Showing posts with label tudung kahwin. Show all posts
Showing posts with label tudung kahwin. Show all posts

Jul 11, 2011

review: tudung pengantin

7 comment(s)
aku seorang pengtidakgemar tudung awning, jadi aku pakai shawl sebagai tudung pengantin untuk ketiga-tiga majlis. shawl aku sangat simple, kain dari jenis chiffon jojet dan ada sedikit diamond biasa. sila lihat previous entry untuk melihat gambar tudung. sebenarnya, aku ada beli shawl benazer/pakistan untuk dipakai semasa reception. tapi bila last minute keduanya aku tak guna sebab susah nak pakai. 

kebetulan seminggu sebelum majlis aku ke KL. kononnya nak pergi shanghai silk store di jalan tar, dengarnya kat situ ada banyak shawl manik sesuai untuk pengantin. sedihnya aku tak jumpa pun kedai tu. last sekali terjumpa satu kedai ni, ada sangat banyak shawl jojet (plain) berdiamond. oh aku suka! pilihan warna pun pelbagai, dan paling penting boleh dapat harga super best. 

kelebihan pakai shawl jenis ni, sangat selesa, kainnya sedap dipakai dan senang dibentuk. cuma kena praktis lilit shawl sendiri, mungkin ada mua yang belum biasa pakaikan shawl pada pengantin. as for inner tudung, aku tak guna inner cotton biasa, ia panas dan menampakkan garisan pada tudung yang mungkin akan mencacatkan gambar. jadi aku guna custom made inner bermaterialkan cotton spandex dari fizza-closet. sangat best!

source: fizza closet

aku akui, pengantin yang bertudung awning akan nampak lebih kemas. tapi apakan daya, i look older bila pakai tudung jenis tu. haih. 

Jan 19, 2011

preparation v.3 (tudung pengantin)

3 comment(s)
tempat kedua yang kami pergi jelajah adalah jalan tar dan kawasan sekitar situ. motif adalah untuk cari sehelai tudung sanding, sehelai tudung nikah, dan dua tudung persalinan. dan alhamdulillah, aku dapat semua tudung-tudung tu dengan harga yang affordable. ada jugak survey veil, tapi masih tak jumpa jugak.

cakap pasal tudung pengantin, aku buat keputusan untuk pakai shawl. serius, muka aku memang tak sesuai langsung pakai tudung ekspres tu. dah berbelas kali aku cuba kat muka bulat aku ni, memang tak ngam. so nak selamat, aku pilih shawl jelah. ni antara gaya pengantin yang pakai shawl masa wedding.

source: google
inner yang jenis cover neck tu aku dah beli dengan radiusite. so semua dah setel. tudung untuk bertandang kiv dulu sebab aku belum tengok baju tu. actually aku berkenan dengan shawl irine nadia pakai, cantik!! tapi tak dapatlah nak membelinya, lari bajet. hehe

credit to irinenadia

status sekarang:

tudung pengantin: checked.
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei