May 15, 2010

catatan hari semalam

hari semalam adalah hari jumaat.

satu. gotong-royong perdana. kalau tak buat, nanti lecturer ambik nama [??!]. so untuk hari ni bilik kami berbau harum, kipas pun dah bersih dan dapat berpusing dengan lebih laju. serta siling dah clear dari sebarang sawang. [sawang tu apa sebenarnya?]


dua. lepas je siap bersihkan bilik, terus takde air. okay okay. mati mood nak keluar berjalan-jalan. yelah takkan nak keluar dengan badan yang baru je bermandi debu. haish. dengan sedihnya pergi mandi kat surau dimana aku perlu naik turun tangga dulu baru sampai. lepas dah mandi dan dah sampai bilik, badan dah berpeluh balik. macam takde maknanya aku mandi tadi.

tiga. hujan. okaylah fine. redha sajalah. dah petang-petang sikit baru lah cerah balik. so kitorang bersiap jugaklah untuk keluar. semangat gila nak pergi karaoke nak release tension.

empat. dah sampai tempat karaoke, diberi layanan paling teruk di abad ini. oh ini pompuan yang duduk depan kaunter tu memang kurang ajar gila. so sila jangan pergi neway karaoke kat times square sebab layanan memang menyakitkan hati.

lima. dah tak dapat nak berkaraoke, kitorang pergi makan kfc. coleslaw kat kfc time square sangat tak sedap.


enam. dah sampai hostel, air masih takde. kering kontang. nak cuci kaki pun tak lepas, apatah lagi nak cuci mekap. lepas tu boleh pulak baldi aku hilang. cepat cakap, siapa ambik hah?

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei