Oct 4, 2008

First Syawal di Auckland

Sepi. sedih. bosan. Malam raya tido awal. Takde aktiviti membuat kuih raya seperti di rumah. Entah. Housemates semuanya takde kat rumah time tu. Samada mereka tido, atau tengah merayap ke tempat lain. Tak kisahlah. Janji dengan tunangku nak masak sama2. Dia nak masak rendang dinding (betulke nama tu?). Tapi nak masak esok pagi. Sebab katanya dapur ada orang lain tengah guna. Kunci jam pukul 4 pg. 4 pg tu mata xboleh bukak sebab mengantuk. Akibat dari tido pukul 1.30am, menonton movie. Huh. Tido balik. sedar2 pukul 6 pg. lepas Subuh, pegi jumpa tunang. tolong dia masak rendang. actually i was supposed to masak mee kari sebagai hidangan hari raya. tapi pukul 6 baru bangun, nak masak apanya. so tengok jelah si tunangku memasak rendang.

kul 7 lebih balik bilik. ingat nak siap2 untuk sembahyang raya. tapi rasa macam awal lagi. tido sekejap. kononnya untuk 5 minit. alih2 tertido sampai pukul 9pg. tu pun tersedar sebab tunangku call. adeh.dia call suruh datang jumpe dia untuk beraya. ku cakap xmo raya. xde mood. dia cakap dia nak bagi duit raya. terus segar mata. haha. mata duitan betul. mase tu tak mandi2 lagi. malasnya. memang xde mood. seriously. sebabnya baju raya tak sampai2 padahal dah 2 bulan lepas umi poskan. sangat frusrated. dahlah baju kurung ada sehelai je. dah buruk pulak tu. lagi sedih. and, ini first time dalam hidupku bangun lambat pd pagi raya.

sadis betul. pergi ke bilik air dengan malasnya. dalam kepala, masih tak percaya hari tu hari raya. lepas siap2 tu, terpikir nak pakai tshirt ngan track bottom je. tapi nanti orang gelak pulak. pakai lah baju kurung yang dah berusia empat lima tahun tu. nasib baik masih muat. haha. pergi beraya dengan tunang. dia jamu makan rendang dinding yang sangat sedap. makan dengan ketupat nasi. huh. tapi yang menariknya apa yang kujangkakan berlaku tidak berlaku. iaitu ku tak menangis langsung! oh yea, nampak sangat tidak berperasaan. kononnya kuat. tapi ku dah takde stok air mata untuk dilimpahkan pada pagi raya tu. mungkin sebab dah banyak digunakan waktu first ramadhan. huh.

lepas beraya dengan tunang, kawan ajak pergi beraya rumah dia. okeylah. at least ada tempat nak dituju. pukul satu tengah hari pergi lecture. oh yes, lecture pukul 11am tu memang ku dah ponteng. lantak. balik je lecture compsci tu masak mee kari. lepas masak, makan. oh alangkah bosannya. lepas makan, balik bilik dan layan internet. layan movies. sampai la malam. itulah kisah bosan hari raya pertama di Auckland. sekian.

note: ini kisah yang panjang dan membosankan. tak perlu baca kalau anda malas. tak perlu baca kalau anda tak suka kisah yang membosankan. tak perlu baca kalau anda sekadar blogwalking untuk mempromote blog anda. noktah.

37 comment(s):

Anonymous said...

eh..ada tunang sekali ke kat sana..heh
setakat ni aku tak pernah beraya kat tepat lain selain kampung aku la..syukur alhamdulillah.. :D

farah, s. on October 4, 2008 at 8:19 PM said...

aah.my tunang is here.
best kn beraya kt kampung? haha =p

Narina Joe "Najo" on October 4, 2008 at 10:06 PM said...

eh eh..sy bace pon mcam bosan...hehe..

knape tak ajak housemates masak ramai2. Kitorang satu rumah pulun masak malam raya dr kul 8 malam sampai 4 pagi smbil dengar lgu raya. Punyela semangat kan. Pagi raya bangun lewat gak..sebab penat..haha..pastu trus g lectures pastu g beraya rumah sorang pakcik melayu nih...ok laaa...

farah, s. on October 4, 2008 at 10:11 PM said...

huhu..mission completed. berjaya jugk sy buat org bosan. haha..

owh.. my housemates xsemangat nak wat mende2 tu seme..

mohd ariff on October 4, 2008 at 11:45 PM said...

kenangan yg tak terindah.. hehe
jgn sedih2 yer cik cora..

farah, s. on October 4, 2008 at 11:51 PM said...

maybe first time mmg macam ni kot.haha.. insyaAllah next year raya xnk dah jadik cmni..hee =)

btw thanks maxx

SaDi on October 5, 2008 at 1:38 AM said...

sabar laa yee.. jadikan laa ia kenangan 'terindah' di hari raya raya... bila dah balik malaysia... mesti teringat balik beraya kat sana.... :D SELAMAT HARI RAYA!!!!!

farah, s. on October 5, 2008 at 2:29 AM said...

betul2.. hehe... takpe2, tu kenangan raya pertama je.. sayu sikit.. haha.. raya ke2 n seterusnya dh ok dh..lol

selamat hari raya =)

Mira3dora on October 5, 2008 at 3:32 AM said...

saba ye farah
beraye kt tmpt org tak same cam beraye kt tmpt sendiri rite?
naseb ade tunang farah kan
kalo x
lagi takde hala tuju.
salam aidilfitri
;)

Kapten Luffy on October 5, 2008 at 5:14 AM said...

sabar... ianya pasti akan jadi kenangan indah juga tu...

Anonymous said...

alahai. diya baru tahu cik farah ni dh ada tunang rupanya. huhu. thn ni raya sbg tunangan org, thn depan mana tahu sbg isteri laks. msti tak bosan dh pagi2 raya. hehe

Encik Shino on October 5, 2008 at 7:06 AM said...

ermm best tak beraya kt negeri org..?
Tp kan if ade org tersayang disisi takde lah terasa sgt rindu kt kampung :P ngehehehe~

farah, s. on October 5, 2008 at 8:29 AM said...

shino>> raya first xbest. kemudian best la jugk.hehe..sbb ade majlis sambutan raya.. =)

cik mira>> thanks mira~

monkey d luffy>> insyaAllah :)

diya>>hehe... br tau ye.. takpe2.. next year? oh farah masih di auckland. so xdpt kawin lg.. haha..

Anonymous said...

berjauh dr family erk? xpeee.. internet ade.. leh berwebcam ngan family di sini haha!

Anonymous said...

ucapan tuk farah..
jgn sedih2, tp wan rase farah x la sedih mane pon kan..sbb last year pon farah dah raye kat auckland kn?? lg pon tunang kan ade.. :)

lagi satu ejaan rendang dinding tu salah la farah..ejaan sebenar RENDANG DENDENG..

xpe la..bile dah balik msia nnt raye la puas2 k..salam aidilfitri srp wan..

farah, s. on October 5, 2008 at 4:52 PM said...

ien>> xde webcam la pulk.haha

wan>> dendeng ek?? haha.. thanks2. selmt hr ry!

me3n on October 5, 2008 at 5:30 PM said...

takde gambo raya di perantauan kah?

Anonymous said...

sedihnye kan beraya kat tempat org..klu fara la kan da meraung pgl mak time camni..

farah, s. on October 5, 2008 at 5:52 PM said...

ad3ck>> coming soon..hehehe

dakchomey>> hehe.. tula.. tp akak takle sampai meraung lg..ehe

peaknee on October 6, 2008 at 2:49 AM said...

ouwh sgt cedey baca en3 kamu kalini,tp i pn da rs lst two years,ada class hr raya,bgn kol 11pg,lg truk,huhu..anyway,slmt hr raya!

pRincESs_N on October 6, 2008 at 5:09 AM said...

SELAMAT HARI RAYA yunk...jgn busHan2 ekk...

Nadia on October 6, 2008 at 6:22 AM said...

x besh ek farah?huhu
kenapa tak raya kat kedutaan malaysia kat sana?malaysian embassy takde buat jamuan ek??nadia tgk kat majalah 3 kat london diorang wat rumah terbuka kat malaysian hall.so,meriah sket bila pelajar malaysia berkumpul ramai2 walaupun masing2 tak kenal..tyme ni lah boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain.nampak seronok plak diorang tu.huhu

Zetty on October 6, 2008 at 6:40 AM said...

salam farah ... lamanya 2 bulan antar baju tak sampai2 .. might be dah sangkut kat kastam la farah .. try la check kat pos NZ tuh ek ..

nampaknya tahun nieh kita sama2 tak raya la kan .. hehehe .. takpe farah, pengalaman tuh .. lepas nieh kita akan lebih menghargai lagi saat2 hari raya bersama family kat kg:)

Luth Textile on October 6, 2008 at 12:19 PM said...

farah..
ingat sampai mati..
ingtla... Kita duduk dinegeri orang, tak sama dinegeri sendiri...

bak kata org tua
"hujan emas dinegeri orang, hujan batu dineeri sendiri. lebih baik dinegeri sendiri"..

eh.. betol kew??
lantak la..

IamYonna on October 6, 2008 at 1:45 PM said...

yonna paling suke part bawah sekali haha..

ade setengah tu, setakat nak promote blog diorg je.sangat menjengkelkan la.mcm cara memaksa pulak huhu..

mai nk komen entry budak yg raya kay auckland ni huhu..

wahh kalau la yonna ade tunang cm ur fiance tu,pandai masak ape semua,
tak kisah la kalau tak balik malaysia pun hahaha..
aik?
farah lgsg tak bawak baju kurung ke?
lame gile mak farah pos tak sampai2?huh.,
ntah2 posmen da amek kot :p huhu..

farah masak mee kari?
iskk..
talented betoi la farah ni. tak rugi belajar oversea.
kalau campak yonna kat sana,
mau nye mati kelaparan haha..

btw,
selamat hari raya!

♥maziah♥ on October 6, 2008 at 4:50 PM said...

sabar ye fara..maz pun beraya xbest sgt..sbb beraya di singapura..xsame beraya di kampung..xdpt merasa nikmat beraya..xdpt masak lemak..masak rmi2..xbest..sabar ye..demi segulung ijazah..

Izzatul Azma on October 6, 2008 at 7:25 PM said...

ekkkk..farah dh tunang ke? hihi, tak kusangka..ade sekali kat sana..
takdela sadis sgt kan farah, still ade org tersyg kat sana (:

chill ya..smbt kat negeri org mmg x sma dgn tpt kte..
jgn sedih2 ye

Nadia on October 7, 2008 at 3:15 AM said...

owh...nape tak ajak tunang gi embassy kat wellington tu?jauh ek?huhu...dr apa yg nadia tgk,budak2 kat luar negara ambil peluang raya ni untuk melancong.g bandar ke.hehehe

Yana Ismail on October 7, 2008 at 5:02 AM said...

alaahai..takpe.at least ada la jgk org nak masak rendang..huhu pe lagi dear..melantakla di pg raya;)

sorry lmbt singgah..raya sakan;)

Zumie on October 7, 2008 at 9:57 PM said...

eh farah dh tunang ke..hihi confiuse..
biler nye tunang??sebok jek kan huhu..

camat hari raya ek

Anonymous said...

dah link kak farah di blogroll saya :D

~ mizzAmy ~ on October 8, 2008 at 7:19 AM said...

~ akak baca, akak lak rasa cam duk kat Auckland. siannya, sampai ke raya ker tak sampai2 baju raya nyer? siannya dia.... dah la jauh nunnn di sana, baju raya lak tak dpt. memang logik tak dek mood. tapi, sekurang-kurangnya, still ada tunang yg sentiasa menceriakan hari farah, kan? so, no worries... ;) ~

Faizal@poyan on October 8, 2008 at 2:04 PM said...

hmmm bestkan ada pengalaman berhari raya jauh daripada keluarga....

tapi kalau saya, hari raya mesti dengan keluarga

Qistina on October 9, 2008 at 1:35 PM said...

yuhuuu farah cora alololo cian dier sabar la yer..hidup x setiap harinye indah ala farah bukan keseorangan kan...btw salam lebaran wat dak cumell nie..huhuu

Jini on October 12, 2008 at 8:50 PM said...

kak farah,
post ni tak boring, tapi menyebakkan (sebak!). huhu. jini pulak yang rasa nak nangis.

tak leh bayang kalau duk kat luar negara cam kak farah, camana jadinyer yer. duk kat shah alam pun, tiap2 minggu lari balik ini kan pulak... huhuhu.

mati kering agaknya orang macam jini kalau tepaksa belajar kat negara orang..!!

kak farah mmg tabah! kagum!!!

Admin on October 13, 2008 at 6:10 PM said...

hmmm.. memang sayu la xleh braya di kg... alhamdulillah x pernah lg braya di perantauan walau dok merantau..

notty_gurl on October 23, 2008 at 4:54 PM said...

salam fara....dah ada tunag rupanya diye...
sabar bebanyak fara...anggap pengalaman menarik beraya di sana.kak zaza arap fara tabah berada di negara org.jaga dirimu baik2.chayokk!!~

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei