Okeh. entry kali ni nak bincang pasal brand, kualiti, cantik atau murah. Hehe. Biasanya sebelum beli pape tak kiralah baju ke, handbag ke, kasut dan what ever la kan, which one akan diambil kira? Based on my observation:
1. Brand - Ada sesetengah orang akan beli barang berdasarkan jenama. Maknanya kena tengok jenama yang bagus dan high standard baru dia akan beli. Kalau setakat jenama biasa2, pandang sebelah mata je. LOL. Kadang2 barang berjenama ni actually tak semuanya cantik pun (from my viewpoint la) tapi mahal sampai ratus2, ribu2...huu.. tak sanggup! Tapi la kan, kalau orang tu kaya sampai duit dah tak muat nak simpan dalam bank tu tak kisahla dia beli yg mahal pun.. yela kan, kalau tak, nak buat apa lagi dengan duit banyak2 tu?? LOL.
2. Cantik - Then ada juga yang tak kisahkan brand, janji barang yang nak dibeli tu cantik. Maknanya walaupun tu barang pasar malam atau golok mari ke, bantai je beli sebab cantik.
3. Kualiti - Ini pula jenis yang beli barang yang berkualiti. Maknanya tahan lama dan tak terlalu mahal. Sebab kalau berkualiti dan tahan lama ni at least kita boleh guna atau pakai dalam tempoh yang lama. So, boleh jimat duit.. hehe..
4. Murah - Hrm.. Kalau orang berduit, jika nak beli something of course duit bukannya masalah besar. Jadi, kalau pergi kedai just tengok mana berkenan, capai dan terus bawa ke kaunter tanpa check harga dulu. hahaha.. Tapi kalau orang yang kurang berduit ni, mesti akan cari tempat yang murah2 je untuk beli barang.. kalau melintas depan butik atau kedai mahal2 mesti seram sejuk nak masuk. betul tak? haha *macam berpengalaman pulak..LOL* Dan yang penting, kena tengok harga sebelum pilih. Bukan pilih dulu baru tengok harga =p
pictures credit to: jungle-life.com & fashionverbatim.net
*Note: Ada sesetengah brand yang mahal2 tu, nak sebut nama pun Farah tak reti..LOL
*Ini hanyalah pendapat semata2 + observation dan experience (^_^)