ok sambung cerita canopy. plan asal (plan sendiri tanpa bincang dengan sesiapa), aku nak canopy warna putih. putih sahaja. seperti ini;
frcanopy |
tapi setelah berbincang dengan keluarga, mereka cakap macam tak berseri sangat kalau putih semua. ok fine, so aku ikutlah cadangan nak kanopi bertemakan putih dan pink. cari punya cari, tanya punya tanya mbcanopy, skf canopy, djcanopy mereka takde warna pink yang aku nak. kalau ada pink pun, hanyalah shocking pink. sangat striking okay. so aku tunggulah dulu.
i want something like this! lawaaa. credit to choclairissa |
then last week umi cakap dia ada tanya kawan-kawan mana nak cari canopy elok dan kemas. adalah orang suggest kat bukit abal. pak nik pa canopy (sorry, takde link). abah umi pun terus pergi cari. dah sampai rumah tu rupanya pakcik canopy tu kawan lama abah. berpuluh tahun tak jumpa. terus jejak kasih di situ, kuang-kuang-kuang.
mereka ada kanopi putih pink tapi umi abah tak berjanji apa-apa lagi sebab diorang nak tunggu aku pergi sana dan decide. then seperti aku cerita sebelum ni, aku ke sana terus setuju sebab dah malas nak fikir, time tu dah penat sangat. bila balik rumah barulah aku perasan yang sebenarnya warna pink yang aku baru book tu TERLALU lembut.
so what should i do? aku rasa macam aku perlu hias sikit supaya kanopi tu nampak lebih cantik dan warna dia tak tenggelam sangat. masalahnya nak tambah apa eh? bunga-bungaan? paper lantern? any idea? (masih lagi mengoogle). oh yes, sesiapa mencari canopy area kelantan boleh tekan link-link yang aku dah provide dalam entri ni.
7 comment(s):
layout baru. cantik.
thanks :)
paper latern ^__^ mesti cantik hehe, atas meja letak centerpiece bole naikkan seri juga
centerpiece, yes! thanks for ur ideas ;)
dah boleh komen dan cantik layout ni! ^-^
diya tak berapa nak reti sangat bab hias2 ni. terima seadanya canopy kaler apa pun. janji boleh makan, ngeee =p
paper lantern lah farah.
diya: hehee thanks. diya, farah dulu macam tak peduli sgt hal canopy ni. janji ada je. sekarang bila tengok canopy itu ini, barulah rasa macam penting jugak sebenanya. susah gak camni. haha
kak amy: thanks for ur suggestion :)
Post a Comment