Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Mar 23, 2011

rojak

4 comment(s)

tajuk adalah rojak kerana ada macam-macam cerita.

satu. semalam keluar makan dengan aliff. aliff cakap dia nak bawa aku makan satu restoran ni, kiranya first time lah. aku kalau kedai makan yang takde pintu ni memang payah sikit, mulalah mata melilau ada kucing ke tak (ok aku takut kucing). sampai-sampai je, kami duduk (obviously) dan si waiter pun datang. ayat first yang aliff tanya budak waiter tu, "kat sini ada kucing tak?" then you know what, muka budak tu  memang tak boleh blah, mesti dia ingat kitorang nak order kucing goreng paprik. HAHA. 

actually aliff tanya tu sebab dia nak tahu kat situ ada banyak kucing suka kacau orang makan ke tak sebab ehem, tunangnya ini takut gila dengan kucing. 

dua. dalam rumah sudah bertukar warna. haruslah kena ikut tema wedding aku. susah payah umi abah adik-adik aku gotong-royong mengecat. thanks korang. tak sabar nak balik rumah! (tengah countdown berapa jam lagi nak sampai hari khamis)

tiga. cuti seminggu yang lepas aku dah pergi butik pengantin. the one yang aku ambil adalah di kubang kerian. butik itu takde fb, mahupun blog so aku tak dapat nak bagi link. aku tak tahu macam mana hasil kerja diorang tapi hopefully semua berjalan lancarlah insyaallah. so far semua dah finalized, kecuali warna-warna bunga untuk dais. akan jumpa mereka sekali lagi dalam pertengahan bulan april untuk fitting dan finalize warna bunga. 

Feb 11, 2011

update

0 comment(s)
setelah beberapa hari, akhirnya aku baru dapat online. fyi, alhamdulillah aku dan aliff both dapat mengajar kat sekolah di tumpat, kelantan. sekolah kami lain-lain, tapi masih dalam area yang sama. yang bestnya dekat dengan kota bharu, so boleh pergi shopping! yippiiii (duit gaji bukannya dapat lagi haha). nanti aku akan stay kat asrama, insyaallah akan pindah sana dalam minggu ni. dan lepas kami dah kahwin barulah cari rumah sewa kat area situ. hmm sedar tak sedar ni dah nak masuk pertengahan bulan 2, lagi 4 bulan majlis aku. huwaaaaaaa. belum ready ok. kain baju nikah pun belum hantar tailor lagi. sekarang masih tak sempat derr. aku sekarang tengah cari baju untuk majlis kahwin sepupu aku. majlis dia bulan tiga ni. tak sabar nak tengok. at least boleh belajar lah apa-apa yang patut. 

oh yes, untuk baju nikah nanti, aku dah beli plain white chiffon sebagai lining dan skirt. memang chiffon tu jarang, tapi apa susah, inner kan ada :p insyaallah kalau tailor boleh jahit, aku nak design ni:

source: google

Feb 1, 2011

apa kes?

0 comment(s)
satu.
seharian aku duk depan pintu rumah sebab nak tunggu parcel. skynet ni pelik lah, apasal tak hantar je ke pintu rumah aku. aku bayar postage mahal-mahal. alih-alih diorang call suruh amik kat office. cisss. dah banyak kali kena macam ni. baik guna poslaju je, dapat terus. oh ya, parcel apa yang aku tunggu? kad kahwin aku! dah siap yuhuu. awal gila kan. lols. tapi entah lah macam mana rupanya. petang ni baru abah pergi amik. nanti aku update lagi okay. 

dua. 
aku baru lepas baca status-status coursemates kat facebook. sesiapa yang dapat johor dah dapat tau sekolah masing-masing. yang jpn kelantan ni, usahkan nak bagitau sekolah, daerah mana pun diorang tak nak bagitau. ish  sabaaaar jelah. 


satus sekarang: 

kad kahwin: checked.

Jan 17, 2011

im back!

0 comment(s)
pheww. baru jumpa internet selepas beberapa hari. aku ke kl, berjanji dengan aliff untuk cari barang-barang hantaran setakat mana yang boleh dicari dan juga setelkan pasal baju pengantin etc. sale memang besssttt! insyaallah kalau aku rajin nanti aku update pasal pencarian barang ni dalam next entri.

actually entri ni aku nak cerita pengalaman naik bas ke kl. lama gila dah tak naik bas long distance. since aku pergi dengan tokma aku, so malaslah nak naik flight. kang gayat lak tokma. haha. malam tu naik bas ekspres perdana yang bukan dua tingkat. aku boleh imagine how scary it is kalau naik yang dua tingkat tu. seat kami dua dari depan, boleh nampak jalan. malam tu memang aku tak boleh nak tidur langsung (walaupun sangat mengantuk) sebab berdebar gila. lebih-lebih lagi bila sampai kat area merapoh-kuala lipis. ya allah, jantung memang berlari laju kalah naik superman ride kat gold coast. lagi menakutkan bila nampak banyak signboard, awas kemalangan maut. uuuu mau pengsan!

lepas tu tokma kata, jangan fikir bukan-bukan, pejamkan mata dan buat taktau je. ajal maut allah tentukan. betul betul betul. tapi still, aku tak tidur sampai ke sudah. alhamdulillah, dah selamat sampai rumah dah pun.


taken from completewellbeing


pengajaran untuk aku: jangan pilih seat depan bila naik bas :p

Dec 30, 2010

update

0 comment(s)
aku bercadang nak tulis pasal butik-butik pengantin yang ada kat kelantan ni. sebab aku dah pergi banyak tempat dan bolehlah nak review sikit-sikit. tapi sekarang kesihatan tak mengizinkan (pergi survey sampai demam-demam :p) so aku postpone dulu lah ye.

bussiness pun semakin lebat sekarang ni. alhamdulillah. customer ada banyak jenis, banyak ragam. thank god sekarang aku dah lali, boleh bertenang kalau customer komplen atau request apa-apa yang bukan dalam bidang kuasa aku. yang penting, sabarrrrrr. hehe

ok jumpa lagi di lain entri.

Nov 7, 2010

jalan-jalan sabtu

0 comment(s)
hari ini seharian keluar berjalan. pergi sunway, konon nak shopping baju sehelai dua dan handbag murah. ok, i got my black cardigan. finally dapat yang betul-betul macam aku nak. aku dah banyak beli cardigan, mostly beli online masa kat auckland. tapi semua hampeh. ada yang besar kat situ, kecik kat sini. ada yang kecik kat situ tapi besar kat sini. pendek kata, semua tak kena. nilah nasib orang kurang kurus, sobbsss.

masa nak membayar tu, gigil-gigil tangan hulur duit. masa tu masih terfikir nak beli ke tak. sampai cashier tanya nak plastik bag pun aku cakap taknak. tak sedar punya pasal. aku plan nak beli yang murah-murah je. tapi terpaksa la beli jugak, sebab lepas ni mesti susah dah nak jumpa yang kena dengan cutting aku. lepas tu, jalan lagi mencari handbag murah. and yes, i found the RM20 handbag and i love it.

so untuk lunch kami pergi makan kat wendy's. teringin nak masuk wendy's masa kat auckland lagi tapi takhalal so terpaksa lupakan. tup tup kat malaysia pun ada, so apa lagi trylah sekali. beef burger dia sangat enak dan mengenyangkan. dan kalau ke wendy's jangan lupa order jr.chilli. aku taktau apa benda tu, tapi it looks/tastes like kuah pasta. sedap, not bad. tapi bagi penggemar kuah pasta macam aku, kalau boleh nak tambah gula sikit kasi ada flavour (dasar orang kelantan!!!) lols. takdelah, aku tak suka lauk manis. jangan generalize semua orang kelantan kalau masak mesti manis ok. takde maknanya.

balik bilik, lepas maghrib sambung berjalan lagi. nanti aku cerita dalam next entri. nak pergi transfer gambar kejap.

Nov 6, 2010

rapu-rapuan

0 comment(s)
raya haji
bosan. orang lain dah balik kampung. aku je terkebil-kebil sorang-sorang kat bilik. oh nope, im not alone. ada fizah yang menemani. dan aliff jugak (cuma dia kat bilik lain lah ehemmm). tak sabar nak balik, nak beraya. dah lama tak raya haji. dah lama tak jumpa lembu, selalu jumpa dagingnya sahaja. lols.

strong heart
ok, semalam dah download beberapa episodes strong heart. seronok layan strong heart. lawak gila. kalau tak pecah perut tak sah. kesian perut aku. oh fyi strong heart tu one of the korean tv shows.

yahoo messenger
aku rasa skill ym aku bertambah-tambah semenjak seminggu lepas. semakin competent nampaknya menggunakan ym. betul lah apa yang fizah cakap. haha. nak tau kenapa? sebab pagi petang siang malam kerjanya ym saja. bukannya dengan orang jauh pun, orang dekat je. kuang kuang kuang.


ok dah habis merapu. bye.
ada shawls baru kat blogshop aku. abaikan muka model yang dah diblurkan tu. haha

Jun 2, 2010

mesin cheque

alhamdulillah cheque nuffnang aku dah di-clearkan. btw dalam entri ni aku bukannya nak cerita pasal earning, trafik, dan bla bla bla. aku nak cerita pasal kemudahan untuk clearkan cheque bagi sesiapa yang ada akaun cimb. sebelum ni aku biasanya clearkan cheque kat bank, tak tahu pulak cimb dah ada mesin khas untuk terima cheque. aku baru balik malaysia, so aku memang tak tahu.

hari tu disebabkan malas nak beratur panjang kat bank, aku dan aliff usya la mesin tu. risau jugak sebab first time nak cuba kan. kang salah buat, tak pasal terbang gitu je duit aku. lepas baca a few instructions, baru yakin sikit. senang je sebenarnya. huhu, jakun :p

yang penting kena simpan resit dan borang salinan tu in case ada apa-apa berlaku. ok. adios

May 28, 2010

internet

internet kuota ada 40gb untuk diguna oleh empat orang. nampaknya this week sebelum cuti sem kena jalankan aktiviti mendownload secara habis-habisan. kalau tak guna, buat rugi je bayar.

cakap pasal internet, so far guna w1max ni okaylah performance dia. hari tu kitorang guna sampai dah habis limit. tinggal 0GB, tapi aku masih boleh download lagu, video dan tengok drama online. boleh tahan laju jugaklah. walla!

nantiiii bila dah kena posted ke rural area kang ada internet tak agaknya? macam mana aku nak update blog. isk TT

May 20, 2010

zooey vs katy perry

semalam layan movie yesman kat laptop. kelakar gila. tapi aku tengok separuh je sebab ngantuk sangat. tak larat nak sambung. dalam movie tu, adalah heroin ni kan. muka dia sebijik macam katy perry. masa tu aku dah agak tu bukan katy perry, cuma pelakon lain yang resembles dia. i was so curious, then aku googled. nampaknya bukan aku jelah yang fikir macam tu. rupanya memang dah lama dah orang kata mereka berdua ni seiras. aku je tak tahu. sebab aku bukan layan sangat pelakon-pelakon mat saleh ni :p


tengok gambar macam tak nampak sangat. kalau tengok zooey dalam movie memang ketara kot muka dia iras katy perry. atau katy perry yang iras dia. either one. haha.

pic: google.com

May 18, 2010

rosak rosak


dah terkeluar urat wayar dah nampaknya si earphone ni. memang nak kena ganti baru ni. heh. masa pergi time square hari tu, ada ternampak earphone yang comel-comel. bentuk pil ada, macam-macam lah. harganya rm25.90. tengoklah nanti nak pergi sambar satu, bila earphone sebelah kiri pulak yang rosak. hehe :p

May 16, 2010

happy teacher's day

gambar masa kat auckland, newzie. see? cikgu aliff adalah cikgu yang rajin. siap duk tolong budak kat belakang tu. cikgu farah tau nak tangkap gambar je kerjanya. [masa tu aku dengan aliff ada dalam kelas yang sama]

hari guru tahun depan, bolehlah aku celebrate hari guru kat sekolah. nyanyi lagu Kami Guru Malaysia bersama cikgu-cikgu lain. selama ni tengok cikgu aku yang perform, tahun depan turn aku pulak join sekali yeayyy. baiklah, selamat hari guru kepada semua guru! ♥

May 11, 2010

killing me softly

tahun ni aku layan rancangan mentor tv3. mentor dan protege ramai yang hebat-hebat. baca reviews pun ramai yang kata protege season ni mantap, so teringin lah nak tengok. sadly kat sini takde tv kat bilik jadi layan mentor kat tv3 online.

imo, untuk episod pengenalan aku rasa takde yang outstanding pun. faham la kan, mereka baru lagi. ila damiaa [protege joe flizzow] tu pun macam pelik sikit bila dia perform unfaithful. tapi untuk second episode, aku rasa ila sangat best. macam professional okay bila dia duet dengan joe untuk lagu killing me softly. heh. aku ada baca komen kat forum, katanya tone suara ila tu biasa-biasa saja. stok suara budak karaoke. i was like ???! bagi aku dah sedap dah dia nyanyi. hmph, we'll see.


Apr 26, 2010

sweeeet

tadi someone belanja aiskrim sebab nak bagi semangat kat aku untuk siapkan assignment cepat-cepat. heh. thank youuuuuuu!!



grrrr teruknya kualiti gambar kamera handphone ni. oklah, tak sabar nak habiskan assignment terakhir ni. fighting!

Apr 23, 2010

si kasut hitam


tanda-tanda off task semasa kuliah selain tidur ialah snap gambar secara random ataupun main game. haha. aku jarang tidur masa kuliah, kalau setakat terrrpejam mata tu adalah. sebab aku hanya boleh lena atas katil. ceyy

fyi ini adalah gambar masa bulan januari. cuba bayangkan kasut hitam tu dah jadi macam mana. [point kat sini, aku nak kasut baru!]

ok. selamat malam.

Apr 19, 2010

main tembak-tembak


tengah usha game apa nak di download. dah bosan dah dengan game sedia ada. zuma deluxe tu aku dah main selama empat bulan lebih, setiap hari ok. tapi sampai sekarang tak menang-menang. masih duk level 9 (final) jugak. yang paling mendukacitakan, adik aku nadiah main (selepas terliur tengok aku duk main zuma) tak sampai dua hari pun dah menang. haish. tercalar reputasi aku. haha.

masa duk usha tadi, aku notice sangat banyak game hidden objects tu. cuma tukar nama dan storyline je. muak aku tengok. hmm sampai sekarang tak download lagi game baru. agaknya nak suruh aku stop main game dan buat assignment. ye ye. nak buat assigment la ni.

pic: google.com

Apr 16, 2010

kembar dato' siti nurhaliza


aku baca one of the comments dari peminat dato' siti nurhaliza katanya katie steven (peserta american idol) ada iras-iras dato' siti. so aku dengan curiousnya pergi google gambar katie steven. pendapat aku, sekali pandang mereka berdua ni memang seiras, especially part smile tu kot. empat kali pandang rasa macam tak sama sangat. eheh. nak tengok gambar lain, sila google ok.

pic: google.com

Apr 12, 2010

teacher farah nak cakap sikit

aku baru lepas menulis surat rasmi dalam bahasa melayu. dah bertahun-tahun tak buat, so rasa a bit awkward. kenapa tetiba kena tulis surat pula ye?biarlah rahsia :p tapi sah sahla bukan surat cinta ok, sebab surat cinta perlu ditulis menggunakan format surat tidak rasmi. dengar tu adik-adik. HAHA.

oh another hectic week. minggu ni banyak benda kena siapkan. harap-harap migrain jangan datang lagi.

kebelakangan ni ada dua tiga lectures dan talk yang duk cakap pasal situasi yang bakal kami hadapi bila dah betul-betul start mengajar nanti. dan basically apa yang mereka tunjuk dan explain itu adalah bad things. rasa macam menakutkan pulak nak involve dalam teaching profession ni. students bunuh cikgu lah, etc. tapi what to do? perjuangan harus diteruskan. eceh.

oklah, jumpa di lain waktu.

Mar 26, 2010

gambar-gambar

dah lama tak transfer gambar dari handphone ke laptop. sebabnya usb cable aku hilang. dah usha kat lowyat hari tu. harganya seketul dalam RM35. kalau sepuluh ringgit aku dah beli dah. nasib baik cik ainul ada handphone baru, nokia jugak. so pinjam dia punya cable. thank you babe. geledah folder pictures rupanya banyak gila gambar. ada gambar tu aku taktau pun kewujudannya. gambar bawah ni adalah dipilih secara random.

helmi's artwork. dia pun layan you are beautiful ok :p


off task waktu kursus kahwin hari tu. so main snap-snap


aku order kiwi juice aku dapat kiwi puree. errrk


seorang budak yang tengah bahagia sebab kakaknya telah belikan pensel warna. dia ni pandai je, dia nak pensel warna yang di design untuk budak-budak kidal [sebab dia memang kidal]. bila tanya, mana adik tau? dia cakap kat tv ada tunjuk. ceh, pengaruh iklan. haha

Mar 22, 2010

teman baru

aku ada teman baru. namanya cik kip. aku jumpa dengan cik kip petang tadi, kat carrefour. aku dah bawa dia balik bilik. aku decide nak kawan dengan dia sebab dia best. kalau aku tak kawan dengan dia, nanti aku stress. asal malam je aku stress sebab panas. sikit-sikit terjaga sebab panas. panas panas panas. jadi aku decide untuk cari cik kip kat carrefour and i found it! o yeah.

baru ambil gambar cik kip. tapi tak jadi nak upload sebab kalau ada warden google "budak i*** simpan cik kip dalam bilik" naya aku nanti. tak pasal aku kena berpisah dengan beliau. kuang kuang kuang.

kalau tak faham, sudah :p

erh, macam tulis esei untuk upsr. rasanya budak darjah enam pun lebih hebat daripada aku.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei