Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

May 5, 2011

childhood photos revealed!

3 comment(s)
tajuk ala-ala headlines kat allkpop.com. bajet macam artis korea pulak. hahahampeh

aku

helmi dan hajar. diorang beza dua tahun sahaja

nadiah

aku (baju merah tengah khusyuk baca doa) dan sepupu-sepupu

masa kecik gigi aku rongak ok! never mind, sekarang tidak lagi. hahaha

helmi dan tok ayah

aku dan helmi. beza umur kami lima tahun. dalam gambar konon caring haha
padahal selalu bertumbuk.

aku baru jumpa scanner, so duk sibuk lah scan gambar-gambar lama. lepas tu datang si aleeya bawak gambar dia, sibuk nak suruh aku scan jugak. haiya budak, gambar dia tu tak payah scan pun takpe sebab memang dah ada soft copy. masa dia lahir kamera semua jenis yang boleh transfer ke laptop. tak perlu nak scan-scan bagai. bila aku cakap kat dia macam tu, terus dia membebel-bebel, lari keluar dan merajuk. haha sabar jelah. 

May 2, 2011

shopping barang kahwin dan makan-makan

5 comment(s)
hari sabtu lepas aku pergi shopping barang kahwin sampai lebam. tapi taktau kenapa kaki aku kuat semacam, biasanya kalau seharian shopping memang aku akan rasa lenguh kaki, asal jumpa kerusi je nak duduk. that day memang aku tak berebut-rebut nak duduk pun (kecuali dalam kereta dan masa makan lah haha). sebelum start shopping, belanja family makan besar dulu.

siakap tiga rasa. sekarang aku dah start suka pada ikan!
kangkung goreng belacan
ada juga tomyam campur, cendawan goreng tepung, daging goreng, etc
paling tak boleh blah, black pepper belut. helmi la ni mengidam
budak ini makan chicken chop
lepas dah kenyang-kenyang, pergi pilih lampu
then ke kedai barang kahwin. dua flower boys kena paksa pegang bunga

abah, nadiah dan aleeya balik rumah dulu sebab abah ada kerja. then lepas shopping wedding favours, penuh gila kereta, sampai beriba bagai. penat sangat, tapi suka sebab dah banyak benda dah settle. alhamdulillah. nanti aku review satu lagi kedai barang kahwin harga murah kat kota bharu. tunggu next entri ok.

Apr 3, 2011

baju tukang kipas

3 comment(s)

aleeya's

hajar's

so far, baju flower girl dah jumpa. baju pengapit 1 dan 3 (hajar dan nadiah) dah beli. tinggal baju pengapit 2 iaitu helmi. susah juga nak cari baju melayu pink eh. thank god lah helmi tak kisah nak kena pakai baju melayu pink. so mission sekarang (untuk baju family) ialah cari baju melayu helmi, siapkan flower head band untuk aleeya, cari shawl untuk hajar dan nadiah. 

berusaha!

Mar 23, 2011

kak ila's solemnization (pictures)

4 comment(s)
197
pengantin perempuan duk mengintai. hehe. gotcha!
158
apalah si aleeya tu pandang
233
yess cepat sign!
253
mereka sudah sah
227
kak ila yang cantik berseri

Feb 5, 2011

sekitar kenduri kesyukuran

0 comment(s)
semalam ada kenduri kesyukuran sempena aku dapat kelantan sebagai negeri posting. alhamdulillah.

acar nenas. yummy!

kena korbankan tangan kejap nak buat sambal belacan pedas

semasa majlis
kurma ayam dll (oh yes tak sempat snap gambar pulut kuning)

kanak kanak ribena

baju aleeya tu patutnya pakai masa malam nikah aku. tapi dia da rasmi daa

1 malaysia? motifff?? lols

Jan 29, 2011

fake lashes

0 comment(s)
masa pergi kl baru-baru ni, aku sempat lah curi-curi masa pergi watson, sebab nak merembat fake lashes dengan adhesive glue. aku pernah beli yang empat ringgit satu set tapi gam dia sangat hampeh, tak lekat pun. this time beli yang elok sikit, yang jenama dolly apa entah. so tadi aku trykan lah kat adik aku sambil-sambil menconteng muka dia. mekap aku tak luak sebulan dua ni sebab duk rumah je kan. adik-adik lah jadi mangsa kena conteng dengan aku :p

for me, glue yang aku beli ni memang best. melekat elok dan senang nak tanggalkan. btw aku baru tahu bahawasanya nak pakai fake lashes ni agak susah kalau tak biasa :p

IMG_9837
hajar cakap, lepas pakai fake lashes ni
rasa macam teduh je. haha
lepas dah tangkap gambar hajar, ada budak jeles nak mekap juga. adeii budak kecik ini. tak nak hampakan dia, aku tepek la sikit-sikit.

IMG_9858
sesiapa yang dah lama tak tengok aleeya. here she is.
semenjak sekolah ni dah macam anak dara dah

Nov 23, 2010

1, 2, 3 tarikh

0 comment(s)
13 november

aku balik rumah. naik firefly. first time naik, kecik je flight nya. tapi not bad lah. sampai je airport, abah ambik dan terus pergi tok bali sebab aleeya kena perform untuk majlis tadika kemas. see the pictures below, aleeya yang pakai baju hitam. takleh blah sungguh cikgu dia lukis kening aleeya tebal-tebal. haha

IMG_8738
IMG_8750
IMG_8809

14 november

birthday aleeya. my family sekalikan celebration birthday aku dan aleeya, sebab time 22 november aku ada kat kl. ade choc cake, mee goreng abah, dan bebola ayam hajar. yummmyy. thanks umi, abah, hajar, aleeya, nadiah, helmi untuk hadiah-hadiah tu. hadiah dari cik daisy pun ada sekali dalam gambar. thank you daisy!

IMG_8834
IMG_8860
IMG_8871

17 november

raya haji. pakai baju raya seminit je. (tipu, actually dalam setengah jam) lepas tu tukar baju tido sebab nak siang daging korban. haha. first time aku involve dalam kerja-kerja menyiang dan mencuci daging. serius bau lembu. lol. tapi memang seronok. makan pun sedap, daging fresh!!

IMG_8994
IMG_8995

Oct 9, 2010

walaupun saiz kaki kita tak sama

birthday hajar

actually bukan saiz kaki je tak sama. saiz tangan, saiz pinggang etc pun tak sama muahaha.

happy birthday hajar sayang! remember kakak will always love you. thanks for being such a good sister. muahx

Sep 18, 2010

hai, selamat hari raya!


aleeya cakap;

selamat hari raya, maaf saya dan fatin.


err.. macam mana lah dia boleh misheard saya dengan zahir, fatin dengan batin. HAHAHA

aku dah perbetulkan dia, so sekarang dia dah boleh sebut phrase sebenar :p



Jun 19, 2010

ku bahagia

satu. hari ini internet berkeadaan agak baik. good.

dua. cuti kat rumah ni bukan banyak sangat aktiviti pun, rutin yang sama je hari-hari. tapi aku tetap bahagia. weehoo

tiga. cuti ada lagi seminggu. aku taknak balik, boleh?

empat. aku sekarang jadi cikgu tak rasmi kepada aleeya. ajar dia english, ajar dia mathematics. seronok. she is a fast learner. good. dan tak sangka aku ada bakat mengajar budak kecik. haha

lima. bila bercuti kat rumah jangan mimpilah nak berdiet bagai. hahahaha


Jun 12, 2010

bbq night

semalam ada bbq kat rumah. start lepas maghrib. ajak family terdekat saja. semua ada kecuali helmi dan kak da. huhu. semua orang take turn bakar ayam dan ikan, dari orang tua sampai kanak-kanak. haha

yang dibulatkan tu bahagian ayam yang aku aim nak nak makan lepas dah masak. tapi akhirnya dirembat orang lain. huwaaa!

kek batik hajar dan agar-agar santan umi. laku laku.

chicken ball oleh yours truly. bila bakar lebih sedap.

bihun oleh tok ma. pergh, kalau ada sotong bakar mesti lebih menjilat jari. aku bukan makan sangat ikan.

kesimpulannya, sangat seronok ber-bbq ramai-ramai. heh. tapi ada soalan tak boleh blah dari aleeya. dia tanya, "kakak, boleh ke kita makan barbecue?". aku jawab boleh lah, kenapa tak boleh pulak kan. dia replied "bukan ada babi ke dalam barbecue? [read:babikiu]. aku gelak tergolek-golek.

May 25, 2010

kanak-kanak riang

haaa si aleeya ni dari dulu lagi teringin nak pegang aku punya mesin tangkap gambar dslr ni tapi aku takmau bagi. jatuh kang naya je. takde bajet dah nak repair-repair ni. masa jumpa hari tu aku kesian lah pulak tengok muka budak yang suka nak cuba semua benda ni, so bagi chance lah kat dia. heh. dia senyum sampai ke telinga okay!

lens cap tak bukak pula. lupa. patutlah dia duk bising, "kakak, tak nampak apa-apa pun." haha

May 24, 2010

family outing

seperti mana yang aku bagitahu sebelum ni, my family datang kl hari sabtu. so hari tu abah datang ambik kat ipba. kitorang pergi rumah kakja dan abg mi kat area wangsa maju. then diorang bawak kami pergi jalan-jalan kat wangsa walk. first time aku ke sana. ada jugak ternampak restoran cheng ho amy search.


ini kanak-kanak riang yang excited dapat pergi jalan-jalan. baju hijau tu abby, adik sepupu aku. dan little boy dalam gambar bawah ni adalah akil darius, adik kepada abby.


then kami ke danau kota, abang mi belanja makan kat mali's corner. char kuay teow dia, pergh sangat sedap!! harga pun affordable. lepas dah makan-makan, terus ke kajang rumah adik abah. abah dah penat sebab dah drive lebih sepuluh jam, so kena kasi beliau rehat.

uitm puncak alam - registration day


pagi tadi pergi hantar adik aku helmi ke uitm puncak alam. gosh, jauh gila tempat tu. nak menyampai ke puncak alam tu satu hal, nak pergi ke kolej kediaman tu pun satu hal. kolej kediaman diorang kat atas bukit. pergh, memang puncak alam sungguh! paling tak boleh blah, jalan jam gila. dahlah panas terik masa tu. agaknya beribu kot kenderaan dalam kawasan uitm tadi. hish, berjam jugaklah ambil masa dari gate uitm ke kawasan bangunan fakulti. padahal kalau tak sesak, sepuluh minit dah sampai. ni sape yang sakit perut time tengah jam tadi mesti terseksa gila sebab on the way tu bukannya ada tandas pun, dan there's no way untuk keluar dari queue kereta yang panjang tu. gila.

lepas tu, dari tempat parking ke kolej kediaman tu kena naik bas la pulak. adeh. dahlah ramai gila manusia. hostel dia sangat best okay. baru lagi. dua orang sebilik. jealous nya aku!! mesti sejuk je tidur malam-malam, sebab atas bukit kan. heh.

aku dah membebel-bebel compare hostel helmi dengan hostel aku. umi cakap, adil lah. tempat aku (think: ipba) walaupun dah usang tapi dekat dengan midvalley etc. tempat helmi walaupun baru, tapi jauh di pedalaman nun. susah nak keluar ke bandar. haha. ye jugak eh :p

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei