Apr 5, 2010

aku hampa

keluar lepas kelas tadi dengan tiga tujuan.

satu. nak pos baju kurung. umi dah mintak baju kurung aku sebab kain-kain yang dia beli untuk aku dah nak dihantar ke tailor. so daripada aku buang duit beli tiket flight balik rumah, baik aku pos je baju tu. duaringgitlimapuluhsen je pun. tahun ni raya awal kan? orang pun dah sibuk google pasal baju raya. (aku check kat stats)

dua. nak buka akaun kat maybank. punya lah aku excited tadi pergi ambil borang segala, last-last pakcik bank tu suruh aku balik. sebab dia kata orang ramai sangat, so tak sempat nak layan. aigoo. macam hampeh. terus mati niat aku.

tiga. nak singgah mac beli dua benda. tapi malangnya dua-dua tu takde kat situ. satu dah sold out, satu lagi takde jual pun kat malaysia. nasib baik s.a yang layan aku tu baik. kalau tak bertambah-tambah marah aku. haha but still, hampa siot. oleh kerana terlalu hampa sampai sakit-sakit perut aku tadi. muka pun moody tak boleh blah. haha.

tiga tujuan, tapi satu je tercapai. hampa!

glitter-graphics
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei