Feb 25, 2009

Rich, richer, richest

Hari ni saya happy lagi. Alhamdulillah (^_^) Biasalah, ada hari yang kita gembira, ada hari yang kita akan bersedih kan. Actually dah setahun saya tak jumpa kaya. Haha. [Bukan kaya=rich mahupun kaya=nama orang] tapi [kaya=coconut spread]. Boleh tak saya happy sebab KAYA yang tu. HAHAHA.

Photobucket

Sebelum ni, saya memang teringin nak makan kaya toast. Tapi, tak jumpa la pulak kaya spread ni kat Auckland. haih. Lepas tu, ada ternampak sebuah cafe kaya toast kat bangunan Imax tu. Tapi tak berani kot-kot tak halal. Nak dijadikan cerita, Aliff jumpa kaya spread ni kat Asian Supermarket hehe. Setelah sekian lama. Suka! Suka!

Hal ni nampak macam remeh. Masa saya kat Malaysia, saya tak pernah appreciate pun small things macam ni. Yelah, sebab senang nak dapat kan. Bila dah merantau kat negara orang ni, jumpe daun limau purut kat kedai pun boleh buat saya excited. HAHAHA.

Note: Hari ni rasanya semua student IPBA kat Auckland happy. Thanks MOE! (^_^)

24 comment(s):

maziah on February 25, 2009 at 10:43 PM said...

kadang2 tu, kite akan rase hepi even because of the small tiny thing....hehehe be happy as long as u didnt harm anybody else..

Farah Aminuddin on February 25, 2009 at 10:46 PM said...

yes! i agree :)

MrYusSmile on February 25, 2009 at 10:53 PM said...

sedap tu kaya..takpe...makan kaya dulu..lepas hbs study keje...pastu jadi orang kaya..hehehe
kaya dengan iman dan taqwa...:P

Farah Aminuddin on February 25, 2009 at 11:00 PM said...

insyaAllah. aminn.. :)

nadia-ady on February 25, 2009 at 11:23 PM said...

MOE tu apa farah?heheh


betul tu farah. Kadang2 bila benda depan mata kita tak appreciate, bila takde mulalah kita mencari, bila jumpa tu rasa excited giler.

Masa pergi ada satu kem ni, makanan memang daif giler farah (sengaja urusetia buat untuk uji kitorang).Suruh masak bihun guna buluh. Bila fail@tak berjaya, tak masak lah bihun tu , for the first timemakan bihun keras@dawai. Maggie pun terpaksa makan gitu-gitu je tak boleh masak sebab mancis takde (dia hanya bagi dua btg je) hahah.. Masa tu baru kenal jenis biskut (biskut jagung yg murah tu rupanya sedap jugak). Masa tu rasa macam sardin tu makanan yang paling sedap giler wakakaka...Insaf sekejap (sebab b4 tu asyik kutuk2 sardin)

Farah Aminuddin on February 25, 2009 at 11:26 PM said...

alahai sedihnya farah bc cite nadia. sardin yg simple tu pun rs mcm sedap gile. yelah kn.

moe tu ministry of education :)

nadia-ady on February 25, 2009 at 11:40 PM said...

owh..ni mesti dapat elaun yg bnyk kan? heheheheh

Farah Aminuddin on February 26, 2009 at 1:02 AM said...

hahaha. cukup2 makan je nadia :)

:: p R i n c E s S _ N :: on February 26, 2009 at 2:40 AM said...

kaya NONA mmg fav N ok...mkn gn butter..perghhh..kalah old town k....

Monkey D Luffy on February 26, 2009 at 3:26 AM said...

ko tak cakap... semalam aku baru beli... banyak oooo

Diya Kamaruzaman on February 26, 2009 at 4:19 AM said...

kaya2 kat kedai runcit kawasan rumah sewa diya ni, berlambak aje farah. anytime boleh beli. tapi, kat sana susah ye nak dapat? jem2 pun susah nak dapat gak ke? habis kempunan cik farah kita ni =D

Genie on February 26, 2009 at 5:30 AM said...

roti dengan kaya sangat heaven okeeeee...jini suka..

kalau bagi roti dengan kaya n peanut butter, kalau suruh jini pilih, untuk dua keping pertama tu memang pilih peanut butter la.

dah masuk keping ke 3 dan seterusnya tuh, mesti ngan kaya punya. tak leh lawan lah..

jini makan roti kalau ngan kaya, banyak okeh. lima nam keping pon habis.. pelahap!! hehe..

Princess Liyana on February 26, 2009 at 5:32 AM said...

alaahai..cian dia.tkpe makan puas2 ok..;)huuhu nanti blk msia..bleh mkn mcm2;)

unique_daisy on February 26, 2009 at 9:26 AM said...

students ipba tgh jd okb bt sementara.*lol*
lps byr sewa umah + travel jd org miskin blk.. ~_~

Farah Aminuddin on February 26, 2009 at 12:37 PM said...

princess N

me sebelum ni xkenal pun nona nye kaya. hehehe. biase mkn yeos. tp nona seriously sedap


monkey d luffy

beli byk wat ape. wat kenduri eh.haha


diya

jem kt sini ade. coconute spread ade. tp xsure yg halal ke x. alih2 jumpe yg made in malaysia. hehe. tu yg hepi tu.


genie

hahaha. jini, same la ngan akak. kalau diberi pilihan mmg akak pilih peanut butter. esp yg crunchy. yum2. haha. tp sbb lama tak mkn kaya ni, rs nk makan kaya lak. hehe.


Liyana

hehe. tulah. balik Mesia ni pergi borong food je.haha


Unique Daisy

saya xnk bayar sewa rumah boleh tak? ahahahaha

Abang Long on February 26, 2009 at 1:35 PM said...

Disana ada jual cendol tak ?

Yang pasti, ada rakyat Malaysia yang bila pulang ke tanah air, mereka rasa rindu pula dengan makanan tempat mereka tinggal dahulu.

Jard The Great on February 26, 2009 at 2:10 PM said...

hehe... seb baik jumpa kaya made in mesia..

eh daging halal camner ko carik ek??

korang sembelih sendirik ker?? hehe

Faizal@poyan on February 26, 2009 at 2:16 PM said...

salam farah..

saya baru je lapas sarapan bkn roti di sapu kaya emmm..

selalunya mcm tu la bila jauh baru teringin nak makan menda-benda yang payah nak dapat

~ mizzAmy ~ on February 26, 2009 at 2:56 PM said...

~ bila balik ke mesia nanti, beli kaya tuh banyak2 tau. ~

Farah Aminuddin on February 26, 2009 at 9:07 PM said...

Abang Long

alahai. buatkan saya teringinkan cendol pula. mana nak cari ni.hehe. kena belajar buat sendiri la jawabnya~


jard

kt sini ade pembekal daging halal. pak arab ramai kt sini ;p


Faizal

slm :) haha. best kn makan roti kaya. yummy je.haha. tulah. tp xlama dh nk balik.hehe


mizzamy

dh balik mesia nnt nk makan kaya ball lak.haha

S h i n o on February 26, 2009 at 9:26 PM said...

di sana takde kaya ke..?
ohh ..bukankah disana ade pokok kelapa? :S

Farah Aminuddin on February 26, 2009 at 9:37 PM said...

xpenah jumpe pun pokok kelapa kt sini ;p

nAd.dOt on February 26, 2009 at 11:01 PM said...

ala..sy rindu masakan NZ..=p
hikhikhikhik

Farah Aminuddin on February 26, 2009 at 11:58 PM said...

sy tak pernah rasa pun makanan nz. haha ;p

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei