memandangkan masa semakin suntuk (2 months left omygod!), aku memang dah start beli barang-barang yang kononnya akan dibeli seminggu dua sebelum majlis. kenapa nak beli sekarang? sebab kalau last minute, aku nak beli barang A then barang A tak available dalam kuantiti yang banyak, bukankah haru biru nanti. tak pasal wedding aku jadi warna warni. takmahu takmahu!
oleh kerana semenjak bekerja aku agak sibuk, hujung minggu pun sibuk (minggu ni ada sekolah ganti lagi, nangissss) aku selalu curi masa keluar petang-petang cari barang. so tadi ada pergi survey dua tiga buah kedai craft/alatan perkahwinan di bandar kota bharu. umi pesan cari bakul hantaran berwarna putih, tapi semua dah sold out. hampa. sekarang ini masih lagi mencari.
untuk bunga telur, aku dah beli dua set untuk hiasan di pelamin dan satu kotak 50 pieces untuk saudara mara terdekat. cakap pasal bunga telur, sebenarnya aku tak faham pun konsep bunga telur atau bunga pahar dengan pulut kuning bagai. then aku ada baca info kat sini, bolehlah faham sikit. yang penting, aku sangat suka bunga telur yang aku beli tadi. cantik (at least for me).
source: google |
additional info: kalau ke kota bharu nak survey barang-barang kahwin, dekat area jalan dato' pati ada banyak kedai. so bolehlah jenguk-jenguk. kena pandai bargain ok.
3 comment(s):
cantik warna putih tu..simple sangat~ :) chaiyok2!!
hehe. ingat nak cari warna pink. tp takut tak matching dgn bunga pelamin.
kak farah nk kawen da yea.. conzrats taw.. da lame x buka blog akak..huh..maklumla fara ni da cam katak dok lam kondo..
Post a Comment