Nov 25, 2009

hotel motel montel

adooiii bengang aku. aku ada book a room kat salah satu hotel kat kuala lumpur, tapi sampai sekarang tak bagi confirmation. email dah berlambak-lambak hantar, tapi tiada balasan. tolonglah jangan nak confirmkan last minute. kalau tak available, cakap jelah tak. boleh aku cari hotel lain. grrrrr.

ini first time aku berurusan dengan hotel/ accommodation kat malaysia. benda simple pun jadi susah. bukan nak compare, tapi kalau kat sini even backpackers pun dapat reply dengan cepat kalau kita hantar email/book a room. apatah lagi hotel. [eh, ni macam comparing je ;p]. entahlah. mungkin hotel ini saja kot yang bermasalah. baiklah, aku taknak buat generalisation.

oh btw aku ada blog policy [eceh] yang baru. tapi tak payah la reveal. apa yang korang nampak dalam blog ni, itulah dia. kalau tak nampak juga, buat tak tahu sudah. btw ini temporary sahaja. tengoklah bila aku dah bosan, aku akan kembali kepada yang asal.


 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei