Showing posts with label makeup. Show all posts
Showing posts with label makeup. Show all posts

May 11, 2011

atas atau bawah?

5 comment(s)
dulu masa muda-muda remaja, aku suka pakai eyeliner bahagian upper eyelid. lepas tu macam sangat tak suka untuk pakai bawah mata. nampak scary dan tak sesuai. maybe masa tu masih muda kot. tak boleh nak dramatik sangat.

upper eyelid
sekarang, kalau tak garis bahagian bawah mata memang tak sah! hari-hari pergi sekolah pun pakai eyeliner bawah mata ok. nak bagi effect garang. 

bottom

so far, dah macammacam jenis eyeliner aku guna. dari yang mahal sampailah ke murah. akhirnya, aku jatuh cinta pada eyeliner yang paling murah, iaitu elianto. kalau time sales dapat dalam rm13++ sahaja. jenis mechanical, bukan pensel biasa tu. dia ada dua jenis, satu yang biasa, satu yang jenis serong. aku suka yang serong. senang nak pakai. boleh buat garis tebal dan garis nipis. warna hitam dia pun cantik. 

actually benda-benda cantik ni depends pada orang juga. tak semua barang mekap yang cantik pada someone akan cantik pada kita juga kan?

Apr 26, 2011

makeup artist kelantan

9 comment(s)
agak sukar nak jumpa makeup artist yang based di kelantan yang ada facebook/blog. jadi menyukarkan kita untuk tengok portfolio mereka. masa mula-mula aku nak cari mua untuk akad nikah dan sanding aku pun rasa macam payah. bila dah jumpa, dah fully booked pula. setahu aku yang freelance tak ramai, kebanyakannya yang ada butik pengantin. disini aku akan share beberapa link mak andam/makeup artist di kelantan yang aku suka hasil mekap mereka. 






kak intan




kak jai harharah




so far ini antara yang aku jumpa. maybe kat luar sana ada banyak lagi talented mua. my mua? one of these fives. lepas majlis nanti aku review okay. daa! (pictures taken from respective fbs)

Mar 14, 2011

cerita semalam

3 comment(s)
majlis kahwin dah selesai, acara potong kek dah selesai, esok majlis bertandang kat setiu pulak. semalam ini adalah job aku (mekapkan bridesmaids);


final result nanti aku reveal dalam entri akan datang. anyway nak cerita, lens canon aku dah rosak auto focus. masih boleh guna, tapi hanya manual. gambar dah tak cantik macam dulu. nak lens baru! hopefully dapat beli sebelum majlis kahwin aku. (praying so hard agar gaji cepat masuk)

Mar 11, 2011

brides and bridesmaids makeup tutorial

0 comment(s)


i looooooveeeeeeee this look (minus the eyebrows)!! gorgeous. my mua, nak mekap ni untuk akad nikah boleh?  

source: themakeupchair (youtube)

Mar 8, 2011

nak shopping mekap!

2 comment(s)
semenjak berhijrah dari kuala lumpur ke kelantan (eceh) dah lama aku tak membeli barang-barang mekap ni. sebab bila duk rumah masa cuti sebelum ni memanglah aku jarang bermekap bagai. bila dah start bekerja/mengajar ni, hari-hari mesti mau mekap. mekap tebal pulak tu kahkahkahtaklucu. sekarang ni lipstick semua dah nak habis (over gila kan). aku mahu lipstick baru! eyeshadow baru!  list:

mac satin taupe (source: karla sugar)

revlon pink pout. (source: lipglossiping)

honeylove. (source: karla sugar)

dan ada lagi. malas nak cari gambar.

p/s: pelajar-pelajar sekalian, kalau korang mahu tengok muka teacher tanpa mekap, silalah tinggal di asrama. 


Jan 29, 2011

fake lashes

0 comment(s)
masa pergi kl baru-baru ni, aku sempat lah curi-curi masa pergi watson, sebab nak merembat fake lashes dengan adhesive glue. aku pernah beli yang empat ringgit satu set tapi gam dia sangat hampeh, tak lekat pun. this time beli yang elok sikit, yang jenama dolly apa entah. so tadi aku trykan lah kat adik aku sambil-sambil menconteng muka dia. mekap aku tak luak sebulan dua ni sebab duk rumah je kan. adik-adik lah jadi mangsa kena conteng dengan aku :p

for me, glue yang aku beli ni memang best. melekat elok dan senang nak tanggalkan. btw aku baru tahu bahawasanya nak pakai fake lashes ni agak susah kalau tak biasa :p

IMG_9837
hajar cakap, lepas pakai fake lashes ni
rasa macam teduh je. haha
lepas dah tangkap gambar hajar, ada budak jeles nak mekap juga. adeii budak kecik ini. tak nak hampakan dia, aku tepek la sikit-sikit.

IMG_9858
sesiapa yang dah lama tak tengok aleeya. here she is.
semenjak sekolah ni dah macam anak dara dah

Nov 2, 2010

viva glam

0 comment(s)
serius cakap, mac lipgloss adalah terbaik! aku ada lancome's dan the body shop's juga, tapi i dont like it. ini viva glam cyndi dan viva glam vi;

IMG_8397



viva glam vi sangat-sangatlah cantik bila ia bersama bobbi brown lipstick warna sandwash pink. i love it soooooo much. viva glam cyndi pulak boleh pakai on its own. dah mmg sedia ada lawa. kalau nak tengok lip swatch boleh pergi sini karla sugar viva glam cyndi.

sekarang tengah berkenan florabundance dan pink lemonade (see the last picture). ada rezeki, tahun depan aku rembat. sebab apa tahun depan? sebab tahun depan baru start kerja T.T

pics: karla sugar (best website ni, banyak gila swatches)

Oct 23, 2010

bridal makeup

0 comment(s)
tadi bosan. eh sekarang pun tengah bosan sebenarnya. so aku melawat la blog-blog yang aku selalu baca until aku jumpa satu link ni, namanya the makeups. pergh, cantiklah makeup artist ni mekapkan orang. nampak kemas, lawa dan pengantin tak nampak macam opera cina. kalau boleh time aku kahwin nanti pun nak mekap macam tu. nanti lah boleh aku try usya berapa package yang dia kenakan :p

aku ada subscribe beberapa blog makeup artist yang ada kat malaysia ni, tapi so far themakeups paling aku suka. check it out!

TheMakeUps.com

Oct 20, 2010

tartan tale collection from mac

0 comment(s)
im not that into eyeshadow (im a "lipstick" person fyi) but i want one of these palettes!! awh at least let me have it in my dream T.T

MAC a tartan tale collection for holiday 2010




katanya collection ni keluar 28th October, tapi kat Malaysia tak sure lah. hey, actually im not gonna buy this. i have to save my money for more important stuffs T.T

pics courtesy of temptalia

Oct 10, 2010

bite of an apple



eh silap gambar. ini yang aku maksudkan :p
.
.
.
.
.
.
.


Mac limited edition Venomous Villains Evil Queen (blusher) shade bite of an apple ni sangat cantik! nak!!!! tapi duitnya tidak ada ToT



May 26, 2010

ecotools brushes

parispresents.com


Ini adalah Ecotools Bamboo Brush Set. aku baca review kat makeupalley memang rata-rata pengguna cakap ecotools brushes best gila. 90percent kata akan repurchase brush set ni. fyi, ecotools brushes boleh dibeli kat shins, midvalley dan mana-mana branch shins yang lain. atau, nak beli secara online pun boleh. tekan sini. harga satu set rm95. fuh, aku beli dua brushes kat the body shop pun dah seratus lebih. kira sangat affordable lah harga ecotools untuk 4 jenis berus.

oh ya, satu set ni ada baby kabuki, mineral powder brush, concealer brush dan eye shading brush. (ikut susunan seperti dalam gambar).

ok, nak pergi kira berapa barang dah ada dalam wishlist ni. haha :p

May 24, 2010

swatches




eh tak payah genyeh mata. ni bukan entri yang sama dengan ini. haha.

sekarang aku dah sangat-sangat in love dengan oat eye shadow. my hg eye shadow i would say! from the second picture, maybe korang tak nampak sangat warna oat tu (poor lighting, bad camera). tapi in fact it is a lovely colour. natural dan cantik. sangat sesuai kalau nak pakai pergi mengajar nanti. tak nampak over sangat. takkan nak pakai purple eye shadow pulak pergi sekolah. boleh je kalau nak, tapi i wont do it :p

gambar ketiga adalah lipstick swatches. ballet pink dan kitten nampak sangat nude on me. dan azalea, yang nampak sangat menakutkan dalam pan (refer first gambar) tu actually taklah se-dark mana pun warnanya. unless, korang sapu more than one layer. it is a nice colour, tapi kena pandai matching. so far untuk kategori lipstick, i would say i prefer mac lipstick than bobbi brown's. heh.

May 19, 2010

bobbi brown's antigua palette

my antigua palette. paling suka blusher dan caviar eye shadow. satu je masalah aku, aku tak reti nak apply lipstick dia. sebab selama ni kan pakai lipstick dari tube. bila guna brush, rasa kekok pulak. nampak colour tu tak even. tengoklah, nanti kena practice lagi. sorry takde swatch. malas. lain kali kalau aku rajin aku buat okay.

yeah. minggu ni tak sepenat minggu lepas. i like!

May 18, 2010

benefit cosmetics

masa jalan-jalan kat metrojaya, gatal la nak singgah benefit cosmetics. sebab tak pernah try products dia, sajalah nak usya. bukan nak beli pun. sa kat situ rajin sangat kot, dia siap tenyeh muka aku dengan segala star products dia. aku pun macam tau-tau je ada orang nak tenyeh muka, masa bersiap tadi mekap ala kadar je, takde ber-eyeliner ke apa. kan dah tak pasal dapat makeover free. tapi yang tak boleh blahnya dia touch up sebelah muka je. hahaha.

imo, products dia not bad. dalam banyak-banyak yang dia sapu kat aku tu, aku paling tertarik dengan benetint. love it. sangat sweet. benda ni macam air ros. dah lah wangi, bila sapu kat cheek, warna dia natural sangat. macam warna pipi aku time tengah blushing. hahaha. cool lah untuk everyday use. okay, dah masuk dalam senarai wishlist.

aku suka jugak "that gal" brightening face primer. sangat wangi. tekstur halus. senang nak apply. tapi yang ni tak masuk dalam wishlist eh :p


sa tu ada sapu dandelion, bo-ing, concealer, dr.feelgood (balm) kat muka aku. not bad lah. tapi aku dah ada products lain yang better than that. bagi pendapat aku, packaging benefit ni sangat-sangat comel dan semuanya wangi. sesetengah kosmetik tu kan bau dia macam pelik sikit, so yang ni memang best lah bau dia. macam spray perfume kat muka. tengoklah kalau ada rezeki nanti, aku nak grab benetint tu. oh im so tempted!

May 17, 2010

another wishlist

antigua palette by bobbi brown


satu palette ni ada tiga eye shadows, satu blusher/bronzer dan tiga creamy lipcolours. gorgeous. argh nak nak nak nak!! [picture: bobbibrown.co.uk]

May 15, 2010

etude house

etude house ni makeup store yang paling comel aku pernah pergi. wuhuu comel sangat lah. rasa nak buat photoshoot kat situ. haha. semalam ada grab dua benda. brush dan cleansing foam. brush dia sangat murah ok. siap ada 50 percent diskaun untuk brushes. sukaaa. kualiti pun not bad. kalau nak yang high performance and high quality, sila lah aim mac brushes ye. aku beli angled brush untuk define eye liner. beli ni sebab tak tau nak guna berus apa untuk mac paint pot [black] aku. so far aku puas hati dengan brush ni.


close up

yogurt peel cleansing foam jenis black food. seronok je pakai tadi. tekstur dia lebih halus daripada scrub. kalau scrub kang kita tak leh apply hari-hari sebab bijiknya kasar, tapi yang ni memang direka untuk everyday use.


Apr 28, 2010

5 beauty and makeup sites

ini antara yang aku rajin masuk. first, makeupalley. banyak reviews untuk pelbagai jenis products.


second, temptalia. aku suka tengok lipstick swatches dia. dan juga tutorial vid.


third, makeupforlife. ada tutorial, swatches and etc. erh, tuan punya site ni cun lah. eheh.


next, makeup and beauty blog.


last but not least, my women stuff.


adios.

Apr 27, 2010

crayon contour



pencarian eyeliner sudah berakhir. ini my new eyeliner from shu. this is called black drawing pencil (aku rasa macam aku beli pensel warna pulak haha). aku dah pakai dua kali. so far i think the eyeliner is really long-lasting. tadi aku tido tak remove makeup. dan bila bangun, eyeliner tu masih cantik terletak, tak smudge pun. amazing! other than that, eyeliner ni senang nak dipakai dan it's creamy. love it.

Apr 25, 2010

virtual makeover




masa duk off task dari buat assignment semalam, aku terjumpa satu website ni. virtual makeover. kita boleh makeup kan model-model yang ada kat situ. boleh pilih warna apa yang kita nak. konon macam kita jadi makeup artist. tapi virtual la. haha. seronok sebab kita boleh pilih brand kosmetik apa yang kita nak guna etc. lagi satu, contohnya kalau kita pilih satu warna yang kita berkenan untuk lipstick, kat bawah tu ada tulis recommended products (yang real) yang sama dengan warna yang kita pilih tu.

ok jom main virtual makeover! here's the link taaz.com

Apr 18, 2010

eyelash curler


one of shu uemura's top sellers. dah lama aku beli ni. at first rasa risau jugak nak beli, sebab harganya sangat pricey untuk tool macam ni. however ianya memang worth the price mainly untuk orang yang bulu mata tak panjang dan tak lentik macam aku. [kalau orang yang dah ada long eyelashes, bertambah-tambah la cantiknya kan]. tool ni sangat practical dan tak perlukan extra effort pun nak kasi eyelash melentik. plus, ianya tak pinch kulit kita, so takkan rasa sakit. tapi benda ni kena ikut shape mata jugak, sebab ada shape yang tak berapa nak ngam dengan curler ni. so kalau nak beli, baik cuba dulu kat counter ok.

adios.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei