Nov 26, 2009

lai lai lai lai (dah ketandusan tajuk)

tak habis-habis lagi cerita pasal souvenir. aku pun dah naik muak. haha. bulan ni dah empat lima belas kali aku masuk kedai souvenir. sampai peniaga-peniaga tu dah cam dah. hmmm sekarang nampaknya aktiviti shopping souvenirs dah hampir selesai. tinggal nak beli untuk ma [my grandma] dan maklong. untuk orang lain, semua dah dibeli. haish. apasal la payah sangat nak beli untuk mereka berdua ni. aku kalau boleh nak beli something yang elok sikit untuk mereka, sebab kami memang rapat. hari tu nak beli purse kat strandbag, tapi purse tu macam senget pulak. lagi satu, kalau aku beli juga, rupanya sejibik macam yang dijual kat pasar malam. grrrr.

erm. sebelum ni beli barbie untuk aleeya. tapi entah macam mana aku tak perasan dan pergi letak barbie dalam kotak shipping. grrrr. maknanya lambat lagi lah si aleeya dapat main mende tu. sebelum ni janji dengan dia, bila sampai je malaysia nak bagi terus. adeh rasa bersalah punya pasal, aku beli yang baru T_T


 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei