Sep 17, 2008

Brand, kualiti, cantik atau murah?

Okeh. entry kali ni nak bincang pasal brand, kualiti, cantik atau murah. Hehe. Biasanya sebelum beli pape tak kiralah baju ke, handbag ke, kasut dan what ever la kan, which one akan diambil kira? Based on my observation:

1. Brand - Ada sesetengah orang akan beli barang berdasarkan jenama. Maknanya kena tengok jenama yang bagus dan high standard baru dia akan beli. Kalau setakat jenama biasa2, pandang sebelah mata je. LOL. Kadang2 barang berjenama ni actually tak semuanya cantik pun (from my viewpoint la) tapi mahal sampai ratus2, ribu2...huu.. tak sanggup! Tapi la kan, kalau orang tu kaya sampai duit dah tak muat nak simpan dalam bank tu tak kisahla dia beli yg mahal pun.. yela kan, kalau tak, nak buat apa lagi dengan duit banyak2 tu?? LOL.

2. Cantik - Then ada juga yang tak kisahkan brand, janji barang yang nak dibeli tu cantik. Maknanya walaupun tu barang pasar malam atau golok mari ke, bantai je beli sebab cantik.

3. Kualiti - Ini pula jenis yang beli barang yang berkualiti. Maknanya tahan lama dan tak terlalu mahal. Sebab kalau berkualiti dan tahan lama ni at least kita boleh guna atau pakai dalam tempoh yang lama. So, boleh jimat duit.. hehe..

4. Murah - Hrm.. Kalau orang berduit, jika nak beli something of course duit bukannya masalah besar. Jadi, kalau pergi kedai just tengok mana berkenan, capai dan terus bawa ke kaunter tanpa check harga dulu. hahaha.. Tapi kalau orang yang kurang berduit ni, mesti akan cari tempat yang murah2 je untuk beli barang.. kalau melintas depan butik atau kedai mahal2 mesti seram sejuk nak masuk. betul tak? haha *macam berpengalaman pulak..LOL* Dan yang penting, kena tengok harga sebelum pilih. Bukan pilih dulu baru tengok harga =p


Photobucket
Photobucket
pictures credit to: jungle-life.com & fashionverbatim.net

*Note: Ada sesetengah brand yang mahal2 tu, nak sebut nama pun Farah tak reti..LOL
*Ini hanyalah pendapat semata2 + observation dan experience (^_^)

16 comment(s):

~ mizzAmy ~ on September 17, 2008 at 5:07 PM said...

~ kalau akak la, 1st sekali tengok brand. then, akak tengok plak kualiti barang tuh cemana. cantik jatuh ke-3. if kita satisfied semua tuh means kita tak kisah dia murah or mahal, kan? ~

Kapten Luffy on September 17, 2008 at 6:18 PM said...

Saya dulu tengok brand... tapi pengalaman brand pun kadang2 tak menarik...

So first saya tgk yg menarik tak kira apa brand, lepas tu kualiti.

Menarik tak ada kualiti pun tak best kan...

Pastu baru baru saya lihat harga dan brand.

Anonymous said...

Yang penting cantik... dan tahan lama.

Anonymous said...

yg penting sy tgk cantik then harga... sy kene la berjimat coz x kje gi kan..

Narina Joe "Najo" on September 17, 2008 at 7:47 PM said...

owh me pon ade buat entry about this b4..hehe...

for me i would put cantik/sedap mata memandang as a priority, then tgk harga. kualiti n brand most of the tyme are just extra credits for me...

jom exchange link! raya kt NZ eh...? hehe..=)

Anonymous said...

hemmmmm.....my answer will be quality..if have quality,it should have brand+cute also rite..but cheaper...kalu ade mega sale..blh la bli..hehehe^^

but if good in cheaper price, still have the quality,why should not u buy it rite?..

Encik Shino on September 18, 2008 at 4:46 AM said...

Ramai yg pilih brg yang ada branded sebb dah tentu kualiti die terjamin. Err..tp bg yang kurang mampu bleh gak pakai yg branded2 ni. pakai yg clone or made by siam. Murah dan bergaya sebijik macam The original wan lah.. hehehe The quality? hurmm kurengla..tp bleh la juz nak pakai kan?

dayah nuyi on September 18, 2008 at 1:26 PM said...
This comment has been removed by the author.
Jie on September 18, 2008 at 1:38 PM said...

pertama sekali kak jie tengok isi dalam beg duit..hehehehe..

tengok kesemuanya..tapi brand tu last la kot...

*SiRibenMerah on September 18, 2008 at 2:44 PM said...

hurmmm..
I akan tgk yg shedap mata memandang.. pasal brand, price I x kesah sgt.. kadang2 yg x de brand pon chantek jugak.. I tgk mana sesuai je.. Ikut kata hati.. hehehehe =P

ako on September 18, 2008 at 4:32 PM said...

beli yang termampu jek...mcm cakap org2 tua...ukur baju bdan sendiri...biar alah m'beli menang memakai...

Yana Ismail on September 18, 2008 at 5:34 PM said...

huhu..apa salahnya kalau byr mahal ckit,tp berkualiti kan dear?hikhik..

Izzatul Azma on September 18, 2008 at 6:24 PM said...

klo kte, mula2 tgk cantik..
dah tgk cantik, br tgk harga..hihi :P
pastu br la menda2 lain
brand x kisah sgt, tp tolongla jgn dari gucci jd pucci, dr beli yg centu, kte rela la amik yg tadep cop ape2 :P

klo dpt beli barang yg kualiti bagus, harga murah, cantik lak tu..mmg sukaa :D

pRincESs_N on September 19, 2008 at 1:39 AM said...

N prefer dpt brg y brand skit..brand y lowest level nyerr r...then cantek & murah....ssh tu nk dpt...al maklum laa..beblnje ikut kmampuan...

Nadia on September 20, 2008 at 5:19 AM said...

ermmm..bagi nadia kalau tgk brand ni maybe tgk brand yg agak2 low jugak tp still brand yang berkualiti..Yang kita tahu kualitinya sesuai dengan kite...as a student mesti kene tengok2 duit dalam poket kan? tp kalau dah keje tu bleh je skali skala nak beli yang mahal pun*wink*

Mrs. Amie on September 21, 2008 at 1:43 AM said...

hi farah,

saye suka yg brand & yg chantek!

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei