Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Nov 23, 2010

1, 2, 3 tarikh

0 comment(s)
13 november

aku balik rumah. naik firefly. first time naik, kecik je flight nya. tapi not bad lah. sampai je airport, abah ambik dan terus pergi tok bali sebab aleeya kena perform untuk majlis tadika kemas. see the pictures below, aleeya yang pakai baju hitam. takleh blah sungguh cikgu dia lukis kening aleeya tebal-tebal. haha

IMG_8738
IMG_8750
IMG_8809

14 november

birthday aleeya. my family sekalikan celebration birthday aku dan aleeya, sebab time 22 november aku ada kat kl. ade choc cake, mee goreng abah, dan bebola ayam hajar. yummmyy. thanks umi, abah, hajar, aleeya, nadiah, helmi untuk hadiah-hadiah tu. hadiah dari cik daisy pun ada sekali dalam gambar. thank you daisy!

IMG_8834
IMG_8860
IMG_8871

17 november

raya haji. pakai baju raya seminit je. (tipu, actually dalam setengah jam) lepas tu tukar baju tido sebab nak siang daging korban. haha. first time aku involve dalam kerja-kerja menyiang dan mencuci daging. serius bau lembu. lol. tapi memang seronok. makan pun sedap, daging fresh!!

IMG_8994
IMG_8995

Sep 18, 2010

hai, selamat hari raya!


aleeya cakap;

selamat hari raya, maaf saya dan fatin.


err.. macam mana lah dia boleh misheard saya dengan zahir, fatin dengan batin. HAHAHA

aku dah perbetulkan dia, so sekarang dia dah boleh sebut phrase sebenar :p



Nov 27, 2009

tersalah mimpi

eh ehhhh ehhhhhh ehhhhhhhhhhhh

aku baru mimpi aku tengah buat persiapan untuk balik ke auckland. patutnya aku balik ke malaysia. apsal jalan cerita mimpi aku ni ditwist pulak. hahaha

btw selamat hari raya aidiladha everyone!

♥ ♥ ♥ ♥


Sep 28, 2009

assignment dah submitted, so sekarang aku update blog

16 comment(s)
perghhhh lega siot dah hantar assignment. assignment kali ni cam heavy metal sikit sebab kena tulis sampai 3K. haa, setiap kali lepas hantar assignment, aku mesti celebrate. padahal assignments lain berlambak-lambak lagi cesss! eh, lama juga tak update blog ni. actually aku selalu je update blog, tapi kat blog satu lagi.

aku takde apa yang nak di-update pasal raya hari tu. semuanya biasa-biasa saja. tapi at least ada lah juga mood raya tu. thanks kepada yang datang makan-makan dan menjenguk aku di teratak buruk ni :p cuma rumah aku takde kuih raya. lepas budak berdua tu promote mrs higgins cookies kat aku, officially nye mrs higgins tu dah jadi kuih raya aku. minggu ni asyik makan menda tu je. sampai overload tsk tsk tsk pokai aku kalau macam ni.



dan. tahun ni. aku masih dapat duit raya. yihaaaa! [pic: flickr]

Sep 21, 2009

masak masak raya

25 comment(s)
fuhhhh puas hati aku masak. dari tengah hari semalam sampai pagi tadi. tak pasal-pasal dapat mata beruang panda secara percuma. haish. mari kita menengok gambar.

IMG_2471
menggoreng kacang tanah. krem tangan aku duk menggoreng benda ni

IMG_2480
kuah kacang yang dah siap masak

IMG_2484
ayam masak merah menyala

IMG_2489
rendang dendeng [first time aku masak ni]

IMG_2494
sate ayam sebelum dibakar dalam oven. masak sate ni paling mencabar kesabaran aku


ehhhhh baru aku perasan, apasal banyak sangat aku masak ni???? -_-'


okeh. dah penat. mahu tido. zzzz

Sep 19, 2009

korang beraya kami berpuasa yay

20 comment(s)
dah confirm dah confirm. tarikh raya untuk new zealand adalah pada hari isnin, 21 september 2009. means, kami akan berpuasa untuk hari ke-30 esok. alhamdulillah. apa-apa pun, selamat berhari raya untuk kaum keluarga, sahabat handai dan semua kenalan di malaysia. korang bergembira esok jangan lupa aku disini T______T

nasib baik belum masak lagi. kalau dah masak tadi, harus aku organise iftar sekali lagi instead of open house. hahaha. aku dah agak satu shawal jatuh pada hari isnin. hoyeh. selamat bersahur dan berpuasa buat muslimin muslimat new zealand ♥ ♥

Sep 18, 2009

aku nak bergembira juga

♥♥♥♥♥♥

selamat hari raya aidilfitri
, maaf zahir dan batin




.
.
.
.

simple betul ucapan raya. darn. im not really good at words. [pic: flickr]

Sep 13, 2009

bersabarlah sayang

25 comment(s)
"semua insan sedang gembira di hari ini sayang....." [bersabarlah sayang, sanisah huri]

haish.

nak pasang lagu raya.

tapi takde kekuatan.

risau nanti akan T____________T

susah.

nanti siapa nak pujuk :(

Aug 26, 2009

no salam perantauan no

22 comment(s)
dilot tanya aku pasal salam perantauan. haaa tahun ni aku takde mood nak hantar gambar untuk salam perantauan. tahun lepas excited sungguh. pergi auckland domain semata-mata untuk photoshoot, aku siap dengan baju kurung, aliff dengan baju melayu. lepas tu terserempak pulak ngan sorang mamat ni, hmm pelajar malaysia i guess. tersenyum-senyum kat kami dan his expression was like, "ni mesti nak hantar untuk salam perantauan ni". yelah yelah ya right -_-'

aku hantar kat utusan, kosmo dan berita harian. gambar tu keluar kat ketiga-tiga akhbar tu. aku masih ingat, satu hari tu ada silent reader tinggalkan mesej kat shout box blog ni. dia cakap gambar aku dah keluar paper. then dengan semangatnya aku called abah suruh beli paper time tu juga. tapiiii sampai sekarang aku tak tahu siapa yang inform tu. btw thanks ^^

gambar tu keluar kat online website dan sebab aku sender, ada email aku terpampang kat situ. tak lama lepastu banyak email aku terima dari kaum bukan sejenis. nak berkenalan dengan cik farah pulak dah. tsk tsk tsk nanti kalau guna email aliff kang, tak pasal dapat email dari wanita-wanita pulak. no nooo nooooooooo

.......................................................................................

Aug 20, 2009

tak payah terkejut bila entri ni takde gambar

20 comment(s)
finally siap jugak assignment linguistics tu. kepala masih rasa berdenyut-denyut. aku tidur tiga jam saja pagi tadi. haish. yang buat aku geram, masa aku nak print assignments kat kate edger, boleh pulak microsoft word 2007 tu tak dapat detect segala IPA symbols dari file yang aku saved. shoooot. nasib baik masih ada masa nak edit balik. kalau tak memang aku meroyan time itu juga T_T lepas submit assignments kami bergegas (erh?) ke hulucat tea house. cari taro milk tea. yeay. lepastu minum minum sampai kembung. bravo.


note: aku tak sure lagi first ramadhan start bila kat auckland ni. esok malam baru confirm, insyaAllah. by the way, selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada para stalkers, silent readers dan my fellow blogmates ♥

Dec 8, 2008

Aleeya, birthday dan Eid Adha

20 comment(s)

Aleeya punye birthday seminggu sebelum birthdayku, iaitu 14 Nov. Dah genap 4 tahun rupanya budak kecik ni. Hehe. Gambar2 ni Hajar yang beri. rindu mereka. tak sabarnye nak tunggu december tahun depan!


Badanku still sakit2 lagi. 2 minggu berjalan non-stop. mana tak longgar sendi2 ni. haih. nak update pun tak larat sangat. insyaAllah dalam masa terdekat ni ku akan update pasal holiday dan juga selesaikan hutang2 komen kat blog korang.

Last sekali.. Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Kami di Auckland akan sambut raya aidiladha pada hari Selasa, insyaAllah. Selamat makan daging! :)

Nov 4, 2008

bila aku sudah tiada

14 comment(s)
Aktiviti men-survey SLR belum habis lagi. Dah banyak kedai kupergi. Dah ada yang berkenan dihati. Hari Khamis ni insyaAllah ku akan settlekan pembelian SLR ni.haha. Mungkin ku akan beli SLR jenis Canon 1000D atau 450D. Iye, ku akan pilih Canon. Nikon D80 juga okay tapi harganya mahal okeh. Tapi taktau la kalau last minute berubah hati ke brand lain pulak ke. Haha. Okeh. Kali ni just nak share gambar2 raya family ku kat Malaysia. First time ku tiada dalam gambar time raya T_T sobsob. Tapi kembarku, si Aleeya tu boleh jadi pengganti diriku disana. So, no problem. (^_^)

gambar masa open house di rumah ku kat pasir puteh. si cantik manis tu adik sepupuku, emi ;)


the girls dalam keluarga belah umi.. hehe.. semua2 tu adik2 dan sepupuku. hanya ku ngan kak ida je takde dalam gambar.

yg paling tinggi tu helmi. satu2nya adik lelakiku. serius tak kenal bile first time tengok gambar ni. dah macam orang dewasa ;p

keluarga belah umi. yg duduk tu ayoh & ma (ayoh ngan ma ni adalah panggilan untuk nenek n datukku), baju pink tu maklong and yang baju hijau tu umi sayang.


raya pertama. Aleeya adikku cayang. makin panjang rambut dia.. aaaaaaa..rindu..

Oct 11, 2008

Main masak-masak

25 comment(s)
Raya hari ke 4 hari tu, ku mengidam nasi dagang. Ade sesapa tak kenal nasi dagang tak? Haha. Because one of my friends cakap dia taktau macam mana rupa nasi dagang. Hehe. tapi, tak salahkan dia jugak, sebab dia bukan orang pantai timur. Actually, back in Malaysia, Farah orang yang paling tak gemar nasi dagang. haha! Memang takkan pilih nasi dagang jika ada menu lain. Tapi masa raya ke 4hari tu, perasaan nak makan nasi dagang datang membuak2 (over betul).

Underlying reason: hari raya ke3 call umi. Umi cakap hari tu open house. So, tokma masak nasi dagang. Iye, maybe sebab tu. Rasa jeles dan sebak sebab takde di sana sekali. Abah umi memang akan buat open house setiap raya ke3. Then, hari tu jugakla kumasak nasi dagang dengan gulai ayam. Err, bagi sesiapa yang suka nasi dagang, mesti perasan yang gulai ayam tu bukan gulai ayam yang biasa. hehe. Biasanya nasi dagang dengan ikan tongkol, tapi kat Auckland ni ku tak jumpa la pulak. haha. Ku masak gulai ayam and Mr Aliff masak nasinya. =)

Photobucket
mengukus nasi. unfortunately kami tak jumpa halba.
Photobucket
acar timun.. nyum2..
Photobucket
gulai ayam

Kat Auckland ni, tetiba jadi rajin. Rajin nak cuba masak makanan yang selama ni tak pernah dimasak pun time kat Malaysia. Fikir2 balik, bagus juga sesekali berjauhan dengan family. Kita akan jadi independent. Kat rumah, ada umi, ada abah dan ada pasar malam. haha! Kat sini ada diri sendiri. SO, kalau teringin nak makan something, haruslah memasaknya sendiri. dan ku sangat beruntung, sebab tunangku jugak pandai masak! so no problem!~

Photobucket
murtabak
Photobucket
popia
Photobucket
roti jala

Oct 8, 2008

Kisah yang tak sedih

16 comment(s)
Thanks to semua yang komen untuk entry di bawah ini. Itu kisah Satu Syawal. agak mengecewakan. Then kusedar, kita beraya bukan untuk duit raya mahupun baju raya. Kita beraya untuk meraikan hari kemenangan. Hari yang Allah kurniakan kepada umat Islam untuk bergembira. Alhamdulillah.

Hari raya kedua, my batch ada menganjurkan sambutan hari raya. Ada potluck. My group kena masak nasi himpit dan soto. Banyak jugak makanan yang ada contohnya rendang daging, ayam pedas, kuah kacang, dan biskut-biskut raya. Hari tu baru ku dapat senyum sikit. At least taklah rasa sedih sangat. Coordinator kami pun dijemput sekali. Tak sangka pula si omputeh ni dapat tahan makanan pedas. Syabas Sheryll. haha.

Photobucket
Photobucket

Ahad lepas ada sambutan hari raya yang dianjurkan oleh Auckland sisters. Untuk perempuan sahaja.hehe.Kali ni memang rasa macam raya. Semua orang melaram. Cantik2 baju sorang2. Haha. Jeles2. Ku pinjam baju kurung orang. hua3. Tak kisahla. Yang paling penting, kujumpa lontong! Huwaa.. Feel like home. Dah lama sangat mengidam nak makan lodeh/lontong ni. Oh ye, cerita pasal lontong, kubaru tau lodeh ngan lontong tu mende yang sama. Kwang3!

Photobucket

Ha! Ramai yang tanya pasal me n my tunang. Hehe! Farah dah bertunang ke?? Iye jawapannya. Rupanya masih ramai yang tak tahu pasal ni. Yelah, ku bertunang dah lama. 1 Januari 2008. permulaan hari untuk tahun 2008. Alhamdulillah. Dan ye, siapa tunangku? Namanya Mohd Aliff Sobri, berasal dari Pahang. LOL. Hehe. Kalau anda yang biasa baca blog ni, maybe tau. Biasanya ku akan refer dia sebagai Mr.Aliff. Hehe. Dan kami sebaya. Erkk.. actually Mr Aliff tua 7 bulan dariku. Haha. Kami jugak satu course dan satu university. Okey, sekarang anda dah tau kan? (^_^)v

Oct 4, 2008

First Syawal di Auckland

37 comment(s)
Sepi. sedih. bosan. Malam raya tido awal. Takde aktiviti membuat kuih raya seperti di rumah. Entah. Housemates semuanya takde kat rumah time tu. Samada mereka tido, atau tengah merayap ke tempat lain. Tak kisahlah. Janji dengan tunangku nak masak sama2. Dia nak masak rendang dinding (betulke nama tu?). Tapi nak masak esok pagi. Sebab katanya dapur ada orang lain tengah guna. Kunci jam pukul 4 pg. 4 pg tu mata xboleh bukak sebab mengantuk. Akibat dari tido pukul 1.30am, menonton movie. Huh. Tido balik. sedar2 pukul 6 pg. lepas Subuh, pegi jumpa tunang. tolong dia masak rendang. actually i was supposed to masak mee kari sebagai hidangan hari raya. tapi pukul 6 baru bangun, nak masak apanya. so tengok jelah si tunangku memasak rendang.

kul 7 lebih balik bilik. ingat nak siap2 untuk sembahyang raya. tapi rasa macam awal lagi. tido sekejap. kononnya untuk 5 minit. alih2 tertido sampai pukul 9pg. tu pun tersedar sebab tunangku call. adeh.dia call suruh datang jumpe dia untuk beraya. ku cakap xmo raya. xde mood. dia cakap dia nak bagi duit raya. terus segar mata. haha. mata duitan betul. mase tu tak mandi2 lagi. malasnya. memang xde mood. seriously. sebabnya baju raya tak sampai2 padahal dah 2 bulan lepas umi poskan. sangat frusrated. dahlah baju kurung ada sehelai je. dah buruk pulak tu. lagi sedih. and, ini first time dalam hidupku bangun lambat pd pagi raya.

sadis betul. pergi ke bilik air dengan malasnya. dalam kepala, masih tak percaya hari tu hari raya. lepas siap2 tu, terpikir nak pakai tshirt ngan track bottom je. tapi nanti orang gelak pulak. pakai lah baju kurung yang dah berusia empat lima tahun tu. nasib baik masih muat. haha. pergi beraya dengan tunang. dia jamu makan rendang dinding yang sangat sedap. makan dengan ketupat nasi. huh. tapi yang menariknya apa yang kujangkakan berlaku tidak berlaku. iaitu ku tak menangis langsung! oh yea, nampak sangat tidak berperasaan. kononnya kuat. tapi ku dah takde stok air mata untuk dilimpahkan pada pagi raya tu. mungkin sebab dah banyak digunakan waktu first ramadhan. huh.

lepas beraya dengan tunang, kawan ajak pergi beraya rumah dia. okeylah. at least ada tempat nak dituju. pukul satu tengah hari pergi lecture. oh yes, lecture pukul 11am tu memang ku dah ponteng. lantak. balik je lecture compsci tu masak mee kari. lepas masak, makan. oh alangkah bosannya. lepas makan, balik bilik dan layan internet. layan movies. sampai la malam. itulah kisah bosan hari raya pertama di Auckland. sekian.

note: ini kisah yang panjang dan membosankan. tak perlu baca kalau anda malas. tak perlu baca kalau anda tak suka kisah yang membosankan. tak perlu baca kalau anda sekadar blogwalking untuk mempromote blog anda. noktah.

Sep 26, 2008

Donut & Kad raya (Updated)

30 comment(s)
Masa blogwalking, selalu sangat nampak bloggers mengupload gambar donut.. erm.. donut jco la, donut big apple etc... tapi Farah tak pernah kenal pun dengan donut2 ni...haha..jakun siot... *roftl* Hehe.. sedap ke donut2 tu semua? Yang pernah Farah makan adalah donut abah Farah.. yang ada taruk gula tu... hehe.. mmg donut jenis tradisional..haha..tapi sedap... then kalau yang komersial sikit Farah tau Dunkin Donut je... yang lain2 tu tak pernah rasa (^_^) Kalau tengok dari segi rupa tu mesti mahal..huhu.. Oleh kerana tak pernah beli sendiri, so gambar pun perlu dipinjam dari other blogger..hak3.. credit to *benardcometh.blogspot.com*

Photobucket

Selesai cerita donut. Ni kad raya yang diterima dari rakan bloggers. Thanks a lot (^_^)

Photobucket
Akak
Photobucket
Jackster
Photobucket
Along
Photobucket
nadia-ady
Photobucket
Mizzamy
Photobucket
Jitegha
Photobucket
Kirana
Photobucket
Solehpolysas
Photobucket
Shah d'zaemon
Photobucket
Luth-fie textile
Photobucket
Cheng-azrin
Photobucket
Yonna
Photobucket
Ubey
Photobucket
Neoryzer
Photobucket
princess N

note: Farah pun nak ucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua yang datang jenguk blog ni. Bagi yang nak drive untuk balik ke kampung tu, berhati2 di jalan raya okay.

Sep 11, 2008

Duit raya - -

33 comment(s)
Haaa!! Asyik entry pasal raya je sekarang.. huhu.. actually i have no idea.. so, to keep this blog updated, saya gagahkan diri untuk tulis blog ni.. haha *poyo* Now I'm 21 *erkk..actually belum lagi* tapi semakin lama diri ini merasakan duit raya semakin berjauhan denganku LOL. Kenapa ya? Setelah berfikir selama 7 hari 7 malam barulah ku menyedari bahawasanya diri ini sudah tidak layak menerima duit raya..hahahaha... *Farah tak kisah*

Raya tahun lepas, dah nampak sangat tanda2nya.. yelah..selama 20tahun muka ni dapat duit raya.. dah tiba masanya bagi chance kat orang lain pula kan.. (^_^) Tapi satu je benda yang buat saya geram..huh..geram betul..Saya tak kisah pun tak dapat duit raya.. tapi stop teasing me okay! LOL. Masa orang tengah sibuk2 menghulurkan duit raya, people keep teasing me;

"Tengok Farah tu.. takde orang ke nak bagi... dah putih mata tu.." Sambil gelak jahat tahap cipan.

Untuk mengcover malu dan mengelakkan diri dari terus menjadi bahan, terpaksa la saya melarikan diri dari khalayak yang tgh mengagih2kan duit raya tersebut.. haha!

Err.. and luckily, this year im in Auckland. SO selamat dari tragedi menjadi BAHAN. FUh...

Photobucket Image Hosting
Umi: Bah, umi rindu kat Farah...
Abah: Abah pun..

Sep 8, 2008

baju raya

51 comment(s)
Haha! Terlalu awal nak cakap pasal baju raya kan? But as you know, kalau perempuan memang akan excited sangat bab2 baju raya ni. Plus, ladies memang kena cepat2 buat baju raya since nanti takde tukang jahit sanggup jahit baju dia dah. Last2 end up pakai baju raya tahun lepas.. HUWAA... sedih kan? Tapi saya tak pernah la experience tu semua... but my cousins did! huhu *kesian* Nasib baiklah my umi memang jenis pantas, cepat dan tangkas dalam hal2 menempah baju raya ni.. haha *sayang umi*

Oh yea, tahun ni macam mana persiapan baju raya you all ek? Berapa helaikah? 2? 5? 10? Haha.. Masa raya sebelum ni, mmg saya akan sangat2 teruja shopping baju raya.. Mesti 4-5 psg.. Sebab dari kecik diajar macam tu..*first daughter katakan.. spoil..spoil.. haha* wuuhuu.. Tapi kira tak banyak sangatlah kan berbanding orang lain.. Bila dah kat oversea ni, macam tak kisah pun pasal baju raya.. Ada sehelai baju kurung pun dah cukup.. Untuk tahun ni, Umi dah postkan dari Malaysia baju kurung raya tu...tapi belum sampai lagi *risau*

Biasanya pada pagi raya, people akan pakai baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki. Sekarang ni, fesyen pagi raya tak terhad pada baju kurung saja. Ada yang prefer untuk melaram jubah di pagi raya, ada yang fesyen ala-ala muslimah, ada yang pakai jeans dengan kebaya nyonya, ada yang pakai kebaya biasa, kebarung and what so ever. Tak kisahla baju apa yang kita pakai sekalipun, yang penting kita happy. But for me, i still prefer baju kurung *no matter how typical it is* untuk raya pertama. Raya ke2, sehingga raya ke 30 tak kisahla nak pakai apa pun kan.. haha..

And satu lagi.. kadang2 ada sesetengah family yang ada tradition mesti baju raya warna sedondon.. haha.. macam my family tahun lepas, kami taklah tetapkan colour theme, tapi bila pagi raya tu tup2... most of us wearing green.. haha.. tahun ni kami gila purple.. =p =p

Lagi satu, nak pakai selendang pun tak berapa reti especially bab lilit melilit tu.. sesiapa yang terer tu sila tunjuk ajar ya. (^_^) Entry ini tamat disini.. First time tulis panjang-panjang cam gini.. yuuhuu... Nak share pasal baju raya tahun ni kt ruangan comment ni pun amat dialu-alukan. Sharing is caring!!

Photobucket
*baju raya tahun lepas.. simple je (^_^)*
Photobucket
*aleeya pun ada baju kurung hi3*
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei