Showing posts with label auckland nz. Show all posts
Showing posts with label auckland nz. Show all posts

May 10, 2011

a, saya rindu awak

0 comment(s)
a for auckland.

IMG_0342
comot dan tembun :(((

sangat sangat jeles tengok gambar member-member yang attend konvo kat auckland *sobbbs. aliff, jom kita pergi new zealand! nak pergi sekarang jugak! HAHA. gilo, dahlah sepuluh jam atas flight, sakit habis urat punggung aku. actually kalau tak disebabkan majlis kahwin aku bulan jun ni, memang aku ada bercadang nak bawa umi dan abah pergi auckland masa aku konvo. tapi, aku kena utamakan dulu apa yang perlu diutamakan iaitu wedding aku. so, plan untuk ke sana telah dibatalkan. 

takpelah, pergi konvo kat kuala lumpur pun jaaaadilah. 

May 16, 2010

happy teacher's day

gambar masa kat auckland, newzie. see? cikgu aliff adalah cikgu yang rajin. siap duk tolong budak kat belakang tu. cikgu farah tau nak tangkap gambar je kerjanya. [masa tu aku dengan aliff ada dalam kelas yang sama]

hari guru tahun depan, bolehlah aku celebrate hari guru kat sekolah. nyanyi lagu Kami Guru Malaysia bersama cikgu-cikgu lain. selama ni tengok cikgu aku yang perform, tahun depan turn aku pulak join sekali yeayyy. baiklah, selamat hari guru kepada semua guru! ♥

Mar 24, 2010

cadbury dairy milk roast almond

aku lega. bukan lega sebab baru keluar toilet tapi lega sebab dah hantar draft ltp kat ma'am. at least aku dah siap lah 70% sebab dah kena push dengan lecturer. kalau setakat nak harapkan intrinsic motivation, berzaman lah nak tunggu aku siapkan.


semalam aku pesan kat cik daisy sebongkah coklat cadbury. punyalah bertahun aku tak beli coklat tu kat malaysia, so i wasnt really aware of the price. ingatkan masih lagi harga serupa dengan tiga tahun lepas. kalau naik harga pun sikit-sikit je. rupanya sekarang dah dua belas ringgit? whattttttt? nampaknya aku takkan makan coklat dah lepas ni [which is good for me] haha.

tetiba rindu foodtown kat auckland.




Feb 1, 2010

hai, nama saya summer

masa kat auckland hari tu kan aku ada beli dua barbie dolls untuk aleeya. satu besar satu kecik. ini dia yang temporary tu [kecik]. nama dia summer. macam hidup pulak aku tengok dia ni. errrr ;p

IMG_4302

lepas si aleeya ni dapat barbie ni. dia terus main lah kan. yang tak tahan tu, sambil main siap speaking omputeh bagai. mentang-mentang dapat barbie new zealand. hahaha.

Dec 3, 2009

bukan awan dania

aku sekarang tengah terbang tinggi di awan.

bye bye auckland


hi malaysia!


T_T

[ambiguous ni, nangis sebab tinggal auckland, atau nangis sebab nak pulang ke tanahair. haha]

pics: flickr

Dec 2, 2009

time zone

hari tu masa tunggu flight dari christchurch ke auckland, kami pergi menghabiskan duit kat time zone. eheh nak kill time punya pasal [sampai airport awal sangat]. aliff cuba lah main mende alah yang tangkap soft toys tu. banyak kali cuba, tapi failed ;p THEN masa birthday aku itu hari, kami masuk time zone sekali lagi. akhirnya;

dapat jugak!! mereka adalah characters dalam movie g-force. suka suka. haish sebelum ni punyalah payah nak menang, hari tu senang-senang je dapat. maybe sebab birthday aku agaknya haha. masa main game tu, ada budak-budak comel datang kerumun kitorang. excited betul mereka.

oh ya, secara rasminya dua soft toys tu menambahkan koleksi hadiah birthday dari beliau. p/s *kaknoi, itulah hamster saya. fake pun jadilah. nak bela yang real kang tak tertanggung pulak :p [pics: my collection and entertainment wallpaper]


Dec 1, 2009

takut tak takut tak

omggggg hari ini dah first of decemberrrrrrrrrr!!!! lusa dah nak balik malaysia. huwaaaa. banyak benda lagi aku nak buat ni. sobsss. modem akan dihantar esok. so maybe aku takdapat nak berinternet sehari dua ni. sampailah aku balik malaysia. how sad.

motif utama entri ini adalah nak cakap yang aku sekarang gila anime. tadi aku layan ga-rei zero. sampai habis semua episod dia aku tengok. tak banyak mana, dua belas aje pun. kalau real drama/movie jangan harap aku gigih nak melayan cerita pasal exorcists, supernatural etc. disebabkan ianya anime, hantu nampak tak menakutkan pun, so beranilah tengok hahaha.

baiklah mahu tidur dah. selamat malam semua :)

Nov 18, 2009

selamat tinggal ku mengundurkan diri

20 comment(s)
aku sudah pindah apartment. yuuhuuuuu. happy. tapiii lepas sepuluh minit stay kat bilik baru, dah mula rasa rindu yang amat sangat kat apartment lama. lebih kurang seperti pungguk rindukan bulan eceh. hampir setahun tinggal kat situ. walaupun rumah tu banyak masalah, tapi rasa dah serasi sangat dengan aku. orang cakap benci tapi sayang.

IMG_3201

selamat tinggal 502. bye bye bye

urghhh ni baru say goodbye kat apartment lama, dah overrr camni. kalau say goodbye kat auckland, aku taktau lah macam mana T_T

pic: darlingfarah

Nov 16, 2009

die die die

8 comment(s)
exam sudah habis. plan malam tadi, kalau dah habis exam linguistics nak jerit 'yahooooooo im freeeee!' tapi tak jadi. tak rasa happy pun. masih gundah gulana dengan jawapan exam tadi. section a, aku agak confident. section b? awalnya confident juga. tapi lama lepas tu agak confused. kalau aku silap pilih country, maknanya the whole essay tu akan terkena tempiasnya. grrrrr. hopefully aku tak silap. tawakal sajalah.


masih berdukacita sekarang. someone, please hiburkan hati aku T_T



okeh, mau kemas rumah. esok nak pindah.


Nov 11, 2009

debaran exam [tajuk ala-ala debaran sehati berdansa]

23 comment(s)
nak tengok movie 2012. tapi sabtu dan isnin ni ada exam. haish. sabar farah, utamakan yang penting dulu.

hmm masa karang entri ni, aku terperasan yang rumah aku ni macam takde beza pun waktu sebelum dan selepas ship barang ke malaysia. muahaha. aku malasssssss nak kemas. nak tunggu next week sebelum pindah rumah baru nak kemas. banyak juga barang yang aku tak hantar balik. contohnya blender, toaster, pinggan mangkuk, etc etc. tengoklah kalau aku bermurah hati, aku bagi je kat sape-sape yang masih ada kat auckland ni.

aku mungkin tak aktif berblogging sepanjang minggu ni hingga habis exam. kot. [haha, ada juga kot tu]. aku ni bukan boleh percaya sangat. kata tak nak update, alih-alih korang nampak juga taromilktea, 2 minutes ago kat blog list korang tsk tsk tsk.

baiklah aku nak main game sekarang. eh tidak tidak. aku nak pergi study ♥

Nov 8, 2009

rrrrrandommmm

20 comment(s)
aku sejujurnya belum kemas apa-apa lagi. orang shipping tu dah nak collect kotak-kotak shipping hari isnin pagi. esok nampaknya kena marathon packing barang lah. ada enam kotak semuanya. banyak seh barang aku. adoii, lepas shipping ni apa sajelah yang tinggal untuk aku guna.

cerita lain. erm, seminggu dua ni asal pergi shopping je, encik a ajak masuk kedai jade. haha. dah gila jade sekarang, kalah aku. salesperson tu beria-ia promote jade itu jade ini kat aku sebab ingat aku yang nak beli, padahal encik a T_T aku rasa sebab dia adalah separuh chinese, jadi minat pada jade tu ada. cakap pasal mix. dulu-dulu, aku pernah lah berangan nak someone yang mixed-blood. ingatkan tak jadi kenyataan. tapi akhirnya my dream comes true ehem ehem haha ;p



Nov 4, 2009

tiada hujan emas di auckland, harap maklum

17 comment(s)
kat sini...
1. aku belajar macam mana nak habiskan duit pakai credit card. dan aku belajar macam mana susahnya hidup setiap hujung bulan sebab kena bayar credit card tu. haha.

2. aku dah mula belajar makan ikan. aku taktau kenapa kat malaysia aku lemah sangat dengan ikan. datang sini, tengok ikan rasa nakkkk! cuma satu jelah, aku masih tak dapat terima mcdonalds filet-o-fish. even bau dia pun aku tak boleh tahan &^%$#@.

3. aku belajar hidup berdikari ayam. eh tidak tidak.

4. aku belajar macam mana nak plan something contohnya vacation. tempat mana yang nak dituju, bagaimana nak handle kalau ada problem dengan flight company, backpackers mana yang murah, etc.

5. aku dapat kenalpasti siapa kawan waktu susah senang aku.

P7010249

pasal akademik, sudah tentu banyak sangat ilmu yang aku dapat. alhamdulillah. dan semoga susah senang life aku disini dapat bantu aku bila aku dewasa nanti [aku masih muda belia, belum dewasa lagi okay. haha].

aku sayangkan auckland. tapi bak kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. baik lagi negeri sendiri. [kat auckland ni takde pun hujan emas, hujan batu ade la. kalau ada hujan emas dah lama aku kaya ;p]

emo

17 comment(s)
tiga empat hari ni asyik pergi survey souvenir je. tapi souvenir nye masih belum dibeli lagi. tsk tsk. tadi aku pergi victoria park market. [dah bertahun kat sini, tapi sebulan sebelum balik malaysia baru nak jejak kaki ke sana. haha]. malangnya indah khabar dari rupa. tengok kat website dia tempat shopping ni nampak begitu gah sekali. bila sampai sana, hanya beberapa kedai yang beroperasi. memang beyond my expectation.

btw souvenirs kat sana menarik juga lah. tapi sebab nak beli untuk orang lain kan, so selalu terfikir, sesuai ke tak untuk orang ni, sesuai tak untuk orang tu. setakat bagi keychain, bukannya orang pandang sangat pun. iye, memang ada yang akan cakap "it's the thought that counts". tapi masalahnya bukan semua orang boleh fikir macam tu. ada sesetengah makhluk yang aku kenal ni mulutnya macam ^#@$Y*#@ tahu nak menyindir je. damn.

eh emo pulak tetiba T_T

Oct 31, 2009

you are beautiful

14 comment(s)
baru seminggu takde kelas, aku dah rasa boring tahap &%#@%! takkan hari-hari nak pergi shopping, kopak aku. btw hari ini pergi parnell. ada parnell festival of roses. dan dalam banyak-banyak bunga ros kat sana, ini ros yang paling aku suka. apa entah nama dia. tapi memang cantiklah warnanya.

IMG_3058

jom naik bas!

IMG_3093

kalau ikutkan hati aku nak bawak balik semua ros kat situ tapi apakan daya T_T

Oct 30, 2009

teh susu berperisa taro

11 comment(s)
ada beberapa member kat malaysia tanya pasal taro milk tea. aku pun tak pasti kat mana ada jual. tapi kalau lihat gambar bawah ni, nampaknya easyway dah ada cawangan kat malaysia. so sila cari di kedai berhampiran anda. tapi, kalau bukan easyway pun, tempat lain pun ada jual kot.

IMG_2963


♥♥

Oct 15, 2009

sometimes aku lupa dia ada dua nama

23 comment(s)
dah dapat kotak-kotak shipping ke malaysia. means aku dah kena start packing-packing semua barang dan jual apa-apa saja yang boleh dijual. dah tak lama dah nak balik malaysia. gembira. tapi dalam masa yang sama rasa macam tak nak tinggalkan auckland lagi sob sob sob sobri.

sobri? itu bukan lelaki lain dalam hidup aku. sobri yang aku tulis tu adalah aliff sobri. aliff sobri pun kau tak kenal jugak? sudah ah. T_T

aku busy minggu ni sampai minggu depan. kalau ada masa free aku update. kalau tak, see you guys next week. daa



Sep 21, 2009

masak masak raya

25 comment(s)
fuhhhh puas hati aku masak. dari tengah hari semalam sampai pagi tadi. tak pasal-pasal dapat mata beruang panda secara percuma. haish. mari kita menengok gambar.

IMG_2471
menggoreng kacang tanah. krem tangan aku duk menggoreng benda ni

IMG_2480
kuah kacang yang dah siap masak

IMG_2484
ayam masak merah menyala

IMG_2489
rendang dendeng [first time aku masak ni]

IMG_2494
sate ayam sebelum dibakar dalam oven. masak sate ni paling mencabar kesabaran aku


ehhhhh baru aku perasan, apasal banyak sangat aku masak ni???? -_-'


okeh. dah penat. mahu tido. zzzz

Aug 31, 2009

sekejap ada, sekejap tiada

22 comment(s)
wedding kakje


apasal lah cookies kat nz ni keras macam batu. setiap kali aku beli cookies kat sini tak pernah nak sedap %^*$@#%$ aku nak chipsmore aku nak chipsmore! *macam lah chipsmore tu boleh muncul kalau aku jerit-jerit macam ni -_-' [pic: flickr]

Aug 29, 2009

best tak jadi cikgu primary school?

14 comment(s)
masa school visit tahun lepas, kami pergi both primary schools and secondary schools. walaupun nanti nanti kami akan jadi cikgu sekolah menengah, apa yang aku perhati, most of us lebih happy bila melawat primary schools. sebabnya budak budak ni sangat sangat comel. geraaaammm.

aku masih ingat, aku masuk satu kelas ni. budak-budak kelas tu dalam lingkungan umur lima enam tahun [year zero]. aku snap gambar budak-budak ni. awal-awal tu semua tersipu-sipu. malu ah kononnya. then, ada seorang budak lelaki angkat tangan dan cakap "miss, can you take my picture?". ok, fine. aku tangkap gambar dia. yang tak boleh blah, seorang lagi angkat tangan, "miss, can i take your picture?". aih. dia pulak nak tangkap gambar aku. rupanya dia teringin nak pegang kamera tu (masa tu aku pakai compact camera). lepas aku bagi dia pegang, berderu-deru classmates dia datang kat aku dan aliff. yang awal-awalnya berlagak sombong dengan aku pun turut join sekali.

DSCN2597

ni gambar yang disnap oleh salah sorang budak tu ;p

Aug 23, 2009

aku suka coklat. kamu? [aku bukan nak bebel pasal baik buruk coklat ok]

34 comment(s)
aku tahu time bulan puasa ni kalau aku tampal gambar coklat bukannya ada orang teringin pun. baik makan nasi kerabu ke, nasi kandar ke, ayam percik ke, barulah thrill. cerita pasal coklat, dulu-dulu aku suka cadbury. sekarang bila kat auckland, aku lebih prefer whittakers chocolate. whittakers chocolate ni hundred percent dari nz company. coklat dia super sedappppp! cadbury sedap juga, tapi whittakers sedap yang amat, sampai aku tak dapat nak describe =.=

aku ada baca satu artikel kat pilotmagazine, katanya kiwis [bukan buah kiwi, tapi gelaran untuk new zealand people] memang prefer whittakers chocolate. tak percaya sila lihat gambar di bawah :p

21l0j2d

aku nak borong banyak-banyak untuk bawa balik malaysia kang si encik kastam rampas pula T_T oh ya, entri ni actually tercetus bila baca status yana kat facebook. [to yana, statusmu sumber inspirasi ku. lol!]

credit to pilotmagazine
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei