Showing posts with label emotion. Show all posts
Showing posts with label emotion. Show all posts

Feb 21, 2011

okay okay dah tak lama dah

0 comment(s)
aku tak pernah reveal lagi tarikh majlis aku kan (kecuali kat twitter). nikah dan reception hari berlainan. majlis nikah akan dibuat sehari sebelum reception iaitu pada 4 jun 2011 insyaallah. dan 5 jun adalah tarikh reception kat pasir puteh (save the date please!)

yes, 104 days left. dah gabra sangat dah. banyak lagi persiapan perlu buat ni. catering apa cerita lah. cuak cuak. susah betul bila dah sibuk bekerja (now i know how the working life is. pffft). tu pun nasib baik lah masa duk goyang kaki kat rumah sebulan dua sebelum ni aku dah setelkan sesetengah benda. jika tak, harus makin stress.

sekarang ni, nak cuba invite kat facebook dulu. memang kena tau siapa yang boleh attend, esp kalau aku nak amik catering. kang tak cukup atau berlebih sangat. takmau lah jadi macam tu kan. so kawan-kawan, wait for my invitation!

Jul 14, 2010

teacher, why u are so emo?

lama gila tak update. last sekali tertengok kat blog list sape entah, taromilktea: 3 weeks ago. aku tak larat gila nak update. teringin tu teringin, tapi banyak kerja lain nak kena buat. hari ni ada sedikit masa, so aku nak conteng-conteng la kasi bernyawa blog ni. aku nak update hari-hari pun, aku bukannya banyak cerita. pergi sekolah mengajar dan ada a few relief classes. kemudian sampai hostel dah dekat nak petang. balik sekolah, kena tulis lesson plan dan siapkan teaching materials. haish. bersabaaaar sajalah.

rasanya ramai orang (batch aku) tengah stress pasal praktikum kot. all the best korang :)

oh ye kadang-kadang aku rajin update kat twitter. silalah search farahaminuddin ok.

aku nak tidur. bye.


May 15, 2010

catatan hari semalam

hari semalam adalah hari jumaat.

satu. gotong-royong perdana. kalau tak buat, nanti lecturer ambik nama [??!]. so untuk hari ni bilik kami berbau harum, kipas pun dah bersih dan dapat berpusing dengan lebih laju. serta siling dah clear dari sebarang sawang. [sawang tu apa sebenarnya?]


dua. lepas je siap bersihkan bilik, terus takde air. okay okay. mati mood nak keluar berjalan-jalan. yelah takkan nak keluar dengan badan yang baru je bermandi debu. haish. dengan sedihnya pergi mandi kat surau dimana aku perlu naik turun tangga dulu baru sampai. lepas dah mandi dan dah sampai bilik, badan dah berpeluh balik. macam takde maknanya aku mandi tadi.

tiga. hujan. okaylah fine. redha sajalah. dah petang-petang sikit baru lah cerah balik. so kitorang bersiap jugaklah untuk keluar. semangat gila nak pergi karaoke nak release tension.

empat. dah sampai tempat karaoke, diberi layanan paling teruk di abad ini. oh ini pompuan yang duduk depan kaunter tu memang kurang ajar gila. so sila jangan pergi neway karaoke kat times square sebab layanan memang menyakitkan hati.

lima. dah tak dapat nak berkaraoke, kitorang pergi makan kfc. coleslaw kat kfc time square sangat tak sedap.


enam. dah sampai hostel, air masih takde. kering kontang. nak cuci kaki pun tak lepas, apatah lagi nak cuci mekap. lepas tu boleh pulak baldi aku hilang. cepat cakap, siapa ambik hah?

May 12, 2010

intel, ip man, macbeth

aku bosan. dah habis exam tapi kena siapkan project untuk intel whatsoever. frankly aku takde mood pun nak buat benda-benda ni. tapi apakan daya, it's payback time katanya. haish, aku nak remind diri aku supaya tak banyak mengeluh. be positive, farah!

sambil-sambil tu aku nak layan ip man 2 kejap. layan kat laptop sudah. haha :p

google.com

malam ni juniors perform macbeth. tetiba teringat lak macbeth yang kami cohort 4 perform beberapa tahun lepas. ecey. ehm, nak pergi tengok ke tak malam ni? *thinking*

Apr 26, 2010

shopping tanda tekanan jiwa?


emosi selalu tak stabil lah bila aku kat sini. sometimes aku dah cuba untuk buat tak tau je pasal apa yang berlaku, tapi serius tak boleh buat macam tu. memang akan marah dan stress jugak akhirnya. hish. tak sabar nak cuti sem, at least kalau duk rumah takdelah stress macam ni. tadi dah hantar assignment terakhir. tinggal lagi dua paper untuk exam next week. tapi bukannya boleh balik terus lepas tu, ada aktiviti lain.

aku memang ada baca dalam majalah yang orang suka shopping ni sebenarnya orang yang selalu stress.
aku termasuk sekali lah.

**someone's birthday is coming. nak bawa dia makan kat mana eh? :p

Apr 5, 2010

aku hampa

keluar lepas kelas tadi dengan tiga tujuan.

satu. nak pos baju kurung. umi dah mintak baju kurung aku sebab kain-kain yang dia beli untuk aku dah nak dihantar ke tailor. so daripada aku buang duit beli tiket flight balik rumah, baik aku pos je baju tu. duaringgitlimapuluhsen je pun. tahun ni raya awal kan? orang pun dah sibuk google pasal baju raya. (aku check kat stats)

dua. nak buka akaun kat maybank. punya lah aku excited tadi pergi ambil borang segala, last-last pakcik bank tu suruh aku balik. sebab dia kata orang ramai sangat, so tak sempat nak layan. aigoo. macam hampeh. terus mati niat aku.

tiga. nak singgah mac beli dua benda. tapi malangnya dua-dua tu takde kat situ. satu dah sold out, satu lagi takde jual pun kat malaysia. nasib baik s.a yang layan aku tu baik. kalau tak bertambah-tambah marah aku. haha but still, hampa siot. oleh kerana terlalu hampa sampai sakit-sakit perut aku tadi. muka pun moody tak boleh blah. haha.

tiga tujuan, tapi satu je tercapai. hampa!

glitter-graphics

Mar 29, 2010

s.s.s

stress stress stress

sampai dah datang balik dah migrain aku. &^%$#@!

google

Jan 27, 2010

wednesday january 27

tengah bersengkang mata nak siapkan weekly scheme of work. actually aku masih blur lagi ni. rasa macam tengah mengarang lesson plan pun ada. haish. sape yang tak faham tu maaflah ye, biasalah kalau dah teacher trainee tu memang benda-benda macam ni lah yang nak dibebelkan ;p

aku taktau nak update apa dah sebenarnya. kalau ikutkan hati hari-hari aku tampal gambar budak-budak dalam entri bawah ni kat blog aku. tapi apa pula kata korang encik a kan. kang tak pasal-pasal makan hati masak sambal berulam jantung pulak. haha

ok lah mau tido. esok ada kelas. semoga berjumpa lagi. *haish baju belum iron lagi. aku lebih rela basuh baju secara handwash daripada gosok baju daaa :p

Jan 25, 2010

ho ho ho balik kampung

baru je dapat merebahkan badan atas katil. phew. penat. tapi tak sepenat naik bas lapan jam eheh. badan ni dah manja, gelenya, takmau naik bas. sila sekeh sikit kepala aku. aih, badan yang ngada-ngada, kepala jadi mangsa? nasib kaulah. seronok gila dapat balik rumah. sebab:

satu, dapat berehat di rumah dengan tenang dan selesa. dua, dapat jumpa family tersayang muah muah muah. tiga, dapat raikan hari lahir helmi dan nadiah. empat, dapat tengok drama you're beautiful dengan hajar dan nadiah. lima, berjaya pengaruhi [baaaaad influence] hajar supaya gilakan tae kyung haha. enam, dapat makan masakan umi dan abah. etc.

tak sabar nak balik lagi. hmmm.

Nov 27, 2009

hari ini aku buat kerja gila

saat ini aku memang rindukan budak ini. dan juga family aku. kalau aku ada superpower, aku nak balik rumah sekarang! balik rumah jumpa family tersayang saja. orang lain aku tak mahu jumpa.


aku memang tengah stress tahap tertinggi. majlis bertemakan retro-retro yang once in a lifetime [tengah berlangsung sekarang] tu pun aku tak attend. lantak ah. aku tak kisah pun. orang lain lagi lah tak kisah punya.

Nov 16, 2009

die die die

8 comment(s)
exam sudah habis. plan malam tadi, kalau dah habis exam linguistics nak jerit 'yahooooooo im freeeee!' tapi tak jadi. tak rasa happy pun. masih gundah gulana dengan jawapan exam tadi. section a, aku agak confident. section b? awalnya confident juga. tapi lama lepas tu agak confused. kalau aku silap pilih country, maknanya the whole essay tu akan terkena tempiasnya. grrrrr. hopefully aku tak silap. tawakal sajalah.


masih berdukacita sekarang. someone, please hiburkan hati aku T_T



okeh, mau kemas rumah. esok nak pindah.


Nov 11, 2009

debaran exam [tajuk ala-ala debaran sehati berdansa]

23 comment(s)
nak tengok movie 2012. tapi sabtu dan isnin ni ada exam. haish. sabar farah, utamakan yang penting dulu.

hmm masa karang entri ni, aku terperasan yang rumah aku ni macam takde beza pun waktu sebelum dan selepas ship barang ke malaysia. muahaha. aku malasssssss nak kemas. nak tunggu next week sebelum pindah rumah baru nak kemas. banyak juga barang yang aku tak hantar balik. contohnya blender, toaster, pinggan mangkuk, etc etc. tengoklah kalau aku bermurah hati, aku bagi je kat sape-sape yang masih ada kat auckland ni.

aku mungkin tak aktif berblogging sepanjang minggu ni hingga habis exam. kot. [haha, ada juga kot tu]. aku ni bukan boleh percaya sangat. kata tak nak update, alih-alih korang nampak juga taromilktea, 2 minutes ago kat blog list korang tsk tsk tsk.

baiklah aku nak main game sekarang. eh tidak tidak. aku nak pergi study ♥

Nov 7, 2009

sa-u-na

13 comment(s)
tengah stress. i wish i could take a sauna.

kelebihan sauna: dapat membantu reduce pain, stress relief, dan juga weight loss [bonus ni ;p]

pic courtesy of flickr

Nov 6, 2009

enam november dua ribu sembilan

17 comment(s)
satu. cuaca hari ini agak panas terik. takpe, at least aku tak terkejut sangat dengan perubahan cuaca bila balik malaysia nanti.

dua. aku demam. agak stress kebelakangan ni. banyak benda yang tak settle-settle lagi.

tiga. minuman di easyway hanya dijual tiga dollars segelas. harga asal lima-enam dollars. promosi sehingga sebelas november.

empat. sila lawat website maxx.co.nz kalau nak free tickets ke gulf harbour. aku dah dapat tiket tu tadi.

lima. ipod touch ku sudah bertukar wajah. phewww.

IMG_3159-horz

Nov 4, 2009

emo

17 comment(s)
tiga empat hari ni asyik pergi survey souvenir je. tapi souvenir nye masih belum dibeli lagi. tsk tsk. tadi aku pergi victoria park market. [dah bertahun kat sini, tapi sebulan sebelum balik malaysia baru nak jejak kaki ke sana. haha]. malangnya indah khabar dari rupa. tengok kat website dia tempat shopping ni nampak begitu gah sekali. bila sampai sana, hanya beberapa kedai yang beroperasi. memang beyond my expectation.

btw souvenirs kat sana menarik juga lah. tapi sebab nak beli untuk orang lain kan, so selalu terfikir, sesuai ke tak untuk orang ni, sesuai tak untuk orang tu. setakat bagi keychain, bukannya orang pandang sangat pun. iye, memang ada yang akan cakap "it's the thought that counts". tapi masalahnya bukan semua orang boleh fikir macam tu. ada sesetengah makhluk yang aku kenal ni mulutnya macam ^#@$Y*#@ tahu nak menyindir je. damn.

eh emo pulak tetiba T_T

Oct 25, 2009

caraku dan caramu berbeza

10 comment(s)
bila aku layan mana-mana drama bersiri atau movie, aku selalunya takkan merungut pada ketidaklogikan cerita tu. ada sesetengah orang, setiap kali tengok drama ada saja benda tak kena yang dia nak kondem. tak salah pun perbuatan tu. suka hati kau lah kan. cuma itu bukan perangai aku. kau bagi la aku tengok cerita yang paling haprak dalam dunia pun, tapi kalau aku suka means aku suka lah.

mana ada benda yang perfect dalam dunia ni. setakat benda-benda remeh dan tak logik yang ada dalam drama/movie tu akanku lupakan saja. btw ini salah satu cerita mengarut yang menjadi fav aku, meichan no shitsuji [pic courtesy of flickr] ;



off topic: hmm, dinner tadi plan asalnya nak masak kailan ikan masin, tapi hanya ada kailan. nak masak kangkung goreng belacan, kangkungnya tiada. akhirnya terhasillah kailan goreng belacan.

Oct 23, 2009

kamu, i am sorry

macam nak terkeluar bijik mata aku siapkan dua assignments semalam. pergh. penat gila. sepatutnya aku tengah qada tido sekarang tapi tak mengantuk pulak.

btw aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang tegur aku masa submit assignments tadi tapi aku tak respond. actually thats so not me. otak aku tak berapa nak berfungsi. masa korang tegur tu aku antara dengar dan tak dengar, sedar tak sedar. aku tengah serabut pasal assignments. maaf sangat-sangat.

tadi layan american next top model. kat sini baru tayang cycle 11. orang dah boleh layan cycle 13 kat youtube. haha. tapi aku tetap nak tengok. sebab tengok kat tv lebih best :D


mckey [pic:flickr]

Oct 20, 2009

the song that made me cry

11 comment(s)
aku baru je dengar lagu ni beberapa minit yang lepas. walaupun first time dengar, i ended up crying. liriknya betul-betul buat aku terpukul. [lirik pun pandai pukul orang tsk tsk tsk]. sila dengar time anda tengah emo pada pasangan anda. lepas tu anda mesti tak emo dah. ha ha ha. [aku tak kata aku tengah emo. mana ada mana ada]

flaws and all by beyonce




note: hargailah orang yang tersayang. eceh :p

Oct 8, 2009

rumah yang bersih jangan disangka tiada lipas

aku dah banyak kali jumpa orang yang baik kat depan, tapi kat belakang mak aih pijak gajah pun boleh mati [exaggerate gila haha]. aku pun jahat, tapi sejahat-jahat aku, aku tak berdendam sampai nak memusnahkan hidup seseorang. sejahat-jahat aku, aku tak mengumpat orang, memburukkan orang macam theres no tomorrow. damn la kan.

aku memang susah sikit nak bagi seratus peratus kepercayaan kepada orang lain. aku pernah tengok sendiri bagaimana best friend umi aku khianati umi dan buat sial dengan keluarga aku. memang tak disangka. ini buat aku fikir, sebaik mana kita dengan seseorang, harus lah simpan sikit trust tu untuk diri sendiri. jangan bagi semua.

Sep 6, 2009

i hate this feeling

25 comment(s)
now. aku rasa aku taknak apa-apa. no more cravings. taknak kuih. taknak semua. taknak taknak. semua yang sedap nampak tak sedap. semua adalah tasteless. tekak aku sakit, pedih. blocked nose. runny nose. badan lemah. sakit kepala. tension. dengan blog ni sekali aku rasa nak delete. %&%$#
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei