Showing posts with label baju pengapit. Show all posts
Showing posts with label baju pengapit. Show all posts

Jun 24, 2011

review: pengapit pengantin

4 comment(s)
pengapit pengantin adalah tak lain tak bukan my beloved siblings, helmi dan hajar. masa bersanding, hajar sangatlah sabar dengan aku walaupun aku suruh dia banyak benda. dan helmi pula, ada beberapa kawan abah ingat dia tu pengantin! siap dapat ucapan tahniah lagi. lepas tu dia segan, terus tak pakai sampin dah.

DSC_0157
DSC_0153
DSC_0011
DSC_0052

sebenarnya aku agak terkilan dengan koleksi gambar-gambar kahwin aku masa reception kat pasir puteh. gambar adalah cantik, tapi terlalu banyak gambar candid. moment aku dengan pengapit adalah tidak banyak. in fact, yang ada hanyalah masa atas pelamin. aku, pada hari kejadian memang sangat sibuk dan banyak benda perlu fikir, jadi aku tidak punya masa untuk remind photographer. 

oh yes, mereka berdua juga adalah pengapit pengantin untuk majlis reception di pekan. so harap-harap, ada lebih banyak gambar pengantin dan pengapit dari photographer yang cover majlis kat sana. 

Apr 3, 2011

baju tukang kipas

3 comment(s)

aleeya's

hajar's

so far, baju flower girl dah jumpa. baju pengapit 1 dan 3 (hajar dan nadiah) dah beli. tinggal baju pengapit 2 iaitu helmi. susah juga nak cari baju melayu pink eh. thank god lah helmi tak kisah nak kena pakai baju melayu pink. so mission sekarang (untuk baju family) ialah cari baju melayu helmi, siapkan flower head band untuk aleeya, cari shawl untuk hajar dan nadiah. 

berusaha!

Mar 18, 2011

update cepat-cepat

5 comment(s)
baju bridesmaids untuk majlis akad nikah dah beli semalam. my bridesmaids sepatutnya empat orang. kain yang aku berkenan tu ada tiga pasang sahaja. so, aku decide masa tu jugak bridesmaids dikurangkan menjadi dua orang sahaja. fabrik kain tu taktau nak describe macam mana. macam chiffon + satin. tiada gambar sebab yours truly tengah demam selesema, takde mood nak tangkap gambar.

kemudian jalan-jalan lagi jumpalah something cantik berwarna putih. siap ada labuci liplapliplap. sebab berkenan sangat, aku beli dalam 60pcs. itu mungkin akan digunakan sebagai doorgift majlis akad nikah. cuma tunggu beli sweets je letak dalam tu. 

status sekarang;

kain bridesmaids akad nikah: checked
doorgifts akad nikah: checked

Jan 24, 2011

pengapit pengantin

0 comment(s)
pengapit dah dipilih. umi yang request. dua-dua pengapit adalah adik perempuan aku, hajar dan nadiah. dan flower girl sape lagi kalau bukan aleeya. aleeya sekarang excited siot. dia kata dia tak sabar nak pakai gaun dengan flower band tu. haha over ok.

untuk hajar dan nadiah, kalau boleh nak beli baju yang dah siap. basically mereka berdua ni sama saiz, so senang nak cari baju. aku ada tengok dalam majalah nona edisi januari, cantik-cantik sangat fesyen baju sekarang. fuuuu mauuuu!! warna baju pengapit haruslah tidak sama dengan baju pengantin kan. jadi aku kalau boleh nak baju pengapit ni sama ada kurung riau/kurung moden manik warna ala-ala peach dan pink muda. mesti cantik. ini antara pilihan warna yang aku nak untuk pengapit aku.

yes, first choice! tapi macam impossible je. (source: google)


google


google

untuk malam nikah, aku takde tetapkan any theme colour untuk my family. tak kisahlah sebab malam akad nikah tu majlisnya sekejap saja. tapi aleeya punya baju dah siap tau. tak aci! pengantin punya pun belum beli lagi, lols. baju dia warna hitam ada kerawang dan labuci. sangat glam ok :p
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei