Showing posts with label kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin. Show all posts

Feb 2, 2011

jom lipat kad kahwin

0 comment(s)
kad kahwin 1000 keping telah siap dilipat. sampai luka-luka jari ni. takpe, yang penting puas hati. nasib baik ada adik-adik yang rajin dan excited menolong. thanks girls! fyi, kad kahwin aku ni memang sangat affordable dan menjimatkan. memang awal-awal dulu aku bajet sikit saja untuk kad. sebab banyak benda lagi nak kena pakai duit kan. lagipun gaji entah tiga empat bulan lagi baru dapat. anyway walaupun kad ni biasa-biasa saja (i mean tak glossy bagai), alhamdulillah design dan kualiti dia tak mengecewakan. 

1000 pcs kad yang belum dilipat

budak ni paling rajin :p

tak percaya ada kad kahwin sendiri! *faint*

Feb 1, 2011

apa kes?

0 comment(s)
satu.
seharian aku duk depan pintu rumah sebab nak tunggu parcel. skynet ni pelik lah, apasal tak hantar je ke pintu rumah aku. aku bayar postage mahal-mahal. alih-alih diorang call suruh amik kat office. cisss. dah banyak kali kena macam ni. baik guna poslaju je, dapat terus. oh ya, parcel apa yang aku tunggu? kad kahwin aku! dah siap yuhuu. awal gila kan. lols. tapi entah lah macam mana rupanya. petang ni baru abah pergi amik. nanti aku update lagi okay. 

dua. 
aku baru lepas baca status-status coursemates kat facebook. sesiapa yang dapat johor dah dapat tau sekolah masing-masing. yang jpn kelantan ni, usahkan nak bagitau sekolah, daerah mana pun diorang tak nak bagitau. ish  sabaaaar jelah. 


satus sekarang: 

kad kahwin: checked.

Jan 14, 2011

kad kahwin

0 comment(s)
pagi tadi dah terima artwork kad kahwin. dah check semua spelling, maklumat etc dan semua dah okay. design cantik dan menepati taste aku, dan harganya takde lah mahal vavavoom sangat. affordable, i would say. majlis aku actually bulan 6, tapi aku tempah je awal-awal. taknak serabutkan kepala otak. lagipun, tengah free ni. dah start mengajar nanti, payah la sikit nak uruskan benda-benda ni.

warna kad adalah gabungan hitam, silver dan putih. ada iras kad kat bawah ni. iras je, tak sama sangat pun. haha. aku amik pakej kad kahwin yang less than RM1.00 per unit. actually aku nak buat warna lain tapi sebab aku buat kad tu 2 cover (both pihak lelaki dan perempuan) so kena consider jugak theme colour belah aliff kan. jadi, nak adil, kami tempah kaler hitamsilverputih. nanti dah sampai kad tu, aku update lagi ok.

credit to kad kahwin chantek

di sini aku sertakan beberapa site kad kahwin yang ada design cantik-cantik dan harga yang berpatutan. check 'em out.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei