Jan 16, 2009

Kerja oh kerja

Penatnya. Ku baru je balik dari interview kerja. Penat sebabnya ku berlari2 kesana tadi. Haha. Almaklumlah dah terlambat. Isk3. Sampai kesana, terus dipanggil interview dan interview tu tak sampai 5 minit pun. huhu. Rasa2nya ni adelah interview paling singkat dalam hidupku. Tapi tak sure lagi dapat ke tak. Al-maklumlah rasanya masa cuti macam ni memang ramai students nak buat part-time job. Hopefully, nasib ku baik, insyaAllah.

Actually dari tahun lepas ku mencari kerja sambilan. Penah kerja sekali sebagai housekeeper. Housekeper rumah orang. Hoho. Tak pernah2 ku kerja housekeeper sebelum ni. Bos mase tu orang Malaysia, bini dia minah saleh. Tapi ku kerja kat situ tak lama, sebab jadual kelasku yang sampai ke petang tak mengizinkan ku teruskan kerja tu. Isk isk. Sekarang ni, masih memburu kerja. (aih.. macam memburu cinta pulak.opsss.haha)

Bercakap pasal kerja ni, ku ada banyak pengalaman jugakla kerja part-time ni. Hoho. (takla banyak sangat sebenarnya). First time kerja adalah sebagai shop assisstant kat koop sekolah. Macam2 jugakla kena buat. Tapi enjoy la. sebab ramai budak2 sekolah tu yang kukenal. Kadang2 rasa nak marah, kadang2 rasa kelakar pun ada.

Student A: Kak, saya nak fotostat boleh? Tapi kak jangan marah pulak.
Farah: Boleh, memang boleh.hehe. Nape nak marah pulak.Tapi, mana kertas nye?
Student A: Saya nak fotostat tapak tangan saya ni. Teringin la kak.
Farah: Wahahahaha. Gila ape. Tak kisahla, janji bayar. 20sen!!
Student A: No problem. Hahaha. *Gelak bersama geng2 dia, psycho betul*

Farah: Ni nak ape pulak ni? waktu rehat dah habis lah. Pergi masuk kelas.

Student B: Taknak. Akak cium saya dulu baru saya masuk kelas.

Farah: (OMG, pervert gila budak ni. nak kena terajang ke ape?)
Cikgu: Eh eh awak, ape lepak2 kat sini ni. Takde kelas ke? (Cikgu ni sebenarnya ayahku.hikhik)
Student B: Nak masuk kelas la ni cikgu.
(Padan muka budak ni.haha!)

Kemudian, masa kat IPBA, ku pernah kerja kat fast-food restaurant kat Midvalley. Ade sape2 pernah pergi Long John Silvers? Sebelah sushi king rasanya. hihi. Kerja kat situ oklah, tapi taklah hari2. Kecuali cuti seminggu atau lebih, memang muka ku yang menjaga kaunter/cashier dari pagi sampai petang. Tapi taktahan penat la. Sebab kena berdiri lama. Hadui.. Tapi, mana ada kerja tak penat kan? hehe. Kalau ada, tolong recommend =p

27 comment(s):

nadia-ady on January 17, 2009 at 3:45 AM said...

heheh...farah,nadia selalu lalu kat long john silver tu tapi tak pernah masuk pun. Belum pernah try lagi. hihihi

best kan kerja sambilan ni. Disamping dapat duit, pengalaman yg kita dapat pun boleh membantu kita menguruskan kehidupan kita(Ececeh!). Terutamanya dari segi emosi kot.heheh

contoh kerja yang tak penat: telefon receptionist.hihihi..Tapi giler bosan la kalau keje macam tu..ngeh3x :D

Farah Aminuddin on January 17, 2009 at 3:48 AM said...

selalu lalu? haha. bile tu start lalu. hehe.yelah, kalau pegi midvalley mesti lalunye restaurant tu. haha.

tula kan. balik mesia, nk wat part time telephonist.hahaha

MrYusSmile on January 17, 2009 at 5:34 AM said...

hahaha..dasat2...budak baik Fara ni..
rajin orang nye...
nakai pun dia jugak..
banyak songehpun dia jugak..hahaha..
tapi yus suka smua tu sbb yus pun banyak songeh jugak..wakakaka..
apa2 halpun..segala yg kita lalui sblm ni..sweet2 belaka..huhu

Farah Aminuddin on January 17, 2009 at 5:54 AM said...

hahaha. tau xpe. yus lg byk songeh. hehe. JK.~

betul2. mase berada dlm situasi dulu2 tu, rs xbest, bile kenang blk, mmg seronok..

diya on January 17, 2009 at 1:47 PM said...

wihihi. yang nak photostat tangan tu yang tak menahan nya. nak buat apa lah ngan tangan die tu agaknya =p

moga2 farah dapat kerja tu ye. amin.

aki on January 17, 2009 at 1:53 PM said...

farah...tkr layout lg eh....nie dapt keje mana lagi neh..hehehe

Farah Aminuddin on January 17, 2009 at 4:48 PM said...

diya>> haha. tula pasal. budak2 nakal mmg camtuh. tak kisahla, janji dia bayar. haha.
btw thanks.

aki>> selagi tak puas hati ngan layout blog ni selagi tu nak tukar. huhu. keje? adelah somwhere.. hehe

nadia-ady on January 17, 2009 at 5:04 PM said...

hoho..start lalu-lalang kat sana start masuk upm.tahun 2006 camtu...err..nanti nadia nak p tanya supervisor kat sana "kenal tak farah aminuddin, dia kat nz sekarang on da way jadi cikgu BI" hihihihi...gurau je =p

p/s: receptionist tu tak berapa mencabar keje dia..kalau part time kira ok kot..ngeh3x...

Farah Aminuddin on January 17, 2009 at 5:11 PM said...

mesti kenal punye. hahaha. kat situ kene speaking la ms keje. haha. kelakar. receptionist x mencbar ek?
errr kalau kt malaysia, mungkin x mencabar. tp kalau kt nz ni, keje tu mmg mencabar. sebab slang english kite lain dgn slang english org new zealand. huhu

ad3ck on January 17, 2009 at 5:13 PM said...

da kerja nnt jgn lupa belanja kawan2. ehehe. selamat dan gud luck! ;)

Farah Aminuddin on January 17, 2009 at 5:50 PM said...

belanje? huhu.insyaAllah. thanks2

Princess Liyana on January 17, 2009 at 8:14 PM said...

alaahai..moga dpt kerja yg diidamkan itu ek dear~huhuhu..good luck!

Farah Aminuddin on January 17, 2009 at 10:35 PM said...

thanks ena~

yOnnA on January 18, 2009 at 3:16 AM said...

farah,nape pelik blog farah ni?
haha tak abeh renovate lg eh?

ngee
yonna pon tgh cr keje :p
ade tak kat aussie sane?
meh bg kt yonna hahhaa

S h i n o on January 18, 2009 at 4:43 AM said...

Kerja sekarang men boleh pilih2. Sbb susah sgt nak dpt kerja.

Sy dlu pn pernah keje cuci akuarium kat kedai ikan. Tp xpelah, at least dpt duit lepas isi minyak motor pn ok.. :)

Farah Aminuddin on January 18, 2009 at 3:51 PM said...

yonna>> haha. same2 la kite mencari keje.hehe

shino>> tula, at least ringn sikit beban kalau wat keje part time

dakchomey on January 18, 2009 at 5:10 PM said...

huhuhu..fara pown duty kat koop skola gak..ble pk2 lawak pown ade ble layan kerenah bdk2..

Farah Aminuddin on January 18, 2009 at 5:13 PM said...

huhu..yeke dik. banyak songeh kn budak2 ni.haha

Adry on January 19, 2009 at 12:39 PM said...

owh... banyak jugak la pengalaman kerja tu... hehe

Princess Liyana on January 19, 2009 at 2:27 PM said...

Moga smuaa yg terbaik utk kamu dear;)

sweethOneY on January 19, 2009 at 4:53 PM said...

oooooooooooooo
study kt IPBA ke dlu
ade kwn kt sana, slalu g :D

dzalfina on January 19, 2009 at 5:30 PM said...

interview kerja apa>?
LJS mmg sheddapppp

Farah Aminuddin on January 19, 2009 at 6:11 PM said...

dzeti>> haha. tau la reg customer =p

adry>> agaklah.. hehe

liyana>> thanks kamu~

izza>> yup2. i cam ur friend tu

~ mizzAmy ~ on January 20, 2009 at 3:23 PM said...

~ akak tak pernah pun kerja part time. akak mula bekerja masa akak dah abis study. ~

Farah Aminuddin on January 20, 2009 at 6:26 PM said...

mizzamy>> hehe. takpela kn. dpt keje terus keje yg best2.hehe

MiSZuE on January 21, 2009 at 6:31 PM said...

hahaahha..boleh plak nk fotostat tangan yek..laki ke pompuan tu..klu laki nk ngorat kot huhu

Farah Aminuddin on January 21, 2009 at 7:08 PM said...

boys mmg cmtu kot. nakal. haha

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei