Showing posts with label perfume. Show all posts
Showing posts with label perfume. Show all posts

Aug 18, 2010

omgggg i want this!

juicy couture viva la juicy

ingredients:

Wild Berries, Mandarins, Honeysuckle, Gardenia, Jasmine, Amber, Caramel, Vanilla, Sandalwood, Praline (taken from Sephora.com)

ok aku sudah jatuh centa dengan viva la juicy. sampai sekarang macam duk terngiang-ngiang terbau-bau lagi. damnnn nak meranapkan purse aku la ni. insyaallah aku takkan beli sekarang. maybe tunggu lepas habis praktikum? haha. reward untuk tamat praktikum la kononnya :p

sape-sape suka gi usya perfume, bolehlah masukkan viva la juicy dalam your usyalist.

Mar 23, 2010

ricci ricci


google

usha blog cik daisy. ternampak gambar give me liberty collection dari mac cosmetics. awh sangat comel lah packaging dia (lihat gambar atas). tapi tak ada yang aku nak beli pun. my makeup collection dah beranak pinak, so i have to stop buying makeups. kalau tak nanti kena sekeh dengan umi ;p

masa shopping-shopping itu hari, aku tersangkut dengan satu perfume ni. padahal my paris hilton belum habis lagi. tapi memang dah separuh botol pun. mana la tak habis cepat, sekali sembur macam sembur febreeze. lol. kiranya yang ini adalah my fourth perfume untuk tahun ini. oh, aku harus berjimat. harus!

ricci ricci from nina ricci. ricci ricci tu nama dia. kira macam anak-beranak ricci lah. (bukan macam, tapi memang) ada satu lagi yang botolnya design epal merah, namanya nina. masa tu memang aku confuse mana satu nak pilih. encik a cakap dia suka ricci ricci so terus proceed. btw aku tetap dapat sample nina. dua-dua wangi, sukaaaa!




tengok epal merah ni teringat g-dragon. sesiapa tak kenal g-dragon, boleh lihat avatar aku kat sebelah ni.

Jan 20, 2010

handsome and dandy

aku beli perfume lagi. entah datang dari mana angin gila-gila aku. aku macam tak puas hati pulak dengan perfume yang aku cerita dua tiga hari lepas tu. borsalino tu memang wangi. cuma nak pakai jarang-jarang oklah, kalau hari-hari tak tahan sebabnya hmm bau musky tu macam menyengat hidung sangat haha. sooo dengan sengajanya aku beli yang lain. o yeah.

asalnya nak beli dior addict. encik a kata bau macam mangga. oh??! nak beli yang satu tu, dia kata macam bau chewing gum. akhirnya aku beli paris hilton perfume. yang ini memang aku puas hati. nice. dah dah. cukup ah beli perfume.


gambar kurang berkualiti. haish. [sila abaikan barang-barang yang bersepah dalam background gambar di atas]

note: tajuk itu sebenarnya takde kaitan ngan entri, hanya berkaitan jang geun suk. hahaha. tuan rumah kan tengah gila jgs sekarang, sabar jelah ye :p

Jan 16, 2010

perfume


hari ini adalah hari membeli perfume. perfume chloe aku itu sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. so tadi pergi cari kat perfume shop. mereka tidak jual chloe. *sigh. actually memang aku dah google dah, hanya kat pavilion kl je ada. tapi tak kuasa la nak pergi sana. lagipun aku tak suka ah masuk kedai mahal-mahal ni. shop assistant kat sini bukannya ramai yang "bermuka manis" pun. muka sorang-sorang macam nak telan orang.

then aku decided nak cuba yang lain lah. hmm seriously, aku tak reti nak pilih perfume. boleh jadi pening wooo. hidu itu, hidu ini. haish. last-last aku beli yang borsalino pour elle. mula-mula perfume ni yang paling aku tak suka. tapi lama-lama, bila bau dia dah blend dengan kulit, ia jadi sangat wangi o yeah.


pictures courtesy of sfilate

** rindukan dslr ku. tak boleh nak letak gambar sendiri sebab tiada kamera T_T

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei