Showing posts with label persiapan perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label persiapan perkahwinan. Show all posts

May 18, 2011

cincin kahwin

7 comment(s)
for him and for me

cincin kahwin untuk kedua-dua belah pihak sudah settle. semalam masa cuti wesak memang paksa diri untuk settlekan sebanyak boleh barang-barang yang belum dibeli. so far, untuk hantaran cuma tinggal kek, sireh junjung dan coklat. coklat nanti import dari langkawi, sepupu aku sponsor. yeay (thanks kakda!)

cincin aku dan cincin bakal suami adalah biasa-biasa saja. sebab kami kan orang biasa :)

May 16, 2011

kedai barangan kahwin

4 comment(s)
barang dah banyak beli. hampir penuh satu bilik. tapi kerja-kerja packing, siapkan gubahan hantaran masih belum mula. aku hanya boleh balik waktu weekend, dan masa tu saja yang ada kalau nak buat apa-apa pun. masalahnya waktu weekend tu lah macam-macam kerja lain nak kena buat, macam-macam program nak kena sertai. 

sebelum ni aku janji nak cakap pasal satu lagi kedai barang kahwin kat area kota bharu kan. kedai yang aku maksudkan ialah ws handicraft. dia ada dua cawangan kalau tak silap, tapi yang aku beli murah tu kat area sebelah kb mall. mula-mula macam malas jugak nak masuk kedai tu sebab deco dia macam lawa, aku risau lah kot-kot harga pun mahal. rupanya lebih murah dari era nona ok. kalau ada member card, lagi banyak diskaun. 

ni website dia: wshandicraft

IMG_1447

oh yes, to all teachers in the world, i wish you HAPPY TEACHER'S DAY!

May 9, 2011

wedding cake

10 comment(s)
aku nak tanya, fondant cake tu sedap kah? dari segi kecantikan, memang dia menanglah. tapi bab rasa tu aku tak tahu. untuk majlis nanti, aku kena tempah tiga biji kek. satu sebagai hantaran perempuan, satu hantaran lelaki, dan satu lagi untuk acara potong kek. sekarang tengah pening nak tempah kat mana. aku tak suka kedai kek kat pasir puteh tu sebab kek dia tak sedap. kalau kat kota bahru pula agak jauh la nak pergi pick-up. sekarang ni tengah cari kedai kek yang ada delivery service. 

semalam masa kat sekolah, ada lah someone datang jual kek sempena hari ibu. ada satu kek tu namanya fair lady (chocolate cake dan ada krim). sangat sedap ok! then aku sms tokei kedai tanya pasal delivery. memang dia ada hantar ke pasir puteh dan sekarang ni kedai dia tengah ada harga promosi untuk sesiapa yang tempah untuk majlis perkahwinan. untuk kek hantaran, aku rasa tak ada masalah nak tempah. cuma untuk kek dua tingkat kalau boleh aku nak yang lawa sikit. so maybe khamis ni singgah kedai dia (kat bachok) tengok pilihan kek yang ada. 

source: google

aku ni pembenci icing. kalau boleh takmau kek icing yang rasa macam berminyak pelik tu. gulp!

May 6, 2011

bilik pengantin in progress

3 comment(s)
aku baru sampai hostel. tadi ikut my parents menjemput orang datang majlis aku nanti. kami bermula dengan saudara mara dulu. ramai rupanya relatives yang aku tak kenal. sebenarnya aku tak nak ikut pun, segan. tapi alang-alang abah dan on the way ke kota bharu boleh hantar aku ke hostel terus. so tak pasal-pasal aku ikut sekali. ini semua sebab esok ada sekolah ganti, kalau tak, takde maknanya aku nak pergi.

bab bilik pengantin, bilik air dan tandas baru dah siap. cat bilik dah siap (bilik tu dah transfer jadi pink ok). langsir baru dah hantar ke tukang jahit langsir. semalam aku pergi jenguk kat kedai perabot. nampak set katil warna putih terus aku rembat. harga boleh tahan *sweating* tapi sebab nak matching tema punya pasal sanggup beli tuuu.

pesen macam nilah lebih kurang. cuma tambah almari empat pintu
source: google

banyak barang dah setel secara perlahan-lahan. untuk part wedding favours, sweets je belum dibeli. masih mencari-cari kedai borong. bila dah setel sweets nanti, dah boleh start packing favours. taknak buat kerja last minute, nanti akan nampak penat gila masa majlis. tak mahu!

May 2, 2011

shopping barang kahwin dan makan-makan

5 comment(s)
hari sabtu lepas aku pergi shopping barang kahwin sampai lebam. tapi taktau kenapa kaki aku kuat semacam, biasanya kalau seharian shopping memang aku akan rasa lenguh kaki, asal jumpa kerusi je nak duduk. that day memang aku tak berebut-rebut nak duduk pun (kecuali dalam kereta dan masa makan lah haha). sebelum start shopping, belanja family makan besar dulu.

siakap tiga rasa. sekarang aku dah start suka pada ikan!
kangkung goreng belacan
ada juga tomyam campur, cendawan goreng tepung, daging goreng, etc
paling tak boleh blah, black pepper belut. helmi la ni mengidam
budak ini makan chicken chop
lepas dah kenyang-kenyang, pergi pilih lampu
then ke kedai barang kahwin. dua flower boys kena paksa pegang bunga

abah, nadiah dan aleeya balik rumah dulu sebab abah ada kerja. then lepas shopping wedding favours, penuh gila kereta, sampai beriba bagai. penat sangat, tapi suka sebab dah banyak benda dah settle. alhamdulillah. nanti aku review satu lagi kedai barang kahwin harga murah kat kota bharu. tunggu next entri ok.

diy flower crown

3 comment(s)

ini sepupu aku, nanti masa wedding dia dan aleeya akan jadi flower girls. dia tengah practise macam mana nak jadi flower girl tu agaknya, siap dengan bakul bagai. ahaha. oh yes, flower crown untuk flower girls aku sudah siap. hasil tangan aku, umi, hajar dan aliff. many hands make light work oyeah. 

Apr 28, 2011

love songs

0 comment(s)
nanti videographer akan minta lima hingga enam lagu untuk dimasukkan dalam wedding video aku nanti. masih terintai-intai love songs yang sedap didengar. tak mahu yang common sangat nanti bosan, tak mahu yang tak pernah dengar langsung nanti tak best. mengada-ngada, kalau ini macam aku diy love songs sendiri boleh? lols

cerita lain, ujian hiv dah settle. sekarang ni nak minta salinan ic saksi-saksi dan lepas tu boleh hantar borang pada tok imam.  semoga dipermudahkan.

aku selalu emo tak tentu pasal lah lately. aku emo bila aku emo. emo! (pening baca ayat sendiri. emo lagi!)


Apr 23, 2011

sneak peek

4 comment(s)

gambar credit to kakzu takeout box (link beliau aku dah bagi kat sini). fyi, adalah sangat-sangat senang berurusan dengan beliau. she is very understanding. thanks kak!

Apr 6, 2011

of bunga telur and bakul hantaran

3 comment(s)
memandangkan masa semakin suntuk (2 months left omygod!), aku memang dah start beli barang-barang yang kononnya akan dibeli seminggu dua sebelum majlis. kenapa nak beli sekarang? sebab kalau last minute, aku nak beli barang A then barang A tak available dalam kuantiti yang banyak, bukankah haru biru nanti. tak pasal wedding aku jadi warna warni. takmahu takmahu! 

oleh kerana semenjak bekerja aku agak sibuk, hujung minggu pun sibuk (minggu ni ada sekolah ganti lagi, nangissss) aku selalu curi masa keluar petang-petang cari barang. so tadi ada pergi survey dua tiga buah kedai craft/alatan perkahwinan di bandar kota bharu. umi pesan cari bakul hantaran berwarna putih, tapi semua dah sold out. hampa. sekarang ini masih lagi mencari. 

untuk bunga telur, aku dah beli dua set untuk hiasan di pelamin dan satu kotak 50 pieces untuk saudara mara terdekat. cakap pasal bunga telur, sebenarnya aku tak faham pun konsep bunga telur atau bunga pahar dengan pulut kuning bagai. then aku ada baca info kat sini, bolehlah faham sikit. yang penting, aku sangat suka bunga telur yang aku beli tadi. cantik (at least for me). 

source: google

additional info: kalau ke kota bharu nak survey barang-barang kahwin, dekat area jalan dato' pati ada banyak kedai. so bolehlah jenguk-jenguk. kena pandai bargain ok.

Apr 4, 2011

flower crown for your flower girls

0 comment(s)
taken from warungbunga

ok aku baru tau the correct term untuk benda yang budak tu pakai ialah flower crown. i thought it is called flower headband. patutlah aku google diy flower headband keluar yang lain. kat sini aku nak share links bagi sesiapa yang nak diy flower crown untuk flower girls mereka nanti. check em out.


maybe aku buat satu flower crown je kot, untuk aleeya. fake flowers pun mahal sekarang ok. (bajet)

Apr 3, 2011

baju tukang kipas

3 comment(s)

aleeya's

hajar's

so far, baju flower girl dah jumpa. baju pengapit 1 dan 3 (hajar dan nadiah) dah beli. tinggal baju pengapit 2 iaitu helmi. susah juga nak cari baju melayu pink eh. thank god lah helmi tak kisah nak kena pakai baju melayu pink. so mission sekarang (untuk baju family) ialah cari baju melayu helmi, siapkan flower head band untuk aleeya, cari shawl untuk hajar dan nadiah. 

berusaha!

Mar 31, 2011

bunting

0 comment(s)
no i am not bunting as in mengandung. hahaha.

i am referring to this bunting.


taken from here


banyak lagi design banting dan kad kahwin comel-comel. so bolehlah jenguk-jenguk facebook kad kahwin ceria custom (link ada kat caption gambar diatas). haish aku ni semua benda nak buat, tapi tak berani nak tempah lagi sebab gaji belum masuk. hopefully masuk sebulan before majlis kahwin aku. kalau tak, ...... (pause). ok aku nak pergi nangis tido sekarang! 

Mar 28, 2011

my wedding themes

5 comment(s)
susah nak cari gambar yang menggambarkan wedding theme aku. so here are the closest ones.

solemnization;

white and shades of grey and cream

bride's reception;

white and pink

groom's reception;

white, black and purple

sources: google, the perfect palette

Mar 27, 2011

canopy thingy part two

7 comment(s)
aku ada tulis entri pasal kanopi sebelum ni dan merungut pasal warna pink kanopi tu macam tak berapa cantik kan? semalam orang kanopi tu datang rumah. i was not there sebab aku ke pahang nak uruskan hal majlis belah aliff. then umi kata dia ada tunjuk warna pink yang aku nak tu (ada dalam majalah pesona pengantin) pada encik kanopi. lepas tu encik kanopi kata dia sanggup nak buat yang baru untuk aku. dia siap call salem aziz depan umi dan abah masa tu juga dan tempah kain tu. 

alhamdulillah

kiranya aku akan jadi first customer dia yang rasmikan warna tu. hopefully semuanya okaylah (doa banyak-banyak).

the combination of white and pink. pic is taken from here

Mar 23, 2011

rojak

4 comment(s)

tajuk adalah rojak kerana ada macam-macam cerita.

satu. semalam keluar makan dengan aliff. aliff cakap dia nak bawa aku makan satu restoran ni, kiranya first time lah. aku kalau kedai makan yang takde pintu ni memang payah sikit, mulalah mata melilau ada kucing ke tak (ok aku takut kucing). sampai-sampai je, kami duduk (obviously) dan si waiter pun datang. ayat first yang aliff tanya budak waiter tu, "kat sini ada kucing tak?" then you know what, muka budak tu  memang tak boleh blah, mesti dia ingat kitorang nak order kucing goreng paprik. HAHA. 

actually aliff tanya tu sebab dia nak tahu kat situ ada banyak kucing suka kacau orang makan ke tak sebab ehem, tunangnya ini takut gila dengan kucing. 

dua. dalam rumah sudah bertukar warna. haruslah kena ikut tema wedding aku. susah payah umi abah adik-adik aku gotong-royong mengecat. thanks korang. tak sabar nak balik rumah! (tengah countdown berapa jam lagi nak sampai hari khamis)

tiga. cuti seminggu yang lepas aku dah pergi butik pengantin. the one yang aku ambil adalah di kubang kerian. butik itu takde fb, mahupun blog so aku tak dapat nak bagi link. aku tak tahu macam mana hasil kerja diorang tapi hopefully semua berjalan lancarlah insyaallah. so far semua dah finalized, kecuali warna-warna bunga untuk dais. akan jumpa mereka sekali lagi dalam pertengahan bulan april untuk fitting dan finalize warna bunga. 

Mar 22, 2011

wedding song

2 comment(s)
selain lagu kahwin-kahwin, aku nak sangat lagu ni ada dalam playlist nanti, nyanyian maher zain, tajuk dia for the rest of my life. tangkap nangis okay. 

antara bait-bait lirik yang menyentuh hati:

for the rest of my life, i'll be with you, i'll stay by your side honest and true
till the end of my time i'll be loving you, loving you. for the rest of my life
through days and night, i'll thank Allah for open my eyes, now and forever
i'll be there for you. i feel so blessed when i think of you, and i ask Allah
to bless all we do. you're my wife and my friend and my strength and i pray
we're together eternally.

it is a reaaally nice song. cubalah dengar. okay cakap pasal lagu, playlist etc aku rasa macam tak akan hire any dj atau host. karang dj tu cakap melalut, aku yang susah hati. so plannya hanyalah pasang lagu dalam laptop, letak speaker yang soundnya best (nak kena pinjam dengan tok ayah ni), dan minta tolong member adik aku in charge bahagian lagu-lagu tu. i mean dia kena taulah bila nak pasang lagu kompang (recorded), lagu sedih, lagu joget-joget gembira haha.

guestbook: perlukah?

2 comment(s)
sekarang ni masih tak buat keputusan samada nak adakan guestbook atau tidak. macam tidak perlu, tapi ada bride to be bagitahu kalau masa majlis nanti kita busy dan tengah serabut, kita maybe tak perasan sangat siapa tetamu yang datang. so kalau ada guestbook bolehlah refer balik (tu pun kalau tetamu nak tulis lah haha). kalaulah jadi, aku nak yang simple-simple-comel je. something like this;

taken from squidoo.com

the problem is macam mana nak buat benda ni? kena tempah atau buat sendiri? (continue googling). 

Mar 18, 2011

update cepat-cepat

5 comment(s)
baju bridesmaids untuk majlis akad nikah dah beli semalam. my bridesmaids sepatutnya empat orang. kain yang aku berkenan tu ada tiga pasang sahaja. so, aku decide masa tu jugak bridesmaids dikurangkan menjadi dua orang sahaja. fabrik kain tu taktau nak describe macam mana. macam chiffon + satin. tiada gambar sebab yours truly tengah demam selesema, takde mood nak tangkap gambar.

kemudian jalan-jalan lagi jumpalah something cantik berwarna putih. siap ada labuci liplapliplap. sebab berkenan sangat, aku beli dalam 60pcs. itu mungkin akan digunakan sebagai doorgift majlis akad nikah. cuma tunggu beli sweets je letak dalam tu. 

status sekarang;

kain bridesmaids akad nikah: checked
doorgifts akad nikah: checked

Mar 8, 2011

canopy thingy

7 comment(s)
ok sambung cerita canopy. plan asal (plan sendiri tanpa bincang dengan sesiapa), aku nak canopy warna putih. putih sahaja. seperti ini;

frcanopy

tapi setelah berbincang dengan keluarga, mereka cakap macam tak berseri sangat kalau putih semua. ok fine, so aku ikutlah cadangan nak kanopi bertemakan putih dan pink. cari punya cari, tanya punya tanya mbcanopyskf canopydjcanopy mereka takde warna pink yang aku nak. kalau ada pink pun, hanyalah shocking pink. sangat striking okay. so aku tunggulah dulu.

i want something like this! lawaaa. credit to choclairissa

then last week umi cakap dia ada tanya kawan-kawan mana nak cari canopy elok dan kemas. adalah orang suggest kat bukit abal. pak nik pa canopy (sorry, takde link). abah umi pun terus pergi cari. dah sampai rumah tu rupanya pakcik canopy tu kawan lama abah. berpuluh tahun tak jumpa. terus jejak kasih di situ, kuang-kuang-kuang. 

mereka ada kanopi putih pink tapi umi abah tak berjanji apa-apa lagi sebab diorang nak tunggu aku pergi sana dan decide. then seperti aku cerita sebelum ni, aku ke sana terus setuju sebab dah malas nak fikir, time tu dah penat sangat. bila balik rumah barulah aku perasan yang sebenarnya warna pink yang aku baru book tu TERLALU lembut.

so what should i do? aku rasa macam aku perlu hias sikit supaya kanopi tu nampak lebih cantik dan warna dia tak tenggelam sangat. masalahnya nak tambah apa eh? bunga-bungaan? paper lantern? any idea? (masih lagi mengoogle). oh yes, sesiapa mencari canopy area kelantan boleh tekan link-link yang aku dah provide dalam entri ni.  

Feb 26, 2011

paper bags

0 comment(s)
semalam bawak umi pergi era nona. nak survey-survey barang kat situ. last-last umi kata dia nak beli paper bag dulu. sebab dia dah berkenan plus harga lebih murah daripada tempat lain yang kami dah survey sebelum ni. so rembatlah 60 paket. lepas tu aku register sebagai member, so dapat lagi diskaun 10%. membership seumur hidup, bayar RM10 sahaja. next time adik-adik aku, anak-anak aku nak kahwin, shopping situ pakai member kad aku jelah. haha. 

sebelum ni aku cakap paper bag tu nak beli 100 pcs sahaja untuk vip. tapi umi cakap, belilah untuk semua orang (yes, everyone is a vip!). mula-mula aku berkenan nak beli takeout box warna putih dan diy sendiri, tapi bila fikir masalah masa dan tenaga, cancelled. yang beli semalam tu dah cukup ok dah bagi aku dan family. cuma sekarang tengah bincang nak letak apa dalam tu. (takpe, lambat lagi)


ok so status sekarang: paper bags: checked

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei