Jan 15, 2010

awak cantik

sudah beberapa hari kami (aku dan roommates) menjadi pengguna w1max. so far so good. walaupun kelajuan internet adalah tidak laju berdesup, tapi at least dapatlah juga aku melayan youtube o yeah. sebelum ni ada je internet connection kat hostel ni. tapi ada web filteration la pulak. segala mak nenek cucu cicit yang berkaitan dengan video, download thingy memang akan disekat.

oleh kerana sudah ada internet connection yang agak stable, aku pun mau lah berjinak-jinak dengan drama-yang-ramai-orang-kata-best iaitu you're beautiful. punyalah gigih semalam aku streaming video episod satu kat mysoju. alih-alih, bila dah ready nak tengok, hanya audio saja yang keluar. gambarnya tak keluar-keluar. *sigh. tak boleh jadi ni. aku naaaak sangat tengok T_T

mula-mula aku ingatkan heroin drama ni adalah sama dengan heroin coffee prince, eun hye tu. rupanya tak :p

google

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei