja, gelenya, takmau naik bas. sila sekeh sikit kepala aku. aih, badan yang ngada-ngada, kepala jadi mangsa? nasib kaulah. seronok gila dapat balik rumah. sebab:

satu, dapat berehat di rumah dengan tenang dan selesa. dua, dapat jumpa family tersayang muah muah muah. tiga, dapat raikan hari lahir helmi dan nadiah. empat, dapat tengok drama you're beautiful dengan hajar dan nadiah. lima, berjaya pengaruhi [baaaaad influence] hajar supaya gilakan tae kyung haha. enam, dapat makan masakan umi dan abah. etc.

tak sabar nak balik lagi. hmmm.

Jan 1, 2010

bahagia!

best sungguh duk di rumah. walaupun tak banyak sangat benda yang aku buat sejak aku balik ni, tapi home sweet home orang kata [eceh]. sekarang adik-adik aku dah besar-besar. aku sudah tidak dominan dalam rumah. dan, aku juga tak berpeluang nak menang kalau main apa-apa. haha. main congkak kalah, main carrom kalah, main teka-teka pun markah aku yang tercorot. cet.

alhamdulillah, adik-adik aku semua boleh harap. sangat seronok bila ada adik yang ikut je aku nak pergi mana, ada adik yang boleh share masalah dengan aku, ada adik-adik yang boleh buat aku ketawa, ada adik yang boleh massage aku bila-bila masa aku nak. ada umi dan abah yang masak sedap gila. nasib baik aku on diet, kalau tak, limablas pinggan nasi pun aku mampu habiskan [overrrrrr]. haha.

sebagai penutup, selamat tahun baru 2010. jumpa di sanaaaaa!!! [jumpa sape entah]


Dec 13, 2009

baca sampai pengsan

dah lebih seminggu aku di malaysia. dan selama itulah aku bertapa di rumah. hanya jumpa saudara mara terdekat. yang jauh-jauh belum lagi. macam-macamlah orang cakap bila jumpa aku. ada kata aku bertambah saiz, bertambah tinggi, bertambah putih dan etc etc. yang penting semua bertambah. takde yang berkurang. damn. bengang ada, kelakar pun ada. saudara mara dan keluarga macam pelik. orang bila balik oversea craving macam-macam benda. siap buat list lagi. aku tak. bila aku pandang umi abah, adik-adik, aku rasa kenyang. haha. sindrom apakah? si aleeya, beliau tengah diet sekarang [budak umur 5 tahun pun pandai dah nak diet bagai]. aleeya ni makin banyak cakap. dah besar sangat dah. semua benda dah pandai. cepat gila masa berlalu. helmi dah habis spm, merdeka dah. hajar tengah tunggu result pmr, dan nadiah makin pandai mengurut. ni mesti sebab praktis mengurut bertahun-tahun. haha. birthday umi khamis lepas. aku belanja family makan lunch kat secret recipe tesco. masih tak jejakkan kaki ke kb mall. masih terbayangkan kemalangan hari tu. isk. aku masih mengikuti perkembangan blog korang. cuma setiap kali aku tekan post comment, setiap kali tu internet putus. damn. baiklah, memandangkan internet kat sini macam hidup segan mati tak mahu. aku mahu chow dulu. nak layan drama korea dengan hajar.


Sep 4, 2009

kerana seketul kebab

16 comment(s)
eh? seketul ke sebijik ya? aaah forget it. first day kat queenstown, kami mencari kedai makanan halal untuk berbuka puasa. dan kami jumpa turkish kebab. jam enam petang aku dah tercongok kat situ. then ada sepasang turkish couple ni pandang2 aku. maybe sebab aku bertudung. orang bertudung ni agak jarang dijumpai di situ [tetiba aku rasa aku ni special ;p]

tak lama lepas tu turkish couple tersebut datang jemput kami berbuka puasa bersama dengan familinya. rupanya beliau dengan pemilik kedai turkish kebab tu bersaudara. ya allah segannyaaa. tetiba je orang tak kenal jemput makan bersama dengan big family dia. haish. rasa macam nak run for your life. tapi macam kurang elok pula kalau blah.

first dish adalah sup barli. omg!!! aku ni anti-barli sejak kecik. tak boleh telan langsung benda alah tu. sebab hormatkan mereka, aku telan juga. dalam hati dah menangis-nangis. pandang kiri, kanan, semua orang dah habis makan, siap bertambah sup barli tu. barli dalam pinggan aku luak 10% je T_T then, wife kepada brother yang jemput kami tu perasan yang aku dari tadi tak habis makan. thank god dia bagi aku second dish. second dish tu memang sedap, rasa macam dumpling. alhamdulillah aku dapat habiskan, kalau tak malu gilaaa -.-

IMG_1508

aliff tanya perempuan yang pakai tudung merah baju hitam [gambar di bawah], "is this your family?" kemudian beliau cakap "yes, yes, we are one big family, including you guys" awwh T_T

IMG_1509

bawah ini adalah couple yang jemput kami tu. si wife tu sakit, dan dia bakal undergone surgery. hopefully selamat semuanya, insyaAllah. si lelaki tu cakap dia pernah datang ke malaysia. banyak dia puji pasal negaraku malaysia yang dicintai [tetiba patriotik :p] bangga bangga.

IMG_1510

then lewat malam the next day kami singgah nak beli kebab, dan kami dapat satu free meal. alhamdulillah, rezeki jangan ditolak ^^

Sep 3, 2009

waking up in queenstown

35 comment(s)
my wish has been granted! aku dah lama berhasrat nak ke queenstown. akhirnya sampai juga ke sana. walaupun berpuasa, aku tak rasa lapar sangat. mungkin sebab cuaca sejuk. jadi, tiada masalah untuk sightseeing.

ada beberapa aktiviti yang dibatalkan sebab hujan lebat dan kabus tebal. means, no paraflight, no deer safari, no helicopter trip walaupun aku dah booked. nasib baik bayaran boleh di-refund. alhamdulillah. satu aktiviti yang aku dapat buat ialah ke milford sound [attraction paling famous di new zealand]

queenstown in the morning

pagi di queenstown. waktu ni tengah tunggu taxi datang pickup sebelum bertolak ke milford sound. milford sound sangat jauh dari bandar queenstown. dalam lima jam perjalanan pergi, dan lima jam balik. tapi aku tak rasa lama sangat sebab dah biasa naik bas lapan jam kl-kelantan ahaha :p

avalanche

nasib baik jalan ke milford sound tak tutup. pakcik tourist guide bagitahu yang dua tiga hari sebelum tu, jalan tutup sebab avalanche [runtuhan salji] yang dahsyat. scary.

te anau was snowing

tetiba snow turun

the scenic cruise

ini adalah scenic cruise yang aku naik. masa ni cuaca masih elok, cerah lagi. ok selebihnya i will let the pictures do the talking :D

i love milford sound 1

i love milford sound 2

rainbow

queenstown is indeed such a nice and beautiful place to visit. gambar kat town pun banyak tapi aku dah tak larat nak upload. emm kalau ada rezeki lebih, aku bercadang nak pergi sekali lagi :p

Sep 1, 2009

nak meroyan boleh tak??!

20 comment(s)
sedih sedih nak nangis. jauh aku datang, tapi heli trip dicancelkan last minute sebab tetiba hujan lebat yang amat sangat. nak naik heliiiii T___T isk isk isk redha farah redha -_-'


note: esok aku balik auckland. [pic: flickr]

Aug 18, 2009

naik sampan musim banjir (tak boleh blah punya tajuk)

16 comment(s)
kami naik benda alah ni (see picture) masa kat christchurch hari tu. punting sambil melihat alam yang indah. subhanallah. it was fun. siap ada blanket sebab musim sejuk. for more information, visit punting on the avon. aha, dulu-dulu aku memang naik sampan atuk aku waktu musim banjir. best best wuhuu XD

IMG_0931

note: okay. mahu prepare mental dan fizikal siapkan 10-15 pages linguistics assignment. wish me luck ;p

Jul 24, 2009

pilih pilih

33 comment(s)
Aku tengah pening sekarang. Aku tak tau nak buat mana satu aktiviti kat Queenstown nanti, paraflight atau deer safari tour. Aduh, buntu sungguh. Dua-dua nampak interesting dan price pun lebih kurang. Kalau banyak duit aku nak buat dua-dua sekali. Tapi itulah, kena pilih salah satu juga. Huwaaa T_T

Flickr

Photobucket

Photobucket

Gambar 1: Paraflight Queenstown. (pic: flickr)
Gambar 2: Salah satu scene dari movie The Lord of the Ring di shoot kat deer safari nih
Gambar 3: Deer Park Safari (pics: thedeerpark.co.nz)


Aku harap nanti kalau dah jadi paraflight tu, aku tak jerit2 mintak turun pulak. kih3.


Jul 13, 2009

aku dah buka butik kat newzealand, jemput datang

35 comment(s)
random shots
.
.
.
.


ye ye. aku ada satu cawangan boutique menswear kat christchurch, new zealand. hahaha. oh pleaseeee memang tak boleh blah. kalau betul la aku ada, confirm aku jaga counter saja. aliff mana bagi aku dekat dengan lelaki lain ehem ehem. [cakap sambil gelak bergolek golek]

makan krispy kreme ketika cuaca sejuk. yummy.

mamat ni mesti attention seeker. ingatkan astronaut mana sesat kat mount hutt. pakaian mantap gila. haha.

kalau tengok sendiri, lagi cantik masya-allah.

ini burung kea. spesies parrot juga. tapi yang ini hanya boleh ditemui di southern alps.

yeay sudah sampai ke puncak mt hutt!!

miss photographer, farah aminuddin ;p ;p

snow itu adalah salji itu adalah ais

22 comment(s)
1. first time aku jumpa snow masa 3 Julai 2009 di methven. very very very excited. 2. methven terletak di canterbury region, south island, new zealand. 3. methven adalah mount hutt village yang sangat sangat peaceful. 4. di methven, anda boleh nampak southern alps dari belakang atau depan rumah. how cool is that? 5. ada small town dan tiada transportation. kalau nak pergi town, jalan kaki dah sampai. shuttle bas ada untuk pengangkutan ke mount hutt. 6. cuaca sangat sejuk. so sila pakai tebal-tebal (^_^)

Jan 3, 2009

Holiday 5: Sydney

21 comment(s)
Last destinasi semasa percutian ke Australia yang lepas adalah Sydney ^^ Kat sini kami basically jalan2 kat city saja. Sebab badan dah start penat dan juga kawan2 kat Sydney tengah ada exam. And, kami pergi ke 2 pantai yang famous kat Sydney ni iaitu Bondi beach ngan Manly Wharf.

Photobucket
Bondi beach. Ehem2. anda nampak sesuatu? ;p
Photobucket
Bondi beach
Photobucket
Skodeng2.. haha! Ni adalah Manly wharf
Photobucket
Tempat yg mesti pergi kalau kat Sydney. Sydney Opera House. hehe
Photobucket
Ashwin ngan Anis belanja kami makan. Tiada dalam gambar: of coz la saya! Ngeh3
Photobucket
Saya suka makan ini. nyum2!

Dec 22, 2008

Holiday 4: Melbourne

24 comment(s)
Setelah lebih kurang lima hari berada di Brisbane, kami ke Melbourne untuk lima hari seterusnya. (^_^) Cuaca di Melbourne juga tidak berapa baik kerana hujan tak henti2. Ada satu hari tu temperature sampai 8 degree. huhu. macam balik ke musim winter pulak. hu hu.

Photobucket

ini accommodation kami di melbourne. rumah cousin memberku. diorang tgh exam week time kitorang kat sana.

Photobucket

Destinasi pertama kat Melbourne ialah Melbourne city. Kitorang naik train ke sini. dalam 45 minit jugaklah. (rasa macam dari KL ke seremban pulak. huhu) Memandangkan akak2 tu tgh final exam, so kami rangkak2 la sendiri ke sini. Alhamdulillah. semuanya okay. cuma jangan malu bertanya, nanti sesat jalan! haha.

Photobucket

Kat Melbourne ni banyak bangunan2 yang cantik. Yang ini bangunan Parliament. Banyak jugak pengantin2 yang amik gambar berbackgroundkan bangunan ni. ^^

Photobucket

Melbourne nye D.F.O memang best n murah2 especially pinggan mangkuk. waa... rambang mata ok. Ku yang tak minat pasal pinggan mangkuk ni pun jadi excited nak beli. Tapi beli satu set je sebab susah nak angkut. Lain kali, nak datang sini lagi! He he

Photobucket

Antara public transport yg best kat sini (tp takde kt Auckland) adalah tram. suke sgt naik mende ni. huhu. yg free pun ada. siap leh pusing satu city.

Photobucket

Sehari sebelum bertolak ke Sydney, kami ke Philip Island. Yelah, masa untuk jumpa kanggaroo dan koala! Haha. Punyala excited mula2, alih2 ku yang lari dari kanggaru dulu. wahaha. Gambar ni dalam MPV. Kami sewa kereta ke sana, sebab takde public transport. Perjalanan makan masa hampir 2 jam kalau tak silap.

Photobucket

Stop sekejap untuk makan2 dan solat.

Photobucket

Singgah di Panny's Chocolate factory sebelum sampai ke sana.

Photobucket

Photobucket

Haaa.. itu dia kanggaru. macam2 size ada. Hahaha. Gambarku pegang2 kanggaru takde ye. Sebab ku takut nak dekat ngan kanggaru. Sengal! Haha.

Photobucket

Ini koala. Koala yang pemalas. Dalam posisi camtu pun leh lena lagi.haih. Kelakar betul. Oh ye, tempat kitorang pegi ni namanya Wildlife park.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Then kami ke sini. Subhanallah..Cantik sangat tempat ni. Nak datang lagi. huhu.
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei