edward cullen tak suka mandi

Salahke lelaki grooming?

Aku rasa tak salah. Tapi biar berpada-padalah. Kalau setakat menjaga kebersihan diri, menjaga kehenseman diri, aku boleh terima, aku suka. Normal lah tu. Takkan kau nak lelaki yang busuk tak mandi 2, 3 hari [yuck!] keluar dating bersama kau kan? Eh eh, ada orang kata Robert Pattinson [the sexiest man alive] termasuk dalam golongan lelaki tak suka mandi! nooo. aku tak percaya. kalau betul pun, aku tak percaya jugak. muahaha.

Aku tak faham, ada sesetengah orang bila lihat lelaki tengok cermin betulkan rambut terus mereka cop sebagai gay [as in lelaki suka lelaki]. Gila apa? Sedap-sedap mulut kau je eh?

Note: Kalau lelaki tu sampai ke salon berjam-jam kalahkan perempuan, itu aku pun meluat.


kristen stewart + rob pattinson = gambar diatas. siot betul. haha [credit: morphthing.com]

18 comment(s):

Faizal@poyan said...

salam farah..
harap farah sihat... emmm saya pun setuju apa salahnya lelaki nak jg penampilan kan lelaki sekara maskulin

Farah Amin said...

salam :)

heee

Diya Kamaruzaman said...

Yash. Itu gambar editing memang tak bleh blah. Walaupun diya tak kenal sape Kristen, tapi gambar tersebut nampak sooo bapok lahhhh. Ngahaha.

Farah, kadang ada lelaki lebih pandai grooming pada perempuan. Terutama yang sangat peka pada kebersihan lah. Kalau spesis tak mandi tu, huhu no komen.

P/s-Apa yang diya tahu lah kan, ada sesetengah chinese people tak suka mandi. Kepercayaan diorang yang buat mereka tak mandi. Mungkin kalau betul Edward tak suka mandi, dia ada reason tersendiri kot. Huhu.

Farah Amin said...

haha tak leh blah kan? sape la yg photoshopkan mereka tu. haih. haha

erh.. yeke diya? tatau plak mcm tu. tp tak selesa la kalau tak mandi. melekit eww. haha

farah bc kt mag, org ckp robert pattinson tak suke mandi, tapi dia menafikan. ngeh3.

nadia-ady said...

nadia pun tak caya gak rob patinson tak suka mandi. Tak kira, tak nak percaya. muahahahha!!!

adeh, muka rob pattinson hensem2 dah jadi gitu, dah serupa macam gay la pulak. Adeh...

nadia tgk muka tu, more tu kristen. Sebab raut muka kristen macam pelik sikit. Lain dari minah saleh yg lain..hoho

Farah Amin said...

tulah, frh rs muke kristen lg obvious dlm gmbr tu. haha.

As said...

ngeh3
sengal gambar tuh :D
tp semua yang farah cakap semua betul
manusia semua tak suka org selekeh, tp kalau org nak kemas2 smart sikit dah perli2
haih
hehe

kalau selekeh kena kutuk, kalau smart pun.Yosh
sabo jelah :D

btw kalau berlebihan tu mmg nak kna sekeh. heh

Zamz said...

dia tak mandi sbb tu ensem ekekek

Farah Amin said...

as: kannnn??? semua tak kena. haih. btw farah suka la as guna "sekeh" tu. comeeel. hahaha

zamz: huhuhu. boley plak

Monkey D Luffy said...

cancel ler aku nak g salon

momentinlife said...

edward cullen xsuka mandi??

xpe, aku masih teruja tgk twilight yg ntah ke brp kali dah.. =p

Farah Amin said...

momentinlife: haha.betul3. btw vampire mn leh mandi. haha

monkey d luffy: eleeeeh ;p

♥princess bongbong♥ said...

iyaks....xmandi...bucuks!!

Farah Amin said...

kan???? haha ;p

Diya Kamaruzaman said...

Err Edward ngan Robert tu orang yang sama ke? Ngahahaha

Farah Amin said...

aah org yg sm. haha

DilOt said...

ahh..xkire ku tak percaye gak...muahaha...

eee...selambe kodok je edit gambo die jd mcm tu...baik2 ensem jd bapok lak..aiishhh....

Farah Amin said...

haha. selamba kodok? kelakar gila