Showing posts with label doorgift. Show all posts
Showing posts with label doorgift. Show all posts

Apr 23, 2011

sneak peek

4 comment(s)

gambar credit to kakzu takeout box (link beliau aku dah bagi kat sini). fyi, adalah sangat-sangat senang berurusan dengan beliau. she is very understanding. thanks kak!

Apr 17, 2011

of takeout box and imoments

1 comment(s)
two different things untuk dikongsi dengan bride-to-be semua. so sesiapa yang tengah survey takeout box atau  doily paper with sticker yang comel lote, boleh ke facebook takeout box untuk maklumat lanjut. for me harga yang ditawarkan adalah sangat affordable. aku pun tengah berkira-kira nak tempah sticker untuk wedding favors. 

taken from takeoutbox's fb

kedua, berkaitan dengan entri sebelum ni, pasal wedding videography. sekarang tengah usya imoments. suka lah video dia. cuma tak taulah beliau masih available atau tak untuk my reception. sebab macam dah last minute dah nak book ni. kalau ada rezeki ada lah, kalau tak ada nanti ke kedai cari video cam lah nampaknya. haha

Mar 18, 2011

update cepat-cepat

5 comment(s)
baju bridesmaids untuk majlis akad nikah dah beli semalam. my bridesmaids sepatutnya empat orang. kain yang aku berkenan tu ada tiga pasang sahaja. so, aku decide masa tu jugak bridesmaids dikurangkan menjadi dua orang sahaja. fabrik kain tu taktau nak describe macam mana. macam chiffon + satin. tiada gambar sebab yours truly tengah demam selesema, takde mood nak tangkap gambar.

kemudian jalan-jalan lagi jumpalah something cantik berwarna putih. siap ada labuci liplapliplap. sebab berkenan sangat, aku beli dalam 60pcs. itu mungkin akan digunakan sebagai doorgift majlis akad nikah. cuma tunggu beli sweets je letak dalam tu. 

status sekarang;

kain bridesmaids akad nikah: checked
doorgifts akad nikah: checked

Feb 26, 2011

paper bags

0 comment(s)
semalam bawak umi pergi era nona. nak survey-survey barang kat situ. last-last umi kata dia nak beli paper bag dulu. sebab dia dah berkenan plus harga lebih murah daripada tempat lain yang kami dah survey sebelum ni. so rembatlah 60 paket. lepas tu aku register sebagai member, so dapat lagi diskaun 10%. membership seumur hidup, bayar RM10 sahaja. next time adik-adik aku, anak-anak aku nak kahwin, shopping situ pakai member kad aku jelah. haha. 

sebelum ni aku cakap paper bag tu nak beli 100 pcs sahaja untuk vip. tapi umi cakap, belilah untuk semua orang (yes, everyone is a vip!). mula-mula aku berkenan nak beli takeout box warna putih dan diy sendiri, tapi bila fikir masalah masa dan tenaga, cancelled. yang beli semalam tu dah cukup ok dah bagi aku dan family. cuma sekarang tengah bincang nak letak apa dalam tu. (takpe, lambat lagi)


ok so status sekarang: paper bags: checked

Jan 20, 2011

preparation v.4

0 comment(s)
masa kat jalan tar hari tu jugak aku ada masuk satu kedai yang jual doorgifts, alat untuk hantaran etc. ingat nak survey paper bag untuk vip. yes, kat situ memang ada. harga sangat murah RM2.80 untuk 10pcs. kiranya RM0.28 sen je seunit. tu yang paling murah aku jumpa setakat ni. design ada yang lawa, cuma takde warna tema aku. kalau tak, memang aku dah rembat. lagi satu, masa aku pergi tu umi takde sekali. aku ni jenis susah nak buat keputusan kalau umi takde. hehe


sweet! suka design ni. taken from rekacetak2u

anyway kalau nak cari kedai yang aku cakap tu, ia sebaris dengan maybank dan jakel, dan kat depan dia adalah kedai makan.

status sekarang:
paper bag untuk vip: masih mencari

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei