Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Nov 13, 2010

i love megamind!

0 comment(s)

i loveeeeeeeeee this movie. first time aku ketawa sampai nangis masa tengok movie. my friends pun sama. kitorang gelak habis-habisan tadi. movie ni best. sangat seronok menontonnya. cerita ni pasal megamind (yang blue head tu), seorang penjahat yang suka buat jahat kat metrocity. dia ni jadi jahat sebab masa kecik-kecik takde orang nak kawan ngan dia. semua orang nak kawan dengan metroman (baju putih) je. megamind ni kurang pandai english. dia selalu salah sebut; revenge jadi revange, quick dia sebut quic, etc. nak tau seterusnya korang pergi tengok ok.

highly recommended. sepuluh bintang. sangat sangat menghiburkan.

google.com

Oct 27, 2010

magic-aaa

0 comment(s)
sudah lama tidak menonton wayang. oleh kerana dua hari ni tak payah attend apa-apa seminar/kursus so tadi aku pergilah gsc. thank god it's friday wednesday dan tiket wayang adalah lebih murah. (padahal hari-hari lain pun boleh dapat murah jugak sebab ada student card :p). sekarang ni tak banyak movie menarik, movie menolak je ada. lols

movie apa aku tengok? magika. huii lama tak tonton malay movie kat cinema. overall, boleh tahanlah cerita dia. idea yang menarik. banyak jugaklah aku gelak tadi. tapi part yang membuatkan aku gelak secara kuat adalah part puteri gunung ledang, gusti putri (ning baizura) dengan datuk bendahara (sabri yunus). omg, that was hilarious. lagi-lagi sebab sabri yunus tu mmg my all-time-fav comedian. ore kelate kalu de kecek sambil wak lawok meme kelah la!

pic: google

Jun 3, 2010

kasi can la kucing ni interframe

walaupun aku ni takut kucing tahap maksima, bila aku tengok puss dalam shrek forever after tu, rasa macam nak cubit-cubit je perut dia. comel siot. dan favourite part adalah waktu dia buat macam ni;

google.com

sesiapa yang dah tengok movie tu mesti ingat scene dia buat muka comel dan kesian ni kan. emm seingat aku, takde kot gambar kucing dalam blog ni. fobia punya pasal. kira hebatlah si puss ni sebab dapat masuk blog aku. hahaha.

errr katakan kalau si puss ni datang kat aku, still aku akan lari. macam mana comel pun, ia tetap kucing. sekian.

May 28, 2010

hey dastan!

google.com

hari ni pagi pagi buta dah bangun. taklah pagi sangat pun, tapi kira luar biasa lah sebab kalau tak, sampai ke tengah hari aku membuta. bangun awal sikit sebab excited nak tengok prince of persia. sebelum ni kalau pergi tengok wayang, jarang dapat seat best. selalu dapat second or third row sampai kena dongakkan kepala. tapi tadi dapat seat tengah yeay!

the movie? awesome and impressive. puas hati tengok. walaupun ceritanya agak mengarut, tapi seronok untuk dilayan. dan two thumbs up untuk cinematography dan special effect dalam movie ni.

oh, aku nak dagger tu boleh?

May 20, 2010

zooey vs katy perry

semalam layan movie yesman kat laptop. kelakar gila. tapi aku tengok separuh je sebab ngantuk sangat. tak larat nak sambung. dalam movie tu, adalah heroin ni kan. muka dia sebijik macam katy perry. masa tu aku dah agak tu bukan katy perry, cuma pelakon lain yang resembles dia. i was so curious, then aku googled. nampaknya bukan aku jelah yang fikir macam tu. rupanya memang dah lama dah orang kata mereka berdua ni seiras. aku je tak tahu. sebab aku bukan layan sangat pelakon-pelakon mat saleh ni :p


tengok gambar macam tak nampak sangat. kalau tengok zooey dalam movie memang ketara kot muka dia iras katy perry. atau katy perry yang iras dia. either one. haha.

pic: google.com

May 18, 2010

encik robin hood

google.com

pergi midvalley tadi taktau nak layan movie apa, so tengoklah robin hood. movie ni pasal asal usul robin sebelum legenda robin hood bermula. okaylah, not bad. time lawan-lawan pedang tu, macam scary jugaklah. adalah dua tiga kali aku terjerit. orang lain senyap je. haha.

dah beli benda yang aku nak dalam entri another wishlist tu. yeay. later aku update.

May 12, 2010

awesome

google

sambungan entri tadi.

aku baru je lepas tengok ip man 2. omg, it was sooooo good! isk, i should've watched ip man 2 kat panggung wayang. mesti lagi gempak dan saspen sebab sound system lebih mantap. aku suka tengok scenes lawan-lawan tu. heh. semangat gila. sakit hati betul masa orang jahat tu bila dah hampir kalah, terus disallow kicking. okay taknak cerita lebih-lebih sebab ada yang belum layan movie ni kan. nanti spoil pulak :p

overall, 5 stars!

intel, ip man, macbeth

aku bosan. dah habis exam tapi kena siapkan project untuk intel whatsoever. frankly aku takde mood pun nak buat benda-benda ni. tapi apakan daya, it's payback time katanya. haish, aku nak remind diri aku supaya tak banyak mengeluh. be positive, farah!

sambil-sambil tu aku nak layan ip man 2 kejap. layan kat laptop sudah. haha :p

google.com

malam ni juniors perform macbeth. tetiba teringat lak macbeth yang kami cohort 4 perform beberapa tahun lepas. ecey. ehm, nak pergi tengok ke tak malam ni? *thinking*

May 10, 2010

to infinity and beyond!!!

last saturday, pergi teman roommate buat makeover kat stage. phew. gambar kat stage nanti aku upload later kalau ada kesempatan. lepas tu, dah tak tau nak lepak kat mana so kitorang decided nak tengok wayang. dah sampai depan gsc tu fuh panjang gila queue. sekali ada announcement cakap tiket untuk movies seperti blablabla boleh beli kat kaunter gold class. pergh, apa lagi kitorang terus ke sana lah kan. malas nak beratur. dan akhirnya pilih untuk layan toy story 3D version.

satu tiket untuk toy story 1 dan toy story 2. double feature. roommate aku cakap movies ni dah lama dah. tapi tak kisahlah, sebab aku tak pernah tengok pun. sekali dapat seat tiga dari depan dowh. sakit kepala aku dongak ke skrin. tapi layan jelah. then ada 10 minutes break sebelum toy story 2 start. overall, toy story ni menghiburkan. walaupun aku ngantuk tahap jusa [sebab malam sebelum tu tak cukup tido], aku dapat tahan sebab ada scenes yang kelakar gila. kalau toy story 3 keluar nanti maybe aku tak tengok kat cinema kot. download sudah. haha!


pic: google.com

May 6, 2010

lee min ho hensem siot

antara movie dan drama yang aku layan lepas habis exam semalam. haha. lama dah sabar nak habiskan tengok ni :p

first, muallaf. kontroversi jugak movie ni eh sebabnya ia berunsurkan agama. aku tak tahulah betul ke tak movie ni ada persendakan agama ke apa, aku cuma tengok. yang mana baik tu kita ambik lah sebagai teladan. contohnya, jangan tinggal solat etc. dan, yang rasa memusykilkan tu tak payahlah nak ikut. imo, movie ni takdelah bosan memanjang. aku banyak jugaklah gelak-gelak. heh.


second, my name is farah khan. sedih gila movie ni. bessst sangat.


third, oh! my lady ep 13 dan 14.


next, personal taste ep 11. sweet!! comel sangat-sangat. walaupun aku layan the ones without english subtitles, tapi aku masih boleh faham 30 percent kot. haha. awh, jin ho ♥ kae in.


aku ada jugak layan drama melayu, asmaradana dan adamaya. lawaklah kat facebook siap ada group kami benci dani adamaya sepenuh jiwa. sampai macam tu sekali eh. dasyat. hahaha

pictures: facebook and google

May 1, 2010

padah menonton iron man 2



comel tak??? smart tak?? iron man kat atas ni adalah roommate aku. dia dah transform jadi iron man selepas tengok iron man 2 tadi. malam ni beliau confirm akan mimpi terbang bersama iron man. haha

ok aku dah penat, baru balik bilik dan malas nak taip panjang-panjang. overall, five stars untuk iron man 2 dan five stars untuk tony stark!

picture: ainul farina

Apr 29, 2010

nak tengok iron man!

mesti sangat ramai orang nak tengok iron man 2, sampai aku nak reserve tickets kat gsc online pun bermasalah gila. tak cukup dengan gsc, tgv pun sama. nasib baiklah aku ni gigih orangnya (poyo). berpuluh kali aku try. sampai pukul 2.20 pagi tadi baru dapat reserve kan tiket. 5 seats ok. haha. roommates, mari kita enjoyyy!!! [lepas tu kita stay up study for exam eh :p]

google.com

Apr 5, 2010

clash of the titans


woah. tiga entri berturut-turut review pasal movie. actually bukan review sangat pun, tapi lebih kepada me-recommend. ok kali ini kita akan bercakap pasal movie clash of the titans yang merupakan movie yang sangat laku di panggung beberapa hari ini. asyik full house je. tapi finally dapat juga tengok. horay. daripada apa yang aku tengok la kan, movie ni persis percy jackson and the lightning thief tu. cerita pasal dewa-dewa, separuh dewa separuh manusia, dewa-dewa bergaduh. tapi, aku rasa clash of the titans is better. maybe sebab ada sam worthington (pelakon avatar) kot :p

pic: google.com

Apr 3, 2010

bagaimana melatih naga anda



google.com


aku tak tahu pun pasal movie ni sampailah member aku tanya tadi nak tengok clash of the titans atau how to train your dragon. since aku ini adalah fdragon, confirmlah aku pilih movie kedua tu kan. haha. so tadi kami pergilah layan cerita ni. pendapat aku, movie ni best, cute and funny. part sedih pun ada. aku sukaaaaaa sangat toothless (nama dragon tu). sangat sangat adorable. jadi korang yang tengah takde idea nak tengok movie apa weekend ni, bolehlah layan movie ni ok. highly recommended, mainly to people yang tengah stress gila.

enjoy your weekend.


Feb 27, 2010

farah in wonderland


oh, i can't wait to see this movie! alice in wonderland. kena tunggu 11 mac ni. erh, 11 mac? baru aku perasan aku balik kampung masa tu. adeh. nampaknya seminggu lepas tu baru boleh tengok.

aku sebenarnya dah lupa storyline cerita alice in wonderland. banyak sangat kisah-kisah dongeng yang ada dalam kepala otak aku, termasuk kisah diri sendiri lagi, haha :p tadi aku ada tengok trailer filem ni, rasanya version ni macam scarier je. fyi, ada anne hathaway jugak. tapi dia nampak pale dan pelik sikit seperti gambar dibawah;


okeylah. sehingga bertemu lagi. [pictures: google]

Feb 26, 2010

valentine's day

aku dah layan movie ni tadi kat gsc pavilion. movie yang sweet dan comel. aku suka. barisan pelakon semua yang tip top. memang best dan tidak menghampakan aku. cuma taylor swift nampak gedik gila dalam movie ni. haha pelik pula aku tengok.


ashton kutcher sangat hot ok dalam valentine's day. bradley cooper pun hensem, tapi sayangnya dia adalah kurang lurus dalam cerita ni ahaha :p kalau yang pompuan pulak aku suka jennifer garner ngan anne hathaway, lawa siot.


pictures: google


Feb 11, 2010

the spy next door

tadi aku ngan roommates pergi layan movie kat *** macam tak percaya je tadi tak de barisan panjang pun kat gsc *** huhu. selama ni orang punyalah ramai yang amat menonton wayang kat situ, tetiba hari ni sunyi sepi. kemana kah semua orang? sudah balik kampung kah? ;p tujuan kami pergi menonton wayang [eceh, ada tujuan tu] adalah untuk lupa kejap pasal assignment. so kami pilih untuk tengok the spy next door. seriously, movie ni sangat best! kami ketawa non-stop, dan maybe ketawa paling kuat kot dalam cinema tadi. haha.

the spy next door, highly recommended untuk sesiapa yang tengah stress. o yeah

aku tak letak poster the spy next door kat sini sebab ada gambar ba-bee.

eh, macam skema pulak guna kami instead of kitorang.

pic: google.com

Feb 6, 2010

sherlock holmes

baru tengok cerita ni kat cinema hari tu. not bad lah. mula-mula aku pandang poster sherlock holmes [bukan yang ini], aku ingatkan lead actor dia adalah hugh jackman. rupanya bukan. adeh. lebih kurang je muka dengan mamat ni [sekali pandang jelah, dua kali pandang tak sama pun haha].

tak sabar nak tengok iron man 2. ok farah, sila sambung buat assignment [tetiba] ;p

picture: downarchive.com

Nov 30, 2009

jom makan nasi kandar

punyalah lepas tengok papadom, terasa nak makan papadom. tak sempat-sempat nak tunggu balik malaysia :p lepas pergi tengok santa parade semalam, aku singgah angies kitchen. ada menu baru, nasi kandar. a bit pricey, tapi ada aku peduli? haha. ini dia;

IMG_4112

papadom sedappp!! oh btw, kalau nak cuba, sila jangan takeaway nasi kandar itu. makan je kat sana. encik a kata kalau tapau rasa dia macam lain sikit. ok choww [pic courtesy of encik aliff sobri]

Nov 26, 2009

satu bulan, dua adam, tiga botak

satu. adik aku tanya best tak new moon. aku cakap best, tapi tak sesuai untuk kanak-kanak. dia tanya balik, sebab seram sangat ke. aku senyap. bukan sebab tu, tapi ada sebab lain budak tak boleh tengok movie tu. u got what i mean. eheh. actually takde apa-apa yang melampau pun. saja je taknak bagi adik-adik tengok ha ha ha.

dua. aku minat gila kat adam lambert terutamanya waktu dia dalam american idol tu. bila dia kalah pada kris allen, aku antara orang yang bengang gila. bila dia admit dia gay, aku ok lagi. tapi lepas aku tengok performance dia yang ini, aku rasa persembahan dia disgusting lah. ewww tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur macam aku [boleh blah haha].

tiga. lepas aku tengok movie my fake fiance, aku rasa macam botak itu hot. erhh. m*w* tak masuk dalam senarai ok. haha. pelakon filem tu, joseph lawrence, bagi aku memang lebih hensem kalau dia botak. so encik a, sila pergi botakkan kepala sekarang! eh tak payaaaah [kang tak pasal dia pergi botakkan betul-betul].

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei